22.11.08

Bertelagah lah macam mana pun. Asalkan ada point yang munasabah. OK?

Aku suka kucing. Harimau, singa, pun dalam keluarga kucing. Big cat bak kata orang Inggeris. Nak nak yang jantan. Nampak gagah, hensem dan gah selalu dijadikan simbolik kepada kekuatan. Kalau di Mesir, kucing di angkat martabat sebagai dewa.

Tapi, lain yang berlaku di Zoo Singapura.

hambik kau.

Macam-macam spekulasi yang aku dengar. Pihak media cakap, lelaki tu bunuh diri. Logiknya, kalau aku dah betul-betul hilang iman nak bunuh diri pun, aku mungkin akan curi bahan chemical yang digunakan untuk membunuh haiwan dalam masa kurang dari 5 saat. Suntik kat tengkok sendiri. Jalan terus. Atau berdiri di tengah-tengah jalan keretapi semasa keretapi tu lalu.

Daripada 4 minit kena kerbi dek harimau.

Ada yang cakap, kemalangan di tempat kerja. Dan pihak Zoo Singapura gagal mempersembahkan tahap keselamatan yang sepatutnya. Tak ada pun pengawal yang sepatutnya datang dengan senapang bius walau pelancong dah menjerit-jerit dan polis pun sampai lambat sangat.

Macam-macam.

Dan pertelagahan, terjadi antara orang Malaysia dan Singapura. Telagah kat mana? Kat Youtube dan kebanyakan forum. Ok, kalau aku jenis yang serius nak fikir bab politikus dan isu agama Singapura, memang aku tak berapa gemarkan Singapura lah.

Tapi aku macam malu bila ada jugak orang Malaysia yang bagi aku sangat-sangat tak cool nak salahkan Singapura di atas kejadian seperti itu. Member dah mati dah pun. Apa pun tak boleh nak buat. Harimau terbabit pun tak salah. Pun ada yang suruh bunuh harimau tu. Relevan ke?

Kalau pihak Zoo Singapura sengaja bebaskan harimau lapar dekat tengah-tengah City Square, mungkin aku pun akan carut sekali.

Aku bertambah malu bila ada komen dari orang Malaysia yang penuh carut marut tapi dijawab dengan agak sopan oleh orang Singapura. Aku macam malu. Kamu, aku tak taulah.

Jangan la bertelagah akan hal-hal yang menampakkan ketidak relevan mentaliti kau, yang membuatkan orang nampak kita lebih mundur dan bodoh. OK?

Contoh: kalau orang suruh berhenti minum arak, jangan "jawab kubur lain-lain". OK? Senyap je, OK?

Nak bertelagah pun, biar yang ber-ilmiah sikit. Orang yang duduk kat negara yang tak boleh dengar Azan kuat-kuat pun reti cakap sopan. Apa cerita?

p/s: anyway, kalau sudi, sedekah la alfatihah kat lelaki yang mati jadi rezeki harimau tu.

21 comments :

BuNnY said...

"kubur lain-lain"

ade mmbr aku pnah ckp gini. pehtu aku ckp
"mmg le kubur lain2. tp nnt yg nak mandikn, kapankan, kabuskan, talkinkan ko bkn org yg 1 kubur ngan ko bahalol!"

mmbr itu teros membisu..

J u l i a 。.゜✿ said...

haaa ? kat youtube ? ada video lelaki tersebut ka ? haihh kesianlah. umur tak panjang sebab binatang secomel harimau tersebut....

alfatihah ? dah dah.

tak suka org jawap kubur lain2. serius. dari dulu memang anti sgt. sebab org yg jawap camtu, sebenarnya sgt ego & bodoh sombong.

ok.. jom mentido.

lindosh said...

orang mesia ni kekadang sombong tak bertempat.

sesapa saja lah kan.

al-fatihah kat arwah. dah ajal dia dengan cara tu.

drugbuddy said...

noe, ada link tak? haritu cari tak jumpa. my brother selok nak tengok.

doff said...

