28.10.08

#KHB 2- LELAKI; sejauh mana kamu faham tentang wanita?


Kalau bercakap tentang jaguh Mr. Right, semua nak menang. Kalau bercakap tentang nak mencairkan keras seorang perempuan, aku lah jaguh; katanya.

Sekarang kita mulakan subjek memahami wanita.

Satu, kami akan mengalami pendarahan berskala setiap bulan. Kami memang memerlukan perhatian lebih dan kadang-kadang benda yang tak logik pun boleh di bawa gaduh macam kamu dah curang dengan 10 orang perempuan.

Itu bagi yang kurang faham, atau bilamana diri dikuasai egois. Kalau faham, kami ni jinak. Sejinak kucing, tau.

Dua, Feminine Hygiene Wash adalah sejenis produk yang kami gunakan untuk menyingkir bauan yang kurang enak pada masa-masa tertentu. Masa menstruasi paling kerap digunakan. Musaddiq, kami tidak gunakan Feminine Hygiene Wash untuk mencuci ketiak.

Kau ni naif macam budak lelaki baru nak mimpi basah. Patut lah single pada usia 27 tahun.

Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan supaya menasihatkan pasangan anda supaya bijak memilih Feminine Hygiene Wash. Sebab kalau tersalah pH, bau busuk akan menjadi lebih busuk.

(bersambung)

13 comments :

Weed and Bandages said...

memang betul.

10mata!

nani allen said...

memang betul. aku kalau pada masa menstruasi memang menakutkan. mungkin mampu membunuh.

shurgaku said...

saya yang sudah berkahwin pun kadang-kala gagal untuk memahami hati wanita ini. lain yang dicakap dan lain pula maksudnya.

Razaisyam said...

tapi kenapa awek aku ok jer setiap masa

dia tak normal ke?

tak pernah nak marah2 pun masa dia sedang mengalami pendarahan

Ladynoe said...

razaisyam = samada korang baru couple. atau, kau tak buat hal.

Tok Rimau said...

Saya juga faham, perempuan suka Bad Boy. Bad Boy pasti buat hal.

Jika mahu yang tidak buat hal, pilihlah Good Boy. Tapi Good Boy, biasak la. Goodie goodie. Tak fun.

pjoe said...

ma aku cakap dulu kt adik perempuan aku, "jangan jadikan kejadian Tuhan sebagai alasan nak buat perangai bukan2"

aku tak tau
ma aku yg cakap

Ayyman Rahim. said...

Ehh, dah faham dah pasal perempuan. Haha, dan2 paham :p

Musaddiq said...

Heh heh. Do you know why they call it 'PMS'? Because 'Mad Cow Disease' was already taken. ho ho ho.

SHIMI said...

Ha..Ha..ha..
Salah pH? Bau?
Ha..Ha..Ha..

J u l i a 。.゜✿ said...

noe biasanya lelaki yg ego je yg takkan nak CUBA faham mood swing pompuan time pms.

damn..!

*tengah panas ni. sbb err geram. sbb dia tak reti nak amik hati time keadaan macam ni. dah la tetek tgh sakit ni. huwaaaaaaa sob sob*

makan chocolate nyum nyum..

AzFaRuL said...

lelaki ni E.G.O.

sy phm. sgt2. sbb sy pun laki.

47 said...

aiya..

pms memang memeningkan kepala. baru sahaja terpaksa melayan karenah pms seorang kawan perempuan.

dia naik angin atas sebab-sebab yang sungguh remeh dan (to me) kurang munasabah.

kenapa mcm tu ya? ada tak perempuan yang tak ter-affect/kurang ter-affect dengan pms?