4.11.08

Sejauh mana kamu terima sejarah silam kekasih kamu?

Soalan macam subtitle majalah ramaja ja. Haih.

Aku tiba tiba teringat nasib akak yang pernah duduk serumah sewa dengan aku masa kat Melaka dulu. Yang aku cerita; termengandung dan melahirkan anak di luar ikatan pernikahan tu.

Entri ni bukan nak mengkeji dia. Cuma aku macam kesian je bila hati mula mempersoalkan tentang; nanti kalau dia dipertemukan jodoh buat kali seterusnya, teman lelaki dia, terima tak sejarah silam dia?

Benda ni mungkin akan berlaku kat diri kita semua. Mana tau. Satu hari nanti kan. Atau mungkin pernah hadapi situasi di mana kita di riject kaw kaw bila si dia mula tau sejarah silam kita. Tak kisah la sejarah apa. Sejarah pernah jadi penagih ka. Sejarah pernah membunuh ka. Tak kira la. Asalkan sejarah silam yang tak best.

Aku rasa, kalau tindakan tak memberitahu siapa kau yang dulu, bukan niat nak menipu. Itu aku klasifikasikan sebagai RAHSIA. Cuma bila dah terkantoi, pasangan akan rasa sakit hati dan sangat rasa tertipu. Baru lah konteks TIPU wujud di situ. Sebenarnya, niat hanya nak merahsiakan sejarah silam demi menyelamatkan rasa cinta yang baru nak berputik atau yang telah lama. Kan?

Tak kira lah lelaki, atau perempuan, kita semua cenderung untuk berasa takut untuk berterus terang akan kisah silam yang terlampau hitam. Nak buat apa lagi pun? Pekung busuk tak elok di bukak. Aku pun lebih setuju kalau ada di kalangan kawan aku yang pernah kehilangan dara, lepas tu kena tinggal sia-sia lak tu, baik kau jangan jujur atau lurus bendul sangat nak cerita dekat teman baru.

Terutama sekali bila jatuh cinta dengan Lelaki Melayu Tipikal. Aku tak tau macam mana nak klasifikasikan Lelaki Melayu Tipikal ni. Tapi yang aku tau, lelaki melayu Tipikal ni ada satu persamaan dalam memilih bini;

1) Seorang alim atau baik, dan sudah tentu mementingkan siapa kau di masa lampau. Terutama sekali bab dara.

2) Seorang kupan, mat tebuk, tapi bila tang bini, dia pun nak yang suci murni dara tulus mulus.

Bukan nak berat sebelah, tapi rasanya perempuan melayu tipikal jarang yang aku jumpa pentingkan teruna. Kalau tak, kenapa perempuan boleh bermadu. Ye tak?

Jadi, aku macam kesian bila ada kawan aku datang mengadu kena riject sebab teman lelaki dia tahu yang dia sudah tidak dara lagi. Dia kawan. Jadi aku gunakan bahasa yang baik-baik aja dalam proses pemberian nasihat.

Tapi dalam hati aku, aku rasa dia bodoh sebab pergi cerita hal yang silam silam kepada orang yang walaupun dia sudah kenal lama, tapi dia tak tahu samaada teman lelaki dia boleh terima atau tak.

Lainlah kalau teman kamu awal-awal cakap,

"Sila cerita semua kisah silam kamu. Saya berjanji akan terima kamu dan cintakan kamu seadanya"

...baru selamat sikit nak bercerita. Kan?

Kalau kamu lah, sejauh mana kamu terima sejarah silam kekasih kamu?


p/s: Apa kabar la Kak Jun dan Annur Insyira?

45 comments :

The Spiral Eyes said...

perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya..(maksud Al Quran)

lindosh said...

"Sila cerita semua kisah silam kamu. Saya berjanji akan terima kamu dan cintakan kamu seadanya"

kalau terkeluar ayat-ayat ni pun. tak mustahil satu hari nanti mana tahu tetiba perang meletus ke, pasti ada ungkit mengungkiti.

bukan menipu. tapi jangan terlalu lurus bendul. just utk kebaikan masa akan datang.

aku pun boleh cakap aku terima seadanya. boleh dengar kisah2 dia. tapi kemudian mesti ada rasa ragu2. haha normal ok. so better jangan tahu apa2 tentang kisah silam dorang yang tak best tu.

mulakan hari baru dengan kekasih baru.

btw best topic ko ni

Ladynoe said...

the spiral eyes=
aku bukan nak lawan maksud al-quran. Tapi kalau dulu kau bohsia, sekarang kau ustazah, adakah pak imam masih deserve untuk kau.

aku cakap pasal sejarah silam lah.


lindosh=
ye lah. nanti mesti mengungkit. Betul cakap kau. Tapi tengok gak. Kalau ada manusia yang mampu tak mengungkit.

