8.1.09

Aku lupa bila kali terakhir aku tikam belakang kawan aku

Sebab aku rasa karma tu satu benda yang benar.

Kalau zaman nabi dulu, tuhan bayar kau cash atas apa yang kau buat.

Jadi bila aku rasa aku kena tikam dengan kawan sendiri, aku akan cuba seboleh-boleh ingat balik samada sebelum ni pernah ke aku tikam kawan aku yang lain. Tak semestinya orang yang tikam aku tu. Tapi orang lain.

Pernah. Memang pernah 2 orang kawan aku cakap aku backstabber. Sebab semua manusia buat silap. Dan kejadian tikam menikam ni memang dah jadi isu lumrah kenapa kau putus kawan. Tapi hati aku ni senang lembut. Aku kan luaran je nampak bold.

Aku pernah lah dua orang kenalan aku cakap aku tikam dia dari belakang. Yang pertama, perempuan ni aku kawan dengan dia secara tak sengaja pun. Masalahnya timbul bila aku sedar yang aku ni boneka dalam relationship perempuan tu dengan teman lelaki dia yang merupakan sahabat baik aku dan kebetulan pulak, hubungan diorang memang dah goyah habis dah. Akibat salah faham dan cemburu, perempuan tu maki aku gila babi punya maki. Maki tahap dewa. Semua keluar. Buruk, gemok, bun penyek segala atuk punya maki.

Paling sadis, siap hasut teman lelaki aku (sekarang tunang) supaya tinggalkan aku sebab aku dah pernah tidur dengan teman lelaki dia, fitnahnya. Sehari, aku dapat dalam 30 sms yang berunsurkan maki hamun. Kadang-kadang sampai menggigil setiap kali aku dapat SMS dari perempuan tu. Aku, macam biasa, buat bodoh. Bukan belakon innocent atau buat-buat casual. Tapi aku rasa, orang bodoh, ubat dia, kau buat bodoh je.

Sampai satu tahap, dia start maki mak abah aku. Panggil abah aku anjing. Panggil mak aku 'betina'. Aku dah cakap, kau nak maki aku, nak tuduh aku apa sekali pun, silakan. Aku halalkan. Tapi jangan sesekali sentuh keluarga dan mak abah aku. Jangan bagi betis, nak peha.

Perempuan tu silap besar. Dari senyap, aku melenting. Bila aku cakap melenting, bukan aku maki balik. Tapi aku jumpa dia depan-depan. Aku, dulu memang tak boleh kawal sangat panas baran aku. Nak-nak bila dah terlebih sabar.

Bila dah jelas, dia malu, dia mintak maaf.

Dia kata, "yang sudah tu sudah lah,"

Sudah memang sudah. Tapi kau dah maki aku berbakul bakul lori sebelum ni. Maki mak bapak aku. Aku kalau aku mahu, aku boleh maki mak bapak kau jugak. Tapi, aku bukan macam kau. Jadi aku beritahu semua apa yang dah dia buat pada aku dekat kawan baik aku, yang merupakan teman lelaki dia. Rupa-rupanya, selama ni, perempuan tu bukan maki aku seorang, tapi perempuan tu maki aku dengan mak teman lelaki sendiri sebab mak teman lelaki dia sendiri tak sukakan dia tu. wtf?

Dan selepas aku beritahu tu, dia panggil aku backstabber.

Perempuan tu memang agak cantik lah nak dibandingkan dengan aku ni. Jenis yang ramai adik angkat. Belajar pun pandai. Master pulak tu. Aku ni jenis buat hal sendiri. Kira kalau dia berkempen kempen tu, memang senang menang lah. Aku? Selain dari berebut jawatan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat, jangan haraplah aku nak berkempen.

Dan selepas kejadian tu, once aku tahu kawan lelaki aku dah ada awek, jangan harap la aku nak berbual dan berbaik macam dulu. Aku pun reti serik jugak.

Kes - 2

Aku pernah kawan dengan seorang kawan yang dulu aku rasa sayang. Tapi bila dia start buat perangai macam pelik dia. Menjaja cerita tentang orang lain sana-sini dan lagi dan lagi, aku rasa patut aku senyap tanda protes.

