24.11.08

#KHB4 - Cuba berfikiran kreatif di saat terdesak.

Hari ni kawan aku kawen. Nama dia Azrin. Dulu dia jejaka comel yang selenga dekat sekolah. Pelik sikit selera aku dan kawan-kawan aku dulu. Kami menolak lelaki yang kelihatan high-class. Tapi Azrin ni memang anak orang kaya. Atau lebih tepat, AKU DAN KAWAN-KAWAN AKU MEMANG SUKA ORANG KAYA YANG TAK BERLAGAK KAYA.

Sorry la Azrin. Kau jemput last minute. Kenduri pun sebelum aku gaji. Aku kan pokai sentiasa. Tapi aku benci pergi Majlis Perkahwinan dengan tangan kosong. So aku harap hadiah aku ni, menjadi antara hadiah yang kau ingat sampai bila-bila.

Nah. Kelengkapan untuk berbulan madu. Tak cukup beli sendiri.

Selamat berbulan madu. 'Drive' elok-elok. Tehehehe

TIPS: Kadang-kadang, kalau tak ada duit nak beli hadiah untuk kawan, elakkan daripada beli hadiah yang memang diketahui murahnya, tapi tipikal. Kira macam, Gelas murah lah (contoh)

CUBA, memberi dengan hati. Bukan beri dengan niat nak glamour (macam selebriti internet), dan kalau tak ada duit sangat, tapi kawan punya pasal, nak-nak on his/her big day, hadiah murah pun tak apa. Asal remarkable.

CONTOH, time abang aku kawen dulu, ada member dia hadiah SEKOTAK kondom. Sebab saja la nak usik kan. Sebelum kawen, abang aku ada cakap-cakap yang dia nak rancang family dulu, taknak anak cepat sangat. Hambik kau. Bukan dia je ingat. Aku yang adik dia pun ingat sampai sekarang. Siapa nak ingat kalau kamu bagi hadiah pinggan mangkuk periuk belanga?

Hehe.

p/s: KOS hadiah kat atas tu. RM20 sahaja termasuk bakul mengkuang dan reben bunga. Anyway, cantiknye isteri Azrin. Fuh.




24 comments :

Sue Anna Joe said...

Hadiah kawin yang paling best dan aku takleh lupa ialah dari Chapit, dia bagi aku lesung batu. Aku pikir ape benda la berat sangat ni. Tapi memang aku dan bibik menggunakannya. Ahahahaha.

Anyways sekarang ni, taste orang beri hadiah kawin betterlah, tak berapa nak repeat benda sama. Dan banyak boleh guna untuk pakai, paling feberet dapat cadar dan towel.

miezi said...

it's the "ingatan" dat counts kan? aku selalu bg duit jerks. Erk

drugbuddy said...

hah. i suka! i pernah kasi kawan i macam bakul tempat letak paper/magazine. kalau orang nak kasi i hadiah pun, i tak nak hadiah pinggan mangkuk. i pernah cakap kat kawan baik i kalau nak kasi, kasi la baju tidur ke lampu tidur ke tempat iron baju ke. demand siot.

My Spirit Finger said...

saya pun pernah bagi hadiah kondom masa kawan kawin dulu.

J u l i a 。.゜✿ said...

masa ju kahwin dulu, ju dapat hadiah signboard yg sangat cantik. nama Eg & juliana. pastu alamat rumah.

wedding gift yg sgt berguna kan ?

pastu lekatlah pada pagar rumah.
bila dah divorce, terus masuk tong sampah.

haih menyesal pulak buang signboard tu. ju tak terfikir nak buang nama Eg saja. tinggalkan juliana tu. kalau tak mesti boleh guna lagi.

patutlah sekarang ni skynet asyik tak jumpa rumah. kah kah kah. =D

by the way hadiah kat gambar tu sgt sempoi. nanti noe kawen pun jangan lah buat masa sebelum gaji ok ?
selamat membridal noe !

Diloz said...

wah! Power Root!

mrblind said...

baik lu attach sekali gambir sarawak satu bungkus..baru complete pakej..

Erina Asmawani said...

wahh..kreatip2! bgus tips berguna ladynoe tuh..nex week de member pompuan nk kahwin, nk bg die perl kacip fatimah la..ngehehe

miramira said...

wah!!
graaannnttt..!
saving cos tapi mmbri 1001 kenangan tuk si pengantin..

mcm mama i,
masa adek kembar bf i kawen,
mama i bg surprise present wedding tuk dorang..
den dlm tu,
die letak 2pil kesihatan,
2pacs kacip n 2pacs tgkat ali..

bf i bgtau yg adek die dpt bju tido tuk wife die tu n surprise present from mama i tu..
mmg kene bahan la..

kuikuikui...

aienurz shuhaimi said...

tomei...
sgt bole dpraktikan utk kwn2 yg rmi sgt nk kawen skng ni
haha

Liana Ezzana said...

wah kreatif..ok saya akan fikir sekreatif mungkin untuk beri hadiah perkahwinan kawan-kawan saya nanti.
nice post!

kungfu pandi said...

siapa yg nak datang weeding NOE nanti sila la buat perancangan awal. antara hadiah2 yg boleh diberi seperti berikut:

-almari baju
-peti sejuk
-tiket kapal terbang pegi balik bali
-mesin basuh
-tv plasma 72in
-macbook pro
-aircond
-etc

pikir la sekreatif yg boleh.
smua hadiah ni pasti akan dikenang.
jasa anda sangat kami hargai.

terima kasih

Tok Rimau said...

I hate it when I see an idea so simple yet effective. Why didn't i think of it earlier?!

Kudos. If i think of a better idea that can beat this one, I'll inform.

Ladynoe said...

@KUNGFU PANDI = is that u yayang? hahaha!

pjoe said...

kau telah beri aku idea tentang apa yang aku nak kasi kepada kau masa kau kawin nanti
tq noe

lullaby said...

kalau kitorang suuke bagi lingerie atau kasut bebi

tapi itu tongkat ali tu.lawak la..ha ha

Che Sue said...

wahh amat kreatif aa..buley copy paste after this..

hadiah kawen sy takde yg blh dikenang2 sb sume tak kreatif..n lagi org KELANTAN amat kedekut kasi hadiah..huh...

cik puan daun said...

owh owh owh.. ini memberi idea kepada aku utk hadiah perkahwinan kawan aku.. tq!!!

dina said...

betul2 idea yg bagus...

Mademoiselle Ayu said...

Tak pernah terpikir pulak la nak bg Power Root ni haa.. Bagus la otak lu ni noe. Kreatip kreatip. :D

shurgaku said...

terima kasih untuk idea. :)

lindosh said...

ko mmg kretip la. kasi idea kat aku yg slalu sengkek neh. ramai la plak kawan2 yang kawin dalam 2-3 tahun ni. letih aku

biolatanpadawai said...

nanti nak buat jugak lah. kau kawin, aku kasi satu katun.

Sue Anna Joe said...

Apa kata kita semua kasik Noe & Fandi Kacip Fatimah & Power Root dalam bekas mengkuang. Stok cukup untuk sepanjang hayat.

Ahaha.