28.12.08

Dua Ribu Lapan

Cukup aku katakan, yang tahun 2008 adalah tahun yang 200% lebih baik dari tahun 2007. Tak ada satu pun konflik yang berjaya menggugat rutin dan kredibiliti aku sebagai seorang personaliti di dalam dunia aku sendiri. Paling seronok, bila aku cakap tahun ni adalah tahun yang baik, bermakna aku harap tahun depan pun aku nak benda yang baik berlaku dalam hidup aku. Tak kisah la kalau hidup aku tak berubah menjadi lebih baik pada tahun depan. Tapi asalkan baik-baik je semua.

Tahun depan, aku akan menjadi seorang Isteri. Face it.

Semuanya baru. Rumah baru. Katil baru. Suasana baru. Bangun pagi, ada lelaki kat sebelah aku. Beraya pun semakin banyak rumah nak ziarah. Makan nak kena fikir orang lain. Tanggungjawab pun bertambah. Yeah. Face it. Dan aku tau tahun 2009 ni, akan ramai kawan aku, kalau tak kahwin pun, sekurang-kurangnya tunang. Confirm.

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

So aku malas lah nak ulas lebih lebih semua yang aku lalu tahun ni. Cuma tahun 2009 nanti aku harap aku akan dapat 'lebih' dari 2008. Apa yang lebih? Ini;

1) Kerja baru di mana aku akan peroleh LEBIH masa di rumah dan LEBIH masa bersama suami. Face it la...sampai bila kau nak kerja swasta. Sampai bila kau nak kerja dekat advertising agency. Robot pun reti letih. Hujan pun reti berhenti. Aku dah lama teringin nak lembutkan tangan aku yang dah keras sebab asyik pegang mouse je. Nak start melukis balik. Nak start painting balik. Dan untuk ini aku tak kisah kalau pendapatan aku tidak LEBIH dari sekarang. Goverment..what do you expect?

2) Ruang rumah yang LEBIH selesa hanya untuk aku dan encik suami. Nak beli perabot yang modern kontemporari. Dinding berwarna kelabu dan perabot dari Cavenzi yang cantik dan mampu di beli (good bye IKEA). I mean, come on, dah kawen takkan nak duduk rumah mak bapak lagi? Kecuali kalau mak abah memang buat rumah besar istana Tan Boon Chia untuk kumpulkan semua anak menantu di bawah satu bumbung. Ini subjektif, OK?

3) Koleksi betta fish (ikan laga) yang LEBIH cantik. Aku ni baru je nak belajar bela ikan. Tapi tak ada kesempatan nak tunjuk-tunjuk kat blog buat masa ni. Senang nak bela ikan laga ni. Tak payah nak beli tempat oksigen segala. Encik bakal suami pun macam menyokong ja. Dan baru baru ni jugak aku jumpa seekor ikan laga yang aku harap aku akan dapat untuk tahun ni. (rujuk gambar di bawah) Ada sesiapa nak hadiahkan? (hohoh)

ikan-ikan comel. Yang atas sekali ni, minggu ni jugak aku nak beli. Murah ok.

4) Televisyen yang LEBIH besar untuk rumah baru. LCD je cukup la. Macam kau kaya sangat nak bebual pasal Plasma TV kan. Dan alat-alat kepuasan diri yang mengisi masa yang bosan ketika suami outstation seperti Sony PS3 mungkin? (Encik bakal suami, sila ambil perhatian.)

5) Kehidupan yang LEBIH matang. Lame. Aku tau. Ok tukar. Kehidupan yang lebih mendapat pahala dari dosa. Pakai tudung? Mungkin? Tak berani janji. Tapi hey, ko tak payah la nak kutuk orang yang sedang berusaha jadi baik. Jangan dipersoalkan prinsip orang yang sedang memaksa diri sendiri untuk sembahyang, paksa diri sendiri nak pakai tudung. Kira ok la aku paksa diri nak jadi baik dari kau yang bangga pakai seksi dan heng sana heng sini.

Bullshit la statement tak sedia nak bertudung. Sebab bila malaikat maut datang tak pernah tanya pun samada kau bersedia nak mati ke belum. Just berdoa diri cepat berubah dan jangan sesekali perlekehkan orang nak berubah. Faham tuan puan?

gambar yang di ulang letak.

6) Rezeki yang LEBIH murah. Azam aku yang paling typical untuk setiap tahun.

7) Aku nak NET jadi LEBIH gemok dan sehat. Tahun ni dia selalu sakit. Demam lah. Selesema lah. Lari budjet aku tiap-tiap bulan tau.


▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

OK tu je aku nak untuk tahun 2009. Tak boleh lebih lebih. Dan tak berani nak buat public statement yang aku nak jadi isteri terbaik la bla bla bla bla. Sebab lidah pun lagi tergigit. Sebab pulau pun boleh berubah.

OK dah. Pergi main TABOO. Aku tak berapa sihat ni. Selamat Menyambut tahun baru Awal Muharram esok bagi semua saudaraku. Happy New Year on this upcoming 1st January 2009! Jangan minum arak. Bye!


32 comments :

Marzuki said...

ikan neon beli bnyak2 pun cntik, 1ekor = rm1.

huhu.

Ladynoe said...

Humak ai. Kalau aku bukak pertandingan komen terpantas, ko mesti menang, Marzuki.

chepsmore said...

cantik la ikan neon.hihi,murah&&cantik.tp kan neo, yang ikan wane pink harga95 tu memag cantik amat. mcm puteri je duk dalam air.

Ladynoe said...

CHIMMER = pink ke? Haaah badan ada soft shade of pink lah. Aku nampak putih.