Tapi cam susah je kan nak cari org yang tak mengungkit.

karbait said...

dara dalam zaman sekarang relevan ke?

rare beb

Ladynoe said...

karbait=
depends.

K.I.T.A said...

Bagi kite.Bende da lps tu lepas la..
ala lelaki ego sgt..nak pompuan dara jer..dara ke tak tu soal kedua yang penting dia syg kite sampai mati dan bole jaga kite masa sakit.Padahal,
pompuan tak kisah pun ko nie mat rempit ker,bohjan ker pe ker..

Kepada lelaki sekalian.
Tak yah la pertikaikan kisah silam
orang yang kamu cinta sebab cinta
bukan utk di ungkit-ungkit.

pjoe said...

have to agree with k.i.t.a

but again.. it is easier said than done kan?
well, aku pun tak pernah ambil pusing tentang apa yang berlaku kepada my significant other. Tapi, to be honest.. aku tak nak ambil tahu. Yes, lelaki memang ada ego so did perempuan, kan? Ego itu kena bertempat, sebab kalau lelaki yang tiada ego, mudah sangatlah terhayun pegangannya.

dulu aku ada awek, dia mengaku yang dia pernah jadi lesbian. Did that bother me? Yes. But, aku dapat terima. The thing is, trust itu datang dengan perasaan secure. Kalau mula rasa insecure orang mula gelabah tak kira lelaki atau peremupuan.

Bila sudah gelabah, manusia akan buat perkara yang tak masuk dek akal.

fynn jamal said...

adik2... (gaya kak seri siantan)

sbnrnya memang susah noe nak ckp pasal hal ni. semua ni rezeki masing2.

masalahnya adalah bila salah seorang tu rasa dia lebih bagus silamnya dari yg lagi satu.

maksudnya, "aku sosial, tapi tak aa sosyell macam kau"

jadi masalah ungkit-mengungkit itu pasti timbul.

tp bila dua2 manusia sedar dan waras, yg tahu, "shit. aku pun tak sempurna, nak pasangan perfect", insyaAllah akan menjadi.

apa yang kak seri siantan (masih anonymous ni konon2) tanam dalam hati adalah, "what past is in the past". mmg tokleh tukar dah.

dua2 kena terima. kalau tokleh terima, carilah sampai mati mr / miss perfect.

yg sememangnya sekadar konsep yg tak wujud.

penuh ikhlas,
kak seri siantan.

Ann said...

bg sy sndr lbh prefer utk tdk tau kot sejarahnya..sy mau hidup dgn dia utk ms skrang dan ms hadapan dan buknnya ms silam yg dh lps..sume org pernah buat slh, tp klau dh berubah,itu sgt bgs..

Madu Warna Biru said...

bagi saya dan bak kata anim kalau tak bagitau tak bermakna itu menipu .. diam kan aja la jangan bagi tau.. manusia memang suka yang indah-indah bila nampak jijik nye sampah mulut tuh suka sangat mencanang tapi busuk badan sendiri tak reti bau..

hak hak betol tak noe?

saya mungkin terima, kalau dah sayang kan? nak kata apa..

Ahmad Azrin Aziz said...

perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik..

lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik..

intoxicated_toxic said...

sy jenis tanak taw psl past sbb nanti bende2 tu menganggu sy; mebi sy mmg insecure ke ape ke tapi ntah la.mmg tanak amek tau.

depends pd diri memasing.

onion sky said...

salam semua.

aku penah tgk satu citer & teringat satu kata2 menarik dlm citer tu. kwn kpd watak pmpn tu ckp mcm nih;

'marriage is about the future & not about the past.'

in which agak related to this topic la kan. kalo dh pnah melakukan kesilapan, itu sume hal dulu. tak perlu di ungkit2 sbb kite hidup ntok mase sekarang & depan.

aku jugak pernah terbaca kat dlm satu artikel yg bertulis begini,

"Secara ringkasnya, seseorang hanya disunatkan mengaku bersalah pada semua jenis kesalahan yang boleh mengakibatkan hukum dera, seperti berzina dan mencuri. Islam telah menganjurkan agar seseorang yang telah melakukan kesalahan tersebut menyimpan rahsia dan bertaubat nasuha."

