27.10.08

Lacuna Inc.

Selamat pergi hari minggu. Aku dah letih dan bosan. Masa untuk tidur. Sebelum tidur mesti nak layan lagu Gemala Hati- P.Ramlee. Kawan aku cakap aku psycho sebab dengar lagu orang dah mati sebelum tidur. Oh.

Aku tiba-tiba terbayang..

Macam mana kalau tiba-tiba esok pagi aku bangun, aku dah tak ingat apa-apa? Aku tak ingat aku di mana. Aku bangun, bukak pintu, aku tak kenal siapa mak aku. Aku tak kenal anak-anak buah aku.

Aku macam dah tak ingat siapa aku pun.

Aku tak pernah ingat aku ada tunang. Aku tak pernah ingat lansung tentang memori masa lalu. Aku tak pernah tau yang aku pernah ada sesiapa. dan bertanya kepada semua orang yang muncul di depan mata.

"Ni siapa ni?"

Senang cerita, aku dah hilang semua memori. Semua beb, semua.

Aku berjalan macam orang bingung. Aku tak tau lansung apa-apa yang pernah aku belajar. Hilang semua masalah yang pernah menyesakkan. Dan hilang semua manis yang tak pernah aku inginkan hilang. Semua hilang.

Aku macam bayi yang baru di lahirkan (ok ketepikan saiz). Macam, semua ambil kisah tentang aku. Semua datang minta aku ingat kembali memori tentang mereka. Semua kawan-kawan menziarahi dan bersimpati. Kekasih datang merayu dan menangis minta aku kenang semua memoir dan baik budinya. Oh..

Tak perlu simpati, kot. Aku lagi suka macam ni.

Sebab, macam thrill gila hidup nak mula dari mula. Mungkin aku takkan ingat lansung pasal Adobe atau I-mac. So aku boleh mula goyang kaki di rumah dengan subsidi dari kerajaan untuk OKU. Aku takkan ingat rasa nasik dengan ikan kembung goreng gaul dengan cincalok atau budu (peh). So senang la aku diet. Even terlupa bahawa berak kencing kena beristinjak pakai air dan keringkan pakai tisu (mengikut cara sebenar). So orang boleh cebokkan untuk aku hari-hari.

Macam best gila bila lupa akan segala penyesalan sebab kenal dengan palat-ers yang pernah menyakitkan. Lupa tentang rasa sakit hati, dan rasa sedih bila kena tipu dan bila kehilangan.

Kemudian seminggu kemudian aku mati.

Masuk syurga tak kalau macam tu?

p/s: Lacuna Inc? Here.

9 comments :

Marzuki said...

kalau nak balik memori adobe awak tu sila hantukkan kepala anda atau saya yang hantukkan kepala anda ke dinding.

ps : rujuk drama melayu.

shafiq said...

hmm..tapi kalau nak hantuk tuh pastikan dinding2 yg btol2 keras ok. kalu dinding pastikan kayu chengal@jati.

fynn jamal said...

i love that movie.
shit ah.

terus ter rewind dlm pala

Razaisyam said...

Eternal Sunshine of the Spotless Mind siot hidup kau..hahaha


aku tgk jim carrey dalam cite tu, aku senyum.kenapa lah dia hebat sangat..

hilang ingatan buat kau lupa orang yang palat, tapi macam mane dengan orang kau sayang?.

Ladynoe said...

marzuki = taknak pun

razaisyam = takpe. aku tak kisah. Aku taknak ingat sapa-sapa pun. Aku nak orang ja ingat aku.

Ayyman Rahim. said...

Hahaha mesti la masuk syurga, kan tak tahu apa - apa :P

AzFaRuL said...

msk ke? mesti la tgk dulu amalan2 sebelum ni.

ntah la. kerja tuhan.

J u l i a 。.゜✿ said...

noe tak guna memory card ka ?

=P

ju suka bayangkan diri jadi macam drew barrymore dlm 50 first dates. lepas tu jumpa lelaki yg sanggup berusaha bagi ju jatuh cinta kat dia setiap hari. hikhik.

tapi yg noe imagine lagi teruk.. sampai tak tau cara nak cebok hapa.. haihhh.

ellowevee.ea said...

lupakan yang tak best..yang tak berape nak best..dan tinggalkan yang best2 jer..boleh x?


dulu slalu ckp kat diri sendiri..cane lar rase nyer hilang ingatan..tak semua pown, separuh jadik lar...haha ;p