15.10.08

Antara benda bodoh yang aku malu nak cerita, tapi hari ni aku nak cerita jugak.

Ya aku memang internet geek. Dan aku memang tak percayakan cinta siber. At all tau!

Sebelum ni aku memang ada pengalaman cinta siber. Semasa aku form 2 aku gila MIRC. Channel sana sini. Gathering lah. SOP lah, AOP lah, founder lah.

Nak dipendekkan cerita, aku pernah bercinta di siber dengan salah seorang founder channel #P******K. Orang JB (relevan tak?). Mula chat sejak form 3. Dan bait bait asmara terbit semasa selepas sekolah.

Yang bangangnya, tak pernah jumpa lak tu. Just tuka-tuka gamba melalui email. Dia puji aku cantik. Aku puji dia kiut. Melalui gambar je. Masa tu mana ada webkem. Kalau ada pun, harga sebiji nak dekat lima enam ratus.

Masa tu talian internet belum di pasang kat rumah aku. Jadi tiap tiap malam aku akan tercongok di kafe siber untuk melampiaskan rasa cinta dah rindu lah kononnya. Selepas letih berchating, akhirnya kami plan nak berjumpa sebelum gathering channel yang bakal di adakan pada Hari Kebangsaan Malaysia 2002 - di KLCC.

OK. First date ni. Blow rambut. Pakai eyeliner (cheeewah!)
OK, t-shirt konon cool yang dibeli dari bundel.

OK

titt tiiitt tiiittiit (baca ikut nada bunyi SMS Nokia 3310)

"I dah nak sampai dah. 10 minit lagi"

OK, dub dab dub dab. Shit la! Aku dah menyumpah-nyumpah tanpa sebab. Gelabah gila.

Kelisa biru tua sampai. Dia turun.

Aku senyum. Kontrol kecewa. Ya memang aku kecewa. Aku kecewa sebab saat-saat tu aku baru sedar yang aku dah buat kerja bodoh. Aku malu dengan diri sendiri. Aku malu dengan dinding shoping mall tu. Malu dengan tiang. Malu dengan semua. Aku rasa, kalau roh aku boleh keluar sekejap dari jasad aku, dia pun malu nak masuk balik dalam badan aku. Aku rasa, aku dah setaraf dengan Wan Nur Azlin. Kalau aku reti buat majik macam John, mesti aku dah hilanggkan diri sendiri.

Tapi aku pandai jaga hati. Aku henjutkan saja pergi gathering dengan boyfriend hasil dari siber love aku yang tinggi nya cuma di bawah telinga aku sahaja. Siap berpegang tangan plak tu.

Sumpah tak boleh blah!

Selepas gathering, aku mula menyepikan diri. Perlahan-lahan. Dia asyik tanya kenapa aku diamkan diri. Aku jawab dengan diam jugak. Aku rasa sampai sekarang dia tak tau yang aku menjauhkan diri sebab dia pendek.

Sampai sekarang, walau dah 6 taun berlalu, aku masih rasa malu dengan apa yang aku alami masa tu.

MORAL: Jumpa dulu. Baru bercinta. Siber Love ni sux weh! ahahaah!



39 comments :

fariziskan said...

wah!
aku pernah!
rasakan cinta siber!
rasanya seperti indah dari rupa..


heheeheheh


so suck!

pjoe said...

best kan kalau kena batang hiudng sendiri

hmmm

aku pun dah kena
demn

Darkheart said...

hohoho teringat zaman chat...slamat aku xpnh setuju nak jumpe sesape....aku takut awek yg lari tgk aku huhuhuhu.....

Z said...

cinta siber..damn..teringat experience sendiri..it was interesting and made me genuinely happy,actually.

although x pernah jumpa,i find his claimed height was realistic la, thanks to full-figure pictures in Friendster&YM.

1st time jumpa terus berpegangan tgn?x awkward ke?

miezi said...

akhah..sama bende aku ank tanya. first time kuar terus pgg tgn.mesra gitu.eheh
nway, org tua2 kata kalau laki pendek murah rezeki.hehe

Tijah Lawa said...

adeh..adehhh...klakar la.

aku penah terdate budak lepasan SPM...sedangkan aku mase tu sudah 25 dan rasa agak desperate utk berkahwin. bleh???

zamspotte said...