Tu la macam pakai gaun kembang je, ye tak?

Erina Asmawani said...

sweet ar noe pkai tudung =)
slmt tahun baru 1430

durian said...

itu gambar kau ke lady noe?
kenapa aku mcm kenal.

biarlah.

muka yang 'aku macam kenal' tu sesuai dengan tudung. betul. ok je. pakai la. macho!

Ladynoe said...

ERINA = hohoh *blush

DURIAN = ye ke macam kenal. Ape lak tak kenal. Tunang aku kawan kau.

Sue Anna Joe said...

Cun gila kau pakai tudung. So amacam, itu cuma gambar hiasan, atau harapan, atau memang sudah menjadi sebegitu ropa?

Aku ni haih, banyak gila kat DA tgh duk remove gambar. Susah seh, I sayang gila gambar-gambar tu. So bit by bit trying to remove. Lalalala.

Cantik ikan laga tu. Tak pernah tau ada yang mahal macam tu!! I mean taklah mahal gila compared to that koi fish, or apa ikan yang kepala benjol tu? Huhuuhu!

TV besar o yeah bebeh.

Aku nak PS3. Waaaaaa.

Sue Anna Joe said...

Oh dan Marzuki juga menang, anugerah spam terbanyak, kan Marzuki kan? Hahahahaha.

staepler said...

Godspeed lady...with all ur wishes/vision, i think u just surpassed ur teenage time...

Z said...

Best kot main Taboo.
Canteknya kamu pakai tudung.
Kawin nanti pakai dak? Kalau pakai mesti manis dan lelaki-lelaki yang hadir pasti jeles pada suami kamu :p

Fynn Jamal said...

noe cantik.
wallahi.

dari dulu cakap, tak mo caye.

jom. tudung.
bior la org nak carut2 kat kite sebab beriye2.
at least kita nak.

wuhhhhhh semangat, nokk

Lee said...

setuju sangat kalau nak pakai tudung tu... nampak lebih cantik. lagi elegan, percayalah...

DonCorleone said...

Kalau kahwin tak boleh nak gelar Jomblo lagi lah yek? Hehehehe

ley said...

serius u cantik pakai tudung! pakai tudung pun muka stil sexy

Sue Anna Joe said...

Yang penting kita cuba yang terbaik beb. Aku pon jauh dari perfekto ni, aku suka ayat ko kat DonC nye entri about malakat maut cabut nyawa tu.

Pergh, terbaik.

Ladynoe said...

Iya,betul. Kita cuba yang terbaik. Aku pun harap aku berjaya melawan semua untuk bertudung. Bukan apa Anna, dua tiga menjak ni aku macam risau kan mati je la.

durian said...

ladynoe,
kim salam kat tunang kau.
cakap dia aku ajak fight main plastesin lagi. (kalau berani)

hahaha.

fandi said...

durian,
waalaikumsalam.
hhahahaa..jom ah fight! lepak fight sampai pagi! brani?

hahaha. tak boleh lupa syall!!

fandi

Marzuki said...

Noe n Anna, sape tulis entri tengah pagi buta memang aku komen. Haha... Semua aku follow, muahahaha....

Weed and Bandages said...

no.6 ayu gila ok.

ai jeles!

Ayyman Rahim. said...

Pasal malaikat tu betul -_-

Fariz Bakar said...

pic no 2 tu mcm nak mintak penampar sedas je. haha. pic no 6 cun(sokong anna)

apsal rss kau tak update ha? byk gila miss. igtkan dah tak wujud.haiya.

Ladynoe said...

macam mana orang bleh cakap gamba nombo 6 tu cun? padahal punya la kecik gamba tu.

ni semua ilusi optik ni.

FARIZ BAKAR

ha'ah. Nyorok nyorok.

ckrra said...

bibirnya emang sexy.

aku teringat gmbr ko ada kt aku tengah makan geget ayam kot bbertudung litup masa kat poli manis manis.

Ladynoe said...

gambar makan gigit ayam? hoh? yang mana satu? bak bak nak nak!

ckrra said...

nanti aku carik balik. aku burn dlm cd. ebet yg bagik aku 3 tahun lalu.

pakcik said...

dah la tak komen org nih...

akum bakal istri org...

bela betta..bangsa halfmoon mmg mahal2..n cantik..pakck baru je beli 1000 betta utk dibiak asuh hehehe..

pakai tudung..dulu rajin gurau ngan kak n adik..pakai tudung utk cover kutu kpala (adik bradik penah diserang kutu dahulu kala-20thn dulu)

my respect uk sesapa bertudung... n kutukan mesra utk sesapa yg asyik ckp "ala, ingt budak pakai tudung tu baik sngt ka"..

apa pun ladynoe...BERUSAHALAH hehehe..

(nantikan kemunculan blog pakcik)

without wax, anna said...

you look really sweet wearing tudung. tapi biar hati ikhlas kalau betul2 nak bertundung hehe jangan sekejap pakai sekejap tidak... berdosa tau jugak tu hihihi.

anna nasir.

a n o n said...

noe..
cantik bertudung.. sweet n lawa. kagum sebentar.

dulu slalu baca je, xpernah komen.
tp bila tgk gmbr kamu bertudung,
xdapat nk tahan untk bgtahu,
"kamu sangat cantik bertudung."

=D

Lee said...

saye sangat respek org nk berubah.

dan post ini membuatkan saye sangat ingin berkahwin haha.walaupun saye baru habis spm dan takde sape dtg melamar pun.takpe, azam kene ade. hee

dBagHaNi said...

congrats!