30.11.08

Kenapalah pontianak Melayu tak ada yang kacak?

Lelaki Inggeris memang tak pernah kalah untuk buat aku asyik teringat-ingat. Dengan British accent yang membuatkan mereka bertambah sexy. Hell yeah.

Semalam layan Twilight.



Kisah Pontianak yang bercinta dengan manusia biasa. Selalunya pontianak Inggeris ni memang berbeza habis dengan pontianak Melayu. Dia berjangkit-jangkit. Selalunya kacak, seksi, cantik dan kaya raya. Sofistikated dan cenderung untuk memusuhi were wolf sahaja. Kalau yang suka tengok cerita pontianak ni mesti dah tengok cerita Underworld dan Interview with Vampire sebelumnya. (google sendiri)

Berlainan dengan Pontianak melayu yang memang semua (seperti di gambarkan oleh orang tua-tua), perempuan, mati bersalin atau mati mengandung. Terbang, rambut mengerbang, mengilai, hodoh suka mengharuk dan yang paling penting, tinggal di kampung, sebatang kara dan tidak mempunyai apa-apa teknologi seperti rumah dan kereta. Pontianak Melayu di kira suka menyanyi seorang diri sambil naik buai, dan mengganggu orang yang pulang dari masjid sambil bertenggek di pokok sena atau tepi kubur.

Hahaha. Kira Pontianak Inggeris ni beri banyak pilihan untuk manusia mengembangkan zuriat lah. ahahah. Nak nak Robert Pattinson yang jadi pontianak. Kalau semua pontianak kacak macam Cullen Family, aku pun nak bercinta dengan pontianak.

Oh Robert..oh Edward..

Celebrity crush ni bukan sekali ini berlaku dalam diri aku. Sebelum ni aku pernah gilakan Tarabas dalam cerita The cave of Golden Rose. Aku tak pasti ada di antara kamu yang pernah tonton cerita ni. Sekitar tahun 1996 kalau tak silap. Tarabas yang di lakonkan oleh Nicholas Rogers sebagai Pontianak yang cintakan manusia (Fantaghiro), sampai sekarang aku tak pasti samaada dia pernah belakon dalam filem Hollywood atau tidak.

Dan sekarang, Robert Pattinson pulak sebagai Pontianak yang bernama Edward Cullen. Apsal semua celebrity crush aku ni pontianak je weh?

Hahaha..Oh..Edward...

Seperti biasa, selepas balik menonton aku selidik lagi sedikit sebanyak tentang Twilight ni. Rupa-rupanya plot cerita di ambil dari Novel bersiri yang ditulis oleh Stpeheni Meyer. Dan apa yang aku tau according to those Novels, Twilight is the first serie of the movie-lah. New Moon, siri ke dua akan di tayangkan tahun depan pulak. Okay, cant wait to see you encik Pontianak yang kacak!

Oh, kalau tanya berdasarkan personal interest, memang aku beri 5 bintang lah untuk Twilight. Ahaha.

p/s: aku harap, pontianak melayu mula belajar melayari internet dan keluar lepak di Kuala Lumpur agar menjadi lebih trendy.


50 comments :

lindosh said...

bila pontianak tu kacak, aku dah tak rasa takut haha.

Ladynoe said...

@Lindosh = iya. Aku pun harap pontianak kacak mengorat aku.

lindosh said...

tak boleh. nanti fandi marah.

Weed and Bandages said...

tarabas dan pontianak kacak yang lain memang memberahikan.

kenai tarabas. dulu satu 'U'. hahaha.

Diloz said...

pontianak lelaki melayu perlukan motor 110cc.

Fariz Bakar said...

ascent ke accent? maaflah.sekadar brtanya krn sy br belajar.

Marzuki said...

bunian kacak kan ada?

mollyjinxed said...

adeh.. cave of golden rose

mmg cerita yg best!!

watak jahat mmg selalunya hensem, begaya.. kan

Miko Yamaguchi said...

oh, kalau untuk edward cullen ni, jadi vampire pun aku sanggup. so sweet la dia ni. aha, aku sudah gila bayang. hahahah.

MyAishah said...

aku pon suke TARABAS!!
selalu tunggu cite dia kat TV2 dulu..
tayangan pukul 10 malam kalo tak salah..
haih......

:)

biolatanpadawai said...

kenapa celebrity crush kau asik pontianak?

aku tau! sebab kau gatai! pontianak kan suka gigit leher.koekeokeokeo. kau ingat sedap ke kena gigit kat leher? sakit weh!

