17.10.08

Kalau teringin nak belajar teknik HDR macam Dave Hill. Aku boleh ajarkan.


Sebenarnya bukan ajar. Tapi aku boleh tunjukkan cara. Dah lama aku cari cara-cara yang sepatutnya aku lakukan untuk mendapatkan efek gambar di atas ni. Tapi aku agak putus asa apabila di terima respon yang macam haram oleh para fotografer handalan dan konon handal yang menggunakan teknik High Dynamic Range. Dulu aku memang tabik mereka. Tapi bila ada yang guna untuk di aplikasikan kepada gambar perkahwinan, sekali lagi aku rasa macam haram.

Aku tak suka. Aku tak tau lah kalau ada di antara kamu yang suka.

Dan aku juga kurang tabik bila aku mintak tunjuk ajar, mereka memberi respon yang bongkak.

Sudah lah baru belajar dengan dunia grafik dan fotografi, nak belagak dan kedekut ilmu pulak tu.

Tapi hari ini, aku dengan rasa rendah diri nak berkongsi ilmu yang baru je dicurahkan oleh seorang sahabat aku dari kelantan yang bernama Lee (tepuk tangan sket). So kat bawah ni adalah foto yang aku cuba edit sendiri untuk mendapatkan efek yang dimaksudkan.

sebelum
selepas (wuhuuu!)

Mungkin ada di antara kamu memang dah tau macam mana nak buat efek di atas ni. Tapi bagi yang tak tau, sila ikut langkah-langkah di bawah;

1) Kamu mesti ada sebuah komputer/laptop/mac
2) Kamu mesti ada perisisan Adobe Photoshop
3) Kamu mesti ada talian internet connection (mesti la weh)
4) Kamu mesti ada keinginan untuk mencuba
5) Kamu mesti ada usaha
6) Lepas tahu ni, sebar-sebarkan dekat orang lain. Jangan kedekut ilmu.

Ok mula-mula, pergi ke website ini.

Abaikan gambar-gambar yang cantik-cantik tu semua. Scrooooooooolllll bawah sekali, ada pautan untuk memuat turun plug-in yang boleh menjadikan efek seperti yang aku tengah bincangkan ni.

Ok. Download seperti biasa. Install seperti biasa. Tak ada yang luar biasa.

Selepas tu, apa lagi beb? Goreng la. Edit secukup rasa. Gunakan keinginan, usaha, dan praktik sampai terel.

Itu memang trial untuk 30 hari sahaja. Tapi kalau kamu lihat betul-betul efek yang perisian ini sediakan semuanya boleh kita explore sendiri di Photoshop tanpa menggunakan apa-apa plug-in pun.

Jadi, tips berguna dari aku; selepas edit dan berpuas hati, korang jangan lupa catit peratusan sub-efek yang korang guna untuk menghasilkan gambar tu. Contoh; Exposure - 0.12%, Saturation - 50%. Catit dalam kertas atau diari. Simpan bawah bantal.

Selepas 30 hari tamat tempoh, kamu masih lagi boleh mendapatkan efek yang sama berpandukan maklumat yang korang catit tadi; tanpa menggunakan apa-apa plug ini pun.

Pesan aku,
1) Jangan guna efek ni pada foto kahwin
2)Jangan kedekut ilmu.

Ok?

Selamat mencuba.

p/s: to nurul, sorry i guna gambar u. 

25 comments :

kury lagi said...

hye nurul...

Diloz said...

hahaha.foto kawen buat camni bughuk ghupenya yob.

aku banyak shot yang masih belum edit.fuh.sibuk.

Marzuki said...

huhu, beshnya...

Anonymous said...

terima kaseh ladynoe..

saya mmng dah lamer nak cari teknik editing mcmnih.. kau mmng cantek, elegan, encem dan ganteng... semoga anda terus berjaya.. wa tabik sama lu!

Weed and Bandages said...

terima kasih.

bila free msweed try.

bab2 grafik,design2 seangkatan dengannya lebih kepada Mr.B

:)

pjoe said...

poor nurul

poyotito's said...

terima kasih.

Cicadasx said...

