16.12.08

Memang kena belajar silat lah macam ni.

Kelmarin, aku pergi kenduri akak sahabat aku kawen. Kami sahabat yang sama sama ada komitmen penting dalam hidup. Sebab itu jarang jumpa. Jadi bila setiap kali jumpa, banyak cerita yang kami bualkan.

Tapi paling aku terperanjat, bila dia bagi tahu sepupu dia yang merupakan sahabat baik aku jugak sejak darjah satu, ditimpa kemalangan. Kemalangan jahat. Kena ragut. Siap kena tetak parang. Urat tangan putus. 2 jari hampir putus.

Sudahlah komputer bimbit dikebas. Beg duit pun dikibab. Haih lah Fadli. Kau melawan kenapa????!!

Benda benda macam ni, buat aku nak sambung balik belajar seni mempertahankan diri. Aku macam risau kalau malapetaka yang disebabkan manusia jahat ni tiba tiba terjadi kat diri aku. Kalau nak ikut imaginasi boleh lah nak berangan sampai bukak silat bemacam bunga. Nak jadi macam Gaban atau Wolverine segala. Tapi kalau kena dekat diri sendiri betul betul, lepas tu panik pulak, aku tak tau nak bayangkan apa lagi lepas tu.

Dan aku pelik, macam mana dalam ramai-ramai kejadian manusia yang Tuhan jadikan, boleh wujud jenis yang tegar nak mencederakan orang sampai tahap nak membunuh. Kena sampuk setan ke apa? Nak ragut-ragut je lah. Dapat-dapat je lah. Tak dapat blah la. Tak payah lah takik takik anak orang dengan parang.

Kan bagus kalau semua kita boleh nak memiliki pistol untuk mempertahankan diri.

Kan?

Sebab tu aku stanby kayu chota dalam kereta. Haih.

3 comments :

ketiak said...

kalau peragut tgk ketiak aku, dia takut tak?

Ladynoe said...

to Ketiak = bergantung la.

orangjahat said...

belajar silat cekak malaysia lah.. tarak bunga2... ^_^

tapi takde lah sampai jadi wolverine, tak larat nak masukkan besi dalam tangan har har har..