17.1.09

Baju Melayu untuk Net


Net aku kutip di pasar Basah Kuala Kubu atas dasar kecintaan dan kasihan bila tengok dia mengiau-ngiau kelaparan. Tak ada siapa pun pedulikan dia. Kebetulan, Encik Tunang semakin sibuk bertugas di luar kawasan. Net kecik lagi time tu. Kurus je.

Aku bawa dia ke rumah. Beri makan. Beri tempat tinggal. Mandikan. Semua cukup. Dari kecil dan kurus, dia membesar dan gemok. Tak cukup makan dan tempat berteduh, aku bekalkan dia segala vitamin. Aku pernah belikan dia pakaian, tapi hilang entah ke mana. Kecik lagi pun time tu. Baju masih longgar.

Dapat bayangkan kecintaan aku terhadap Net?

Semakin besar, semakin cerdik. Bergurau sana sini. Orang bermain di laman, dia pun ikut sama. Aku tidur, dia pun tidur di sebelah. Betul betul di celah leher. Kalau aku online di rumah malam-malam, dia ada berbaring di atas meja. Tertidur manja. Aku makan, dia pun nak jugak. Aku suapkan apa sahaja dia minta. Dari sepeket Whiskas, jadi 2 tin. Belanja bulanan untuk dia, semakin meningkat bila dia semakin membesar. Tapi aku tak kisah. Walau aku terpaksa kadang-kadang ikat perut untuk berjimat. Asal net cukup semua. Waktu sunyi sedih sepi, net jadi kawan dan teman yang paling setia. Kawan yang tak pernah melukakan hati aku sedikit pun. Kalau mak dan keluarga balik kampung, siapa lagi kawan yang teman aku di rumah kalau bukan Net? Sampai aku nak pergi ke kedai beli barang runcit pun, aku akan kendong dia. Dia tu bukan lagi binatang. Dia tu aku dah anggap macam ahli keluarga.

Dapat bayangkan betapa aku cintakan dia?

5 April nanti, aku berangan-angan nak belikan kain dan suruh mak jahitkan baju Melayu untuk Net. Sebelum ni aku nampak di Ikano, ada pulak baju cheongsam untuk kucing. Jadi time aku kawen nanti, aku nak pakaikan net baju melayu dan bergambar dengan dia. Aku dah berangan lama dah. Mesti hensem Net nanti. Mesti.

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Tapi semalam,

Lutut aku lemah longlai. Air mata deras laju mencurah. Malam itu, kali terakhir aku dukung dia. Aku dukung dan kambuskan dia. Macam mana aku ambik dia kat pasar lalu aku selimutkan dia, macam tu la aku kembalikan badan dia kepada-Nya, berselimut kain batik.

Net mengalami kecederaan otak yang serius lepas berlanggar dengan kereta. Luaran dia takda sedikit pun cela dan luka. Tapi ada darah terkeluar dari mulut dia. Sebelum aku letakkan dia di dalam lubang tanah, aku cium dia di kepala. Memang. Dapat rasa tengkorak dia dah pecah kat dalam.

Aku tak mampu nak bercerita dari awal sampai akhir tentang tragedi yang menimpa net. Yang melanggar pun, jiran aku sendiri. Aku tak salah kan sesiapa. Mak cakap, semua ni takdir.

Net dah tak ada. Takkan ada.

Patah memang boleh tumbuh. Hilang memang boleh berganti. Tapi takkan ada ganti untuk Net. Takkan pernah sama. Air mata aku memang susah nak kering untuk mengahadap kehilangan yang macam ni. Susah sangat.

Net...
Net..

Dapat bayangkan macam mana aku nak hadapi rutin baru selepas ni tanpa Net?

Tanpa net tidur di sebelah aku, tanpa net kejut aku tidor, tanpa net baring di depan aku semasa aku melayari internet di malam hari. Tanpa net di sisi.

Dapat bayangkan?

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Satu benda yang aku dapat belajar dari benda-benda macam ni;
Walau segah mana pun manusia. Sebagus mana pun kita cuba buktikan keberadaan kita di ruang hidup kita, kita tetap akan kalah dengan berita kematian yang melibatkan mahluk atau insan kesayangan, walaupun benda tu Allah dah warning awal-awal. Masa tu, Kita akan rasa benar-benar berpijak di bumi yang nyata.


