29.11.08

Mentaliti Mental Luka [Bhg. 2]

Bismillah... Baca lah dengan hati. Ulas dengan akal. OK?

Adoi. Sakitnya tulang belakang. Aku mungkin perlukan kerusi baru. Kerusi yang aku tengah guna sekarang ni bikin aku bongkok lah. Jadi orang tinggi ni takde lah bagus sangat agaknya. Tekak sakit. Kena ulser lah pulak kan. Seminggu lebih tak rasa nikmat makan. Plus, kerja di pejabat yang melambak lambak lambak lambak. Orang tak pernah kerja jadi designer memang tak tau rutin ni semua. Eceyh.



OK, Seperti yang ada dah sedia maklum apa yang terjadi, suka untuk aku cerita di sini yang sebenarnya, apa yang korang maki aku, kutuk aku, sikit pun tak mampu buat aku rasa down. Memang aku tengah bangga ni. Sebab, sebenarnya, aku macam ada satu 'kunci' lah yang bila orang guna point tu untuk maki/kutuk aku, memang aku melenting dan menjadi seorang yang sangat macam hantu.

Jadi, kalau setakat nak cakap aku bodoh, dengki, bangang, sial, pathetic, anjing, babi, gemok, miskin, eleh, aku ketis macam kacam kamu ketis taik hidung hujung jari je lah.

Tapi jujur, aku enjoy bila baca komen komen penuh nista kamu. Dan jujur jugak, satu komen dari encikTanpaNama bikin aku tak senang duduk lah. Kredit untuk kau. Dan statement kau;

"entri ko prove satu perkara kat sume orang. ko bukan kawan yg baik.
mana aku tau? kalau ko kawan yang baik, ko tak sebarkan nama anak luar nikah kawan kau. sial lah ko. nak fire orang cermin diri dulu. tak payah buat innocent. sume org ada susah kehidupan. aku dah xkesian dah ayah ko dah meninggal ko buat gini. blah lah lu"
Aku, cerita tentang kerinduan aku kepada Abah aku, BUKAN nak mintak simpati sesiapa ya adik-adik, dan kakak abang. Mentaliti aku tak cacat sangat macam kau (tanpa nama). Beb, apa lah ada pada simpati? Aku tak dapat satu sen pun, dik.

Tujuan aku cerita kat korang, betapa aku rindunya kat Abah aku. Sunyi nya balik kerja tak ada Abah sambut lagi macam dulu, sebab aku mengharap sangat yang korang semua, fikir awal-awal keadaan dan perasaan bila mak abah korang dah takde satu ari nanti. Sebab tu hargai lah mak abah korang sementara masih ada. Kalau mak masak masin sikit, or tawar sikit, puji la untuk ambik hati. Sebelum pergi kerja/kolej, salam dan ciumlah pipi mak abah korang. Aku tau kebanyakan daripada korang ego. Yang perempuan tak rapat dengan abah, yang lelaki tak rapat dengan mak. Ada yang tak rapat dua-dua. Sama lah macam aku. Dari kecik aku rebel. Biasa la budak baru nak up. Bila dah besar sikit, masuk boarding school. Lepas sekolah aku merantau ke negeri orang. Lepas tu masuk politeknik. Jadi masa yang ada untuk aku habiskan dengan mak abah aku dulu kurang sangat.

Bila aku habis belajar, terus masuk kerja. 2 minggu aku kerja, abah aku pergi tinggalkan semua. Hah. Tak ke terkilan? Aku habiskan zaman remaja aku dengan hati yang memberontak, tak puas hati itu ini, bila dah reti berfikir, dah nak kerja, dah reti raih duit sendiri, nak balas jasa kononnya, Abah aku pergi.

Kalau benda ni berlaku dalam hidup korang, dah takde guna untuk korang, "kalau lah aku buat camni dulu..kalau lah aku bla bla..kalau lah aku..". Makanya, jangan lah cerita hal buruk-buruk tentang mak abah korang dekat blog atau dekat kawan kawan. OK?