Pernah tengok 2 girls one cup? (google kalau nak tau)

Jangan ingat aku boleh jadi kawan baik atau best partner kau bila kau nak makan taik. Simple je. Hidup bukan susah sangat. Aku bukan taknak kawan kau. Aku just senyap dan biarkan kau dengan hidup kau. Tapi kau nak buang aku. Aku boleh buat apa.

Dan aku di panggil backstabber untuk itu.

Padahal, aku bertindak untuk diam je. Diam pun tak boleh. Kalau aku berbunyi, apatah lagi. Kadang-kadang, kita tak boleh nak bergantung dengan logik akal dan gerak hati semata-mata. Ingat, dalam hati, ada mahluk lain bersarang, tau. Sebab nanti kau cenderung dengan untuk be'serkap jarang'.

Tak gitu toyol rock?

Dan selepas 2 insiden tu, aku tak ingat lagi, bila kali terakhir aku tikam belakang kawan aku. Sebab sekarang, aku rasa macam ada orang sedang tikam aku.

Tapi takpa. Aku percaya karma. Jadi tak perlu rasa ralat sangat.

Aku tikam kau, dia tikam aku, mereka tikam kau balik. Manusia kan memang biasanya saling 'bunuh-membunuh' untuk kekal selamat di tempat sendiri.

Cuma kalau nak label orang backstabber tu, kena 'ukur' betul-betul kot sebelum kau cakap apa-apa. Kot la, kan?

UPDATE: Aku buat entri ni bukan sebab nak buat public explanation ke apa. Cuma kadang-kadang aku ni suka nak kaji kenapa, mengapa, bagaimana, orang boleh melabel orang. Faham?

ps: panjang la pulak entri kali ni. hish.


32 comments :

i love me said...

haihh ngerinye aku yg maki berbakul2 nih! takpe noe, pompuan cantik mmg slalu org dengki! buat tak tau je lah!

nani allen said...

1- aku rasa org tu x berapa jelas dengan maksud backstabber.

2- org tu memang bingai. ada ke pulak dah dia salah faham nak pergi maki mak bapak org. aku pantang gila kalau org bergaduh x pasal2 nak campur mak bapak. nak buat apa? sebab nak buat org lagi satu tu sakit hati? gila bodoh. macam takde modal. budak darjah 1 pun lagi bijak.

3- perempuan tu kau patut sepak je muka dia.

biar rasa berbaloi sikit entry ni. aku kasik komen 1,2,3 lagi. he he he

Pewaris Reformasi said...

seumur hidup gua, gua rasa hanya seorang saja pernah tuduh gua backstabber. dan itu buat gua terkejut.

gua mmg jenis berani berdepan. apa nak takut. kalau mungkin gua ada salah faham, minta maaf. mudah. gua pun bukan ego sangat. hidup ni penat untuk benci orang.

tapi yg tuduh gua ni ialah ex-gf gua. gua pun tak faham. gua nak bincang tapi dia main ngelat2 pula.

gua cuba tanya pada seorang kawan.

dia kata "budak tu buat macam tu sebab tak mau dilihat salah. so, dia tuduh kau dulu supaya orang akan anggap kau salah. that's all".

tapi gua sayang dia. so, gua takdelah nak salahkan dia apapun. semoga dia bahagia.

gua penat dah benci orang. gua buat hal sendiri saja :)

Ayyman Rahim. said...

Tak pernah dituduh begini tapi kadang-kadang pernah backstab jugak, mungkin teman itu tak sedar kan?

Ann said...

aku pun dah serik nk baek dgn kwn lelaki yg ada gf..dah pnt kena tuduh nk rmpas bf diorg sdgkn kdg2 tu aku x buat pape pn..hampeh btul..smpi satu thp aku pernh ckp, if skali lagi aku kna tuduh, aku mmg nk buat btul2.

Sue Anna Joe said...

Tak tau ni relevan ke tak, but there's this quote by Oscar Wilde that made me think a lot "True friends stab you in the front."

