23.10.08

(2) Aku macam teringin nak jadi kuat dari segi emosi dan batiniah.

Baru je 2-3 hari lepas pong pang pong pang pasal nak jadi kuat dan belasah orang sana sini. Nak tikam, nak pancung, nak luku nak terajang segala.

Tapi, aku rasa, selagi aku hidup plain tanpa sebarang misi atau dendam melampau, aku rasa aku patut jadi kuat dari segi emosi dan batiniah.

Bila aku cakap pasal batiniah, mesti ada yang terfikir pasal tenaga sex. Bukan tau.

Maksud aku, kekuatan dari segi aku menahan dan melawan balik tekanan hidup dan perasaan aku sekarang.

Aku perempuan. Aku bebel macam mana pun, feminist macam mana pun, rusuk aku tetap bengkok. Aku cepat risau. Aku cepat stress. Aku cepat mengeluh.

Bagi aku, mengawal suasana sekeliling untuk menjadi tidak sama dengan perasaan serabut aku sekarang ni, adalah satu kemahiran yang maha susah untuk aku pelajari. Susah beb. Kepala aku serabut. Pikir macam-macam. Aku tak ada mood.

Bab kahwin misalnya; (ATTENTION, AKU TAK SINGLE, ok?) aku macam serabut gila nak cari duit untuk buat majlis kahwin. Even kecil kecilan pun, kurang-kurang RM15riban, beb. Tiap-tiap hari aku fikir. Kalau aku western sangat dan tak pikir pasal maruah, dosa dan penyakit kelamin, memang dah lama aku duduk kat tepi-tepi jalan jual badan. Takpun layankan saja orang tua kerepot yang hodoh tapi kaya semata-mata nak toreh duit dia.

Aku tak pernah mimpikan majlis kahwin yang gila gilang gemilang macam Cinderella. Ye la aku ni orang biasa je. Dah la biasa, duk kat KKB lak tu. So aku agak pandai nak ukur baju di badan sendiri. Macam kadang-kadang mak dan akak aku cakap, majlis kahwin ni nak something yang kita ingat.."it's our special day..". Bagi aku nonsense la. Sepanjang hidup kau, itulah pertama kali kau panggil kawan-kawan, sedara mara, bersanding, potong kek, bersolek 18 lapisan bedak; of coz i will remember that day! tak kisah la grand ke...tak grand ke...the point is, aku akan tetap ingat hari tu. Betul tak?

Aku tau aku anak bungsu. Mak aku, nak yang pengabisan ni, lain dari yang lain. Tapi aku macam kecewa bila mak aku yang berangan wedding yang lebih-lebih, sedangkan belanja semua aku yang kena sediakan sendiri. Selalu aku tengok orang-orang nak kawen, pengantin yang berangan lebih. Mak bapak jadi banker. Ni terbalik pulak. Aku memang tak mintak pun mak aku, adik beradik aku keluakan duit untuk aku. Takpe la. Aku taknak susahkan sesiapa pun.

Tak boleh ke kalau majlis kahwin tu ala kadar je? Nikah, majlis biasa-biasa. Simple. Lain la kalau bulan-bulan gaji aku 12ribu. Korang patut rejam aku kalau aku still nak ber-ekonomi. Wedding aku nanti, 100% duit aku sendiri tau tak? Mungkin mak aku malu kot dengan sedara-mara. Ye la, adik adik mak aku semuanya pangkat Dato', tan sri, hartawan segala. Aku bukan bangga nak cakap pakcik makcik aku kaya raya. Keluarga aku tak pernah tumpang sesen pun dengan diorang. Masing-masing ada bahagian masing-masing.

Mentaliti mak aku memang jauh berbeza dengan aku. Membuktikan lagi yang peredaran zaman dan persekitaran membantu perkembangan mentaliti. Aku dah malas nak cakap pasal kawen dengan mak. Nanti mesti bertengkar.

Haih..

