13.11.08

Ya Latif, Inikah Rindu?

Sekarang jam 6.05 pagi. Aku keluar ofis jam 4.25 pagi. Biasa la designer. Dah la designer, kerja di advertising agency pulak tu. Dah la advertising agency, kuli pulak tu. Alang-alang tak mengantuk. Aku bukak blog.

-------------------------------------------------

Semalam aku nampak abah. Makan di dining room rumah aku. Makan apa, aku tak perasan.

Aku tegor penuh rindu.

"Bah.."

Abah pandang aku. Senyum. Senyuman yang paling aku rindu sampai aku mati. Abah bersuara,

"Adik Noe kawen lambat sangat. Tak dapat abah nak tengok..," abah sambung makan.

Aku terkedu. Aku pandang abah lama-lama. Sayup...hilang bila aku buka mata. Kenapa sekejap sangat tuhan bagi peluang aku nampak abah? Kasi aku sentuh dan peluk abah boleh tak, Tuhanku? Aku capai handphone aku, jam baru pukul 5.40 pagi. Tepat-tepat masuk waktu solat Subuh.

Menangis lagi. Al-fatihah, Bah.

“Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara - sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak salih yang berdoa untuknya.”

p/s: Aku tak kisah lah kalau orang cakap aku GATAL sebab berkahwin pada usia 24 tahun yang dikatakan muda. Aku mampu nak berumah tangga. Makan minum aku semua aku tanggung sendiri. Sesen pun keluarga aku tak tanggung. Bukannya budak lepasan sekolah atau universiti yang baru terkial-kial nak earn duit sendiri. Kalau betul aku ditafsir GATAL sebab kahwin pada usia 24 tahun, sekurang-kurangnya aku menghalalkan keGATALAn aku dengan akad nikah. Bukan check in di hotel-hotel cokia dan bayar beratus untuk satu malam semata-mata nak berzina macam kau. Semoga kau peroleh hidayah. Aku tak marah pun. Amin.



30 comments :

Madu Warna Biru said...

sape ckap noe gatal ek ..

haih tak patutnya..

errk, kenyang said...

emo jugak aku ni...
both my parent still alive and kicking in mamak butt and arked mara loyalties.

The Spiral Eyes said...

bengong sangat sape yang kata kawen muda tu gatal..

tu la namanya jodoh...


al fatihah for your late father

Hally said...

alfatihah..

gatal jugak ker klu aku ni nak kawin dalam umur 23 tahun?

sebenarnya dorang tu jeles la noe..
jeles sbb kita dpt kumpul duit utk majlis sendiri.. dpt plak bakal suami yang lebih bagus mereka semua tu.. hahaha

sabar sabar..

amacam preparation?

:)

J u l i a 。.゜✿ said...

alfatihah juga utk ayah noe.

noe tak gatal ok ! sapa kata noe gatal tu ? umur 24 kawen memang bagus apa...

nazminabdullah said...

tiba2 sedih jugak dengan mimpi tu.
tabahkan hati.

seronoknya kawen muda. i sokong u noe!

fynn jamal said...

bapak bangang sapa yg ckp kawen cepat tu gatal.

yg tak kawen tp sosyell tu apa plak?

buat bodo. kawen tu best.

dan mimpi kamu ttg abah kamu sgt menggetar jiwa aku, noe.

drugbuddy said...

al-fatihah.

abaikan orang yang kata gatal tu. aku pun seboleh mahu kawin awal. cuma menanti jodoh.

cerita pasal kawin ni buat perasaan berbunga-bunga. tak sabar.

.noel. said...

24 tahun kahwin okayhlah tuhkan
kecoh siot saper cakap kak noe ni
gatal...
org lagi nak mintak
kakak kita kahwin muahaha....
anyway al-fatihah utk ayah kak noe...

p/s thanx fer ur advice

mrblind said...

bapak lu tak sempat tengok lu kawin ke..

apei budak kampung said...

saper yang cakap kawin muda tu gatal mmg mangkok arr.. aku pun kawin muda aper. dapat anak pada usia muda.. kawin muda best dow!

C a R t i N i said...

ala.. kte kawin umur 21. ok je. anak dah 3. yg sulung ni darjah 1 tahun dpn.. gatal gak ke?..peggiii dah kpd mereka yg b'kata demikian. dah laku. nak buat mcmanakan?.. hehe.. al-fatihah arwah ayah kita berdua..

Z said...

betul...sometimes tak ingat langsung pada dia (the one who passed). But once in a while when he pops up in a dream, u'll be reaching for him, u could feel urself using all ur strength although it's just in a dream to to touch and hold him. tapi tak dapat.

and then the moment you wake up you'd be crying and crying and crying and feel the utmost longing for that person.

Al-fatihah.

lindosh said...

al-fatihah untuk arwah abah kau dan arwah abah aku jugak.

kawin lah kalau dah sampai seru. mungkin dah ditakdirkan jodoh kau sampai awal.

nani allen said...

tahun ni umur aku 22tahun. tahun dpn aku dah nak kawin. tak bermakna aku gatal. aku dah letih buat dosa. tu je. tetiba sedih

Mademoiselle Ayu said...

