10.12.08

Kita memang bakal hidup 'susah'...

...kalau kita masih tak pernah cuba untuk ambil iktibar dari apa yang berlaku.

Nukilan kali ni untuk aku jugak. Kita sama sama berharap nak hidup dengan penuh jaminan di 'sana' nanti. Aku harap pembaca aku semua percaya syurga neraka dan dosa pahala.

Sekarang ni memang susah sikit, kot.

Kau nak kena kuat agama baru kau boleh nasihat orang tentang agama.
Kau nak kena belajar tinggi-tinggi baru boleh nasihat orang tentang manfaatnya rajin belajar.
Kau nak kena jadi orang kaya baru boleh bagi nasihat tentang macam mana nak jadi kaya.
Kau nak kena jadi orang yang mulus suci virgin tulus untuk nasihat kawan kau yang sedang hanyut di buai arus sosial.

Tapi,

Boleh tak, kalau orang yang sedar diri pegangan agama dia tak tinggi mana, tapi sedang cuba memperbaiki diri, nasihat orang tentang agama?
Boleh tak orang yang pernah kecundang dalam menimba ilmu nasihat orang tentang sakitnya hidup susah sebab tak cukup ilmu?
Boleh tak orang yang pernah bankrup nasihat orang supaya itu dan ini tak boleh buat sebab nanti jatuh miskin nanti, merana lah kau sorang-sorang
Boleh tak kalau orang yang tidak virgin, tidak teruna, tidak dara, nasihat orang jangan terjebak sangat dengan arus sosial duniawi.

Sekarang, kamu cakap boleh. Tapi bila kena pada situasinya, kamu cakap "cermin diri dulu"

"Ketam tak boleh ajar ketam lain berjalan dengan betul"

"Orang tempang tak boleh pimpin orang sempurna berjalan," begitu?

Dalam tidak sedar, kita semua dah ajar diri sendiri menjadi terlalu agresif dengan sebarang nasihat dan teguran. Nak tunggu orang kuat agama nasihat kamu tentang agama. Leceh lah macam tu. Macam hari hari ja kau bergaul dengan golongan alim ulama. Sudah lah zaman sekarang ni amalan pergaulan secara berkomuniti semakin kuat.

Budak band...kawan dengan budak band ja.
Designer..kawan dengan designer ja.
Budak kereta kawan dengan budak kereta ja.
Rempit dengan rempit ja.
Tahfiz dengan tahfiz ja.
Ustazah/ustaz dengan uztazah/ustaz ja.

Bila masa nak saling nasihat menasihati ni? Yang baik semakin baik. Yang hanyut semakin hanyut. Masing masing ego. Ruang privasi sendiri konon. Kubur lain lain konon. Pi Ra Ma Bok. Kot.

Kalau ada kawan perempuan tak bertudung, sembahyang tak berapa nak cukup macam sehari 4 kali ja sebab liat nak bangun subuh misalnya, nasihat kamu yang tak pernah sembahyang dalam sehari, kenapa perlu kamu ego dan marah?

Dekat dunia ni je lah peluang kita nak saling ingat mengingati sesama kita. Dekat akhirat nanti, masing masing tak kenal dan takkan peduli antara satu sama lain. Kau melaung-laung pasal mentaliti orang, tapi mentaliti sendiri tak mampu nak terima nasihat. Apa cerita ni?

Doakan semuanya selamat, dan 'selamat kelak'.

Tahun lepas heboh pasal tsunami. Pasal Johor di landa banjir. Tahun ini tanah Selangor pulak jadi lembek macam kek, sesuka hati nak jatuh himpap rumah orang orang kaya di Bukit Antaranbangsa di mana semuanya banglo yang gah belaka tapi surau besar setor sahaja. sebelum itu tanah runtuh di Ulu Yam. Kemudian di Sri Damansara (kalau tak silap).
Tidak kah kita pernah mengerti? Tak pernah nak risau ke weh?!

Eh, sekarang kan tak boleh nak berbunyi sangat. Nanti kau di cop dengki. Nanti kau di cop iri hati. Nak suruh orang jadi baik sekarang ni, memang susah sikit. Itu hakikat.

Aku takut kita semua jadi sesat sebab terlampau menerima ideologi luar. Apa lagi muslihat Tuhan selepas ni...Haih..Mari sama sama doa agar mati dalam keadaan sempat berbuat amal. Mari sama sama berdoa agar mati dalam Islam.

Amin.