"Rasulullah s.a.w pernah menyatakan, “Setiap umatku diampunkan dosanya kecuali yang menyatakan secara terang-terangan (telah melakukan dosa). Termasuk terang-terangan ialah seseorang yang melakukan dosa pada malam hari, sehingga waktu pagi rahsianya ditutupi oleh Allah, (tetapi) waktu paginya dia berkata: Hai Si anu, semalam aku telah melakukan itu dan ini (dosa), sedangkan Allah menutup perbuatannya (dari pengetahuan manusia) sepanjang malam itu. Sepanjang malam itu Allah menutup rahsianya (perbuatan dosa), tetapi waktu pagi dia membuka apa yang telah ditutup oleh Allah.”

artikel di ambil:

http://webblog.myjodoh.net/2008/01/31/pernah-terlanjur-perlukah-bersikap-jujur/

msg2 leh decide sendiri which one is better. berterus trg atau berdiam diri.
wallahualam.

errk, kenyang said...

saya dah kawin, masa kenal wife dia sound "i not as good as you think, will you accept me as i am". saya reply "saya takkan menipu, saya diajar supaya responsible". this is criteria make me get along since 1996, married at 2005. till death do us apart. ohh..we both have dark path in our journey, get trough and survive.

onion sky said...

tmbhn sket, utk persoalan ni,

'Tapi kalau dulu kau bohsia, sekarang kau ustazah, adakah pak imam masih deserve untuk kau.?'

pernah dgr kisah seorang pelacur zaman nabi dulu, beri minum kat seekor anjing? then sbb die buat mcm tu, Tuhan suka n bg hidayah kat dia & dia berkahwin dgn seorang alim.

dan satu lg cerita,seorang pelacur jgak cube goda sorang alim ulama ni tp disebabkan org alim tu tolak bersungguh2 kerana takotkan Allah, pmpn tu tertarik dan berubah dan mengahwini org alim tersebut. dan perempuan itu juga merupakn ibu kpd seorang nabi. *maaf, x ingat which nabi. sila rujuk pd mereka2 yg lebih mengetahui. aku sekadar berkongsi cerita yg aku tau.*

kesimpulannye, kalo dh bertaubat nasuha dan diterima Tuhan, aku rasa Tuhan akan permudahkan segala2nya. Insyaallah.

MyAishah said...

noe..

topik yang bagus...

sha rasa la kan...

zaman skang..

lelaki dah kurang pk dah..

pasal dara mare niih...

rasanya la....

*confius*

Gadissss said...

"lelaki yang baik utk perempuan yg baik,perempuan yg baik utk lelaki yg baik".. ayat ni bedasarkn dlm al-quran utk kite jadikan panduan dalam hidup.
tapi, dlm our life ade ujian dan dugaan.. if lelaki yang baik itu dpt perempuan yg ade kisah silam yg tidak sempurna,
so tanggungjawab mereka perlu la bimbing mereka ni supaya jadikan perempuan tersebut sebaik mereka...
so, terima diri mereka seadanya adalah kunci sebagai hidup yg lebih sempurna...
Tak semestinya tercalarnya sikap dan perangai buruknya tu, tercalar sekali hati budi mereka.jauh sudut hati mereka tu masih simpan lagi naluri yg bersih.. mereka ni mengharapkan perubahan dalam diri mereka n sokongan dari insan yg benama 'lelaki baik' atau insan yg ingin sama2 mengharapkan pembaharuan dalam hidup :)

Ayyman Rahim. said...