Itu baru bab kawen. Belum lagi aku nak cerita bab kerja, bab baju aku yang terlampau banyak sampai tak cukup ruang nak simpan, bab nak jaga hati kawan; macam kalau aku cakap aku tak ada duit nak lepak atau pergi mana2 ngan kawan-kawan aku, misalnya. Bab masalah kenaikan berat badan. Bab kereta aku yang baru aku tau ada saman trafik sebanyak RM800. Aku baru tau semalam lak tu?

Macam aram sial.

Taun lepas aku nak renew roadtax, takde pulak kena saman apa-apa. Tiba tang taun ni, wujud lak saman dari taun 2006?! wtf weh! Ape kau sengaja nak kasi semua penduduk negara ni miskin ke apa? Dengan minyak naik, dengan Najib nak kibab duit KWSP. Duit aku tu weh! Walau aku jenis tak peduli dengan politik Malaysia yang macam lancau sekarang ni, tapi tolong la..jangan menyusahkan rakyat lagi la. Masing-masing berebut kuasa. Konon kau la pemimpin yang baik. Setakat buat gig panggil budak-budak muda, boleh la kau. Yang sedia ada pun tak faham bahasa, dah orang tak suka tu berambus je la. Haih. Politician mmg sux.

Dah merepek dah aku ni. Nampak sangat aku serabut.

Sebenarnya aku tak takut pun hidup susah. Ok la mungkin bunyi macam poyo, tapi biar la susah hidup. Jangan susah lepas mati nanti. Cuma aku mintak sangat-sangat jangan tambah stress aku.


Siksa, tau tak?

p/s: kalau nak komen, tayah kasi komen "sabarla..or..be strongg..or kata kata semangat yang plain dan tipikal," - aku dah bosan.

34 comments :

apis said...

sabarlah.. be strong ok.. hahaha

Silence said...

org kata.. (bkn aku kata)..masalah tu tak pernah nak berhenti kejar kita.. so.. the best thing is... stop thinking bout it..walopon kengkadang terpikir gak.. cuba buat2.. ingat benda lain yg indah.. or sing a song! hahahaa.. i alwez do dat.. sometime.. it does help..

*sabarla..be strong Oke..*

nani allen said...

aku pon nak kawin biasa2 je. tapi nanti kalau org kutuk macam mana? aku risau jugak aku takde duit nak kawin, dah la dah nak dekat ni, macam mana ni? shit la. tapi aku nak la jugak kawin grand2 jugak. bf aku kata takpe pakai duit i. tapi aku taknak? nanti org kata aku kikis duit lelaki? malu la aku macam tu? kadang2 aku rasa nak rompak bank tapi nanti kena tangkap terus tak boleh kawin. susah la. duit minyak mahal (walaupun dah turun pegi mampos aku rasa mahal jugak). duit tol lagi, duit kwsp aku pun selamba je diorang sedut macam minum sirap org kawin. duit gaji aku ciput gila? harapkan kerja freelance yang x tentu, bila aku nak kawin grand2? takkan nak buat smpai 2kali kot?

nrulazman said...

haha.
gile takut plak pikir pasal kawen.

Hally said...