Bagi sesiapa yang belum pernah tengok debat Muallaf dan Murtaddin ni, aku cadangkan, kamu orang tengok! Benda ni boleh membuka minda kita tentang betapa Islam ini adalah agama yang membawa kamu bijak berfikir. Bukan punca kebejatan mentaliti.


p/s: Aku takut mati kafir. Nauzubillah.

p/s: oh ya sebelum apa apa jadi, suka untuk aku cakap yang nukilan kali ni aku tujukan khas utk semua orang termasuk AKU. Nukilan sebegini aku memang takkan tulis selalu. Aku tau. Sensetif mungkin.

UPDATE: DEMI UNTUK TIDAK SALAH FAHAM, nukilan aku ni bukan berkisarkan cara cara nak bagi nasihat. Tapi point aku ialah untuk jangan terlalu agresif bila ada orang-orang datang beri nasihat. Kalau nasihat dia tu ada betul walau dia tak betul, apa salahnya kalau kita terima. Kot la. Itu pendapat aku. Pendapat kamu aku tak tau.


21 comments :

messithara said...

sapa2 blh tegur sape2 as long as dia tau bnda tu btl or slh dgn niat nk membetulkn bnda yg slh bkn dgn niat nk menunjuk2..
tp jgn bl org lain buat silap di canang satu dunia ckp kat semua org si polan buat bnda yg slh but at the same time dia pun buat bnda yg sama..
ok?

Ladynoe said...

sebenarnya, kau memang boleh tahu beza bila pertama: orang tu bercakap atas dasar jom kita sama-sama berbuat baik, atau
kedua: dasar, dia nak kau dengar apa dia cakap tu, dia tak buat tak apa, dia tak suka kau persoalkan dia.


aku setuju bab yang ni sarah. Memang pun. Sebab tu aku sokong nukilan aku dengan statement,

"kita sama sama nak jadi baik"

fair and square. Tapi kalau menegur cara kedua macam kau cakap tu, tak usah lah.

Erm...(aku dah macam cakap point kat blog aku je)

tu aku tak faham- apakah?

Ladynoe said...

to Sarah
Sorry la kalo entry ni bikin kau tak senang. Aku takdak niat pun.

Sigh.

Ladynoe said...

sebab kau macam garang gila. eheheh.

Tujuh Kaki Dalam said...

pendapat saya.

pertama :

kita nak bagi nasihat kat org perlu kuat. sebab kengkadang kita nak bagi nasihat pun takut-takut org ni terima ka dak. tak kiralah dia nak terima atau tidak yang penting kita ikhlas nak menasihati. dan niat nasihat itu bukan untuk org lain sebenarnya tetapi adalah untuk kita sendiri. sebab mulut kita yg bercakap ni lebih dekat dgn telinga kita kan? ya! memang kita belum sempurna. yang penting berilah nsihat dgn ikhlas. dgn cara yang terbaik. yg mana kita bagi nasihat dekat org mcm mana kita suka org bagi nasihat kat kita. dia terima ka tidak nasihati itu dia punya hal. Allah lebih mengetahui niat kita. InsyaAllah ada ganjaran buat kita.

kedua :
bagi yang menerima nasihat. terimalah andai nasihat itu bisa menjadi asbab untuk kita menjadi lebih baik. andai "nasihat" itu lebih kepada provokasi, bersabarlah (yang bagi nasihat ala2 provokasi padanlah muka korang kalau kena marah. lain kali belajar memberi nasihat dgn cara yg org suka mcm mana kau suka org nasihat kat kau). jangan lihat peribadi org yg bagi nasihat. mati kita tak tau kita mcm mana. hari ni dia pendosa.esok lusa siapa yang tahu?

ok tu je.

maaf ye panjang sangat.

Weed and Bandages said...

sekadar nak berkongsi ilmu.

elok awak baca banyak buku2 atau catatan2 atau banyak sumber2 dari pelbagai cerok.

kalau tentang agama, bagi ms weed, setakat ini, pemikir atau penulis dari Indonesia lebih kritis dan berani.

tentang nasihat. semua boleh bagi. cuma yang menerima saja perlu buat rentetan atau ringkasan.

sama ada dia nak terima atau dia tepiskan saja.

itu terpulang.

yang memberi, bergantung pada niat.

itu saja bebeh!

oh ya, penulis dari Indonesia dari tahun 1960s (atau sebelumnya?) lagi mereka lebih berani dan kritis.

Malaysia mungkin banyak sangat sekatan.

:)

itu saja bebeh!

Ladynoe said...

terima kasih ms weed. Kalau ada buku yang bagus bagus, rekemen lah.

