24.12.08

Asal dari mana ni..? Kampung kat mana..? Beranak kat mana..?

"Mak, hujung minggu ni Aiman nak bawak bakal menantu mak ke rumah kita,"

"Bawaklah,"

Aiman senyum.

"Orang mana, man?" tanya mak.

"Orang Terengganu mak. Besut,"

"Orang Terengganu?" mak menjegil mata.

"Kenapa?"

"Takde apa. Mak pernah dengar orang cakap, kawen dengan orang terengganu ni, memang alamat nanti kau tak balik jenguk mak lah. 2 bulan sekali pun liat. Memang di-terengganukan kau pongpangpongpangpongpangpongpangpongpang pok pek pok pek pok pek..bla bla bla,"

Aiman sedih. Dia belum pun lagi tunjuk teman wanita dia dekat mak dia, mak dia dah cakap macam-macam. Nak di lawan, mak sendiri. Nak di sangkal, takut betul betul terjadi. Bolehkah Aiman tak kisah lagi untuk kali ini?

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

PERSOALANNYA: Benarkah negeri asal usul kelahiran mempengaruhi sikap dan cara hidup seseorang?

Ada benar, ada tidak. Tapi jangan ambil yang buruk sahaja. Ambil yang baik juga.

Kecilkan skop - Malaysia;

Sebab mana ada manusia yang sama semuanya. Kalau nak cakap orang Perak semua baik-baik, alamat tak lakulah orang Selangor, Melaka dan sebagainya. dan kalau nak cakap semua orang Melaka bermulut jahat, maka ramailah orang Melaka yang menjadi Andartu dan Alif Ba Ta*.

Ada kawan aku cakap, orang belah belah utara kebanyakkannya mulut kepoh. Tapi, bagi aku; OK apa, at least kita tak bosan sangat bila mula-mula kenal kot. Tak ada la senyap je. Senang nak beramah. Dan aku pernah kenal ramai orang Terengganu yang ramah dan banyak cakap juga. Dan ada jugak orang Selangor yang kepoh sampai tahap annoying gila.

Ada orang cakap orang Kelantan suka hidup berpuak. Dan ada yang kurang menjaga kebersihan. Bagi aku, ala biarla berpuak pon. Daripada jadi orang Selangor yang kena pukul dekat Johor tapi tak ada pun orang Selangor lain nak tolong. Dan bab kurang menjaga kebersihan tu, bagi aku lah kan, tak ada kena mengena dengan Negeri di mana kau berasal lansung. Sebab aku pernah berkunjung ke rumah sahabat abah aku. Sahabat abah aku tu berkahwin dengan orang Negeri Sembilan. Ada rumah banglo besar tapi bersepah nak mampos, dinding jamban pun berlumut. Dan aku pernah berkunjung ke rumah kawan aku, orang Kelantan - bersih OK.

Ada orang cakap orang Johor ramai yang sombong dan belagak. Ini aku dengar dari mulut orang Johor jugak tau. Tapi aku tak berapa nak mengiyakan sangat. Sebab semakin lama aku hidup ni, aku banyak jumpa orang Johor yang tak belagak pun. Bila aku fikir fikir balik kalau aku pandang dari segi positif- perkataan belagak tu elok di ganti dengan self confidence yang tinggi. Sebab itu kalau dipikir pikir balik, ramai anak Johor minatkan seni persembahan. Kan? Diorang ni, bagi aku, macam konfiden dengan apa yang diorang akan buat dan proud dengan apa yang diorang dah buat. Dan aku pernah jugak jumpa orang yang bukan orang Johor ni, dia punya belagak..memang macam setan ah.

Dan betul ke macam cakap mak Aiman tadi, yang orang Terengganu memang tak boleh nak tinggalkan tanah asal usul tempat dia membesar? Kalau boleh nak di-terengganu-kan sekali suami/isteri dia. Macam, lepas kawen, buat rumah kat Terengganu, beranak pinak, mati di Terengganu? Aku tak pasti. Sebab aku orang sebagai orang Selangor, memang kalau boleh lepas kawen aku nak bermastautin dan beranak pinak di Selangor/KL jugak. Kan?

Apa cerita orang yang asal usul dari Selangor, Sabah, Serawak, Pahang dan Negeri Sembilan? Macam tak pernah pun aku dengar orang labelkan apa-apa tentang orang dari negeri itu kan?

Kenapa Negeri Utara, Johor, Melaka, Kelantan, Terengganu yang selalu dilabelkan?