Walau aku lelaki, aku rasa, lelaki zaman sekarang dha tak kisah dara ke tak. Sbb kalau takda dara diorang lagi suka kut? Tu apa yang aku tgk lah. Tapi kalau aku, kalau boleh nak yang virgin la. Of course. Tapi, aku takkan tanya dkt org tu, sbb mungkin akan menjatuhkan air muka dia, cewah

dot said...

aku rasa aku boleh terima past aku punya partner. and actually i do know almost everything (not everything coz mana ada orang yg gila jujur 100 % ye dok? ) about his past. aku tau apakejadah hampir semua yg dia penah buat dengan ex dia. and of course xpenah buat dgn aku. and aku still accept dia.

so, aku rasa la kan kalo kau betol2 boleh terima yr partner past je perlu kau tanya. (aaah aku yg tanya everything about his past. sbb aku kalo boleh tak nak aku or dia ulang dah menda2 lepas.)
dah kalau kau mmg tau kau xboleh terima his past better jgn tanya la.
and vice versa la.
kalau rasa yr partner mmg komfem2 tak boleh terima yr past, dah nak pegi cerita jugak mmg cari masalah la.

last-last semua pon bergantung pada trust and sayang jugak.
mcm madu warna biru cakap,
"kalau dah sayang kan? nak kata apa.."

aku rasa mcm aku dah kuar topic.

Ladynoe said...

komen panjang-panjang. fuh.

tapi kenapa masing masing bercakap pasal dara/virgin ek?

adakah hal dara/virgin dalam nukilan aku di atas terlalu prominent?

alkapon said...

aku rs aku xkisah dpt bini dara lagi or x. tp aku sendiri xtau aku teruna lagi atau dah ditebuk tupai. camne penerimaan bini2 aku nnt ye?

chepsmore said...

ladynoe..
suka topik ni.pena tepikir,
sume org mesti pena lakukan ksilapan.
nobody perfect.everybody deserve chance.so if ade yg terus reject gal/boy tu, x lain x bukan sbb saja nk jathkan air muka la.sj nk ckap y die tu suci jgak.padahall....

chepsmore said...

"sj nk ckap y die tu suci jgak.padahall...."

refer to those yg reject gal yg pena lakukan kesilapan..

Fariz Bakar said...

aku tak kisah sejarah silam selagi si gadis memang memberi sepenuh komitmen dan memang betul2 cinta pada yg satu sebab aku rs kita semua pernah ada agenda mungkar dahulu. jadi siapa kita untuk mengadili dan menghukum seseorang yg sudah menginsafi perbuatan yg lalu?

apa yg penting ialah karakter dan personaliti. seterusnya rupa paras dan bentul fizikal. sejarah silam tiada dalam kriteria pemilihan bini-bini.

drugbuddy said...

suka betul dengan komen K.I.T.A.

AzFaRuL said...

gila senang2 jer nk citer contoh kt bf "eh wak, sy dh xde dara"

atau kt mak "mak, org pernh kena cabul"

atau kt bini "yang, sy ada anak luar nikah"

it's all brgntung pd situasi, masa, mood, tempat, & thp kesabarn si dia. dilema kn?

akumenerawang said...

The Spiral Eyes berkata...
perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya..(maksud Al Quran)
-------------------------------
Ahmad Azrin Aziz berkata...
perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik..

lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik..
-------------------------------

adakah ayat tu berdiri teguh pada maksudnya atau perlu merujuk ayat2 lain dalam al-quran??

katalah aku yang sempurna dosa2 besar ini (kecuali murtad) belum pernah bertaubat tapi dah 3 tahun mengurangkan benda2 tak elok...tapi masih lagi minum / kena dam kadang2 tu........
dan bini aku ini ustazah sekolah kerajaan...pada aku, dia memang solehah, baik hati...taat....terjaga perilaku hati budi sejak kecil....

jadi... yang sebenarnya adakah aku ini seorang lelaki yang baik atau bini aku ini,dalam dirinya...tersembunyi segala yang tidak baik.....

perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya..(maksud Al Quran)...

jadinya... The Spiral Eyes, Ahmad Azrin Aziz ...
kalau ayat itu yang kamu pegang semata mata.....
anggap sajalah pasangan kamu SAMA SAHAJA seperti kamu...tidak lebih tidak kurang sedikit pun...
kamu pernah main perempuan pasangan kamu pernah main lelaki...

katalah sekali lagi... kamu telah berkahwin dengan pasangan yg baik itu selama 20 tahun...yang tuhan janjikan 'lelaki yg baik untuk perempuan yang baik'...

dan atas sebab2 tertentu... kamu bercerai....bepisah..
jadi adakah yang baik itu sebenarnya tidak baik?...

anti graviti said...

ladynoe,
aku rasa orang fokus pasal dara sebab kalau dah hilang dara, kau tak dapat balik gain dara tu. macam kalau kau dah hisap ganja, kau boleh berenti (kot?) dan kembali hidup normal.

kak cik seri siantan(yang sangat anonymous hehehehe), betullah kita kena ada dalam hati yang bercakap "shit! aku tak sempurna tapi nak orang perfect."

anyway, aku rasa macam entri kau kali ni bedebuk jatuh kat muka aku pulak. wohwoh.

