
Biasa la kalau adik beradik dah berkumpul. Aku join sama. Dengar gossip yang paling terkini. Sebab isu poligami dalam kelompok keluarga aku ni, memang agak seronok di bincangkan sebab memang ada kena mengena pun.
Aku bukan lantang sangat. OK la..lantang la jugak dengan orang yang aku tau setakat mana kemampuan dan pengalaman dia. Tapi, dengan orang yang aku tau lagi high-educated, lagi banyak pengalaman, takkan aku nak lawan lagi. Senyap je walau aku macam tak puas hati.
Nak nak bila abang aku keluarkan statement-
"Mana-mana lelaki yang tidak ada naluri untuk berkahwin lebih dari satu, bukan lelaki SEJATI namanya." depan isteri dia sendiri, lepas kakak aku tanya sama ada dia teringin nak berkahwin dua atau tidak.
Kemudian di sokong dengan beberapa fakta yang pada aku agak relevan. Abang aku bagi hujah serius. Bukan hujah main main.
Aku paranoia sebenarnya. Tentang persoalan, sahihkah kata-kata abang aku tu? Aku bakal berkahwin. Of course kawen dengan lelaki lah kan. Dan bila abang aku yang dah 31 tahun hidup sebagai lelaki, dan berbelas tahun berumah tangga, keluar kan statemen macam tu. Aku macam tak tau nak cakap apa.
Aku pernah lah tanya Fandi, samaada dia pernah terlintas ke nak kawen lebih dari satu? Maksud aku, kahwin lain selepas kahwini aku? Dia jawab,
"Noe pun fandi susah nak handle. Pulakkan nak tambah lagi sorang?"
Sebenarnya jawapan dia sikit pun tak legakan aku. Sebab kalau dia cakap aku ni susah nak handle; aku selalu tengok orang yang berkahwin lebih dari satu ni, mesti isteri pertama dia jenis yang 'susah nak handle' dan isteri yang baru mesti jenis yang lagi lebih baik dan 'senang nak handle' lah kan. Lagi cantik mungkin. Lagi sopan mungkin. Semuanya lebih dari aku mungkin.
Dia jawab;
"Sebenarnya Fandi memang tak terfikir nak beristeri banyak. Fandi dah sayang noe, noe je lah satu. Walau buruk macam mana noe, fandi pun ada buruk jugak, kita belajar saling menerima, OK?"
Walau aku tau yang mungkin dia saja nak 'jek' hati aku, tapi, aku lega sedikit kot. Tapi kalau aku cakap dekat abang aku tentang apa yang Fandi pernah janji kat aku, nanti dia cakap, Fandi bukan lelaki sejati pulak. Malu la aku.
Persoalannya, nak jadi lelaki sejati, memang kena lukakan hati perempuan ke? Memang kena ego? Memang kena bernaluri nak lebih dari satu ke?
Kadang kadang aku pelik. Dulu, aku selalu dengar dari mulut kawan lelaki aku,
"Ala noe...aku lelaki..aku tau la lelaki ni macam mana..."
Ungkapan ungkapan macam tu buat aku bertambah paranoid tau. Macam, semua lelaki sama je ke apa? Kalau dah lelaki sendiri cakap macam tu. Apa daya aku nak melantang-lantang menafikan?
Nak nak bila ex aku yang dulu seorang kuat cemburu gila babi. Sekat aku gila babi. Dan sikap mengongkong dia buat aku percaya yang dia takkan buat benda yang dia tak suka aku buat. Tapi akhirnya kantol bila satu hari aku cek banyak gila SMS dan phone call dari perempuan entah mana-mana entah. Dia kata itu kawan biasa. Habis kenapa kalau kau boleh kawan biasa dengan perempuan, aku tak boleh? Betul ke kawan biasa?
Semenjak dari tu, aku percaya yang sungai tenang, jangan sangka tak ada buaya dok tunggu.
Aku tak pasti, apa nasib rumah tangga aku satu hari nanti. Bagi aku, tak apalah kalau Fandi bukan lelaki sejati pun kalau itu membuatkan dia setia kat aku satu je. Sebab, aku rasa aku lagi rela berdamping dengan lelaki yang tak sejati daripada hati aku pecah berkecai bila tau yang aku telah di duakan.
Macam tak berbaloi je aku berhempas pulas bersiap untuk kahwin sekarang ni. Berkerja siang malam sabtu ahad kumpul duit untuk nak kahwin. Macam tak berbaloi ja aku kenal dia 4 tahun baru kahwin daripada tiba tiba Fandi kenal perempuan tu 4 bulan dah sibuk nak kahwin lagi.
Benda benda rumit macam tu, boleh melantik aku jadi pembunuh tau.