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Aku tak pasti samada aku seorang sahaja atau memang dah jadi cara semulajadi setiap orang yang bila mula mula berkenalan, mesti nak tanya asal orang tu dari mana. Dan aku tak tahu samada pertanyaan penuh tradisi itu harus dikekalkan atau tidak?

Aku tak pasti apa tujuan asal bila soalan itu dipertanyakan.

Tapi yang aku pasti, 'orang kita' memang kaya dengan persepsi. Memang kebanyakkannya suka melabel. Tapi apa yang aku suka untuk nyatakan di sini ialah, kalau kau bertanya tentang asal usul Negeri seseorang tu, elok lah dengan niat kau nak belajar sesuaikan diri dari segi komunikasi dan cara hidup orang tu.

Bukan niat nak melabel dan berfikiran buruk yang sengaja kau kaitkan dengan Negeri asal usul dia. Sebab macam malu je kalau satu hari kau jumpa orang yang berasal dari negeri yang kononnya jahat bagi kamu, tiba tiba kali ni baik pulak orangnya.

Macam malu je kalau kau beriya-iya mempertahankan orang yang lahir satu negeri dengan mak kau tiba tiba satu hari orang yang lain yang lahir satu negeri dengan mak kau, rampas teman wanita kau pulak atau curik duit kau atau guna kereta kau tak isik minyak balik.

Macam malu je kalau kau bangga sangat dengan orang-orang se-Negeri dengan kau, alih alih esok dia tipu kau atau pukul adik kau atau buat biadap dengan kau.

Jangan main badminton di gelanggang sepak raga. Jangan menari di gelanggang silat, jangan makan kicap macam minum air cincau, dan apa apa je lah.

Kan manis kalau hidup bermajmuk tanpa fikir sangat darimana asal kenalan kita?

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Aku cakap ni sebab aku pun pernah rasa malu dengan diri sendiri sebab lately aku jumpa ramai orang yang baik-baik yang berasal dari negeri yang aku pernah tak berapa suka dulu. So nasihat aku, takyah kaitkan sikap seseorang dengan negeri asal usul dia kot? Sebab walau ada sedikit tempias pun, pokoknya kita ni semua manusia biasa. Dekat 'sana' nanti 'Dia' tak panggil kau ikut Negeri pun.


24 comments :

sofi said...

haa saya orang sabah,
selalu di-label suka menyantau(read:santau,pukau,bomoh) orang...

itu lah warna warni malaysia :))

Anonymous said...

-sayer org kltan-

*flash back

belajar d rantau org- sedikit jakun, takut utk masuk campur dgn kwn negeri lain - tp hanyer 2weeks - mereka dpt terima - cool - rakan keltan lain juga ramai - cool - satu hari persoalan ditanye oleh rakan dr negeri masing2 berbeza- 'mengapa kltan berpuak ek aku tgk, err tp ko lain ler tak mcm mereka' - cuba senyum - jwpan , 'ntah ler, em aku dgr gak sbelum ni, err aku pon tak sure sgt, aku tgk kwn2 aku ok jer' - dlm hati mereka perlikah - malas nak fikir senyum shj - jadi terus kunyah twities sambil wat muka toye biase - sambung mereka 'ha satu lagi dgr org kltan pompuan ni suka control 'gile', time jln lengang2,ckp lembut2 agak poyo tp bila kumpul sama puak huh laen benor hipokiritz! dan yg laki lak mak aiihh gatal nak mampuss! selalu yg 'twit2' kat stesen bas, ha geng2 depa la tu' - sengeh,bila perkataan2 'twit2' disbut bersungguh2 - teringat petang tadi kebetulan mmg kena usik siulan2 dr lelaki2 tp tak tanyer ler pula diorang dtg negeri mane - terus kunyah twities sambil hulur pd mereka sama,lupa seketika makan sorang pula - 'ha satu lagi org kltan ni pengotor ek,tp ko pembersih la,jgn ler terasa tau' - sambil die lempar tisu hingus ke arah bakul sampah - tak masuk ke dlm,sambung makan - tak senyum - haih manusia ni br 5saat ko tduh org lain pengotor, tp ko - rasa sudah tidak selesa - baru dia nak smbung - pintas sekjup 'emm pdpat aku lar kan, bergantung pd surronding juger kut , jika mak ayah dier tak ajar psal kebersihan, mayb anak2 dier turut same terlekat habit tu sampai ler ke tua, vise versa bab bersih dan perkara2 len. surronding pula berkait rapat dgn hati . psal hidup puak2, tak sopan , pengotor dalam islam pn tegah bukan?' -sambil berdiri ambik tisu td lapik another tisu masukkan dlm bakul - suasana senyup - paling belakng- sorang tu muka cam serba salah, lagi dua terus dok kunyah twities pndang memasing - 'emm korang jom kita makan burger nak' senyum selebar mungkin, sambil tepuk peha dan rapatkan bdn pd yg berwajah serba tak kena tu - 'nakkk' serentak termasuk dia, 'eh ko tau tak, abg jual burger tu muka cam hero indo ' sambung dia......aku senyumm...