Diloz said...

tengok juga cara mereka menegur.
sekeliling aku ramai yang bila sudah berilmu,mereka yang ego.
senyum jarang sekali.tak nak bercampur dengan golongan macam aku yang kurang agama sikit ni.
bilik berbau,bersepah.serabai aku tengok.
bukankah kebersihan sebahagian dari agama.

Fareenz said...

"Boleh tak, kalau orang yang sedar diri pegangan agama dia tak tinggi mana, tapi sedang cuba memperbaiki diri, nasihat orang tentang agama?..."

aku suka bab yang kau tulis nie.

tapi yela kan, tak semua boleh terima. org kita, looks lebih memainkan peranan, kan?

kita patut terima je kalau apa yang org cakap tu elok dan tunjuk jalan benar.

terpulang nak ikot ke tak.

senangkan macam tu?:)

*doa aku pun cepat berubah*

pjoe said...

tegur menegur itu satu tanggungjawab
kalau dari segi hubungan maya, aku tak berapa pasti

tapi, kalau dengan kawan2 kita sebenarnya menggalas tanggungjawab untuk tegur kalau ada kawan kita yang ada nak tergelincir

aku cukup tak suka kalau org ckp, "aku takde hal/tak kisah kalau kawan aku nak tonggang arak, main bontot - asalkan dia tak kacau aku. Aku tak kisah"

lancau dia tak kisah

kawan ke macam tu?

KhairulAqmal said...

takpa
manusia dah pandai.
semua rasa mereka terlalu pandai.
mereka akan berlumba-lumba, cipta teknologi canggih, langgar hukum alam.
bila dah ada bencana.
baru mereka tersentak sikit, mungkin akan stop(mungkinlah)

manusia akhir zaman memang susah nak ditegur.
bila tegur soal agama ada yang menjawab, "esok lusa aku taubatlah".
insyaAllah, esok lusa dia nazak, sempat tak bertaubat.

bagi aku,
kita laksanakan saja tanggungjawab kita.
cegah kemungkaran tanggungjawab muslim dan musliman.
pergi nasihat, tegur.
Kalau depa tak nak terima, terpulang.
tapi kadang-kadang ada yang main kasar.
aku pernah kena.
haha

susah kan cek lady noe.haih

inilah dunia.kot

n y s a a said...

entri ni buat i fikir jauh.
kita mmg cepat melenting bile org cube na nasihat kita.
padahal kita tau org yg tegur itu mahukan kita menjadi baik.

noe, ur entry this time is really really good. thumbs up.

fynn jamal said...

noe,
hadiah saya untuk hero kamu sekadar fatihah. itu saja yang saya mampu dan ada.

alfatihah.

selamat hari lahir. im sure he's really proud of u.

Ayyman Rahim. said...

Buat fikir jauh dan ingat apa yang pernah buat. Insaf insaf.

Fariz Bakar said...

"Kalau nasihat dia tu ada betul walau dia tak betul, apa salahnya kalau kita terima."

:)

Madu Warna Biru said...

babe elok la kita saling mengingati..

haih~

Dato Paduka Masri said...

Terima la.... aku nakal2 pun aku dengar gak nasihat... dengar la... buat belom konfim lagi... sebab benda tu kena urus kat brain department... sebab nti dah telalu piki mesti sakit kepala... bila sakit kepala mesti bawa tido... dan bila dah tdo mesti hilang.... tu yang aku malas....

Berani kerana benar.....!!!

hun said...

"Be careful whose advice you buy, but, be patient with those who supply it. Advice is a form of nostalgia, dispensing it is a way of fishing the past from the disposal, wiping it off, painting over the ugly parts and recycling it for more than it's worth."
-Everybody's Free to Wear Sunscreen, Baz Luhrman.

Aku dengar nasihat, bukan penasihat. let's spread that disease. ;-)

MJH said...

'give and take.'

Liyana Zakaria said...

aku baru tengok sampai part 10, tp aku tak berapa suka cara ustaz nababan bagi hujah sbb mcm sikit arrogant dan offensive pd pihak murtadin.

pihak kristian ckp dgn baik, kenapa mesti balas dgn kasar(mungkin berlapis tp ada mcm unsur perli, hence)(tp hujah dia terbaik)

ustaz baju biru paling kiri tu aku rasa comel(mungkin sbb ada accent jawa dan aku juga jawa. mungkin) dan mcm berwibawa, jd aku suka. dan ni 1st time aku tengok video keagamaan dkt youtube so thanks to kau.

Ladynoe said...

Hye Liyana Zakaria,
aku suka Ustaz Nababan tu sebab dia macam bijak keluarkan hujah lah. Dia tegas.

Sampai buat murtadin tu bungkam.

=)