18.12.08

Apa hebatnya Edward Cullen sampai berjaya menembusi dinding mimpi wanita masa kini?

Kawan aku cakap dekat aku, dia cuba nak live in denial yang dia tidak sukakan Edward Cullen.

Sebab dia dah kahwin. Dah ada suami. Takut terlajak imaginasi.


Lelaki di luar sana, kamu patut risau dan rasa tergugat dengan wujudnya jejaka yang maha seduktif masa kini - Edward Cullen- bukan Robert Pattinson tau. Aku cakap Edward Cullen.

Hari ini, alang alang banyak masa terluang, aku melawat blog-blog yang dari dulu aku nak baca tapi tak berkesempatan. Sehinggalah aku baca salah satu nukilan Dila Raden yang kira boleh beri aku idea nak tulis apa dekat rumah yang serba baru ni. Sebab bukan sekali dua aku tengok orang blog pasal Edward Cullen. Pasal Edward Cullen masuk dalam mimpi lah. Pasal berharap dapat one-night-stand dengan Edward Cullen lah. Aku pun sama tau.

Masalahnya, apa yang hebat sangat Edward Cullen sampai boleh masuk dalam mimpi anak dara dan mak dara orang ni? Apa yang hebat sangat dia sampai orang boleh gilakan dia sampai add application Facebook untuk rebutkan Twilight Character? Apa yang bestnya Edward Cullen sampai aku sendiri pakai avatar muka dia dekat YM aku? Dan bagaimana Edward Cullen boleh jadi satu fenomena baru masakini?

Satu, dia kacak. Segak, walau tidak bertubuh macam orang yang 5 hari sekali ke gym, tapi dia tetap seduktif. Bibir yang penuh dengan senyuman yang gila boleh tikam ke jantung. Mata yang redup dan tajam (jugak) sampai boleh menghiris jiwa. - walau tidak memakai skinny jeans. Hummak ai. Tapi itu subjektif. Jarang hero filem yang tidak segak dan kacak melainkan kalau kamu tonton cerita Austine Power atau Nutty Professor.(dll)

Ok lah, straight to the point, ini mungkin berguna untuk menjadikan kamu seorang lelaki yang berjaya menembusi mimpi kami (perempuan);

● Perempuan memang cenderung untuk sukakan lelaki yang misterius. Macam Edward Cullen.

● Perempuan sukakan lelaki yang protective. Macam Edward Cullen.

● Perempuan sukakan lelaki yang lebih bijak dari dia. Bila aku cakap bijak, aku tak sentuh pasal tahap education lansung ni. Bila aku cakap bijak bukan bermaksud kau ada Diploma dan lelaki mesti ada Master. Sebab aku tak pernah ukur kebijakkan orang dengan certificate pun. Konteks bijak di sini ialah bijak sebagai seorang lelaki. Macam, kalau awek kamu mengadu komputer dia bermasalah, kamu akan memberi cadangan solusi yang lebih bijak daripada sekadar bertanya;

"Dah try restart?" - Edward Cullen takkan suarakan cadangan macam ni.

● Perempuan sukakan lelaki yang romantik. Bila aku cakap romantik, kamu jangan cepat panik. Romantik tak beerti kamu harus beri bunga setiap kali teman wanita kamu merajuk. Bila aku cakap romantik, bukan bermakna kamu kena belanja makan di hotel mewah atau di Bora Asmara.

Pandai pujuk teman wanita yang merajuk - itu romantik.

Pandai buat surprise pun boleh di consider romantik, tau.

Walau aku tau ada dikalangan perempuan yang mahukan lelaki pandai buat kelaka. Tapi, kalau pandai buat surprise, dah dikira pakej tau. Macam part di mana Edward Cullen dukung Bella dan bawa dia terbang panjat pokok Oak tu. Surprisingly romantic, tau.