.::jarjar::. said...

aku skrg ni duk ngan parents kat negeri sembilan..tp kitorang bukan asal n9 pun...cuma pendatang jer...tapi bila aku ckp yg aku duk n9..org sume (esp lelaki) jadi takut sbb kaitkan dgn adat pepatih...aku mcm x berapa nak setuju la dgn pemikiran kolot org2 camnih...setiap negeri pun mesti nak dikaitka dgn benda yg x elok..cuba la diorg view dari sudut baik...kan semua benda pun leh jadi baik...kan noe kan? =)

~mademoiselle hana~ said...

paling banyak dengar orang kata orang kelantan hidup berpuak dan bla bla.tapi,yang saya nampak,diorang boleh je bergaul dengan orang lain. kalau x,takkanlah pergi mana2 pun boleh jumpa org klantan,knape diorg tak duduk aje kt klantan kn?

dulu mak saya paling tak boleh nak trima tmn lelaki saya dr utara sdgkn saya org johor.tapi bila dah kenal,semua sama je.manusia jugak. lain padang,lain belalang.tapi tetap spesies belalang malaysia jugak.

messithara said...

aku org johor so what..??
hahaha..
tu da kira cukup blgk la tuh eh..?
:D

ala..x kira la mane pon asal usul org tu klu nk blgk ke x senonoh perangai ke hape ke pucuk pangkal diri sndr.

so moralnya depends on individu bkn tmpt asal keturunan.

*kau rasa sape plng belagak?aku ke kau ke sape?hahahaaaa

fynn jamal said...

like i said in my prev entry:

semua tu pengalaman. rezeki seseorang itu sndiri la noe utk jmpa kelibat yg sama.

well, itulah org kata, bagaimana kawan2 kita, begitulah kita. kita yang pilih utk berkawan dgn kelompok gimana.

overgeneralization is a culture in all countries in the world. dalam antropologi, mmg ada subjek ni. bukan org kita sahaja.

cuma kejelasan je berbeda2. dan sayangnya mereka selalu berada dalam lingkung besar. jadi, menstereotype jadi lebih mudah.

spt:
"tu geng johor yang bantai budak negeri sembilan"
"tu budak2 clubbers punya kije la tu"
"tu mesti budak2 indie yang start"
"tu org belum kawin punya fikiran"
"tu mesti budak2 form four yang report"
"tu budak lelaki punya hal"

bayangkan betapa mudah memberi kategori. sebab senang cerita.

saya pernah dengar:

"haa... tu budak kecy la tu"
--> merujuk kawan2 saya yang kami pangkalkan perkataan KECY.

senang, kan?
:)

doff said...

ako org sarawak. soalan paling selalu di dengar:

1) "weh ko bila nk datang MALAYSIA?". dan aku akan pk, ehh, aku kat zimbabwe ke neh?

2) "datang swak kene guna paspot kan?"

3) penah aku 'berkawan' dgn org semenanjung (org perak keja kl) dan kawan kpd 'kawan' ako nih siap warned 'kawan' ako "ehh ko hati-hati sket, dia tu budak sarawak".

ya, ya, sabah dan sarawak selalu dilabelkan sebagai negeri yang terer bab2 'ilmu keduniaan' (rujuk komen 1 dari sofi).

tp stakat ni lom ada lagi kes (sabah & swak) org mati kene tetak 18 oleh bomoh atau kene bunuh/pukul dgn helmet sbb pegi bomoh. atau kene rogol dgn bomoh sbb nak berubat etc etc spt yg selalu kita baca dlm paper tu. kalau ada pun, boleh hitung dgn sebelah tangan.

dulu aku selalu rasa offended dgn such statements. tp skrg mcm dh lali. dh xder apa.

dan ya, bagi ako, tak adil untuk melabel seseorang berdasarkan negeri asal usul seseorang waima jantinanya lelaki atau perempuan sekalipun. kalau nak jahat, jahat la. tak kira ko laki ke ppuan ke negeri itu ke negeri ini ke. dan sebaliknya.

Ayyman Rahim. said...