Jauh jauh kan lah...haih.
p/s: Kalau aku pun teringin nak lebih dari satu...boleh? Best apa tresome. Err..Aku perempuan sejati ka?








41 Testimonial(s):
Kalau camtu buat masa ni aku belum lagi lelaki sejati. Terpaksalah bermula dari saat ini kena pasang niat untuk menjadi lelaki sejati.
kena tukar as 'jantan sejati' kot.. sbb haiwan jantan memang instinctively nak banyak haiwan betina.. memeriahkan lagi gene mereka. pastikan anda juga bukan 'betina' ye? xD
salam. semua ni tak boleh halang, kan? dah hak mereka. tapi sejati atau tak, bukan terletak pada bilangan isteri. macam mana layan isteri pun kena fikir juga. kalau tak adil, tak penyayang, sejati apakah?
kan bagus kalau manusia ada penguin.
setia pada yang satu sampai mati.
tak boleh berpisah.
romantiknya~
scary ni.sokongg yg tk sejati lah. hoyeh hoyeh.
eh nak ym boleh? jom chat =p
masalahnya perempuan tak boleh 'lebih dari satu'
kalau lah boleh, aku pasti semua lelaki merana.
Manusia ada nafsu. Ini biologi manusia. Beza antara satu sama lain adalah betapa terer dia jinakkan nafsu.
Ada yang bernafsu liar tidak boleh dikawal. Dalam isu yang kamu bangkitkan, Tuhan sudah sediakan solution. Poligami.
Amalan strict ultra-Monogami ketat tanpa kompromi adalah jajaan gerakan women-lib barat. Ramai yang beli.
@HariHaz,
memang tak terletak kat bilangan isteri. Tapi aku cerita pasal naluri. Betul ke kalau lelaki yang tak berNALURI hendakkan lebih dari satu wanita, bukan lelaki sejati?
yang dah jadi tu, tak boleh nak cakap apa lagi.
waaaaa...nak komen apa ye...aku pun laki juga..apa yg aku boleh cakap ialah abg ko dah salah ertikan perkataan lelaki sejati..lelaki sejati bukan terletak pada berapa banyakkah dia boleh kawin! laki mane pun dia nak yang "ketat" and masih tak lose plugnya! itu org kata KEINGINAN aka Nafsu!..bukan SEJATI. SEJATI terletak pada keperibadian lelaki itu sendiri...lelaki sejati ialah lelaki yang bertanggungjwab! boleh menjaga isterinya dgn baik! boleh membimbing isterinya kejalan Allah! boleh memajukan diri untuk kesejahteraan diri dan familynya! seorang yang tegas dalam membuat keputusan! tak penakut! berjiwa gentleman. itu org ckp LELAKI SEJATI! harap u clear meaning of lelaki sejati..
aku pun lelaki so aku tahu.
biasanya,lelaki ni insecure.(aku rasa)
seseorang rasa yang die perlukan lebih dari satu untuk memenuhi keperluannya.
macam ade isteri solehah,
kang macam tak boleh enjoy plak.
ade isteri matang,
kang tak berjiwa muda.
but to tell u the truth,
yakinkan die yang die sorang je dah cukup and insyaAllah tak lari (chewahh aku nih cakap hebat jek)
laki mmg ada naluri nak kawin banyak...tapi kalau kau judge dari naluri...mmg silap besar la...benda tak jadi lagi pun...ko dah bebel lebih2
laki ko tekanan...dia buat betol
sahih ke statement abg ko tu..
kalau stakat ckp nk besarkan lagi ego lelaki ni, btul la tu..
kalau dah syg yg satu tu, ape2 berlaku, tetap setia pd yang satu..
kalau dah xde cacat cela yang nyata, kenapa nk carik kedua??
noe, gambar ketiak tu khas utk aku ke? hikhik.
tunggu je la nanti utk tgk samada fandi akan berkahwin lebih dari satu atau tidak. skg ni mmglah dia akan berkata tidak, semua tu jodoh tuhan.harapnya fandi setia pada yg seorang.
@KETIAK = haah untuk kau kot. Sebab honestly, aku tak senang bila kau kaitkan aku dengan "geng geng blogger". Walau kalau aku ni friendly bagi kau pun, aku tak termasuk dalam mana-mana gang pon.
aku kan pemalu.
@Chekgu Bani = itu lah yang menjadi persoalan tu. risau tau.