Ladynoe™ said...

Anna = relevan. Tapi ikut situasi.

Fey said...

aku pernah hadapi kes no 1 itu.
sampai nk maki makbapak and fitnah aku pernah tido dgn bf dia (modal paling bangang nk tarik perhatian sbb kite diam).and tindakan ko tu mmg sgt bagus.

Ladynoe™ said...

fey,

ha'ah. Sebelum kes salah faham tu, aku selalu bagi nasihat kat kawan aku supaya jgn terburu-buru nak break off. sabar. perempuan kan cepat emosi.

sekali aku lak kena maki. jeles teruk punya pasal. fitnah tu tak boleh blah tu.

Weed and Bandages said...

tikam tikam jangan tak tikam! hahaha.

ms weed dah kurang berkawan.

banyak kawan, banyak hal.

kawan di sekolah (staff dan guru) habis takat tu saja. akan mengelak kalau diajak sesi bersosial di luar bersama-sama.

kawan blog, (kawan kah?) hehe.. kawan blog masa awal2 berblog tahun 2005 tu ada lah, kawan diluar dan kawan virtual.

sekarang memang agak hadkan kawan. kawan 'atas line' agak ok dari kalau ada conflict. sebab tak payah pandang muka pun kan. kalau online, sakit hati, kalau tak online, tak sakit hati! hehehe.. setakat ini tak ada kes macam itu.

oh ya, agak tidak percaya pada 'best fren' 'close fren'.

sekian.

pjoe said...

kena tikam ni sakit
fizikal ke mental ka
janji nama tikam
satu je yg sedap pasal tikam ni
"lompat tikam"

ckrra said...

aku tak pernah backstabb org. mcm kau cakap karma. tapi apsal aku kena juga stabb?

baru beberapa jam lepas aku dpt tahu dia backstabb aku kali yang keduaaa. tahun yang keduaaa.

i hate rangers*

apis said...

masa sekolah dulu aku selalu main tikam-tikam..

best woo..

p/s : siapa toyol rock tu??

ckrra said...

apis: tikam2 bleh dapat mainan. aku pernah cakap kat mama aku aku suka main tikam-tikam. dia jawab "bahaya juga mainan kau ni. mati anak org". huhu

Kahuna said...

apekah maksud dana 5 april?

5 april harijadi aku. mungkin ko nak kasi hadiah kat aku?

salam suai kenal.

Z said...

sama macam Ms Weed. konsep best friend close friend macam dah tak boleh digunapakai secara serious zaman sekarang.

Ladynoe™ said...

RARA,

kalau nak ikutkan kan, aku pun rasa aku tak pernah tikam orang.

tapi org dah anggap macam tu, di mata diorang, aku memang backstaber lah agaknya.

mungkin kau pernah tak sengaja tikam org. kadang-kadang, kita tak sedar benda yang kita buat tu menyakitkan orang.

Ladynoe™ said...

APIS,

toyol rock tu sejenis mahluk halus yang boroi, yang kejam, yang menakutkan. malam malam dia suka isap ibu jari kaki bini dia.

crack creaker@shamsul said...

ya aku faham! heheh..sebenarnya kan orang yang cepat melebel seseorang tu backstabber tu dia sendiri tak paham apa ertinya backstabber! orang lain sebut perktaaan tu..dia orang pun sebut la sekali walhal tak pasti bila,bagaimana dan knp seseorang tu dipanggil backstabber..

erm said...

kalau dua adik perempuan aku bersaing nak bitau sapa salah

aku tampar dedua jer senang

backstabber tak penting,sapa salah tak penting

janji hidup indah cukup.noktah.kerja jalan

as seen on tv,office and email

buat letih jer benci orang

Black Mamba said...
This comment has been removed by the author.
Black Mamba said...
This comment has been removed by the author.
BuNnY said...

td aku google 2 girls 1 cup

aku teringat kat tubgirl

ok aku nak termuntah

pipiyapong said...

ok gua terus terang le.gua pernah tikam belakang badan member gua dengan pensel.mata pensel lekat dalam badan beb..baru tingkatan 1 tu..

staepler said...