Walau kalau kamu memang tak boleh nak cari baik dalam mak abah kamu sekali pun, cuba pejam mata, bayangkan saat gugurnya jantung kamu bila ada orang bagitau kamu, "Abah dah takde dah," atau "Mak dah takde dah.." atau ketika kamu lihat orang yang kamu rasa rimas sebab pok pek pok pek kan kamu dulu dah tak boleh nak bercakap lansung. Terbaring, keras, tak bernyawa.

Aku bukan nak mintak simpati. OK? Aku nak mintak korang rasa dan berjaga-jaga sebelum terlambat.
--------------------------------------------------------------------------------------

Itu satu. Keduanya, aku mintak maaf lah kalau ada di antara kamu yang masih lagi sensetif tentang isu anak tidak sah taraf. Atau lebih senang nak faham, anak di luar ikatan pernikahan. Kepada kau (tanpa nama), kisah aku, kak Ju dan anak dia, bukan setakat, Kak Ju tu cerita kat aku melalui YM. Bukan setakat kawan bercerita dari mulut ke mulut. Gossip hangat mak tijah mama juwie. Bukan setakat tu, beb.

"sume org ada susah kehidupan" kata kau.

Seawal umur aku 18 tahun, aku merantau ke negeri orang. Nak dipendekkan cerita, sekumpulan akak-akak student dari Kolej yang berhampiran dengan rumah aku sewa tu, sudi nak bagi aku sewa rumah dengan diorang walau duit aku hanya ada RM8 ringgit sahaja time tu. Aku paling muda. Paling muda atas aku pun umur 21 tahun, kalau aku tak silap. Kak Ju masa tu umur dia 25 tahun.

Nak dipendekkan cerita lagi, satu hari kak Ju terus terang dengan kami serumah yang dia dah mengandung 4 bulan lebih dan boyfriend dia lari. Panik tak hingat. Akak Laila cadangkan, GUGUR. semua setuju. Aku kira macam adik di antara semua, senyap. Tak cakap apa-apa. Ikutkan aja.

Nak dipendekkan cerita lagi, semua klinik swasta kami pergi, tak berani nak gugurkan kandungan tu. Sebab dah besar sangat. Risiko sangat tinggi. Ada yang boleh nak gugurkan, tapi kos dia tinggi. Masa tu kos dia sampai RM2500. Student, mana lah ada duit banyak tu. Aku pun kerja McDonalds sahaja. Tapi tak puas hati jugak. Tanya..tanya..tanya dan akhirnya membawa kami ke sebuah klinik di Muar. Pun aku tak ingat nama klinik tu apa.

Nak gugurkan kandungan berusia 4 bulan lebih. RM1500. Murah sedikit sebab makan minum pesakit semasa di wad tidak di tanggung. Kami berjumpa doktor cina. (Kalau boleh, cuma kamu bayangkan)

"Kamu...betul betul mahu gugurkan baby ke?" kak Ju angguk. Semua muka sugul. Aku - clueless

"Okay, mari kita scan dulu," kak Ju bangun. Lemah.

"Kawan-kawan mau ikut sama pun boleh," Doktor cina tu melambai. Lembut je budibahasa dia.

Kakak-kakak tu semua bangun. Aku ikut dari belakang. Dalam bilik tu, kak Ju baring, Doktor dan penyelianya macam sedang bersiap sedia dengan peralatan. Sebelum scan, doktor sapu sejenis gel likat ke atas perut kak Ju. Maka nampak lah kami hidupan kecil yang sedang membesar di dalam 'rumah' kak ju.

"he'eh...perempuan...comelnya...ini kaki dia...ini tangan diaa....tengok tu," doktor tu cakap sambil tunjuk-tunjuk di skrin monitor.

