12.1.09

Aku pun taknak diganggu jugak

Pak tua orang yang entah ke berapa tanya aku kenapa aku delete blog lama dan berpindah ke URL baru?


Aku malas nak terangkan maksud sebenar kenapa aku berpindah blog sebulan ni. Tapi bila ramai suarakan;

"kau lari macam ni, nanti orang cakap kau salah pulak,"


Sebenarnya bagi aku, salah tak salah, benda tu semua subjektif. Bergantung kepada judgemental orang sahaja. Kalau orang rasa aku betul-betul salah, maka jatuhlah salah. Kalau kamu rasa tak, maka tak lah. Aku dah mintak maaf. Pun ada nak suarakan "eleh, entah ikhlas ke tak Noe mintak maaf," hahaha. Macam-macam. Luruh beb ego aku nak cakap MAAF kat benda yang aku rasa tak salah. Itu pun nak pertikaikan aku ikhlas ke tak ikhlas?

Sebab sebenarnya kenapa aku bertukar url blog selepas 'insiden' itu; Aku pun taknak diganggu jugak. Aku memang boleh diam. Tapi realitinya, hati aku ada jugak mengata itu ini. Asalnya aku lansung tak terniat nak kacau sesiapa. Tapi bila ada statement provokasi dilemparkan, sedangkan komen yang kononnya berbaur provokasi itu sudah berbulan-bulan lamanya, tapi 4 (ke 3, ke 2) bulan kemudian baru nak timbulkan isu, aku rasa agak semacam lah. Semacam apa? Semacam-macam lah. (malas nak cakap lebih-lebih)

Sebab bila aku baca balik, banyak pulak huraian tentang diri aku yang kononnya berjaya diklasifikasi melalui pemerhatian yang lama kononnya, sedangkan aku tak ambik port lansung pasal life orang lain, nak baca blog orang hari-hari pun tidak, jadi aku rasa, aku yang patut jangan diganggu, kot? Aku lansung tak sentuh hal peribadi dan personal orang, tapi orang sampai nak download CV/Resume aku dan cek tahap pendidikan aku, rasanya, aku yang patut jangan diganggu, kot?

Heh.

Makanya, itulah sebab utama kenapa aku berpindah url. Sebab aku pun taknak diganggu jugak. Jujur aku katakan, aku memang susah nak buang rasa sakit hati. Sebab aku jenis susah nak benci orang. Jadi apa kata kita amalkan sistem barter secara virtual?

Aku tak kisah pasal reputasi. Sikit pun tak.

Jadi sebelum naik katil dan berbaring, kalau senang, aku nak share dengan kamu, kamu dan kamu semua satu video youtube yang cool aku dah jumpa sejak Jumaat lalu. Salah satunya yang ini.



Banyak lagi siri dari Wassim88 dan Abaleeso yang kamu boleh tengok melalui link ni. Semoga terhibur.

(Senyum)

ps: ada sesiapa nak mengutuk guna anonymous kali ni? Hahaha!



16 comments :

biolatanpadawai said...

=)
(senyum juga)

di sini rupa-rupanya kamu. Tak susah rupa-rupanya nak mencari kamu.

manusia ganjil ikan yu said...

gile menarik sial vid

thanks dude

manusia ganjil ikan yu said...

eh..dude??

yOnnA said...

omg kak!!!
video ini superb best!!
sooo meaningful!!

tq for sharing :)

weewit said...

biarkan orang kacau kita..sebab dia yg bermasalah.buat tak tau aje. Jangan kita kacau orang..be strong k.

F A R Y N said...

nape org kacau ko? sbb ko BEST ;)

HidupItuManis said...

mcm tu la syaiton pujuk memujuk kite kan...video ni same dgn kehidupan sebenar kita..

Ladynoe™ said...

weewit = ya. anyway. lawanya blog

Faryn = jgn ckp aku best.

hidupitumanis = memang. semua benda jahat ni kerja setan dengan diri sendiri.

yonna = welcome!

pjoe said...

best video tu...
baguslah kau ada kesedaran tentang berhijab
:)

u ken do it noe!

Ladynoe™ said...

pjoe = hnsss hnssss. napas semangat.

staepler said...

Video yg bagus..itulah lebih kurang godaan syautan terhadap anak adam..tidak pernah dilepaskan peluang walau sesaat pun bermula dari kita lahir ke dunia hinggalah nyawa sudah di kerongkongan..

minta kepada Allah supaya dilindung dari godaan syaitan..

sickchild said...

erk.
aku bace komen2 video tu dulu sebelum aku tengok.
nampaknye esok pagi ah baru aku tengok vid tu.
heee.
(penakut kot)

stencil said...

vid yg bodoh..nothing jika dibandingkan dengan cite kat tv tu yang banyak dracula. sci effect setan diaorang lebih cun bukan setakat tanduk di kepala.

Haha Stapler mencuba mengorat sister2 lagi nak tambah satu lagi nonok. Bini kat umah kesian terbiar stapler asyik membaca blog anak dara melayu di internet..

lepas tu berlakon alim minta doa...lelaki...mcm2 gaya menggatal. yang kau sibuk berbual dgn pompuan jomblo tu kau bukan setan ke..haha

Ladynoe™ said...

STENCIL

yang kau sibuk berbual dgn pompuan jomblo tu kau bukan setan ke..haha

aku pernah cerita pasal staepler, pasal aku berbual ngan stapler, kat SEORANG je. Macam mana nko boleh tau eh?

Jangan kantoi bodoh beb.

stencil said...

Jombl..bukAN apa..gua tak kisah tapi sengaja nak dedahkan mamat2 yang guna islam untuk mengorat pompuan...

Tapi at the end of the day..tak kisahlah kan. Yang penting dapat rasa.

Tapi gua patut kisah. Mamat mcm Stapler ni sebetulnya jahat, Dari segi ugama atau dari segi moral secular.

Pertama dia jahat pada bini dia. Obviouskan, attention yg di beri pada anak dara lain pasti mengurangkan perhatian pada bini dia. Sudah tentu dia pembohong. Ala abang cuma baca the STAR je yang.. lambat tido dan lambat pegi keje kerana surf blog..cari puki

Kedua dia jahat pada pompuan yg dingorat. Kalau tak tahu dia dah ada anak bini nak dijaga.

Sheesh... memang jahat la. Lepas tu membri imej buruk untuk Islam.

Pompuan memang suka dingorat tapi some rules must be observe agaknya untuk keamanan dunia...

Ladynoe™ said...

to Stencil = herm. ada betulnya cakap kau. statement perempuan memang suka di ngorat. pun betul. can't deny it. tapi tgok keadaan la. dan tengok orang yg mengorat jugak kot.

aku tak rasa staepler ni mcm nak ngorat pun. aku rasalah.

tapi kalau betul dia mengorat, memang get lost lah.