Star said...

It depends actually, x sume laki akan reject camtu je juz sbb tau kisah silam die..

if da fall in love.. rasenye da x pk sngt kot psl kisah silam ni.

but 4 me yg penting jujur. at least u da brlaku jujur dgn die, so nk terima ke x trpulang kt die. Lambat laun prkara cam ni leh terbongkar...

adamLUBA said...

huh! sunguh panaz isu ni!
aku nak komen gak!

dara xdara, baik atau jahat, itu dah lepas. Masa depan? kita sendiri yang tentukan. Dara! lelaki mana tak nak dara, semua nak! tp bagi aku dara atau tak bukan sebab utama untuk cintakan mereka. Hati dan budi lebih menjadi ukuran (cantik pun nak juga).

Kisah silam! aku harap aku tahu kisah silam kekasih aku, memang ia akan menganggu perhubungan kita. Lambat laun kita akan tahu juga,lebih baik berterus terang sebelum apa-apa terjadi. dan kalau si-dia dapat menerima kamu, itu lah cinta sejati ikhlas dari hati. Kalu tak, cinta nya hanya berteraskan nafsu sex semata-mata.

Manusia ni banyak buat silap, tak patut kita menghukum, biar tuhan sendiri yang tentukan. Janji, jangan ko dah bercinta ngn aku pastu gi beromen ngn orang lain dah!

Sekian,
AdamLUBA

Shaira Amira said...

kaedahnya kan akak, memang rata-rata suka sangat cerita pasal selaput kental-tapi-nipis ni (itu yang saya baca kat majalah WANITA,ooopppsss!)


laki #1 tu, ya lah kan. Mesti lah nak cari yang sama macam dia. Ala-ala white cotton gitu. Tapi yang #2 tu..bukanlah nak kata itu bukan hak dia kan, tapi dia pandai2 nak rabakkan anak dara org, tapi tak ukur baju kat pinggang sendiri. Tak seswaii!


Kalau semua orang menerima tanpa prejudis,mesti semua orang akan happy.takde kes dara-mara ni.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

isk, asal aku cakap mcm ni??????

HANA bUdaK cEkElAt said...

Etok boleh terima aku dan sejarah silam aku, tapi aku selalu cari pasal dengan dia dgn saje ungkit sejarah silam dia, tapi aku tak boleh hidup kalau takde etok. jadi, adakah aku menerima sejarah silam dia sebenarnya?

dian said...

aku pun sehati sejiwa ngan kau

kenapalah tuhan tak jadikkan ketakterunaan itu sebagai satu kemaluan untuk lelaki?

hurm

one love said...

terima saja :)

ellowevee.ea said...

entry yg bagus dan berguna untuk dipikir-pikirkan..dan juga untuk mase hadapan..
sejarah tetap sejarah..belajar untuk menerima yg kite sayang seadanya dan seikhlas hati..

lelaki melayu tipikal = R U M I T..

neah said...

hi ladynoe
aku suka post kali ni. dulu aku aku pernah couple dgn perempuan yg zaman silam yg teruk dan semestinya tiada dara. pada awal-awal lg aku dah suruh dia cerita pasal kisah silam dia dan aku terima seadanya. aku seronok masa tu sebab masing-masing jujur dan pada aku manusia blh berubah dan blh dibimbing

cabincrew are here not to kiss ur ass said...

bf baru,buka kisah baru.kalau dia nak tahu kisah silam kita,cepat2 cari bf lain.kemungkinan lelaki macam ini mahu mengungkit dan menyalahkan kita suatu hari nanti tetap ada.

tenukliar said...

betol2..wat pe nak pikir masa silam,kene pikir mase sekarang..sbb tu omputih panggil present,boleh la dianggap sbagai hadiah..so hargailah adiah ko 2 kn??hahahaa...lg 1,bg aku,xkisah sgt pasal dara,xde pn xpe..tp kalau muke ko dah masuk dalam hp kene gangbang ramai2..aku pikir gak kot..hahahaa

Dato Paduka Masri said...

bagi aku...

aku sorang lelaki yang memang aku tak pentingkan itu ini...

bagi aku...

yang penting hati dan perasaan... macam mana si dia menjaga hati ini begitu jua aku akan menjaga hati itu..

bagi aku...

kalau dah jodoh aku ngan dia yang mempunyai kisah silam yang busuk... aku terima dia seadanya...
yang penting hati... hati itu amat penting bagi aku....