41 comments :

pjoe said...

im speechless
aku selalu baca pasal net dalam blog kau..
even masa kau jumpa dia, aku baca...
moga kau sabar noe
Allah sygkan Net

dot said...

:(
im so so soo soorrryyy...
speechless..

K.I.T.A said...

Noe,bile baca post ko.
Terus kite menitis air mata.
Kite pun pernah kematian kucing
jugak.sangat tragis.

Kucing kite mati masa hantar
kite naik van sekolah.Kucing tu
sangat manja dengan kite.kalau kite belajar,dia akan teman.

Memang ari-ari,bile nak naik van tu.Dia akan tgk kite naik van dekat pagar umah jer.Tapi,ari tu
dia ikut kite dari belakang.

Pastu,pakcik van tu x nmpak dan terus langgar dia.Sedih giler..
Pakcik tu tak habis-habis minta
maaf.

Bende dah jadi.Semua nie takdir noe.

dila raden said...

sabar noe

dulu-dulu aku selalu gelakkan kawan aku yang kucing mati sebab dia orang selalu akan sedih gila sampai menangis-nangis dekat sekolah

tapi lepas dah bela arnab sendiri lepas tu dia mati (tu baru arnab yang kurang manja dan tak bawa tidur, kucing yang manja tu apatah lagi la), baru aku tau rasa sedih tu macam mana

menangis puas-puas
=)

staepler said...

bila Allah sayangkan kita, Allah akan uji kita untuk meningkatkan keimanan kita.

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
~ Al-Ankabut~ayat 2

setiap yang berlaku itu ada hikmahnya, cuma kita sahaja yang tidak mengetahui perencanaan dan kebijaksanaan Allah.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
~surah Al Baqarah~ ayat 216

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
~Surah Al Baqarah~ ayat 286

Allah juga akan uji kita bila Allah ingin mengangkat darjat kita.

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.
~Surah Ali Imran~ayat 139

Allah ingin memberikan kita ganjaran yang baik di akhirat dengan ujian di dunia ini.

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka
~Surah At Taubah~ayat 111

fandi tamyes said...

sabar eh cinta yyang,

yyang taktau nk cakap macam mana lagi dahh..

buah hati bby dah takde.. kuatkan semangat eh bby.. yyang sentiasa ada utk baby..

yyang cuma boleh yakinkan bby yang yyang akan teman baby sampai bila2..

tak lama lagi yyang ganti tempat net buat teman tidur bby ehh..tempat bby main.. sabar eh bby..tak lama lagii..

jgn sedih lagi ehh..

ahad ni kita jumpe ehh..

i love u so much..

from future husband,

fandi tamyes

Bunny said...

Aku tumpang simpati.
dan sama dgn apa yang aku belajar dari hidup,
“SEMAKIN KAMU RAPAT DENGAN SESEORANG/SESEEKOR, SEMAKIN SENANG KAMU TERLUKA”

AzFaRuL said...

oouu.. so sorry to hear that.

rohnya dicucuri rahmat.


xpe, dia mesti gembira tgk kamu diats sana. ;)

fynn jamal said...

Noe....!!
damien kawan dia nanti kat sana eh noe...

argh..
kuat noe...
kuat...

Weed and Bandages said...

Masa itu baru rasa hidup sangat fragile.


Moga Net abadi

biolatanpadawai said...

aku menangis.

drugbuddy said...

At least kau sudah lakukan tanggungjawab kau dengan sempurna :)

Erina Asmawani said...

(T__T) sedih sgt..
sabar eh noe..
setiap yg jdik pasti ada hikmahye..
Net bertuah dpt tuan mcm noe..
walaupun dia dh takde dpan mate, dlm hti noe dia sentiasa ada..

kuat noe =)

ckrra said...

sweetnye komen fnd. yyang-bby.

ya noe, at least ko dah jalankan tggjwb ko. ko telah byk korban untuk net. sabar ya. mana tahu nanti tuhan kurniakan kucing baru walau mungkin tidak sama tp ada pengganti.

aku sedihla. tiap kali baca penulisan kau ttg camni mesti wat aku sebak. suara tersekat di kerongkong. seumur hidupaku aku tak pernah rasa kehilangan. paling2 pon kucing aku di curi org. mati, tidak. aku takut, tapi aku cuba untuk bersedia.

takpe2. lepas ni yyang teman on9, tdo kat leher segala ye.