'kubur lain-lain' tu satu hal. penah ako tanya "duit judi tu nnt ko nk watper?" dan dijawab "masukkan dalam bank islam dulu untuk bersihkan wit tu" (mungkin la dia jawab secara bgurau kan) dan aku jwb balik "ooo gitu. boleh la bersihkan daging bab* dgn air tanah 7x pastu dah bole la wat kari bab* dan dimakan dengan sedapnya. eh?". senyap.

al-fatihah.

Fariz Bakar said...

bagus juga.

Tok Rimau said...

Tok rimau tiada kena mengena dengan ini filem. Aummmm!

jane said...

salam...
wa dah tengok...opkos kat u tiub. semalam nak tunjuk kat daling, dah removed dah...

innalillah....

Pewaris Reformasi said...

abang aku di singapore. katanya bunuh diri. dia bgtau kawan2 yg diorg takkan jumpa dia lagi lepas ni. walletnya pun ada di kandang lain.

dia lompat masuk dari pagar dan meredah kolam yg ada sebelum sampai ke sempadan pagar di tanah tempat harimau bermain2.

oh dunia..

mynncinonet said...

serius. mentaliti rakyat malaysia amat teru sekarang. mentaliti orang dunia ketiga. aku tak salahkan sesiapa. sendiri kene beringat.

alkapon said...

xjmp pulak video ni. video org makan harimau ade la.

komen2 yg ade kat youtube tu bg aku byk buat org bergaduh je. sbb tu ade negara yg dah block youtube terus.

pjoe said...

kau letak gambar ni bikin aku nightmare malam2 la ni!

isk

AL FATIHAH

Ladynoe said...

aku macam suka nak tenung gamba kejadian lama-lama so that i can imagine how was it going on.

fuh.

dila raden said...

dulu ada kes bunuh diri terjun dalam kandang buaya

perempuan tu langsung tak menjerit masa dok kena baham

gila kental

miezi said...

kalau orang suruh berhenti minum arak, jangan "jawab kubur lain-lain". OK? Senyap je, OK?

aku setuju.amat annoying bila org arrogantly berkata sedemikian pasal kubor memasing

Al fatihah juga kpd si mati.

penanya (?) said...

dapat tgk video yg 46 saat je.. yg full length 4minutes pny xde jumpa..

al-fatihah pada Encik Nordin Montong

mrblind said...

al-fatihah untuk simati.

SUXX said...

Allayarham sempat ucap Allahuakhabar sebelum jadi lauk.

bkn bunuh diri.

Al-fatihah.

Marissa said...

hmm.... Tak tahu la niat dia apa sebenarnya. Tapi dompetnya sempat dia dermakan pada Sang Buaya dulu sebelum dia lompat masuk ke dalam kandang Harimau tu.

Saya bukan taknak berperikemanuasiaan, tapi dalam kes ni, saya memihak kepada Sang harimau Albino itu. Dan, dia sebenarnya serang Arwah Nordin sebab nak makan. Dia tak makan langsung, dia just main macam kucing belaan kita main dengan tikus atau burung. Itu beza binatang yang hidup dibela manusia dengan haiwan yang hidup secara liar.

Sekor Harimau putih hanya ditemui dalam 10000 harimau biasa. Kat malaysia harimau biasa yang tinggal mungkin x sampai pun 500 ekor.

Takkan sebab sorang terjun masuk kandang rimau, kita nak bunuh harimau yang cuba pertahankan teritory dia?

Al-Fatihah buat Arwah Nordin.

p/s: Maaf ye noe. Saya sayang kucing. Macam awak. Kenyataan kaum kita kat Malaysia kengkadang buat saya marah, juge macam awak.

Marissa said...

Pembetulan...

Statement saya sepatutnya..
"Dan, dia sebenarnya serang Arwah Nordin bukan sebab nak makan".

Madu Warna Biru said...

haih suka sangat bertelagah... kalau tak puas hati nak maki hamun..

apa ni malunya...

kat dalam utube neh noe?