27.12.08

I am open minded, modern thinking,fun loving individual, like to challenge all the old thoughts

Hari ni memang semua serba tak kena. Sikit sikit nak meleleh je air mata.

Dah berapa kali aku menangis dan menitiskan air mata aku pun tak kira. Tapi kebanyakkannya benda yang selalunya, tak patut pun aku nak menangis.

Satu benda aku belajar hari ni;

"Semakin kau mengharapkan sesuatu, semakin benda yang kau harap tu akan pergi jauh dari kau."

Dan bila semua tadi dapat apa yang mereka inginkan, tiba tiba aku seorang je tak dapat apa yang aku harapkan, aku rasa macam satu dunia gelakkan aku. Sebab itulah pertama kali sejak entah bila, aku mengharapakan yang aku akan dapat benda tu. Tapi tak dapat jugak. Dan perasaan bila kau dah mengharap sesuatu, tapi tak dapat, memang tak seronok lansung.

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Kedua, aku termenangis lagi bila dalam perjalanan balik rumah tadi aku teringat mak aku, aku teringat semua keluarga aku sekarang ni dah balik kampung sebab sepupu aku kahwin. Aku sepatutnya ada dekat sana. Tapi aku tak boleh sebab esok aku kena shoot wedding kawan aku.

Itu pun aku nak nangis.

Sebab aku rasa macam semakin besar, semakin aku jauh dengan orang yang aku sayang. Komitmen hidup semakin banyak. Macam aku sekarang terpaksa menjadi seorang pemburu kesenangan hidup di masa hadapan. Tiba tiba terbayang abah yang bekerja berpuluh puluh tahun bermula dengan gaji RM100 sebab nak tanggung diri, kemudian tanggung semua satu keluarga sampai dia pergi dan yang paling bangsat, aku tak dapat nak bayar balik dari segi kebendaan.

Aku rasa, susahnya nak cari rezeki, dan itupun aku menangis.

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Ketiga pulak, sampai je rumah yang kosong, mak aku call dari rumak Pak Su aku. Dia cakap Mak Ngah aku (akak ipar abah aku) dah meninggal pada hari pertama Aidiladha dan tak ada siapa pun beritahu keluarga aku.

Itu pun aku nangis.

Walau aku tak rapat sangat dengan Mak Ngah, tapi kalau time kenduri-kenduri kawen, dia la yang paling sibuk. Buat wajik segala, masukkan telur, pakaikan inai. Dan yang paling buat aku rasa yang aku ni macam sial, ialah, bila turn aku je, semua tak ada. Macam, semua adik beradik aku merasa nak balas jasa abah dengan kebendaan, tapi aku tak dapat. Semua adik beradik aku sempat merasa kawen sedara penuh meriah terutama dengan Mak Ngah, tapi bila turn aku je, dia dah takde. Dilema anak bungsu. Susah nak rasa apa yang abang kakak pernah rasa. Susah nak dewasa bersama orang yang sepatutnya tengok aku menjadi dewasa.

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Keempat, tadi aku tengok cerita Anak Halal. Jenggo beriya benar cakap cerita anak halal tu best. Dia siap tengok dekat panggung. Aku cakap; aku nak tengok bila dah keluar TV je. Dan ada satu part kawan dia mati kena tembak tu, air mata aku berlinang.

Rasa macam, macam mana la kalau kau tengok kawan kau sendiri yang kau sayang, yang kau pergi sekolah sama-sama, kau ponteng prep sama-sama, kau naik *dorm budak gedik lepas tu main-main hantu sama-sama, kawan yang makan meggi dalam gayung sama-sama sebab masa tu kita tak beli mangkuk lagi; mati depan mata. Tak kira la kena tembak ke or satu hari nanti bila kita dah tua.

Kompleks betul fikiran aku. OK la mungkin aku senang absorb dengan filem yang aku tonton. Cuma hari ni aku emosi berlebih-lebih. Mungkin sebab rindu ke apa ke entah lah. Entah.

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Dan tadi sebelum tidur, konon nak download lagu dari Origen. Senang sikit nak tenangkan emosi. Sambil sambil aku bukak blog Budu dan Belacan dan sekali lagi lepas baca semua, aku ter-menangis lagi.

Pasal Adibah Ahmad - yang aku rasa dia bukan Melayu kot. Ini bagi aku lah. dia cuba nak burukkan imej orang Melayu, dan kutuk Nabi. Itu tekaan aku lah. Tapi kalau tekaan aku salah dan dia betul betul Melayu, aku memang tak tau nak cakap apa lagi lah.

Aku menangis sebab aku rasa marah sangat-sangat. Aku nak luahkan satu benda ni. Mungkin benda ni buat orang marah. Tapi seperti biasa, aku peduli apa. Aku tengok, kita ni semua Melayu Islam, baik sangat sangat. Semua baik. Kita terima apa bangsa pun dalam pergaulan. Dekat gig, dekat forum, banner anti RACIST gantung tinggi-tinggi. Alih-alih, diorang kutuk Melayu jugak. Dan aku tak tau la, kita tak pernah buat apa apa untuk mengkeji agama lain. Kita tak pernah buat video macam Fitna. Kita tak pernah buat lagu kutuk agama budha dan kristian mahupun hindu. Kita tak pernah pun buat apa-apa yang mengacau mereka, aku rasa.

Aku macam sedih kenapa diorang beriya iya kutuk Islam. Kutuk Nabi Muhammad SAW kita. Aku menangis betul ni. Bayangkan la orang kutuk Nabi SAW sejak dia hidup sebarkan Islam, dan sampai sekarang, dah beribu ribu tahun dia dah wafat pun tetap orang kutuk dan hina dia. Apa kita dah buat sampai orang benci sangat Islam ni? Aku sedih, sial.

Lagi sedih kita ni macam lemah nak lawan balik. Setakat maki balik orang-orang tu. Lepas tu, memaki pun pakai Anonymous plak tu. Apsal aku nangis ni?

Mungkin betul cakap Durian di dalam komen nukilan Budu&belacan tu,

so kita cool. beristighfar dan jangan melenting.
itu yang dia nak. kita marah, dia suka.
Entah. Hari ni memang semua serba tak kena. Sikit sikit nak meleleh je air mata

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬


5 comments :

Marzuki said...

perempuan menangis paling susah lelaki nak larang dari berhenti menangis.

huhu, teruskan menangis selagi boleh menenangkan.

durian said...

ehem ehem.

aku pun menangis. terharu.

ok semua dengar sini.. so kita cool. beristighfar dan jangan melenting.
itu yang dia nak. kita marah, dia suka.

haa..aku kalau orang dah credit aku mula la ulang lagi benda sama. teruk betul aku.

lek aa ladynoe. jgn sedih2.
tak jomblo aa mcm ni.

staepler said...

“Bisa jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan bisa jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Menangis itu bagus,untuk melegakan perasaan, salah satu dari terapi jiwa. Tetapi lebih bagus kalau air mata itu ditumpahkan ditempat yang lebih layak.

malam nanti bangun dan menangislah sepuas hati ketika tahajud dan taubat, cubalah..kamu tak akan rugi apa-apa..

pjoe said...

org yg buat ni kan, darah dia halal utk kita bunuh tak?

aku tk berapa ingat la..
hmmm

Ayyman Rahim. said...

Rasanya yang paling sedih pasal kutuk Nabi tu. Entah, pasal agama semua ni sensitif kut :/