Tak semena-mena, berderai air mata aku dan kakak-kakak tu semua termasuk Kak Ju sendiri. Berderai dan menangis macam......tah la..aku pun tak tau nak cakap macam mana perasaan aku time tu. Kak uda dah menangis sambil berpeluk dengan Kak Piah. Kaki aku lembik nak mampos.

Kami semua keluar dari bilik doktor tu. Nak berbincang. Dan selepas berbincang, kami pulang begitu sahaja. Kak Ju cakap dia tak boleh nak fikir di klinik tu.

Kira aku pendekkan cerita lagi, keputusan dah di buat; Kak Ju, tak payah gugur, kami sanggup jaga kak Ju sampai baby ni lahir, dan kita jaga sama-sama.

Sampai masa, lahir lah baby tu. Comel. Putih. Annur nama diberi. Masa nak bersalin, memang kami hadapi kesulitan. Hospital Kerajaan bila tahu bayi itu tak berbapa, dia report kolej, dia report keluarga. Jadinya, kak Ju di buang kolej dan keluarga. Tapi tak apalah, Annur banyak mak mak yang sudi nak menjaga. =)

Kami tukar lampin, malam-malam Annur nangis, kami bangun tengok-tengokkan. Sampai lah masa, mak aku panggil balik. Dan aku balik. Dan time tu pun prepaid paling murah RM30 ringgit pun dah gila mahal bagi aku, dan nombor handphone aku mati kena bar macam tu je. Lost contact. Bila aku try call diorang pun masing-masing tak dapat nak reach. Kecewa. Rindu. Terkubur macam itu sahaja persahabatan aku dan kakak-kakak tu semua.

Sampai sekarang aku teringin sangat sangat sangat nak cari kak Ju dan Annur.

Tapi, aku masih rasa aku perlu mintak maaf kepada kamu (pembaca pembaca sensetif) yang mungkin menganggap isu anak luar nikah ni sebagai isu yang sensitif. Aku berbual dengan mak aku semalam, dan bertanya,

"Mak, hina sangatkah anak luar nikah ni sampai kita tak boleh nak dedahkan nama dia?"

Bagi aku, walau Malaysia sudah capai wawasan 2020 pun, mentaliti masyarakat melayu Islam tetap sama. Kalau naik pun, mungkin 5%.

Aku nak kupas sedikit corak pendidikan di sekolah misalnya. Cikgu-cikgu, ustaz-ustazah sibuk nak mengajar budak-budak tentang Siksa Kubur, edarkan video Sajak Kematian yang bagi aku tidak ada relevan-nya.

"Zina itu dosa besar. Nanti dapat anak luar nikah. Anak luar nikah tu nanti masyarakat pandang serong.." (misalnya)

Tak terfikir ke kalau di antara ramai-ramai pelajar dia di dalam kelas tu ada seorang berBIN atau BINTI kan Abdullah atau anak luar nikah. Tak fikir ke pada tahap perkembangan mentaliti budak berumur 7-12 tahun bila diserapkan ideologi "anak luar nikah itu akan dipandang hina" membuatkan diri dia tertekan, malu nak bergaul. Tambahan lagi kawan-kawan dia yang menganggap ideologi itu adalah benar dan terbawa-bawa sampai dia dah besar panjang nanti?

Bukan ke elok kalau, kita serapkan ideologi;

"Zina itu dosa besar..Nanti dapat anak, tidak berbapa..Tapi anak itu tidak salah ya..Jangan malu jadi anak luar nikah.. Kalau awak ada kawan di mana dia dilahirkan luar nikah..jangan pandang dia hina...jangan caci maki dia..berdosa caci maki fitnah tu kan sama dengan zina.."

Susah kan?