meh cni aku citer kisah aku plak. hal nk kawin ni mmg leh jd giler!aku ni lgla.suppose aku kawin thn lepas, tp aku sendiri ckp dengan Shahrin(bakal laki aku ni) yang aku tak nak kawin selagi tak dpt keje gomen!aku tahu dia dh ada duit,kete dh 2 3 bijik,rumah, tp aku? apa yang ada.dh la time tu keje swasta ngn cina.gaji mmg sedap tp keje cm sial.position sbg exec it. nama je gah.msk keje pkl 10pg,abis 6ptg.masuk keje pkl 2ptg,abis pkl 10mlm.sbb kt opis ni ada 2shift.so sbb tu tak nak kawin.aku selamba ckp klu tak sanggup tunggu,leh cr perempuan lain.cuak gk aku, tp aku yakin aku akan dpt keje gomen.alhamdulillah bulan 11 2007, aku dpt. aku ckp pd shahrin, bg aku tempoh 1thn utk aku keje,kumpul duit.InsyaALLAH bulan11 majlis aku pulak. Tp sejak aku keje, kumpul duit bgai nk rak. aku wt planning.wt buku kira2.wat akaun keluar masuk,wpun nampak cm bodoh!
Mmg betol, sedara mara mmg akan menyibuk. Kwn2 lg. Klu nk menyumbang duit takpe jugk.
Kadang2 utk kawin ni benda2 yg remeh temeh pn dh berapa. tak termasuk lg dgn hal nak pg spa,mandi lulur,facial, mandi susu. itu je dh berapa!
kadang2 aku pk jgk, nape shahrin tak bg aku duit hantaran rm20k ke, rm50k ke, rm100k ke.. sbb aku tahu, walau byk mana pn dia bg, mmg duit kita tetap tak ckp n mmg tetap akan pening jugak.

butterandsugar said...

aku lompat2 blog..masuk blog kau..hi.. kau sedang mengalami sindrom orang nak kawin. sume akan begitu. kecualilah kalau kau siti nurhaliza. dan, aku dah kawin. dan, aku tahu bagaimana.

pjoe said...

adat ni kadang2 menyusahkan

errk, kenyang said...

aku buat kenduri kecil, rilek rilek, tenang, jimat but at the end, the cost fetch over then 20k. thank god i m ready to burn 25k. and my real goal are not using even single cent from my family. then again it was 2005. hari ni punya cost!!! boleh pitam terus.

drugbuddy said...

Noe, aku suka kau.

Macam kadang-kadang mak dan akak aku cakap, majlis kahwin ni nak something yang kita ingat.."it's our special day..". Bagi aku nonsense la. Sepanjang hidup kau, itulah pertama kali kau panggil kawan-kawan, sedara mara, bersanding, potong kek, bersolek 18 lapisan bedak; of coz i will remember that day! tak kisah la grand ke...tak grand ke...the point is, aku akan tetap ingat hari tu. Betul tak?

aku punya mak okay. dia takde masalah. cuma orang dipejabat je lah bila aku cakap aku nak buat kecik, tak nak pelamin apa bagai, hanya satu baju sahaja, mereka kata apa yang seperti mak dan kakak kau kata. aku macam nak cakap balik tapi malas. sebab aku tahu mereka punya fikiran tak sama dengan aku. aku akan sakit hati balik.

nasib baik parents aku okay. bila aku cakap kat bapak aku pun dia tak kisah as long as kahwin.

so, kami hanya bajet 10k je. tak cukup pandai-pandai la cut mana yang patut.

InsyaALLAH boleh.

kury lagi said...

nanti kenduri aku kasi ko angpau..

Kawan2 Shah Alam said...

sabarla....be strongg..

Nazihah Adli said...

my advise gi ler bkt aman mintak discount utk saman2 anda itu oke? rasanya tiap hari selasa n khamis..
dpt around 50% rasanya...
dr nak jahanam kan duit byr byk2 baik gi sana oke?

lotsa luv, nazihah

Razaisyam said...

try jual buah pinggang

Ladynoe said...

silence = kalau masalah matematik atau kekucar kaciran hubungan , boleh la buat bodo. Ni masalah nak kawen. Buat bodo pun lama-lama harinya akan tiba. Mcm mana saya tak risau.

nani allen = minyak memang fakap.

hally = cis! kau mention pasal lulur segala, baru aku tepikir! damn!

pjoe = memang adat menyusahkan. Ini pun nasib baik aku berkeras taknak buat MALAM BERINAI. wtf? penting ke malam berinai? bagi aku tak ada yang penting selain malam pertama je.

drugbuddy = untung ada mak abah yang memahami. If only my abah is still around. haih...

kawan2 shah alam= korang memang membosankan! hahah

razaisyam = macam cerita nip/tuck la pulak. ada lobang?