@erm = ye ke aku bebel lebih lebih. Apa salahnya, ni kan blog aku.
haih.
ayat fandi sejibik ayat bf i.
but men cannot be trusted.we hv to be careful.
noktah.
maksud aku bebel kat suami
@erm = owh sorry. Tersalah anggap. Maaf.
semua lelaki ada naluri untuk ada isteri lebih dari satu
besar kecik naluri tu.. terpulang kepada individu
semua perempuan tak mahu dimadukam
dua2 di atas adalah perkara normal
kalau lelaki takde keinginan tu, dia tak normal
kalau perempuan tak kisah dia dimadukan, itu juga tidak normal
ada something wrong..
apa2pun jodoh, mauit itu ketentuan Allah.. Tawakal dan yakin kepada kejadianNya dan kau berusaha untuk jadi isteri (bakal) yang taat dan setia dengan suami
Permainan takdir ni bukan jangkauan mainan akal kita
memang la lelaki leh berPOLIGAMI, tp kalau ikutkan perasaan...ape perasaan lelaki tu kalau tetibe wife die ade laki lain (jgn pk dr segi hukum, dari segi hati dan perasaan)???sbb hati n perasaan manusia sam..kalau ko bleh ade pompuan lain, yg pompuan ni mkn at...ape ko rs kalau pompuan wat cmtu kat ko..tula yg aku slalu pk noe..so, sbg pompuan, aku x ajar jd jahat..tp kalau kita pompuan x rela dimadukan, kita berdosa..so dari berdosa sbb bermadu ape slhnye berdosa dgn sakitkan hati lelaki tu balik..
Aku mmg xleh share..aku xtau la ms depankan???tp baik aku bercerai dr bermadu..
hohohoho gamaknya aku ni kurang bernafsu huhuhu
uwaaaa~~
takutnye kata2 abg tuh.
bkn laki sejati?
hmm..
kesian la wanita cmni..
dh nama LELAKI.. mcm x phm...
manusia, mana prnh brsyukur.
dh ada 1, nk 2.
dh panas, nk salji.
dh kaya, nk jutawan.
dh ASUS, nk APPLE.
masalah manusia sejagat yg tidak akan prnh selesai. smpi kiamat.
haha, sungguh menakutkan kata2 abg kau tu...
pada aku soal naluri dan soal lelaki matang berbeza. lelaki bodoh mungkin senang ikut naluri..depa ingat boleh bg makan anak bini dengan kata2 cinta sayang kot?
cukuplah lelaki matang yg realistik..tau nak ukur baju badan sendiri.
mcm sesetengah kes yg aku tau misalnya kawen dua sbb tak dpt zuriat isteri pertama tu, org terbabit bgtau..keizinan dpt selepas dekat 10 tahun la..akhirnya bahagia itu subjektif :) bergantung apa dan bagaimana kita mencarinya.
best sungguh blog post kali ni haha. kadang2 saya pun risau jugak nanti dah kita kasi 100% trust terhadap boyfriend, tunang, kekasih, suami nanti tup tup dia main kan kita balik walaupun dia setia sesetia nya, bukan nye kita tahu ape akan terjadi kalau dah kahwin nanti kan.
tapi just hope for the best lah noe. but if you get married layan je fandi dengan baik sebagai isteri yang baik confirm dia tak cari lain punya, kalau dia cari jugak tu dia lah yang gatal. love is not blind, it is blind only for those who are not wise.
bab2 isu lelaki sejati ke tak pada saya seorang lelaki yang sejati tu adalah yang akan sentiasa berada di sisi isteri walaupun air surut atau naik, cinta dia tak akan beruba. mata takkan rambang dan hati takkan ade niat untuk berkahwin lagi. orang kata biar kahwin sekali je, hidup bersama susah senang sampai ke hari tua. itulah baru lelaki sejati. lelaki yang sanggup memikul responsibility.
lelaki yang suka pasang sampai 4 hanya mungkin ikutkan nafsu dan rasa yang dia boleh dpt yg lebih baik dari ape yg tuhan dah takdir kan. tak lah sejati mana tu ikut ego je. mentang mentang boleh kahwin sampai 4 suka lah dorang eh. nak kahwin 4 pun bukan senang tau. tup tup tak terjaga semuanya nanti.
tapi untuk saya kalau lah terjadi begitu suami nak kahwin lagi saya akan mintak diceraikan. tak sanggup nak bermadu. saya rela hidup sendiri dari hidup bermadu buat per buat sakit hati je hidup merana woit!
apa pula pendapat kau bagi yang menyimpan?
kalau sedang bercinta ada kekasih gelap.
sudah berkahwin ada mistress..
buat aku cuak jew nak kawen!!
~ceh,macam aku nk kawen esok,boifren pown xda lg oiii!!
jgn pk macam2 sangat!!
kawen 2, 3, 4 takpe. daripada laki@suami men pelacur. simpan pompuan. men bini orang. kawen tak salah. yang salah curang.
Aku ada tips, ko carik dan kumpul berita-berita hal laki carik lain, yang kes kena potong dia punya anu, kena tikam sumalah, pastu ko hadiahkan kat dia suruh baca. Ahahaha.