Cerita aku dan peristiwa Kak ju segala ni pun aku tak pernah cerita dengan kawan kawan baik aku. Sebab...entah lah. Benda dah terlalu lama berlaku, dan sekarang aku cuba nak cerita balik sebab aku harap kau orang jangan buang kawan korang time dia susah. Sebab, nak menghargai hidup ni, kau kena rasa susah dulu. Sebab tu aku agak sinikal dengan orang yang sophisticated yang belagak. Kalau nak cakap aku dengki jugak, tak tau lah. Hehehehe. Aku masih tak sedar ada di antara masyarakat kita boleh terima orang berlagak. Ah...betapa luka nya mentaliti kau. Ah!

Berbalik kepada kisah Annur tu, sekali lagi aku mintak maaf sebab kalau ada yang anggap bahawa aku ni tak patut sebab dedahkan nama Annur. Sebab aku tak terfikir lansung pasal isu aib, malu, terhadap Annur. Sebab mungkin aku dah lalu perit susah senang dengan kakak kakak tu semua sampai Annur lahir. Lagi pun, nama kakak-kakak yang aku cerita ni pun, semua nama samaran. Bukan nama betul pun. Termasuk nama Kak ju. Heheh. Aku hanya penulis yang santai yang tak peduli lansung dengan hemah sewaktu aku nak bercerita.menulis. Dah la kat opis jadi part time copywiter. Jenuh weh nak cek satu-satu!

Bila lah mentaliti tanggapan anak yang lahir tak berbapa ni nak berinjak ke revolusi yang lebih sempurna? Dari zaman Nabi Isa lagi! Ingatlah, anak tu anugerah.. tak kira di dalam atau di luar nikah..

Aku banyak kali jumpa kawan yang datang dalam hidup aku time dia susah sahaja. Aku tak kisah nak tolong dan menjadi pendengar setia. Tapi bila sampai tahap nak heret aku dalam nak memusuhi orang lain, mungkin maaflah, aku tak dapat turut serta. Time tu kau nak cakap aku bukan kawan yang baik pun, aku tak kisah lah Tijah.

Ya aku bukan kawan yang baik UNTUK KAU. Lain kali habiskan ayat betul betul.

Sekali lagi, AKU MINTAK MAAF kerana tidak peka di atas isu senstitif macam tu sebab aku menulis hanya berdasar pengalaman sendiri. Bestnya jadik penulis anonymous kan?

Bersambung....(Mentaliti Mental Luka bhg.3)




p/s: Aku nak tulis panjang lagi ni. Tapi nak kena bersiap siap pergi survey rumah untuk di duduk selepas berkahwin nanti dan nak beli barang hantaran sedikit sebanyak. Bye bye.


36 comments :

Tapi Bukan Aku said...

Menitis air mata aku baca cerita kau.
Sebab dekatttt..di hati.

Kesilapan saudara terdekat buat aku menangis beb.
Kenapa?Tak reti zina tu berdosa?
Asal kau bangang main sedap,tak ingat mak bapak,makcik,nenek?

Aku lihat.Aku pandang masyarakat sekeliling.
Semua jijik dengan anak luar nikah.
Bercerita satu kampung.
Hidup di bandar gah rasa macam kat Kampung Hulu Celah Bedah.

Anak itu salah?
Tak.
Ibu bapanya yang salah.
Suci saja anak itu.
Kalaupun ibu bapanya melakukan dosa,anak itu yang patut disalahkan?
Jiran bangsat aku,Si Boyan,acapkali mengejek si anak "Budak Jahat"
Walhal,si anak berdiam diri di rumah.
Umur kau 40-an,berpenyakit darah tinggi,boleh padam bila2 masa,mulut kau masih berbisa?

Lihat.
Allah Maha Agung.

Balasan untuk yang mencarut anak-anak luar nikah ini SELALUnya dibalas TUNAI,tanpa ansuran.

Kau hinalah anak-anak luar nikah ini kawan-kawan.
Mau cuba balasan Allah?

P.S Aku kalau ada kawan-kawan yang terhamil anak suci ini,jangan kau buang!
Didik dengan baik,i guarantee you!Mereka ni mmg genius dari kecil!