This entry really touched me. Al-fatihah to your late father. May his soul rest in peace. Amin...

p.s.: Kawen muda best woooo.. Nnt dpt anak pastu bila anak dah besar nmpk mcm kakak dgn adik. Kita ada 3 kakak yg kawen umo 21, 23 (2 org) so anak dorg dah besar2 tp dorg tetap maintan. :) Kita ni je yg dah 25 tp takde rejeki nak kawen lg. All the best to you noe!! :)

MeDiArTpAsSiOn said...

1stly, Al-Fatihah untuk abah noe.

2ndly, Banganglah orang yang kata akwin awal tu gatal. Aku kawin umo 24 elok jer setahun lepas gradute, semua tanggung sendiri, sekarang anak dah 6, yang sulung hari ni dapat keputusan UPSR. Best apa dalam usia muda dah dapat anak, macam geng jer ngan diorang.

Sebab aku kawin awal ialah aku nak tengok anak aku graduate (insyaallah)sebelum aku pencen dan takdelah macam kekawan aku dulu masa konvo sorang pun tak datang, harap adik beradik semua dah ada family sendiri, belajar pun merempat. Aku taknaklah benda ni berlaku, kesian anak2.

Anyway ignore jer orang yang berfikiran kolot camtu. Teruskan Hidup Noe.

Fendy said...

tahniah Kak Noe

Doly John said...

saya rindu abah saya juga..mari sedekahkan al-Fatihah kepada abah saya dan abah kamu...

pjoe said...

jodoh tu kerja Tuhan
mcm yg kita cakap hari tu

ia dtg tak kenal umur

lama gila kau kerja... jgn sampai sakit

al fatihah utk arwah abah kau

Diloz said...

aku sebak seketika.kagum dengan kau.

Ladynoe said...

MADU WARNA BIRU= ade la org tu. Malas nak pikir la cik madu biru.

HALLY = preparation ok kot. Alhamdulillah. AKu berjaya cut kos sebaik yang mungkin. Ade pulak simpati dan murah hati nak sponsor. Allah makbulkan doa aku kot.

FYNN JAMAL = yang tak kawen tapi sosyel tu orang yang hidup dalam serba tak mampu nak bayar RM22.50 untuk menikah tapi boleh bayar RM200 untuk cek in dan berzina kot.

Geram ok. Sorry lah sesiapa terasa.

DRUGBUDDY = wah berbunga-bunga dah eh. Dalam hati ada taman eh? Bila nak bukak blog kawen lak. keh keh.

.NOEL.= welcome, doctor afiq yang handsome!

MRBLIND = kasarnya panggil bapak. Huhuh. Abah aku mmg takkan pernah sempat tgok aku kawen. Aku kawen tahun depan. Abah aku meninggal tahun lepas.

NANI ALLEN = aku pun letih buat dosa. Dah la aku tak pakai tudung. Jumpa pegang2 tangan. AKu pun sedih. Mari kita jadi baik.

MEDIARTPASSION = terima kasih atas galakan. Saya pun teringin anak graduate kalau dah pencen. Best kan?

Akak saya kawen umur 30 tahun. Sekarang umur dah 41 tahun. Anak 2 org. Yang sulung baru 8 tahun.

Aku kalau boleh, di kala umur 40-an, dah lepas anak sorang ke universiti. InsyaAllah.

Kita kena pikir panjang.

DOLY JOHN = ya mari, al-fatihah.

SARAH IS THE ONE = kalau aku jumpa abah dalam rumah ni, aku tak dapat bayangkan keadaan aku time tu macam mana.

Haih. Rindu lah, sarah.

PJOE = insyaAllah tak sakit. Sebab aku cuti istirehat pada kames dan jumaat. Wuhu!

DILOZ = eit, jangan la kagum. Saya tak ada buat apa-apa pun untuk orang lain.




*fuh, jenuh nya nak balas komen.

magenta said...

Aku support kau kawin awal. Sebab aku rasa, kalau kita rasa dah sure and dah tanggung diri sendiri, nak tunggu lama-lama buat apa, kan?

Al-Fatihah untuk arwah ayah kau.

Fa-T said...

bagus cara kau ilang kan gatal... err mahal tak uwang buat ilang gatal???

razaklatif said...

1- sedih tentang cerita mimpi anda itu.

2- saya juga selalu diajukan soalan dan kata-kata yang sama.
"ko ni gatal sangat nak kawen apa hal?"
"ko dah puas enjoy ke muda2 nak kawen?"

pedulikah saya? :)

Dato Paduka Masri said...

sedih nye post ko kali ni...... huhuhuhuh...

The Miami-Hun said...

Ladynoe, aku kawen umo 21 thn. skang umo 26 thn anak dah 2. ayah aku umo 78 tahun, mak aku umo 70 tahun, and they're both still alive, alhamdulillah. aku expresskan semua urusan aku, belajar cepat2 grad, kawin cepat2, dapat anak cepat2, supaya mak ayah aku sempat tengok. alhamdulillah, diorang still ada share kegembiraan aku. i cannot imagine my life without my parents.

Anonymous said...

hye noh,al-fatihah untuk ayah awak dan kedua ibu bapa saya...semoga mereka dirahmati allah dan ditempatkan dengan orang2 yang beriman.....

aku rindu family aku,umur aku baru je 20 dah xde dua2,bersyukurlah kita yang ada mak bapak.

take care
-ahmad

Anonymous said...

waaaaa....siyes nangesss!al-fatihah

saya.L-A-N-N said...

1. bila jodoh da sampai, kawen je. ala da kawen pun. semoga bahagia ke akhir hayat

2. Al-Fatihah