Aku tak suka poligami. Aku akan cemburu dan fikir macam-macam. Aku mesti nak membanding-bandingkan diri aku dengan madu. Mesti terbayang time dia bertoot ngan bini lagi satu. Ahh sukar untuk menerima.
Tapi, kalaulah ada masalah mendapatkan zuriat ke apa, aku boleh kot terima kalau dia nak kawin lagi satu. Itu pon bila dah lama kawin dan dah berusaha macam-macam caralah. Aku mintak jauhlah dari tu suma. But it happens.
manusia mmg tak pernah puas dengan yang satu. tak kira lelaki atau perempuan. soalnya, agama kita membenarkan lelaki berkahwin lebih dari satu. cuba kalau agama tak benarkan. atau perempuan juga boleh kawin dari satu. sama je. ;)
aku paham noe.
sebagaimane paranoid nye engko, sebegitulah paranoidnya aku. tiada lebih tiada kurang.
huhu.
bab tresome i memang suka!
hahahahha..
aku sanggup kawin dgn lelaki tak sejati.
hmm.hmmm.siyes ke neyh?
klu cm tuh ramai gle laki sejati kat luar sana.
tp betol2 SEJATI tatau lew.
kena test kowt.
muahahahaha!
erk? apa jadah aku g paranoid sma neh. uish. scary amat entry neh. mulalah nk pg cal bf tanya duk wat apa. sedangkn td dh tnya. huhu.
normal. sejati ataupon tidak. mereka tetap lelaki. jadi aku memilih jalan untok menjadi pengkid
Hi ;)
Cey,sejati tidak sejati tu cuma alasan. When there's a pinch of will, there'll be zillions of ways. Enough said.
Rasanya la(ini pandangan sy sahaja okayyy~) lelaki akan cari lain bila dia merasakan apa yang dia ada tu tak cukup lengkap.Lelaki akan betul2 sayang bila dia sayang..So, moralnya kalau tak nak bagi lelaki ada niat dan meneruskan niat kawin lebih dari satu, kene la berjaga2.pastikan semuanya cukup.Sebab kalo dah kenyang dirumah buat ape la dia nak cari makan kat luar lagi..ye tak?betulkan saya jika salah..
=)
sila tengok link ini : http://www.youtube.com/watch?v=CiUctSF0lLI
mana tau terjawab.
dun worry, i doakan kebahagiaan u dgn fandi.
ta kisah la kalau bukan lelaki sejati janji kamu berdua berakhir sampai anak cucu.
lagipun ini yg diidamkan oleh semua pasangan bukan?
bdw, bile tarikh kawin ye?
@noe and all..
pernah tak dengar TAKDIR?
tapi bukan sy nk salahkan takdir..
pernah dengar tak JODOH?
pernah tak kta terfikir bila seseorang llk itu kwen lebih dari 1kita amek dia sebag JODOH YANG TELAH DITENTUKAN ALLAH??
sbnrnya semua ini alah KETENTUAN ynag telah ALLAH tetapkan utk kte, cma terpulang pada macammane penerimaan kita sebagai isteri dan anak, n bagaimane cara pngrusan llk itu sdr..sy berckap ni berdasarkan pengalaman..sb ayah sy kwen 3..so awk semua ckp AYAH SAYA SEORANG YANG KUAT NAFSU ke?AYAH SAYA BERNAFSU BUAS ke??
@tok rimau
sy rasa awk silap mentafsir..maksd tok rimau RASUL kita pon bernafsu kuat ke sampai ALLAH sediakan poligami..kah?
sy ppn, sy tau sukar untuk dimadukan, sedih, perit, pilu..
tapi cba fikir, kita perlu yakin setiap apa yang ALLAH tetapkan sudah ada baik dan buruknya..ALLAH TIDAK AKAN MENYSAHKAN HAMBANYA..KECUALI HAMBANYA SENDIRI..
kita perlu redha..sy rasa bersyukur ada mak tiri (dan sy yakin umi sy pon bersyukur dimadukan)knape?
sbb bila umi sy dah meninggal, sape yang jaga saya kalau bukan my step mom..bila ayah sy meninggal, saya yang jaga say kalau bukan family dia..
JODOH,PERTEMUAN, AJAL, MAUT semuanya telah ditentukan..perjalanan kita semua telah ditetapkan, tapi terpulang pada kita mcmnae nk mencorakkannya..DENGAN DENGKI KAH?DENGAN BENCI DAN CEMBURU KAH?
YAKINLAH DENGAN ALLAH.
maafkan sy jika ada yang terluka, sy berckp melalui pengalaman...ini semua telah mencorakkan sy..membuka minda sy..
salam
kena faham ya di sini.
lelaki hanya mempunyai 'naluri' untuk berkahwin lagi.
bukan mesti kahwin lagi untuk menunjukkan dia adalah sejati.
Post a Comment