Kesian dier... apelar ladynoe, rejek sebab pendek jer?? ches, nanti Persatuan Lelaki2 Pendek Semalaysia marah nanti tau... hahaha

drugbuddy said...

kalau i pun dah sepikan diri. paling takut nak jumpa kawan mIRC dulu. tapi ada jugak jumpa, itu pun stail macam nak blah awal setakat tengok muka je. selalu fikir alasan nak balik cepat sebab takde hati nak lepak lama-lama.

dan pernah juga ada bf siber. mengarut!

kebulan said...

noe,pendek tu murah rezeki.hehe
btw,mmg cyberlove sux. thanx god,aku tak pernah alami.sebab aku tak mahu percaya pun.mana tahu nnt mase dating kena rogol ka apa ka

Ladynoe said...

Z dan miezi = hahaha. aku pun tak ingat perasaan aku time tu akward ke tak. Yang pasti aku agak menggelabah. Nak nak masa dia terus pegang tangan aku.

Ok la, mungkin bagi dia lovely la. Tapi aku cam..wtf? Tapi senyap je la.

Weh tapi kira ok la pegang tangan ja. Becinta kat siber pun dah lama time tu.

Daripada orang yang kenal tak sampai sebulan. Then first time jumpa terus bawak balik rumah dan beromen sakan?

kan?

Ladynoe said...

to ZAMSPOTTE = ahahahaha..aku memang tak boleh terima lelaki pendek.

Sama macam separuh lelaki yang tak boleh terima perempuan gemok.

shurgaku said...

sebelum saya berkahwin, cinta pertama saya adalah cinta cyber. saya admit tentang ini. diam tak diam cinta ini berlanjutan sehingga 2 tahun, akhirnya kami break-off.

saya percaya cinta cyber .

Siberkop said...

...tapi SiberKOP tidak! HeHe.

Saya percaya yg kita boleh jumpa jodoh di mana2 sahaja. Mungkin itu cara dan rahsia TUHAN. Asalkan kita tahu cara utk handle dan pandai bawa dirilah.

mentallyaddicted said...

itu semua jodoh la noe. ada yang bercinta cyber sampai ke jinjang pelamin, ada yang bercinta cyber tak kesampaian, ada yang sekerat-kerat, dan ada yang bermacam lagi.

* tapi kalau lelaki pendek mmg aku tak boleh blah. hekhekhek

mrs.shaf.e said...

last year siber luv cam bodo antar2 gamba n rupanya selama ne dia reply guna gamba artis korea!nama pun dia tipu!macam sial aku rasa sampai sekarang....demmmmm siber luv!!

mrblind said...

masa x jumpe lagi mmg cinta tahap tenuk..bile dah jumpe..mcm jumpa ngan tenuk..sibuk je nak lari..pengalaman sendiri..hehehe..

Fiziy said...

itu terlalu pendek sampai di bwh telinga. yawn! msti trus melakukan breakup tanpa membuat ice breaking dulu kan?

kury lagi said...

wakakakakakakkakaakkakakakakakakaka


kalini lucu...








sebab aku penah rase yang sama.
dem.

biolatanpadawai said...

haha
sekarang apa cerita teman lelaki siber ko tu?

famia said...

ahakhakhakahkahaks.
keji siot.

Sue Anna Joe said...

My latest entry inspired by yours. Btw, I teringat satu citer ni my friend kena. Memang kesianlah.

Jumpa on the net, cintan cintun. Then nak jumpa, janji kat KLCC, so they met. Then laki tu kata tunggu jab dia nak gi toilet. Then my friend, tunggu punya tunggu, tak balik dari toilet that guy.

Sekali she got a message. Laki tu kata, dia tak suka that girl sebab dia gemuk. WTF!!!

Jahat gila okay.

penanya (?) said...

kalau aku bercinta cyber dengan model kebaya yang cantik mcm mana? apakah itu indah khabar dari rupa?

