5.12.08

The road not taken

Sekali lagi, tajuk tak ada kena mengena.

Aku update sebab aku nak cepat lupuskan entry yang sebelum ni. Nak delete, si manusia ganjil cakap, tak rock la delete.

Esok nak pergi temuduga di sebuah syarikat semi-kerajaan. Multimedia designer kononnya. Memang aku dah tak larat nak terus dalam advertising agency. 2 tahun dah. Cukuplah. Nak rehat jugak.

Kurangkan komitmen hidup. Boleh tak?

Kalau sudi, doakan rezeki aku murah dan dapat jawatan ni. Boleh tak?

Tapi, aku tak pasti, bila kerja di pejabat kerajaan/semi kerjaan, working life akan ada seseronok macam ni tak?


What really happens in an Ad Agency

dan buat lawak bangang macam ni;



herm...atau macam ni;

DPT = 4th DEC 2008, when the bosses were not around, bebeh.

Aku sendiri tak pasti. Tapi yang paling aku pasti, di pejabat kerjaan/semi kerjaan, pitch dan stayback sampai jam 4 pagi takkan pernah ada kan?

p/s: Aku takut rindu ja.

18 comments :

lindosh said...

aku semi kerajaan. beza nya dengan kerajaan tak dapat elaun macam mana orang kerajaan dapat. anak tiri lah sikit katanya walaupun kat nama company tertera bawah mana-mana entah punya kementerian.

gaji ciput. tapi bigboss kata bab kerja mesti macam swasta 100%. tak boleh ikut kerajaan betul-betul sangat yang banyak rileks. (ops! marah lak rhona kang aku cakap macam ni. maksud aku majoriti, bukan semua kot)

makanya tiada istilah senang lenang goyang kaki balik awal lepak huha sana sini sangat. ada time la kan.

kerja sampai 4 pagi tu memang pernah ada dalam kamus lah bila ada kerja urgent. memang tak boleh lari punya.

aku rasa kalau kerja betul-betul dengan company swasta lagik puas hati kot. sebab dah sah-sah kau tahu gaji kau besar walaupun kau rasa kerja penat macam nak mati.

tempat kerja aku semua melayu. tapi suasana kerja memang best. lebih kurang macam video yang kau tunjuk tu. kira bersyukur lah jugak.

lain tempat lain ragamnya beb. selamat maju jaya pada kau. fikir habisan ok.

Fariz Bakar said...

Good Luck Noe.

doff said...

gud luck n all the best.

sebenarnya keje memana pun lebih kurang je(tapi itu kata aku yang keje swasta dah 10 tahun laaa). ada pros & cons nya. yg penting ko tau apa ko nak. ko nak gaji lebih ke. kepuasan bekerja lebih ke. hmmm

Ladynoe said...

@lindosh = aku sebenarnya prefer swasta, tapi, aku bakal berkahwin dengan lelaki yang akan menjadi suami yang agak tradisional. Di mana, bila dia balik kerja, isteri dah ada kat rumah, sambut dia, siapkan makan.

Apa nak buat...

@Fariz = terima kasih fariz.

@doff = iya lah doff. Saya pun setuju. Kalau kerja kerajaan dalam bidang grafik ni, mesti agak macam bosan sket. Tapi saya mcm letih la pulak kerja teruk teruk cenggini kat swasta. Kau tak letih ke? 10 tahun tu lama tu.

Fa-T said...

kat sane nanti ko akan berkawan degan makcik2... dan abng2.. ahaha tergelak aku..

Ladynoe said...

@Fa-T = alamak. Tu yang bosan tu. haih...saiko ni saiko ni.

drugbuddy said...

kat tempat aku ramai je orang muda. :)

btw, majoriti okay yang rileks.. bukan semua. dan pasti bukan aku sebab aku hari hari pun rasa nak pecah kepala.

mungkin pengalaman aku bekerja swasta sebelum ni mendisplinkan aku untuk terus macam tu. jadi aku kadang-kadang pun benci dengan sesetengah pekerja yang amik sikap sambil lewa.

tapi, mana-mana tempat pun ada baik buruknya.

insyaALLAH :)

Weed and Bandages said...

isteri tradisional?

ok. support.

tapi, isteri bekerja dan menjadi tradisional penat woo..

Ladynoe said...

@msweed= menjadi isteri yang half tardisional half kontemporari, memang jenuh. Itu lah yang bakal saya lalui nanti. Peh.

Fa-T said...

tapi... hidup ni biasa la risiko... setiap pilihan adalah jawapan dari hati ko... jgn la nak runsing... ikut hati je... tak payah nak pening2... kalo nak amik keje tu.. kalo tak tak yah...

Fa-T said...

papahal bincang la dulu dgn bakal somi ko... sebab dia nanti jadi ketua kapal ko... macm kitorang nih.. kene bincang2.... nak kawen ni keje sampe mati.. bukan macam nak pilih2 keje.. so my advice bincng.. ahaha.. tergelak aku..
DIPERSIMPANGAN DILEMA LA TU!!!

My Spirit Finger said...

Saya punkerja di office semi kerajaan gak. Tapi kebanyakan di sini mentaliti masih lagi 100% kerajaan dan makcik-makcik. tapi saya tak ambik port, selalu bikin hal sendiri. Tapi, sekali sekala layan diaorang ni best gak. Mana-mana tempat kerja pun rasanya sama. Ada senang, ada susah, ada sibuk, ada tak sibuk. Harap kalau Noe dapat tahniah! dan buat lah keputusan yang betul. Jangan gopoh-gopoh.

ketiak said...

ha ini lagi sorang perempuan gedik, dalam blog macam bagus je tulis. gila glamour betullah geng bloggers ni!

alkapon said...

dulu masa keje damansara aku pnh stayback kat opis dr hari selasa smp khamis. penat nak mampos..aku dah xkira, aku nak blk rmh kat gombak jgk. smp ampang aku singgah makan tp bos tepon mrh2 sbb aku blk then aku pth blk ke opis then g buat keje kat pwtc smp hari isnin.

aku cume dpt tido kat atas moto (mmber aku bwk), kat lobi hotel & kat kaki lima pwtc. hari selasa aku cuti, rabu aku dtg opis sambil sengih2 bwk surat tawaran uitm. yeeeehaa!!!

Ladynoe said...

peh, sekali kena gedik. wahaha.

jane said...

salam noe,

aku doakan kejayaan ko. insyaAllah.

pst...aku dah rasa keja private bila bursa malaysia system down., aku x leh balik rumah. sampai kul 2 3 pagi, ngadap pc lagi anak sulung besor kat umah baby sitter tau....pergh !....itu dulu. history !

NeEM™ of Suicide Park said...

Two roads diverge in a yellow wood.

Komen pun takde kena mengena.

bel said...

sebenarnye keje kat mn2 pon, kalo kita sdr le adapt dgn environmt tu, ape2 pon ble jd.
cth ko keje gov, mmg relax,ble lenggang2 kangkong tp kalo ko pon ikot cmtu xde makna nye la..bukan xde keje, bnyk tp dorg ble relax..kalo ko nk jdkan mcm swsta ko ble stat dlu..kl ko nk rilex ko jd la cm dorg..
pape pon pokok pgkal dr hati jek..