31.10.08

Aku bukan MeanGirls, tapi aku bukan budak Nerd. Boleh macam tu?


Kofff koffff kofff. Batuk tak longkah. Kahak tersekat. Sorry lah siapa yang tengah makan sambil membaca. Intro Kotor sikit.

Baru baru ni aku sakit. Otak pergi dengan perlahan sangat. Jadi aku bergantung kepada inspirasi ke atas nukilan orang tentang zaman-zaman nerd mereka yang dibuli dengan biznitch-biznith yang tidak berperikemanunsiaan.

Pertama, sejak sekolah, aku tak pernah jadi mean girls pun. Memang tak ada ciri-ciri mean girl lansung. Tak hot, tak cantik, tak berlipstick atau eye-curlers ke sekolah membuat aku menafikan bahawa aku bukan mean girls di dalam cerita-cerita zaman sekolah. Mean girls sekolah aku, scorer juga. Tapi agak gedik. Jalan Mendada. Atau bahasa jahat, jalan mentetek.

Aku juga bukan budak nerd. Aku tak pernah score pun dalam exam. Markah aku selalu sedang-sedang. Orang yang mengaku budak nerd ni selalunya seorang scorer. Atau scorest. Kalau sebut budak nerd, aku terbayangkan Ugly Betty. Cermin mata tebal sejengkal, turn-off, tapi otak geliga, cakap berbisa, dah besar, mesti jadi orang yang seseorang. Aku percaya bos aku juga dulu seorang yang nerd. Dia dah biasa kena buli dulu semasa kecik-kecik. Jadi bila dah besar, jangan ada satu umat pun berani lawan cakap dia. Agaknya.

Mean Girls ni dah besa, jadik secretary bos adalah kerjaya yang paling berjaya. AGAKNYA.

Tapi aku mengakulah, aku memang tergolong dalam kelompok kawan-kawan yang kebanyakkan (bukan semua) sekepala. Aku rasa sesiapa yang pernah duduk di dalam golongan tengah-tengah ni pun tau, yang golongan jenis ini jenis buat hal sendiri. Kami jarang menjadi penggoda budak lelaki sekolah. Kalau minat pun, setakat kirimsalam dengan menggunakan nama Rafeah Buang. Dan kerja aku dan kawan-kawan aku, ialah ajar mean girl-mean girl sekolah ni supaya berperikemanusiaan sikit.

Jangan usik, itu ja. Kalau usik, memang kami melenting.

Hakikatnya, kelompok aku dulu kawan dengan semua orang. Dengan budak nerd yang baru di luku mean girl pun kami kawan. Dengan mean girl yang baru taubat nasuhah pun kami kawan.
Sebab itu result peperiksaan kami seimbang. 50% result macam budak nerd. 50% result macam perempuan bitch. Gamaknya.

Hahahaahhahaiaoaaohaoakoakakaoakoko (buat lawak ketawa sendiri) Ok abaikan.

Aku tak ada klasifikasi yang ringkas mahupun kompleks untuk 'budak sekolah macam aku'.

Mean girl memang daring. Daring minta terajang di pipi masing-masing. Kalau kami kena denda, mereka dok menebeng tepi balkoni asrama sambil terkekek-kekek ketawa. Tau la hot. Tetek macam perempuan umur 24 tahun walau umur baru 16 tahun. Betambah tinggu hidung bila tengok kami yang kempes-kempes ni kena denda.

Kami kena denda pun, sebab budak nerd yang kebanyakkan pengawas dan ahli jawatan kuasa asrama report kat warden sebab kami makan meggi tak cuci pinggan di pantry. Takut nak ulas apa-apa. Budak nerd banyak kat blog skang ni. Hahaha!

Nak cerita tentang complete set tentang apa aku lalui semasa zaman sekolah dulu, memang bunyi memang bunyi macam bagus. Tapi bila aku toleh balik dan tengok sendiri menggunakan kacamata yang sudah berumur 23 tahun ni, aku rasa aku macam budak sekolah yang tipikal aja. Yang mungkin cemburu dengan budak nerd sebab tak pandai macam diorang. Atau mungkin cemburu dengan mean girl sebab tak hot dan cheerleaders macam diaorang. aku cakap MUNGKIN ja.

Selepas zaman sekolah, aku akui bahawa aku tidak boleh nak lekat dengan group yang lain kecuali group lama zaman sekolah dulu. Bukan bermakna aku tak ramai kawan. Dah kalau pergi kenduri kawen kawan sekolah, mesti lah aku duduk dalam kelompok lama aku. Ape kejadah pulak tiba-tiba aku nak duduk dalam kelompok budak-budak nerd, misalnya?

Bila ketempat lain, aku ada kelompok dan tipe kawan tersendiri jugak. Helooo~

Biasalah, Malaysia memang dipenuhi dengan middle class macam aku. Mana satu high-class, mana satu low-class antara nerd dan mean girl, kamu tentukan sendiri. Aku tak masuk campur.


p/s: thanx julia sebab call noe!


3 comments :

The Spiral Eyes said...

satu je..aku rasa aku masa sekolah dulu ugly betty tapi dalam masa yang sama aku mean...i mean very very mean...boleh ke cam tu Ladynoe?adolescence is the best memory ever

adamuiz said...

hi middle class...kite ini sama kelasss

.noel. said...

same r gak
bosan r kawan ngan hott2 jer
laki pun ader gk r cmtuh
tp biler pasal bola leh r sekepala
tp biler lepak2 or wuteva mesti ajak member2 dier yg hot gak.
ye r jatuh standard r kalo kuar ngan org yg bg diorg x happening.
wtf! kalo org x gelak bile dier buat lawak bodoh ckp org x best r x cool r padahal dier sendiri yg x best dan terpaksa buat benda bodoh supaya diri tuh nampak best...
entahlah...yang penting diorg x jd diri sendiri r. pastuh kalo sorg nih biler dh jumpa ngan dak lain yg hot gak mesti tgglkan member dier yg dulu nyer jd bodyguard hahah bye2 je r weyh ko mmmg x setiakawan g mampoos!!!