*Kak Ju did the best.I believe.
*Gugur itu haram.Sama dengan membunuh.

biolatanpadawai said...

aku sedih!

Ayyman Rahim. said...

Kesian anak dia :(

Pewaris Reformasi said...

aku baca dan sentiasa ingatkan diri aku supaya terus buat baik dgn orang.

ya, di luar sana ramai yg aku kenal hidup berzina dan sbgnya..

instead of menghentam, sebanyak mana kita dah bantu mereka jadi baik?

Anonymous said...

ei, yang komen macam tu memang macam haram la. nak libat libat kan ayah noe ni buat apa? kau tu yang sial!

lindosh said...

kekadang aku pon selalu suka cerita pasal kenangan dengan arwah abah aku dulu. macam kau jugak. tapi kita bukan perlukan simpati.

aku faham kau

orang tak faham sebab mereka belum lalui. mungkin

annur mesti comel kan sekarang? jejak kasih lah!

Fariz Bakar said...

teringat filem JUNO.

Don Karldon said...

kepada blog owner..
aku suka cara kau berfikir..kau berfikir bertentangan dgn kebanyakan orang berfikir.

orang lain nak condemn,nak salahkan jer pihak tu..tapi.bila nak suruh bimbing bali..tak nak pulak..
mungkin itu tabiat masyarakat kita kot..

penuh dgn stigma dan prasangka...

katakan ko bekas mat pet nak insaf..kita (masyarakat) boleh senang2 terima ke?

*sekadar pandangan aku saja..

Madu Warna Biru said...

saya pun tak phm.. knp dia tak bagi sebut nama budak tu.. sebut nama dia inyaallah dia akan cantik spt namanya dari segi sikap dan personilinya... jgn menghina dia, dia juga manusia.. semua manusia buat silap.. tp anak tuh tak salah..

engkau yang tanpa nama sedarlah diri apa kesilapan kamu dulu.. belajar baiki diri dulu.. dah ada semua tu ilmu untuk diri dah ada, nasihatkanlah dengan cara yg betul..jgn asyik pk orang lain saja yg salah..mungkin orang lain macam tu sebab diri kamu juga.. bila orang tegur terima yg mana baik jangan tau nak kutuk dia dan menjaja nama dia sambil burukkan dia saja.. itu bukan caranya..

Marissa said...

Hmmmm...

Anak tu tak salah. Mak dan lelaki tak bertanggungjawab itu yang salah.

Anak tu dak berdosa, mak dan bapa tanpa nama itu yang berdosa.

Kaget sekejap, sbb terlupa sekarang zina bermaharajalela. Kita rasa semua anak sama nilainya, walaupun nun jauh di lipatan sejarah anak tak berdosa itu tidak layak mendapat hak yang sama dgn org lain waima nama ayah sekalipun.

Saya amat menentang tindasan terhadap anak-anak ini.

Saya lebih menentang keras zina yang dipandang ringan oleh ramai orang sekarang ini. Saya respect Noe yang mengambil keputusan untuk kahwin. Syabas.

Weed and Bandages said...

Noe.

Bagus jika anda kebal. Tapi macam saya (bersaya awak) memang sangat sensitif bab2 entri kita disalahertikan oleh pengomen yang tak cerdik.

Saya memang bengang (suatu ketika dulu) sebab kalau orang melenting kait bapa-bapa ni. Sebab saya pun tak ada bapa. Dan tak minta simpati pun. Paling sensitif sebab dalam semua anak, saya sorang yang tak sempat jenguk cium sebab on the way dari uitm sampai arwah ke liang lahat dan tanam semua.

Jadi, pemilik-pemilik otak tak cerdik, sebelum type tu tolong lah jangan type atau ganggu blog orang kalau tak reti nak faham tentang isi sesuatu entri.