● Perempuan sukakan lelaki yang menggilai dia. Tipu lah kalau kau tak suka. Mana aci kalau dalam perhubungan tu, perempuan ja beriya-iya. Lelaki pun kena tunjuk sifat-sifat keterujaan kamu dengan teman wanita. Macam dedikasi lagu Damien Rice ke. Tapi jangan terlalu obvious sampai kawan pun nampak. Jangan ketara sangat sampai duduk melepak dengan kawan-kawan dekat Mamak Syed Bistro pun nak meleweh dekat bahu awek. Kami rimas. Mesti mau cool (gentle) - macam Edward Cullen.

"What I never really understood about [Cullen's] attractiveness, especially to young girls, is his gentlemanliness," says Rob. "I thought that teenage girls like the dangerous aspect of males, and so I tried to emphasize the danger and make the more gentlemanly side of this character a veil to something else underneath. I really tried to make him an incredibly strong and powerful character, but at the same time self-loathing and extremely vulnerable." [more here]

● Perempuan suka lelaki yang pandai menyanyi - walau sumbang - cukup nak mendodoikan pun jadilah. Macam Edward Cullen. Dengar sambil duduk tau. Jangan berdiri. Nanti lemah lutut sebab suara dia seksi.

Ada tiga perkara yang aku positif sekarang ni; Pertama, kebanyakkan kita (perempuan) sedang 'bermadu' , Kedua - Celebrity crush adalah satu fenomena yang menyeronokkan, Ketiga - Edward Cullen takkan pernah balas cinta kita.


Lelaki di luar sana, kamu patut risau dan rasa tergugat dengan wujudnya jejaka yang maha seduktif masa kini - Edward Cullen- bukan Robert Pattinson tau. Aku cakap Edward Cullen.

p/s: Ini ubat igauan kamu. Mungkin.


10 comments :

Perempuan cerdas said...

Sumpah orgasm dalam wayang tengok Edward Cullen.

M

Pously Naie said...

Aku tak tau kenapa aku tak sejatuh hati dengan mamat ni compared to Tarabas. Mungkin sebab aku dah tua kot. Sexual attraction aku dah berubah.

Hai Ladynoe. Kenyit mata.

Apesal dah sapu krim masih rasa gatal ni? Ha ha ha.

Anonymous said...

hi.. saje menyampuk. hari ni ada meeting. nyampah tul. bukannya xsuke kt bos. bos i best tau cume nyampah dgn sorang hamba Allah ni yg macam bagus. dia ingt juz bcoz dia lelaki sume pompuan kena tunduk kt dia. he expect me to respect him padahal dia xreti pun nk respect pompuan. apapun kena gak g meeting yg menyerabutkan kepala hotak aku ni..bye. lega sket...best gak ckp ngan stranger ni kn.. thanx...

Ladynoe said...

to Pously

aik? bukan b4 ni kau cakap kau suka tarabas ka? hihihihihi.

Pously Naie said...

Memang lah, "aku tak sejatuh hati dengan mamat ni compared to Tarabas."

Ngan tarabas jatuh hati gila2, ngan mamat ni tak sejatuh hati. Betul ke ayat aku.

Are you coming back to your old blog? Atau dah maintain sini ajerr. Buatlah online comic ngan pjoe, mesti meletup.

Ladynoe said...

to Pously

Aku ni nak berak pun bertahan. Punya la sibuk. Lagikan nak buat online comic. Fuh~

Tapi kalau dapat buat, memang best. Taknak ah ngan pjoe. Dia gemok.

Z said...

Edward Cullen dalam novel lagila, memang the best boyfriend a girl could ever ask for..tall, mysterious..super protective..perfection.

Nak jugak..

i n - c h a n said...

wah, dia memang seductive. dan takkan nampak bf disebelah kalau dia di depan mata. oopppssss...

ami schaheera said...

entri ni buat aku tersenyum sipu2 and malu2 macam budak kecik baru nak bercinta. ahhhh seronoknya edward cullen!

terima kasih tulis entri ni, aku dah bagi kat bf aku soh buat panduan haha.

Ayyman Rahim. said...

Kini aku tahu bagaimana menjadi lelaki terbaik. Aku keliru, kenapa semua perempuan suka Edward ni? Kini aku tahu.