Marissa said...

Sorry Noe...

Maybe kepergian Net ada hikmahnya.. Lepas ni mungkin Noe boleh fokus kepada Fandi seorang. Saya pernah ada kucing juga. Seperti Net, suka dia tido celah-celah ketiak, celah lehr, kadang2 celah kaki.

Dia lari dari rumah beberapa hari sebelum saya berpindah ke Kuala Lumpur. Mama kata kucing kalau hilang tetiba, mungkin sebab dah nak mati. Betul pun, 2-3 hari lepas dia hilang, saya jumpa dia eksiden tepi jalan. Erk.

Adakah Kucing sememangnya memahami situasi tuannya? Saya rasa ya. Mungkin kucing rasa susah hati bila terpaksa berpisah/berkongsi tuan dengan org lain.

Again, I'm sorry. Ingatlah Noe, nanti selepas diperhitungkan, kalau ditakdirkan Noe dihantar ke Neraka, NET akan tunggu di pintu neraka, menghalang dan membela Noe. Dia akan menjadi pembela dan penyelamat terakhir Noe di SANA.

Anonymous said...

ko ni..
tak kira lah tulisan kau,
dari yang sinikal, sampai lah yang sebegini,
semuanya menusuk di hati.

tumpang sedih noe..

NuRuL AiNA said...

noe..

sorry to hear this..

tak sangka sangat sangat...

sabar ye.. Allah tak turunkan dugaan pada hambaNya melainkan Dia tahu hambaNya itu mampu menanggung dugaan itu.

Diloz said...

sedih.
harap kau tabah tanpa NET.
NET beruntung dapat tuan macam kau.

cepotet said...

aiseh, kuar air mata i baca entry ni. sebak. :(

Aini Khalid said...

aku sgt sedih.
sgt.
aku tak mampu nak tgk gambar net kau itu buat kali ke dua.

reny rino said...

Dia tu bukan lagi binatang. Dia tu aku dah anggap macam ahli keluarga.


-manusia kalau dah sayang binatang sangat,dia takkan anggap binatang peliharaan dia tu binatang.terutama kucing.sama la aku dan aku paham camne kehilangan kucing yang tersayang.

BeN`z said...

huhuhuhuhuhuu

siyes meleleh airmata ni...
semalam aku baru layan blog seseorang, cerita psl kucing juge...story happy2 sebab kucing dia sgt gemok dan gebu

arini..aku jengah blog kau pula..huwaaa...cerita sedey!
giler...airmata non-stop.

pencinta kucing memang hati sendu ke? owwhh..aku teringat bob yg dah tiada...

nanti net kwn la dgn bob kt sana.. bob kucing aku... :((

Ladynoe™ said...

betul ke net tunggu aku di sana? Betulke aku boleh jumpa Net kat sana?

Aku taknak lupa Net.

Betul ke Bob, Damien jadi kawan net kat sana?

Net tau tak aku sayang dia sangat and asyik nangis je bila tengok sekeliling aku yang tanpa dia?

Net tau tak yang aku tengah sedih sekarang?

Net ada rasa sayang dengan aku tak?

Aku rasa nak berhenti kerja bulan ni jugak. Aku down gila bila net tak ada.

Aku dah hilang akal ke?

*nangis lagi.

ckrra said...

sabar babe!

zAkiAh_AbDuL said...

Lady Noe, aku rase ni first time aku komen kt blog kau. aku suke kucing, suke sangat2. so aku phm sgt ape ko rase, aku punye kucing pun penah accident, mati cmtu je. sedih amat! but be strong girl, Allah sayangkan NET. (sedih still bace citer kau)

alkapon said...

aku paham ape kau rasa

lemno said...

takziah. mungkin ada hikmahnya.

iYda Juhar said...

takziah.
sabar yer.

tiap yang terjadi ade baik dan buruknye.