Tentang anak luar nikah, Malaysian (kebanyakkannya) memang claim dialah tau agama Islam macam wali songo (contohnya. kira mengaku alim tau semua lah sampai terus nak menghukum).

Kalau pernah bacalah, satu artikel tentang kenapa orang Malaysia kalau anak luar nikah MESTI nak berbin atau berbintikan Abdullah sedangkan mereka boleh berbintikan atau berbin kan dengan semua nama yang ada dalam ASMAHUSNA. Itu yang saya baca si akhbar beberapa tahun yang dahulu.

Taboo bagi orang malaysia (kebanyakannya) kalau tahu awek, bakal menantu berbin atau berbintikan Abdullah.

Retard kan kebanyakan orang malaysia Muslim nih? :D

Saya juga pernah ada kenalan kepada kenalan (saya kenal tapi tak berapa rapat) yang mengandung tanpa nikah dah masuk 5bulan.

Saya cuma boleh nasihatkan jangan gugur. Memandangkan saya pun bukan kenal sangat, jadi nasihat tak kukuh.

Dia berjaya gugur. Tak ka dia telah membuat dua dosa besar?

Satu lagi yang saya tak setuju, (dengan kebanyakkan orang yang sangat-sangat 'alim' agama), yang bagi saya, MEREKA MEREKA INI SIAPA UNTUK MENGHUKUM SAMA ADA KITA LAYAK KE SHURGA ATAU NERAKA.

MEREKA TUHAN KAH?

*rasa nak hugs noe sebab 'simpati' terhadap manusia-manusia ini.

peace and love!

iDyani Nazahiah said...

ladynoe,
syabas kerana berani tampil dengan entry yg telus dan berani.
tapi mentaliti masyarakat, terutamanya malaysia mmg mcm ni.
kebanyakan kita hanya nampak salah org, kerana takut dgn bayang2 sendiri..mereka hentam orang lain.
yang menilai amalan kita bukan manusia, yang adil itu Allah.

berserah padaNya.
:)

-Gemuq- Dunia Aku dalam diri said...

tanpa nama ni terlalu selfish. tak boleh nak terima pendapat orang. sangat sedih la ade manusia cam dia.

aku ade beberapa kawan yg pernah buat abortion dan melahirkan anak luar nikah. satu hari tu aku kawan aku dtg jumpa aku nk mintak pinjam duit, kata nye baru lepas benti kerja tak de duit makan. aku pun bg la serat utk dia ade duit utk makan. last thing i know. dia guna duit tu buang anak. astarafirullah ala'zim..aku terus gi jumpa n lempang dia. mau tak nye, secara tersiratne aku pun dikira bersubahat.

mmg anak-anak luah nikah ni tidak berdosa. anak adalah anugerah tuhan yg terindah. mereka juga ciptaanNya. kita sebagai manusia kena terima segala yg dijadikan tuhan. siapa kita utk menilai baik dan buruk.

The Spiral Eyes said...

aku cuma nak tulis

korang jangan sedap sedap kengutuk nanti terkena batang hidung sendri baru korang langgo dinding nangis tak berlagu.

pada si anonymous kamu ni haram jadah apanya,dia cerita tu untuk teladan,kamu ni mentaliti melayu kelas ke 18 ke hapa

fynn jamal said...

apa pun,
untuk menyentuh ttg abah noe yang sgt jelas sangat halus itu,

ternyata celaka.

kuat noe.
aku suka berbual hal sebegitu. kau tulis pun jadi indah.

kita org yg kehilangan. org lain tak faham.

tulis lagi. ramai yg suka bacanya.

ah klisenye komen aku.

farhazoeLa said...

hurm..
sedikit sbyk ko mndedahkan mentaliti org melayu kite lately ni. mmg dosa dan haram. tapi,. siapa manusia yang x pernah lari dr melakukan kesilapan. tuhan memg ciptakan kite dengan akal, nafsu. kesilapan lepas bukan penghalang kepada kejayaan kite akan dtg. tapi penambah semangat...