Weed and Bandages said...

hahahaha.. nickname sisterpsychosis dalam kenangan.. psycho sangat lah tuh!

anyway, skandal mirc memang la kental, kadang2 buka dua window tu. dalnet satu, webnet satu! hahaha.

tapi antara yang best, ada sorang kawan cyber, exskandal cyber yang masih berkawan sampai sekarang, dah nak masuk 8,9thn kot.

yang ajaibnya (diapun ada blog!), ok yang ajaibnya, ms weed sanggup print out tu email dia semua! ada 4files email dari dia, panjang lebaq.. sampailah dia ada skandal lain. hahahah.

yang ajaibnya lagi, kami tak pernah berjumpa dan memang tamau berjumpa, sampai sekarang hanya tau muka dia separuh saja.

yang ajaibnya lagi, sekarang ni kami ada no tepon masing masing, tapi cuma sms. once in a while la..

tak pernah nak cakap, cuma, time ms weed bengong and depress dulu, ms weed send sms suruh dia dengar ms weed nangis saja. so dia diam and dengar lah.

dia antara best friend cyber yang terunggul!!

kami decide nak maintain macam ni sampai ke tua.

kekal keep in touch dengan 'words' saja.

Mr.B tahu. and proceed.

SYD Rahim said...

kelakar lah! tapi betul lah memang cinta siber tak best! >.<

Ladynoe said...

biolatanpadawai = entah. dulu ada jugak buzz-buzz kat ym. Tapi aku macam paranoid. Haha

penanya(?) = nasib kau baiklah.

fishballisme said...

Oh Ladynoe! Nasib kita serupa. Walaupon sudah 10 tahun, aku masih teringat kisah bodoh yang aku alami jika terpandang lelaki kerdil. Nah, padan muka! Dah tak tahu rupa bentuknya macam mana, nak jugak melayan! Tapi bukan aku tak pernah minta. Dah berpuluh kali mintak gambar, dia tetap tak mahu hantar! Macam² alasannya.

Memang kejam rasanya aku masa tu. Hari ini jumpa & pegang tangan + mesra-mesra. Esok aku hilangkan diri. Jadinya aku kena pulau dengan sekian manusia yang cakap mainkan perasan dia. Tapi, perasaan aku, yang rasa tertipu ni, tak ada siapa yang nak kesiankan?

Jadinya, macam mana kita nak buang malu kita ni? :D Salam perkenalan. :)

dina said...

kira ok la kau tidak memalukan dia di dpn rang ramai...walaupun kau yg malu... tabik spring...toing...toing...

nOoRoLe said...

cinta siber suck.

masa email gambar. wow! encem!

masa call suara dah cukup mencairkan hati

bila jumpa. damn. busuk. hah. napa mcm tu.

tipu sungguh

that was so yesterday!!

Wan Adams said...

haha.kenlakar..
dulu mirc tuh tmpt paling best lar..kan?kan?

Diloz said...

naseb ler...

myfarah said...

noe, muahehe aku macam bole agak siapakah gerangan lelaki tersebut.. kau jgn lupee aku sebagai watak tambahan dalam entry kau ni.. gath kat klcc then jalan kaki ramai2 gi maple belakang hotel istana.. haa haa igt takk..^_^

anyway mase tu la aku rase aku punye kawan yg sgt ramai dari pelesok daerah.. dan juge terjebak cinta syber.. -_-" oh demn..

Ladynoe said...

myFarah= ahahaha. kalo tau, diam-diam sudah. hahah.

pe-patah said...

hahaha.nak cite plak ke mcm mana 'pendek' tu boleh jadi founder #p******k?

tapi time tu mmg diknoe diantara perempuan yang tertinggi hadir.

**aku tak login akaun aku kerana akaun gmail-ku telah di-pecah masuk.

Ladynoe said...

excited ni

Pe-PATAH = macam mana?

adam.fairuz said...

Wuahahhaa...memang klakar la ko niey.... tapi pengalaman nie aku pun pernah laluinya...*satu ketika dahulu*

pe-patah said...

nanti aku post entry reply to this topic

Ladynoe said...

PE-PATAH,
nanti inform!

ejam said...

haha siot je
patah ngn cik fara ade kt cini
aku pon ade kt citu time tuh
sbagai watak tmbahan bsame arip konflek hehe

n xslah aku
tu la 1st time aku jumpe ko gak kn noe
wakakakaka
noe ko mmg siot membangkitkan nostalgia wakaka

ellowevee.ea said...

hahah..lawak giler..tapi xder pengalaman nih..sebab dulu sengal IT..skang ni jer, baru nak celik celik..tapi tak brape sgt lar..