:-

derqdnl said...

Yang pasti Net dah kat syurga sekarang.. Net akan balas sume kasih sayang ko kat dia dengan doa2 die. insya allah..

ainfazrin said...

noe,

aku hilang 2 sayang aku dalam setahun, tahun lepas. satu aku sempat tanam elok2. tapi lagi satu sorang pun (adik badik aku) tak sempat tengok masa dia pergi.dia cuma datang dalam mimpi kakak aku, beritahu dia tak cedera teruk, darah sikit je kat telinga.

aku rasa macam mati, noe.sekarang ni mmg aku ada lagi yang lain, tapi aku tak dapat bayang kalau turn diorang lak pergi nanti camne. diorang je yang tolong hidupkan hari-hari aku sekarang ni.

kuat ek noe. Net tau kau sayang dia. tunggu dia dalam mimpi kau. mesti dia datang.

:(

atieza said...

sy pun penah gak alami peristiwa sedih camni. my cat, Shiro mati kena FIP (Feline Infectious Peritonitis). Lebih kurang sawan lar. kesian tgk dia menanggung sakit dlm tempoh sebulan. hari2 nangis bila teringatkan dia. skang ni agak kuat sket. bygkan la da jaga elok2 dari baby lagi sampai ler jadi besar n berlagak otai. tetiba dia pergi dari hidup kita.

hopefully noe pun bleh bertahan apabila something yg kita syg sepenuh hati pergi utk selamanya.

J u l i a 。.゜✿ said...

noe ! sayang noe ! sebab noe sangat sayang net. net bertuah ada mummy macam noe. noe dah selamatkan dia dari kebuluran kat pasar tu.. pahala noe sgt besar tau.
noe, ju tau selama net hidup di sisi noe, hati dia mesti selalu happy. noe jaga dia secukupnya. noe ingat tu ok.

*kesat air mata*

NIMI♥ Co. said...

okies..
i cry okie!!
u punyer story same mcm my cat, ngek!!
giler miss him..

knape kucing slalu mati dengan kecelakaan jalan raya??sedeynyer!!

sabar k!!

cabincrew are here not to kiss ur ass said...

macamtu jugak la saya rasa bila akak sms kata JEBON dah mati kena baham anjing.rasa nak balik msia time2 tu jugak.menangis toksah cakap.hilang bf pun tak rasa macam ni wey..asyik tersilap panggil nama kucing yg lagi sekor,sepatut nya nama KETOT,tapi dok terpanggil JEBON.mak berapa kali tegur.haih..

Nurul said...

huhu...sedihnya....
Tapi lagi sedih kalo diri sndiri yg langgar kucing kesayangan...
walaopun tak suka, dh 2 kali gak la sy melanggar kucing kesayangan....
takziah dan tabah la ye....

thepinkmonster said...

sedihnyeeeeeeeeeeee!!!!!!
sedih sgt kan kuceng matiiiii.
sobsobsob!

ash_dziner said...

sangat sedey tentang net kamo

aleena said...

sedihh nye baca n3 nie:(

Fatin said...

hye.. saya pun alami pekara yang sama.. semasa bulan puasa lha.. kucing kesayngan saya nama anjang.. org tue laju betul.. sampai kucing saya kena langar.. x da apa yg serius cuma patah tangan n luka bibir die jer.. tpi x tahu la cam na bole sampai die matie.. jdi saya kubur die dgn towel fav die.. saya kubur kat tepi rumah.. sampai sekarang saya x bole lupakan kucing saya tue.. sunyi umah tanpa kucing kesayangan saya.. mak saya kata.. Tuhan lebih sayang die..

fafa said...

kalau aku ditempat kau,
aku pun akan sedih jugak.

Net menikus, Net tempat nak gelak2,kan. walaupun kucing suka gigit2 tangan sampai bercalar.berparut.huhu

Marina said...

sebijik macam kisah aku..siyes! ade la lain siket2 dr segi jenis kucen,kaler,jantina & kain selimut seblum tanam die..

sedih giler! bulan depan (may 2010) tepat stahun Cik Put pegi... :(((