Fariz Bakar said...

tarabas ke romualdo yg suka kat fantaghiro?

J u l i a 。.゜✿ said...

sangat rela menjadi korban pontianak yg hensem. dgn syarat...takda bau mulut lah okek ? =P

noe.. ju tak pernah tengok twillight. =(

Ladynoe said...

@ms weed = memang memberahikan! Tarabas satu u ke? ada YM id dia tak? kehkeh.

@diloz = tanak la motor. itu dah macam Ghost Rider. kehkeh.

@Fariz Bakar = wah! accent. Salah eja. Terima kasih. Dah diperbetulkan.

@Marzuki = bercinta dengan bunian tak boleh nak balik umah dah. Tak boleh nak blog lagik dah. Kena tinggal kat alam dia je. huhuh.

@mollyjinxed = iya. kacak dan mengganggu minda.

@my aisyah = haah la. Jam 10 malam, di RTM2. Ada sesiapa yang tau kat mana boleh kita tonton semula cerita tu?

@biolatanpadawai = kaninabo.

Ladynoe said...

@ fariz bakar = dua dua suka kat Fantaghiro. Cuma fantaghiro suka kat Ramualdo seorang.

@Julia = pergi tgok sekarang dengan encik awan biru!

MyAishah said...

http://www.youtube.com/user/ainonynmous

noe...
try link atas tuh..
tapi tak complete series la...
sorry!!

Ladynoe said...

@my aisyah= waaaaaaaaaaaaaaaaa terimakasih tahap nak peluk! thank you aisyah.

fynn jamal said...

aku ingat aku sorang stim tgk tarabas.

shit.

Lee Joe said...

salam. saja nak nyebok hehe..
kalau akak nak tau, stephany meyer tu, ada gak dlm cita twilight tau. die ada selitkan skit dlm scene.
haha~ tu je. peminat twilight ni.
:)

frhh said...

twilight the movie is a disappointment.

u should read the books. all 4 of them. a whole lot better. speechless.

;)

Ladynoe said...

@frhh = yeah most people who red the books will say the same thing. someday i'll read it.

Now tak leh nak baca lah. Sebab ada 2 novel yang tak habis habis baca lagi.

amir fififudin said...

tapi personal interest engkau yang kasi 5 bintang tu pulak interest dari sudut mana? pelakon ke? lakonan ke? jalan cerita ke? set penggambaran ke?

kalau setakat pelakon dah tentu ah aku tak payah tengok sebab aku tak gay

Ladynoe said...

@amir afiffudin = la...dari tadi dok pompangpompang pasai Pontianak Kacak, mesti la personal Interest aku kat pelakon/hero citer ni. hehehe.

F A R Y N said...

tarabas mmg sedap...
wahahhaa...tetiba rendu dia...
RTM..sila ulang tayang cite itu!

Anonymous said...

ya noe. Aku pun harap Pontianak Melayu lekas2 belajar supaya reti groom diri dan menjadi lebih trendy.

Dan yang paling penting, belajar untuk tidak menyerang manusia. hihihi.

pjoe said...

haha
mcm kebetulan je entri kau dgn short filem kami
hantu melayu astik perempuan je
bosan dowh
biar aku jadi hantu pulak

haha

Rizal said...

aku punya celebrity crush x pernah berubah dari zaman skolah sampai skarang... Liv Tyler dlm That Thing You Do.. OOOhhh.. Fay.. (nama karakter dia dlm citer tu..).. =p~

Madu Warna Biru said...

gila sangat saya dengan tarabas tuh.. tak boleh tinggal cerita tuh. suka sangat.. =D rasa cam naktengok balik cerita tuh..

suzan said...

aku pun suka gila sama TARABAS!!
tapi, pontianak yang anda ceritakan ni belum berkesempatan nak pegi tgk... best ke??

Riqqie's Lil Sugar said...

oh tarabas!
mase saya tengok tuh saya kecik lagi.
tapi dah pandai syok syok kat tarabas.even die jadi binatang burok tu pon,saya suke je.
hahaha~!

wahh jelesnya dah tengok twilight.
ok kah?

sreSHAziela said...

cik noe.. ini movie mmg mantap.. itu encik pon pon sgt comel..

tp aku pelik sikit.. mamat ni sekolah kat situ dah bape lame..?? yelah edup dah beribu tahun kan...

Ladynoe said...

