18.10.08

Semua depress kononnya. Aku pun nak depress.

Aku tahu ramai yang sedang bersuka ria sekarang ni. Ada yang sibuk study. Ada yang pergi KAMI the gig lah, ada yang dating dengan boyfriend/girlfriend dan ada yang pergi menghadiri jamuan rumah terbuka.

Tapi bagi aku, hujung minggu kali ni, hujung minggu paling musibat dalam hidup aku.

Bayangkan dari mula aku celik mata, sampai sekarang, aku pelik, mana perginya mood aku? Aku rasa, majikan aku dah merosakkan seluruh hujung minggu aku untuk minggu ini.

Semalam, sepatutnya aku dah siapkan look and feel untuk Formula 1's celebration berdasarkan konsep yang di beri. Tapi aku sakit kepala. Aku banyak lagi kerja lain. Dan aku tak boleh nak fikir sedikit pun tentang apa-apa mengenainya.

Bos aku; balik awal sebab nak menghadiri dinner, sedangkan aku kena batalkan dinner dengan tunang aku sebab nak siapkan benda-benda rumit tu. Oh, so adil!~

Tapi kepala dah semakin sakit. Aku balik jugak dalam kira-kira jam 9.

Bermakna, di hari sabtu ini; yang sepatutnya ceria untuk aku, aku kena buat kerja dan yang paling palat sekali, aku kena datang ke pejabat esok untuk tunjuk kat bos aku apa yang aku dah siapkan. Diulangi, aku kena bekerja AHAD.

Aku tertekan ni.

Bagi aku, gaji tinggi macam mana pun, takkan dapat beli hujung minggu yang tenang, ceria dan melapangkan dada.

Jadi aku harap kamu sudah sedia maklum bila aku menolak untuk membuat digital portrait untuk kamu; atau ada yang menunggu sesuatu dari aku, aku nasihatkan, jangan mengharap apa-apa.

Aku dah cukup tertekan buat kerja berbayar, apatah lagi kerja secara percuma.

3 comments :

Mrs.bubu said...

kecian kamo
biase r kan dorg x pam
kter pun nk gak mase untuk diri sendiri
btw nice blog
;)

Marzuki said...

sok sok...

tabah wahai ladynoe, eekekee...

senyum ckit :-)

mollyjinxed said...

meh cini.. saya urutkan kepala