Diloz said...

aku nak lupakan soal hati dan perasaan dahulu.sebab pernah terjadi sekali ke atas aku dan aku tidak menolaknya kerana itu.

kalau aku,aku terima bersyarat.
aku tak mahu tahu siapa,dan tak mahu ada situasi yang membolehkan aku terjumpa dengan lelaki itu.malu beb.

tapi,kalau jumpa pun terima jugak kot.susahnya~

Cik Anon said...

tapi kan kak jomblo, kalau dirahsiakan terus menerus camne? kalaulah ppuan tu dah kahwin dgn balak baru die, tibe2 lpas khwin baru tau ppuan tu dah tak dara lg, lg lah bdosa. kat suami pulak tu. lagipun rasenye bagus lg bgtau. kalau lelaki tu mmg betul ikhlas nak trima si ppuan sbb sayang, bagus la..kot.

Ladynoe™ said...

cik anon, baru baru ni, pergi kursus kawen, ustazah tu cakap, hukumnya harus merahsiakan aib sendiri daripada bakal isteri/suami demi untuk menyelamatkan hubungan.

Anonymous said...

maaf, terpaksa anonymous.

this is what i experienced. suami saya tau semuanya pasal kisah silam saya (yang lagi banyak buruk dari baik). masa mula2 husband approached me, i did tell him everything (yes, everything) bout me. sebab saya taknak dia tau dari orang lain. Alhamdulillah, dia boleh terima saya seadanya & sampai sekarang kami bahagia , Alhamdulillah! (gaduh2 tu biasa la).

my husband is a very typical malay. seorang yang tidaklah terlalu warak tetapi lurus. dia yang banyak ubah & bimbing saya. dia bagi saya kekuatan masa semua orang hina saya. saya bersyukur Allah menemukan saya dengan dia. (memang saya & husband have nothing in common esp dari segi perangai)

so, saya rasa depends pada lelaki samada diorang boleh terima @ tidak kisah silam pasangan yang tak elok. & bergantung pada kekuatan kita sebagai seorang perempuan samada ingin berterus terang @ tidak. tapi, jika nak terus terang, pada pendapat saya, sebaik-baiknya pada awal perhubungan.

insya Allah, masih ramai lelaki baik di luar sana. ini semua soal hati.

~minta maaf jika ada yang tak dapat terima pendapat saya ni~

ARMZ said...

bila dapat tahu tentang sesuatu yang buruk tentang kisah silam teman baru kita,yang boleh kita anggapkan sebagai sesuatu yang bodoh atau tak patut dia lakukan, kita akan marah dan mungkin a bit terasa. tapi fikirlah, kita memulakan hubungan kita dengan dia di atas dasar hati, perasaan dan juga keikhlasan. bukan kerana dia masih ada dara atau freshie. alhamdulillah walaupun kisah silam tak pernah ke tahap itu, namun pada mulanya sedikit trase dan sakit hati, tapi selepas saya fikirkan kembali, mungkin itu dah ditentukan, dan kerana saya menerimanya di atas dasar keikhlasan dan sayang saya pada dia, saya menerimanya seadanya. dan saya sokong bahawa "lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik". namun ada lelaki yang baik ditemukan dengan perempuan yang ada kisah silam begini untuk menyelamatkannya dari terus terjerumus ke dalam kehitaman dunia. well, im maybe not that good, but i'll try my best. =)
btw, i love to read ur blog..

zasham said...

..aku bkn seorg yg liar..
aku seorang yang sgt berhati2..
tapi aku ditipu juga..memang betul kalau lelaki dh tau kita takde dara..tentu dia nk try kita gak..itulah yang saya rasa. tertipu dengan janji palsu..pada usia 26 tahun saya ilang dara.Hanya Allah yang tau betapa saya merana seorang diri. Tisur tak lena..Harap sy akan terus bertahan..INSYAALAH