Yang pasal Kelantan di akui. Sbb aku kampung dkt Kelantan, bapa bpnya kmpg la. Mmg tak berapa bersih sangat and puakkkkk!

ejam said...

hehe aku tau ko suka sgt org Johor kan noe
hahahahaha

durian said...

lady noe, lady noe..

aku, pernah cuba menulis pasal dilema dan masalah orang kelantan.

tapi..betul, manusia kan subjektif. jika ingin tahu dengan lebih detail kita kena menggunakan teknik tangkap-tanda-lepas-dan tangkap semula.

ayyman rahim ni mesti urban gila niiii.. hobi di masa lapang ape dik? shuffle?

StingRay said...

habaq maiiiiii !!!!




sila teka aku orang mana.... =}

nani allen said...

aku orang johor weh, aku mana ada berlagak tapi sebab aku selalu jeling orang (mata aku memang macam tu) orang selalu kata aku berlagak (tapi lepas kenal aku diorang kata aku peramah) ecece nampaknya tak sangka aku memuji diri sendiri. orang kata aku banyak mulut tapi aku taktau aku warisi siapa sebab mak aku org johor tapi dia pendiam ayah aku orang kelantan dia pun tak banyak ckp sgt kecuali dengan kawan-kawan dia. aku tak berlagak atau sombong. aku tak minat seni persembahan aku minat seni je. ahaha ok la aku rasa aku lame. bai.

alone said...

ayan suka entri awak ni...sbb saya org johor..self confident yang tinggi...hihihi~~!!

Anonymous said...

boleh aku tau negeri apa yang kau pernah tak berapa suka dulu?

Diloz said...

zaman dulu memang tepat la apa yang selalu digambarkan tu.

sekarang ni banyak pulak orang negeri-negeri berkenaan nak mengaku orang KL/Selangor.

ghimas cek aih!

pjoe said...

aku pun dah cemuh dengan benda ni
bak kata org
tak kenal maka tak cinta

mcm buah pisang
dalam setandan tu
nanti ada la yg buruknya
tak kira la pisang jenis apa pun

farihin said...

@doff

aku pernah pegi ke sabah/srawak taun lepas.

aku ajak dieorg pegi umah aku kt negeri 9 then dieorg ckp:

"kiteorg baru 2 kali pergi ke MALAYSIA (merujuk kpd semenanjung)" dan diorg mmg panggil semenanjung tu malaysia, sepertimana kata rata2 penduduk sabah/srwak.

Time tu aku kt sane. Aku pun pikir. Aik, aku kat zimbabwe kot skang ni..?

Black Mamba said...

Aku orang Perak. Tapi aku tak suka orang kedah. Dah 6 orang aku jumpa orang kedah semua hati busuk macam sungkai.

Mintak maaf untuk semua orang kedah. Aku rasa aku ada sebab nak cakap macam ni.

ain bukan alif said...

aku orang jawa

korang nak label aku apa?

saydino said...

aku org johor.suke kawan ngn org johor sahje.hehe.takde la.acah sahje

Ladynoe said...

to Black Mamba = eceyh.

ain bukan alif = kalau jawa tu dah kira suku. Bukan asal negeri. Tehehe.

Anonymous said...

frm trg.

in my opinion so far tade pun kejadian "orang Terengganu memang tak boleh nak tinggalkan tanah asal usul tempat dia membesar, Kalau boleh nak di-terengganu-kan sekali suami/isteri dia. Macam, lepas kawen, buat rumah kat Terengganu, beranak pinak, mati di Terengganu."
:)
so sis, dont worry..
may happiness be yours!
lovelove.

cik bulan said...

mak aku org tganu, tp sepanjang 18 thn aku hidup, x jugak duk tganu je. aku berpindah randah ikot tempat keje laki la. kalo keje kat A, pegi la kat A. kalo di B ke B la.

tp kalao husband kakak aku, org tganu jugak. tapi mak dia mati2 nak ank menantu cucu duk kat tganu.
hurm.. mcm mana pulak tu?

psl persepsi utk org johor pulak, bpk aku org johor. mak aku and kami adek beradek fobia sbb SEMUA keluarga bapak aku sombong,belagak kaya tp kedekut.termasuk la bpk aku. haih.
tapi, member aku org johor, baik pulak budi bahase die.

POKOKnye..pandangan jujur aku ckp, sifat/perangai seseorang tu ditentukan oleh faktor GENETIK dan juga didikan ibu bapa. kalo maknye kedekut, anak nye tak mustahil kedekut jugak. kalo nk kate faktor negeri uh. aku rasa 10% je kesahihannye.tak pun, kebetulan je tu.

Ladynoe™ said...

cik bulan = perangai menurun dari genetik tu mungkin tak betul, kot.

Persekitaran - lebih tepat.