13.1.09

Adibah Ahmad dengan Adibah Ahmed ni..orang yang sama ke?

Bila manusia menyuarakan hak untuk kebebasan beragama, aku dah tak ada dalil nak cakap apa-apa. Lagi pun aku ni cetek ilmu lagi. Banyak lagi benda nak kena tolak dan tambah untuk memboleh kan aku cakap itu-ini dalam bab sebegini.

Sebab itu, aku sarankan kepada kamu, kamu dan kamu semua, jangan sesekali memperlekeh orang berkenaan sesuatu yang orang itu pada umumnya mampu perolehi. Macam sebelum ni, orang pelekeh aku tak ada kereta dan kemana-mana jalan kaki macam orang miskin gila. Tapi kau silap sebab kereta tu benda yang aku boleh dapat.

Kau perlekeh orang yang tak berapa pandai matematik, tapi kau silap sebab hari ni dia tak pandai, esok lusa dia boleh jadi pandai dalam matematik. Jadi sama juga dengan bab kerohanian macam ni. Kalau sekarang orang pelekeh aku itu ini, tak mustahil satu hari nanti aku jadi ustazah yang ajar anak kau mengaji. Wahahah.

Gila jauh menyimpang.

Dah la tu Noe. Berhenti-henti lah menyindir.

Jadi bila kawan aku pas link blog Adibah Ahmed. Aku agak keliru lah. Blog kali ini tidak terang-terangan menghina nabi (SAW) kita. Tapi ada disediakan huraian sekali. Tapi aku tak pasti samada Adibah Ahmed ni orang yang sama dengan Adibah Ahmad.

Aku harap dia bukan benar-benar Islam sebelum ni. Haish. Murtad-murtad ni. Tak baik tau.

Tajuk blog Adibah Ahmed ni, Islam - The religion of peace - wah mendalam maksudnya.

Betul. Jadi, datanglah kepadanya dengan keamanan. Baca dengan tenang. Dan fikir dengan panjang. Jangan terburu-buru. Benda agama ni bukan boleh buat main-main. Itu pun kalau kamu berminat lah.

17 comments :

dilarangmelarang.com said...

dia menumpang sekadar untuk meraih publisiti atau tumpang keyword panas tu. tapi mmg sah orang yang brlainan.

dulu pun ada kes yg sama mcm blog ali rustam tu.

K.I.T.A said...

Entah la noe.
kite tak tau plak orang tu
same ke tak
tapi yang pasti orang tu
bukan Adibah Noor

Fariz Bakar said...

benda2 mcm ni menarik utk di baca. baru sedar kat mana penilaian orang lain terhadap kita.

one love said...

the new blog is a copycat!

its true... i was there masa deme ckp ttg blog2 ini

HidupItuManis said...

aku baru balik presentation, jalan jam dan panas, masuk ofis aircond plak rosak, panas lagi, ttbe mate rajin nak bace blog adibah ni terus hati panas..

tapi aku fikir balik secara positif, mungkin ni salah satu dugaan dan ujian untuk umat kita.setiap kejadian ade bersebab, dugaan ni mungkin untuk mmbuka mata kita ape yang berlaku pada keadaan sekeliling.aku berdoa harap aku, keluarga aku, keturunan anak cucu cicit aku tak pernah cube terlibat dgn perkara yang menghina agama sendiri..

Siti A said...

tapi saya bengang dengan pengunjung2 blog tu. betul la, kata nak mempertahankan islam tapi tak perlulah maki2 dan mencarut. sudahnya semua cakap macam tak berakal

orang macam 'adibah' tu kenalah berhujah ikut kematangan, barulah tak terus2 nampak islam ni buruk. haih

Ladynoe™ said...

heheheh. tu lah. semua tau masuk nak maki-maki je. dah la maki sebagai anonymous lak. hoh.

sofa besar said...

aku rasa macam copycat.

Ladynoe™ said...

wah dah 2 org ckp copycat. aku tak tau a weh. aku bukan peka sgt pun dengan dunia blog nih. haih.

Lily Cartina said...

tak bole bace blog dye.
panas hati.
marah.
tambah dose aku.

heh

staepler said...

tak mustahil sama sekali Noe yang suatu hari nanti kamu akan jadi ustazah..hidayah Allah taala seluas langit dan bumi..dan Allah boleh beri kepada sesiapa sahaja yang Dia suka..asalkan kita sanggup usaha atas iman dan amal..

zaman sekarang masing2 nak tafsir agama ikut kepala dan nafsu..tak payah pening2 Noe..kita ikut islam sebagaimana yang di bawa oleh rasulullah..

J u l i a 。.゜✿ said...

tak nak baca. takut. eii seram.

iYda Juhar said...

aku jugak merasakan ianye copycat.

uhuhkkk.

minimainimira said...

salam.
nak kongsi...
rsanya dorg bkan org yg sama atau mgkin berkemungkinan kecil org yg sama..
mungkin blog ni tidak terang2 menghina Nabi Muhammad s.a.w tapi banyak2 fakta yg bercanggah yang boleh membuatkan org islam lain berfikir 2 3 kali ttg agama islam.
Jadi sy sarankan kalo nak baca,boleh tp lepas tu kena rujuk pada ustaz@ustazah yg lebih arif.
maaf tulis pnjg2 yer..
nice blog:D

Daunting_heart said...

aku dah tgk tadi...aku rase org yg len kot...yg ni mcm lebih intelek dan tau ape nak tulih...dier gune care halusss....

adibah ahmad yg dulu tu macm terang2 menunjukkan anti islam nye....yang ni coba wat kite bfikir...dier cube kelirukan kita.....aku harap janganla ade org yg terpedaya....

oh oh tp aku takjub gak care2 org bg komen...memg ade yg mencarut je tp ade yg balas dengan hujah...aku lak xtau nak hujah ape...aku takut aku lagi wat silap je plak....

Schafyzcha El Yahiya said...

Salam.

Baru je jenguk blog adibahahmed tu. Nampaknya tag line blog tu seolah2 mengaburi kandungan sebenar blog tu. Tapi yang jelas, dia mengkaji tanpa guru.. mentafsir ikut pandangan sendiri dan tidak meneliti keseluruhan al-Quran.. saya rasa agak bahaya untuk kita yang belum lagi bertahap ulama (yang benar-benar faham seluruh isi kandungan Al-Quran) ni untuk mengikuti blognya kerana jelas dia bijak menggunakan hujah untuk menunjukkan kelemahan Islam.. padehal dia cuma amik sedikit-sedikit ayat dan terus sahaja highlight bab kononnya Allah hanya menangkan Rasulullah.. sedangkan point sebenar ayat tu adalah untuk menceritakan tentang hukum. Dan sudah tentulah kes Rasulullah itu diambil kerana baginda itu kita tahu seorang yang maksum. Tidak melakukan kesilapan dan dosa seperti kita manusia biasa ni.

Apa pun, saya harap sesiapa yang membaca blog itu waima untuk suka2 sekali pun, akan tetap yakin dan beriman kepada 6 perkara yang mana Rasulullah berada di tempat kedua selepas Allah S.W.T. Jangan sekali2 timbul rasa ragu terhadap Islam bila membaca hujah Adibahahmed. Jika timbul rasa begitu, baik jangan teruskan dan cepat-cepat ucapkan kalimah syahadah.

Just my 2 cent.