Ada nama tapi takut nak tulis sebab aku ada blog jugak said...

Salam Noe.

Aku ni penggemar blog ko. Sebab ko tulis tajam dan outspoken.

Pasal anak di luar pernikahan tu, aku nak syorkan korang baca blog ni: http://bergentest.blogspot.com

Itu blog orang yang langsung tidak kenal siapa mak dan ayah. Dibesarkan oleh seorang ibu tunggal yang langsung tiada kaitan dengan dia. Bila dia dah besar baru tau yang penjaga dia tu rupa-rupanya bukan mak dia.

Kalau ko nak masuk blog tu, cuba pegi kat posting lama-lama. Lagi bagus kalo ko baca habis tulisan dia.

Blog dia dalam bahasa inggeris lah. Tak tau lah takut2 korang sombong sangat taknak baca blog dalam bahasa penjajah tu.

Okay, teruskan menulis. Untuk tanpa nama tu, memang brengsek dan sial lah. Sebab dia tak sanggup terima kesalahan. Agak stereotype bagi orang melayu untuk berkata "cermin diri ko dulu!" apabila tak setuju dengan pendapat orang lain. Lagi satu "Ko tulis takda otak!"

Bodohlah sebab dia tu bukannya pandai sangat bab2 agama ni pun. Kalau nak menulis komen macam tu kena lah tulis sekali dengan hujah yang constructive. Masukkan sekali hadith dan logik akal bagi menguatkan hujah.

Biasa lah, sebab dari kecik dia dah diajar macam tu. Oleh ibu bapa mereka sendiri.

nazminabdullah said...

aku anak abdullah yang sah. haha.

NeEM™ of Suicide Park said...

Takleh baca tengah pms. sedey duh!

anyway, kerusi kat opis tu bukan bleh laras ke tinggi rendah? ke meja tu yg terlalu rendah?

tp mmg pun time wat design semua posisi tonggeng tunduk berdiri depan PC semua ada.phew...

Erina Asmawani said...

sedih baca pasl noe rindukan abah..bergenang air mata..dpt bygkn perasaan noe..kuat k noe!
sbrlah dgn si tnpa kata tu ye..abaikan je..

manusia ganjil ikan yu said...

time buat sedap mana ada fikir beb


bacaan lanjut : http://pergi-jahanam.blogspot.com/2008/04/im-wiener.html

pjoe said...

we talk about this dan kau tahu apa pandangan aku macam mana

aku agak sedih dengan diskriminasi yang berlaku kepada anak luar nikah
mereka itu suci.. tak salah apa-apa

dan bai aku orang yg komen libatkan nama mak bapak adalah orang tak reti nak hormat orang

anak itu anugerah bukannya satu beban

Starry Eyed said...

Hi Noe,

Emm like the rest, I love your frank writings. Sbb sume nye mmg straight to the point.. hehehe. On the issue of letak name anak tu, actually kalau nak protect the child mmg tak sepatutnya letak name dia.. Tp rasenye u pun bukannye letak name penuh kan? So bukannye org boleh trace directly sape sbb name Akak2 tu pun samaran je kan..

Mcm kt Msia pun kalau ade trial yg melibatkan kanak2, mmg dia takkan show gmba atau reveal name.. As long as it is still a child, mmg media takkan reveal names & pics.. Mcm ethical dia la..

Anyway, bravo sbb buat public apology kpd mereka yg sensetif pd issue ni.. Caya lah~ :D

Dato Paduka Masri said...

i like.....

kotak-katik said...

ah name kakju tu selonggok lime inggit. takdenye org nak kenal die tu kalo ko cite pon. lgpon nak dicrik moral of the story bukannye nak pegi menyiasat edisi siasat name kakjue, annur, annir, anne ke hape.

