3.12.08

Malas la nak layan..

Errrrr......kau ingat aku macam kau ke?

Weh, malas la nak layan weh...malas la. Kau datang dalam idup aku kalau setakat nak menyusahkan aku lepas tu bila happy kau blah dan nak anggap aku ni bukan-bukan...weh...malas la nak layan.

Jangan jadi mangsa emosi boleh tak?

Paling buat aku benci bila kau cakap, "Aku trust kau sangat sangat," dan kau cerita dan cakap benda yang sama dekat 20 org lagi kawan kau. Wtf? Rahsia sendiri tak boleh simpan ke apa?

Paling buat aku benci lagi bila tak semena mena kau cakap "Aku dah tak boleh trust kau," yeah, aku senyum je kat sini sebab aku rasa kau cakap dengan CERMIN. Boo!

Kau ingat, once bila aku berkawan, aku akan menjejeh cerita sana sini sinun macam kau? Ala macam kaaauuuu yang dengan orang yang kau tak kenal pun kau cerita semua from A to Z? Kau anggap semua orang macam kau eh? Eh?

Aku akan ingat tahun ni, 2008 , aku kenal seorang kawan yang paling sia-sia dalam hidup aku.

Aku tak boleh nak bagi muka lagi. Kau ingat aku NABI nak sabar lama-lama?

Aku tak pasti aku orang ke berapa yang menyesal sebab kenal kau.

Kau melampau.

Berambus kau dari hidup aku.

Psycho!

p/s: walaubagaimanapun, aku maafkan kau. To whom it may concern, kau jangan risau, segala apa kau cerita kat aku, aku tak cerita kat orang lain. Segala benda yang kau cerita kat aku masih selamat, walau aku dah benci kau.

p/s/s: kepada pembaca yang tak tau apa-apa, sorry, aku tak tau nak cerita kat siapa so aku tulis je kat blog ni. Anggap sahaja ini ruang peribadi aku, ya. Sebab tu aku disable ruang komen untuk nukilan ini.


No comments :