fynn jamal said...

noe,
bercakap dari pengalaman:

FIGHT.

ckp terang2. biar org faham kau takkan menyesal memilih majlis kecik. biar org reti berhutang semata2 nak kawen itu bodoh. biar org sedar kita bukan tipikal org yg nak pakai duit mak bapak demi untuk menghalalkan jimak.

seryes.

aku tak pernah menyesal ada majlis nikah kecik. dan sbb nak ke NZ ni, tak buat pun kenduri.

dan ada makcik2 yang masih mengata2.

fight, noe.

fi sabilillah.

Ladynoe said...

lepas baca komen fyn, aku mcm dapat semangat baru.

thanx fynn.

Che Sue said...

loncat2 blog..terbaca..

yeah it sux bila org keliling lak sibuk..ni sapo nk kawen sebenarnyer ni? me or u?

sy pun kawen 100% duit sendri..sib baik kawen kat kelantan..kos amat murah..hal lain lantakkan, janji ijab n kabul lancar berjalan..

gud luck!

*Sarah is the One said...

kenduri nak grand macam mana? yang ibu kau nak macam mana? actually, tanpa pengaruh orang lain, aku fikir nikah dan jemput orang terdekat dan terapat je untuk kahwin dah cukup bagi aku. setakat ini lah.

seriously, aku dari dulu terfikir macam ni. kira kau tak keseorangan la. sebab aku rasa hal duit memang boleh buat gaduh, buat tension, buat segala. takkan nak harap mak ayah je kan. dan, kalau aku, better ada duit aku guna untuk beli barang rumah, perabot bila kahwin nanti ke, daripada majlis grand sangat.


tapi tulah susah kan orang keliling nanti.


aku setuju cakap kak fynn tu, kau terus terang. tak pun, kau potong cost dari segi benda remeh-remeh cam bunga telur ke, baju tak payah banyak sangat ke. bajet potong situ lah.


hantaran dulang tu tak payah melampau-lampau asalkan bukan cheapskate. belilah perfume ke kasut semua time sale. runding la dengan mekap artis, photographer sume bab bayaran. itu lah yang aku mampu terfikir.

*Sarah is the One said...

oh dan kad kahwin benda yang orang akan buang nanti pun tak payah yang mahal sangat

NaniRostam said...

Noe....

1. Tahun bila mak kamu lahir...la samalah pulak dengan pemikiran mak aunty!

2. Kad kahwin tu memang benda2 yang akan orang buang (tak berguna).Tapi huhuhu kalau aunty, aunty memang teringin buat kad kahwin yang cantik2 dan unik.

3. Tang makeup tu, kalau nak save, aunty boleh makeupkan. Rate aunty taklah semahal makeup pondan nyah. jangan terkezut yang aunty ni mak andam.

4. Kalau ada rm2000 pun dah boleh pergi Indon shopping sakan, baju lace pengantin glamer giler, kad kahwin glamer murah, dan barang-barang hantaran dan bunga telur yang vogue. Sekarang jugak pegi tempah tiket Mas rm150 incl airport tax (one wayla).

5. Untuk hantaran makanan macam kek atau biskut hantaran cantik2 order je dari aunty, satu bekas biskut hantaran berbentuk buah-buahan cuma berharga rm30 je. Dan kek coklat yang sedap dan cantik decoration berharga rm 60 sebiji.

Itu jelah sedikit sebanyak yang boleh membantu Noe melerai urat saraf otak Noe yang serabut:)

Kurie said...

budak grafik ni mesti hebat punya kad kahwin dia kan?...

aku ada gak buat untuk member aku masa dia nak kahwin raya lepas...

jimat belanja tu print sendiri...

adios..

ladyLC said...

Rasanya...masih boleh dibawa berbincang kan? Lagi pun dengan kegawatan ekonomi skrg ni...mungkin boleh jadi alasan yang bagus. Paling penting jangan gaduh2, jangan masam2 muka, K.