Dah lama ikut tapi 1st time comment.
Teknik Rarindra tau?
Kalau ade care senang nak wat sila lah share kan :p

Razaisyam said...

komputer dirumah saya ada sambungan internet tapi sayang tak ada photoshop

kesian!

iDyani Nazahiah said...

Hahaha.bagus!
Dan terima kasih untuk ajaran ini :)

Marzuki said...

lpas install nk watpe? xtau nk buka/guna mcm mana. pliz tlong

afidze said...

Hello, sedang sibuk mencari bahan terjumpa pula web ni,
sekadar bertanya. laman web mana boleh download adobe photoshop untuk percuma eh? your prompt reply is appreciated

blog ni menarik la...
tq

Ladynoe said...

marzuki = kalau kamu pengguna PC, kamu sepatutnya masukkan plug-in tu di folder Pogramfile> Photoshop> Plug In.

Kalau kamu pengguna Mac, ia akan install dengan sendirinya sebagai plug in.

afidze = kamu boleh cuba download di torrent. Kamu boleh cuba download di website Adobe photoshop itu sendiri. Tapi trial 30 hari. Dapatkan crack dari sumber-sumber lain untuk mengaktifkannya.

nodadosa said...

gua penah tanya sorang photographer kawen yg femes

gua : wah brader punyer teknik HDR gempak la

p/grapher : apa? ouh itu bukan HDR.. saya guna photoshop je

gua : oh really? dem.. lu ada step-by-step dia tak..

p/grapher : ouh saya ada buat kelas utk teknik tersebut.. kelas 2-3 jam je.. tapi regsiter kene bayar 1 k eh.. bleh bayar 50% dlu..

gua : palahotak lu *tp sekadar dr dlm hati sahaja huhu

lu patot charge 1k utk semua yang masok blog lu ni utk dptkan tips hdr tu.. hahahah

afidze said...

thank you, thanks for the info, I'm looking forward to visit your blog again.

Marzuki Melarang said...

tq ladynoe, mmg brbaloi

pjoe said...

terima kasih sebab ajarkan si ely benda ni
info sgt berguna
btw, aku link blog kau.. lupa nk bagi tau
tk kisahkan?

Anasir said...

cik ladynoe, saya menyelinap masuk melalui blog cik ely, saya tertarik dengan HDR tu..

sebelum ni pon saya dah ada buat entri pasal HDR ni..

setahu saya juga teknik tidak begitu praktikal pada manusia kan? sebab nanti dia nyer skin tone akan lari, tapi saya ada eksperimenkan juga atas manusia..

kalau cik ladynoe ada masa, jenguklah hasil kerja saya di :-

http://wabakbilikgelap.blogspot.com/2008/09/2-anak-patung-1-binatang-comel-1.html

saya perlukan komen dan tunjuk ajar dari saudari..

Ladynoe said...

pjoe= tak kisah. terima kasih. Ely tu laki ke pompuan?

anasir = okay nnt saya cek.

Anasir said...

tima kasih ladynoe..

awak kenal jalut?

ermmmm....

mungkin kita berada dalam circle of fren yang sama!

*saya nak link blog anda boleh?

pjoe said...

tu kat atas tu si ely (razaisyam rashid)

anas said...

deknoe,

aa,kalau pakai photomatix pro pun cun gak dow,try download trial die and see how it goes,org ckp software utk HDR yg lg hensem dr photoshop :D

link lupe nk cr,kasi google jek.msti jupe :)

sreSHAziela said...

tq lah tak kedek ilmu..kdg2 ade PS pon mls nak explore kan.. ade plug in ni konon2 rajin lah plk kan..

Silence said...

nak senang lg...donlot Dave Hill punya actions.. then..nnti bley terus apply kat pic yang dikehendaki..

tapi x semua gambar menjadi...untuk efek ini..

Noe, efek utk Infra red xde tutorial ke? seriously nak tau how to do it...without using camera DSLR or SLR.. i mean, by doing it guna photoshop...

thanks for sharing anyway...
sharing is caring.. ;)

emofest said...

klik kat link... xde pun plugin tu