@sreSHAzila = owh..ni tak menumpukan perhatian semasa menonton ni. keh kehkeh. Kan masa bella datang rumah edward, ada satu frame besar kat tangga nak ke bilik edward tu.

frame tu ialah koleksi topi graduan. Edward cakap, setiap kali lepas graduate, mereka akan berpindah ke sekolah lain. Sebab tu topi graduan tu diorang ada banyak. Kehkeh.

kinobaik said...

Suka sama Tarabas juga.

Suka gila baca series dia. Movie tak sempat lagi.

Nak khatam kali kedua novel twilight dulu baru nak gi tgk movie. (tapi novel tu 3 inches thick!) overnye la kan. huhu

*twilight*new moon* eclipse* breaking dawn*

sila lah baca. best gila.

nani allen said...

omg! tarabas tu menjadi igauan aku masa aku umur 11 tahun. dah boleh kira aku ni budak kecik yg gatal lah. nampak sgt tarabas tu hensem gila babi sampai aku yg umur 11 tahun pon boleh mengigau dia.

.[fatEn]. said...

tumpang lalu

twilight memang best !
robert pattinson pun kacak dalam movie itu :)

Facet said...

Ironisnya siapa saja yang hensem di malaysia ini dalam kesubjektifan minda melayu dalam tafsiran hensem bagi kita yg berbeza-beza citarasa - untuk menjadi watak pontianak tersebut.

Eizlan Yusoff? Mawi? Farid Kamil?


p/s: Oh aku terkejut dengan tafsiran anonymous dalam kotak komen kamu. Kenapa tidak disable saja?

Ladynoe said...

@facet = sebelum ini agak sakit hati dengan sesetengah anonymous yang mencerca tanpa usul periksa. jadi wujudlah tafsiran binatang tu.

haih. Kasar la pulak kan. Nak tukar lah.

Pontianak lelaki Melayu yang kacak...errrmmmmm Asyraf Sinclair? Atau Syed Hussain mungkin?

kury lagi said...

hmmm...aku suke spek hitam dia...

Z said...

best kan Twilight? aku gelak gila tengok the framed grad hats. hahaha. comel gila laaa si Robert Pattinson tu. Rupa-rupanya dia berlakon Harry Potter 4 jadi Cedric.

Bertuah si Kristen Stewart tu dapat make out dengan dia walaupun dalam movie semata.

Ladynoe said...

@Z= iya Z, kalau aku dapat make put dalam mimpi pun jadik lah. Kehkeheekhekehek. Tapi aku suka Edward Cullen. Robert Parttionson tak sangat. Macam mana tu?

bel la said...

aku suke ramualdo n tarabas..tp ramualdo dayus la plak,asik fantaghiro yg selamatkan dia..tensen jekk.huhu

Jard The Great said...

huhu...tak sabarnya nak tinguk wayang ini..

NeEM™ of Suicide Park said...

Angel dalam Buffy paling berkarisma dan hensem.David Boreanaz.

Howie D dlm video clip Backstreet's Back orait juga, walaupun tak minat sangat.

Tengok la Moonchild, cerita vampire Jepun.

Anonymous said...

buku dia lagi best baca dari movie dia.

Ladynoe said...

@ semua = statement "buku lebih best dari movie" buat aku eager nak beli buku dia ok. Mahal tak?

Sue Anna Joe said...

Sapa tak suka Tarabas, memang takda taste. Ramualdo hensem, tapi Tarabas, oh yeah bebeh.

I think kan, for any movie based on book, book tetap akan better. Susahla nak kalahkan buku, buku boleh belasah je tulis, nak bikin apa yang ditulis dalam buku on to screen is not easy.

Rasanya, lagi best kalau baca buku lepas tengok movie. At least kalau buku lagi best, takdalah rasa kecewa. Huhuhuhuuu.

Ladynoe said...

@ SAJ = yeeeaaahhhh annaaaa! tommorrowww i'll own the book! ahahaha! merata-rata carik, lasly beli ngan someone yang advertised dekat mudah.com.my.

Sue Anna Joe said...

You must really like the movie. Ahh wajib tengok nieh, tengoklah, kang aku pon nak beli bukunya. Ahaks.

Selamat membaca!

gee carmen said...

u, i kenal TARABAS tu. saya memnag gilerkan dia sampai skang lah .. heheheee. encem kan dia?

sleepyhead said...

kak noe, novel twilight lebih kurang rm33.. beli lah.. lagi detail dlm buku sbb tu lagi syiok! hehe.
wahh.. saya pun tgk cter fantaghiro dulu. tatau lak kalo tajuk cte tu the cave of golden rose. dulu sebut fantaghiro jer. apa2 pun, mari kita mimpi edward cullen :p