Dalam Islam tidak dipanggil karma..tetapi 'kifarah'..kita dibalas kembali dengan perbuatan kita yang lampau kerana Allah mahu membersihkan dosa2 kita..

adakalanya kita tak buat apa2 pun tetapi tetap juga dilanda musibah..ini namanya ujian kerana Allah kasihkan kita dan ingin menaikkan taraf dan darjat kita..
apapun yang berlaku dalam kehidupan kita ini ada hikmahnya..ada kebaikkannya..

pedulikan dengan perangai manusia kerana sifatnya insan itu tidak akan pernah berpuas hati dengan apa yang kita buat..

Tapi kalau sampai dia mengganggu kehidupan atau memfitnah, maka kita wajib merpertahankan diri dan maruah kita..

if too much already..just make a criminal report to the legal law..

ckrra said...

kalau menyakitkan hati org, mungkin. tapi backstabber mmg confirm takdaa. yakin ni yakin..

dari skolah rendah aku berdiary, tulis semua yg jd kat skolah, kawan2 sme. tapi cerita aku menikam ke takde. aku ejek org adalah.

kdg2 aku pk apsallah kawan2 aku yg buat jahat kat aku dulu tak kena balas2 smpai skarang. atau mungkin ada, aku je tak tahu.

apa pun hidup harus diteruskan

Ladynoe™ said...

staepler = kifarah. oh. terima kasih.

rara = menyakitkan hati. owh faham. sebab bagi aku backstaber ni, org yang depan kita baik. belakang kita dia kutuk. am i right?

ckrra said...

ha ah your right. pehtu dia buruk2 kan kita kat org lain. camtulah.

akubisikdisini said...

hey kamu perempuan jomblo..
entri kamu kali ni btol2 wat aku menyirap...aku dah siap berimaginasi scene kamu pegi jupe si bingai dlm kes pertama..siyes..aku sgt emo plak jadinya...ahakss..

2 girls one cup..hah!dulu aku tonton ini, aku terus muntah 2 kali..sbb tgk 2 kali..ahaksss..tonton pertama sampi 1 minit pertama saje..yang kedua..smpi 3-4 minit pertama saje kowt...huhuhu...

akubisikdisini said...

hey kamu perempuan jomblo..
entri kamu kali ni btol2 wat aku menyirap...aku dah siap berimaginasi scene kamu pegi jupe si bingai dlm kes pertama..siyes..aku sgt emo plak jadinya...ahakss..

2 girls one cup..hah!dulu aku tonton ini, aku terus muntah 2 kali..sbb tgk 2 kali..ahaksss..tonton pertama sampi 1 minit pertama saje..yang kedua..smpi 3-4 minit pertama saje kowt...huhuhu...

Ladynoe™ said...

jangan tengok two girls one cup punya movie. tengok gambar je aku dah dapat agak dah. huhu.

Anonymous said...

bila baca tulisan crra tergelak juga bila dia terlalu yakin. dalam hidup kita ni, tak boleh terlalu yakin, setiap manusia mahu baik @ yang sedia jahat, tak terlari dari terlepas perlakuannya.

sentiasa muhasabah diri, pekara yang baik.

dan kalau benar kita tak pernah menyakiti hati org, tak pernah menjaja nama kawan, tak pernah memfitnah kawan, tapi kenapa kamu lihat kehidupan kamu semakin sulit? kamu kata karma kan? percaya pada karma? jadi mungkin ini balasannya, dan lihat diri kamu kenapa sesulit ini kehidupan kamu?kenapa teman2 semakin menjauh? setiap permasahalah kita yang wujudkan,bukan org lain. jadi jangan terlalu yakin kita sudah cukup baik jadi manusia dibumi TUHAN.

maafkan saya kalau menyinggung, cuma berkongsi pendapat dan tak terniat menjatuhkan maruah sesiapa.

selamat buat kamu noe, untuk misi april nnti. semoga semuanya berjalan lancar amin.