7.10.08

Hari ni tak nak mem-blog ke?

sekadar gambar hiasan - semua kawan-kawan aku semasa konvoi beraya semalam. Aku tiada di dalam gambar.

N
ak. Tapi aku agak kecewa dengan fenomena yang berlaku ke atas iklan cari makan nuffnager aku ni. Mana dia pergi? Dah tak sudi nak iklan kan di blog aku semenjak aku tukar header?

Fakta seterusnya, aku dah kurus. Aku dah boleh pakai skinny jeans. Aku dah assign di agensi model. Cuting badan aku lebih kurus dari Hanis Zalikha. Dan aku lebih hot dari Tengku Azura. Lepas ni, kawan kawan aku mesti menangis sebab aku dah kembali cantik. Kesian korang semua. Korang kurus macam mana pun, takkan dapat lawan aku yang dah hot ni. Nasha Aziz pun dah risau dengan potensi dia. Mana lau tau kot-kot tergugat kalau aku nak mencuba dalam bidang lakonan.

Tetapi aku kecewa sebab tu semua bakal berlaku dalam tempoh 12 tahun dari sekarang. Setelah aku cukup duit untuk masuk ke London Weight Management atau buat pembedahan pendekkan usus. Atau sedut lemak. Lama lagi. So, berhenti risau sekarang.

Selepas tu, aku nak tanya, siapa faham dengan "Kita semua nampak hebat bila telanjang".

Aku mengharapkan semua orang faham. Harap sangat sangat.

Aku tak suruh kamu, kamu dan kamu semua betul betul ambil gambar bugil dan email kan kepada aku. Aku pun tak harap kamu mendedahkan badan untuk nampak hebat. Cuma aku suka untuk sinonimkan sifat telanjang tu dengan kebenaran.

Kita semua nampak hebat bila berpijak di bumi yang nyata.
Kita semua nampak hebat bila kita bercakap yang benar.
Kita semua nampak hebat bila menegakkan yang benar.

Relevan tak?

Eh tapi kalau betul betul ada gambar telanjang, email la. MMS tak diterima.

Fakta yang terakhir, khas untuk perempuan, jangan biarkan diri hidup di dalam kecacatan mentaliti yang serius. "Jantan tu taknak kat hang, hang nak kejaq buat apa? Dah banyak kali dok gentel betina lain, yang hang nak lagi kat dia pasai apa?"

Bodoh. Bahlul. Bingai. Bengap.

Ok. Cukup. Terima kasih. Selamat malam. Sebenarnya aku takde idea nak tulis apa.

13 comments :

biolatanpadawai said...

sebab depa tu ghaplah sangat doq kejaq jantan yang lagu tu.

Anonymous said...

aku rindu seme bdk2 smtg

Weed and Bandages said...

hahahaa.. ayat bawah best!

pelaq!

Weed and Bandages said...

eh sat sat.

pelaq tu bukan kata kat awak tau! atau bloggers yang lain.

saja terpancul keluar! satgi orang yang tak paham bahaya!

fariziskan said...

aku suka dengan kata2 kamu "kit semua nampak hebat bila telanjang"...

aku setuju...

disebalik ketelanjangan kita, kita perlu sedar yang mana manusia sebenarnya adalah fitrah semata2...

bukan utk digembar-gemburkan tetapi utk diselerakkan ke seluruh pelosok dunia bahawa manusia itu hebat .....

Ladynoe said...

mak aih. pelaq tu apa?

Weed and Bandages said...

hahaha.. p tanya john! hehe..

Malf tu..ishh..nak kata 'kawan'..satgi kata ms weed menggedik pulak..

tapi ms weed selalu cakap 'dua dua orang' la jugak.. dengan 'Malf' dah almost 5,6 thn..

dulu dari kecik ada.. dari darjah 2, named 'Alba'.. ikut sampai ke itm, tapi 'hilang entah kemana'.

'Alba' bisu.

'Malf' tak.

*dah asingkan dah cakap-cakapan dengan 'dia' di

http://pembelidanpenjual.blogspot.com

The Ninapop said...

noe,aku faham..

memang kita nampak hebat bila telanjang...

yang benar-benar nyatanya...

biolatanpadawai said...

bukan yang kat depan sekali tu kau ke? elelelele.

Weed and Bandages said...

(mari menaip versi 'saya' 'anda')

secara jujurnya, anda nampak naive dengan soalan-soalan anda.

hahaha..

Malf bukan skandal. Dia halimunan!

Ladynoe said...

@msweed = itu ada lah scary.

dani izwan said...

mcm kenal je pompuan yg sebelah kanan tu

J u l i a 。.゜✿ said...

pelaq tu apa noe ?

ehh gamba tuuuu ? yg depan sekali bukan ke noe ? terkebil2 mata ju dok nilik gamba tu tau. ehh betul la tu noe kan ? tak ngaku ? nah tumbukan, dush. =D

cayang noe !
noe takyah kurus lah..sebab noe sgt tinggi !! =)