Silence said...

agreed wit fynn..

saya nikah&kawen pon xde buat kenduri.. org still mengata..especially relatives la.. tp pedulik hapa dgn kata2 diorg..bkn life diorg pon.. yg penting.. apa yg awak rasa..noe..

listen to ur heart.. dun listen to others...

mcm fynn ckap.. straight forward..ckap je terus ngn pihak2 berkenaan.. i think they will understand..

if they want u to look happy.. they have to believe in u..rite?

Anonymous said...

kecoh ah.

takkan sesen pon mak u tak bg? mcm tipu je.

Ladynoe said...

anonymous mmg selalu tanya soalan bodoh. mak aku tak kerja. abah aku dah takde. celah mana duit dia nak kasi?

bodoh.

asx said...

Orang tua nak yang terbaik untuk anak nya . Biasalah . dah jadi adat di Malaysia . Kita ikut saja , kalau bukan sekarang , bila lagi . Nanti mereka tiada , menyesal tak sudah sebab tak dapat tunaikan perkara yang tak besar mana ni .

Anonymous said...

takkan takda savings. mustahil

Anonymous said...

takkan takda savings. mustahil

Ladynoe said...

sebenarnya, dengan keadaan aku yang tengah serabut fikir nak cari duit ni, aku rasa lebih baik jangan layan orang macam kau.

aku rasa aku kenal kau. kalau tak pun, aku rasa bertuah sebab aku tak pernah kenal kau.

bagitau aku sekarang, binatang, kalau mak tak bekerja, abah dah takada, mana datangnya simpanan/savings?

aku memang orang miskin. tak kaya dan berduit macam kau, binatang.

reny rino said...

haha.
bodo gila "binatang" tu.aduhaii..

to u,u buat ja apa yg hati u rs nak buat.lagi lega&happy.

Silence said...

actually bout budget ni, try to discuss with ur partner, noe.. cuba discuss dgn dia, ur mom, their parents.. luahkan je semua2 nya pada diorg..betapa risaunya awak bila pikir pasal ni.. i'm married when i was 23yrs old..skrg da 25..

masa kawen..mmg xder bajet langsung pon.. kdang2 kalo kita plan bajet mahal2 pon.. tapi rumah+tangga yg kita nak bina tu pon perlu bajet jugak.. i mean after akad nikah suma..mesti korang dah ada life sndiri..

oke, fine, if ur partner pon keje..tp bab bajet, duit suma ni.. u dun have to worries..insyaAllah..kalau betul Tuhan nak bg kita rezeki, kdg2, tiba2 jer rezeki tu datang bergolek..

things will get better sooner or later.. but dun be tooo presure..

Anonymous said...

ok.aku binatang.aku x kesah.bagi aku..kalau ko dah gatal sgt nak kawin mude.hidup x stabil lg dah nk ade family.senang je.aku cadang ko nikah je.xyah susah2 psl bajet.klu org tanye ckp je la dah kawin.tunjuk surat nikah..ko anak bongsu.aku paham.aku pon.ape nak pening sangat smpai nk tulis kt blog ckp mcm tu mcm nie.cakap je la kat family kau.xpun ckp ngan tunang ko tu.xkan dieorg x phm kot.same2 pkir prob bajet nak kawin ni.kalau dah tau x cukup duit xyah la wat grand2.asal mampu je.bende ni dah biase la aku dgr...duit..sume pon duit kan.o ye aku binatang paling cun yg selalu upload gmbr aku yg cun ye.kalau aku bitau name aku pon bkn ko kenal ye tak.dan aku rase x perlu aku kenalkan aku sape sbb aku tau ko pon tanak tau.ok.juz feel like want to drop comment here after bace ur blog.take care.ciao

Ladynoe said...

Gatal sangat nak kawen muda? Aku ada cakap aku nak buat grand grad ke?

Binatang memang kelaka.

gman said...

haha bongok pny anon...loser abes..haha