Anonymous said...

aku ada seorang sepupu yang diambil setelah mak dia tak nak dia dengana alasan dia anak luar nikah.

makcik aku bela sampai skang dia dah berumur 4 thn..seorang budak yng sangat comel dan bijak..cume agak nakal (tp biasalah budak2 kan)

anyway, lepas baca blog ko nih, aku jadi sedih dan agak terusik hati sebab ia melibatkan seorang bayi..

pada sesiapa yang menjaga anak luar nikah, bela n jagalah dia sebaik mungkin..besar pahalanya..

BudAk hijAu said...

menusuk kalbu siot!! :D
pedulikan ape org ckp,kite tau ape yg kite tulis,n do wat we want to do...
gud job..

hargai org2 di sekeliling kita sementara masih ada.Family,kwn2...

Tujuh Kaki Dalam said...

kesilapan besar masyarakat kita hari ini secara amnya dan masyarakat bangsa melayu yang agamanya Islam secara khususnya ialah menyalahkan sesuatu hal itu secara pukal.

tak kiralah yg dah di "dalam' pukal tu bersalah atau tidak selagi ia berkait maka salahlah juga.

ikutkan, saya cari je lelaki2 yg ngandungkan perempuan2 di luar sana.

"kasi potong"!

dan kepada perempuan2 diluar sana.

cinta sehabis mana pun korang kat seorang manusiabernama lelaki (yg bukan mahram) apa hak mereka kau nak bagi maruah kau?!!

tunggu dia dapat title suami yg sah.

kau bagi la apa pun!

lantak!

sebab aku ada adik perempuan.

sekian.

:)

Z said...

teringat JUNO! pro-life!

Fadli said...

ada anak haram jaga jangan buang atau bagi kat orang
ajar jangan buat silap macam mak bapak
jangan biar satu keturunan kau jadi anak haram!

Ladynoe said...

@FADLI = jangan cakap anak haram. Jangan salahkan mak bapak. Jangan salahkan sesiapa.

istilah sebenar = anak tidak sah taraf.

tak baik kau cakap macam tu fadli.

daus said...

beb..tapi patutnya memang mak bapak dia lah yang patut disalahkan..tak fikir sebelum buat..tapi semua orang pernah buat silap kan..jadi bagi gua dia patut bertaubatlah..masyarakat pun bagilah support kt dia..tak perlulah nak hina kan..

Ladynoe said...

@daus = secara teknikalnya mmg ibu bapa anak itu yang salah. Tapi betapa kita jangan nak menyalahkan sesiapa bila benda dah jadi.

kalau asik menunding jari kat mak abah dia, apa lah perasaan anak dia nanti bila dah besar.

"aku ni lahir atas kesilapan mak abah aku kah?"

daus said...

yup..gua pun bukannya baik sgt pun..

ckrra said...

ko ingat tak masa raya lepas aku cerita kawan aku yg bf dia tanak anak dia tu n bg gugur tapi tak gugur?

dia dah selamat melahirkan & bf dia dah kembali pd dia setelah tengok baby tu.

cabincrew are here not to kiss ur ass said...

macam lah sorang je nama annur kat dunia ni TanpaNama oi..kawan aku pun annur jugak.so apa masalah kalau dia annur?dalam palaotak TanpaNama ni mesti terus ingat anak luar nikah mesti rasa malu.tapi salah apa dia buat yang TanpaNama rasa dia patut malu?yg si TanpaNama kalut nak jadi orang yg konon2 baik ni aphal?

emo.emo.

saya rasa point kamu reveal nama baby annur tu macam mahu cakap betapa 'clean' nya annur ni. saya rasa lah.sebab itu yang saya rasa bila baca entri kamu.rasa sejuk je bila dapat tahu annur selamat lahir.nama annur lagi.indahnya!

sux la si TanpaNama ni.dia ni sure type petang2 bersidai tepi gate umah ngan jiran2 sebelah sibuk nak tau hal jiran sekeliling.kalau umah ko ada gate la kan..