17.1.09

Memoir tentang Net


Soundtrack - Sarah Mclachlan - Angel (In the arms of)

Bila mak aku perhatikan aku bangun tidur bermata bengkak, selepas mandi pun mata dan hidung merah, makan pun meleleh-leleh air mata, duduk-duduk pun menyeka pipi;
mak aku cakap, "Kau ni, luar je kemain. Tapi kau ni, tak kuat,"

Aku jawab, "Memang pun,"

Tapi aku jawab dalam hati je.
Dalam hati je mampu.

38 comments :

Bunny said...

patutnya kau pakai soundtrack Dewa - Air Mata.

Ladynoe™ said...

tak minat Dewa pun.

Marzuki said...
This comment has been removed by the author.
Marzuki said...

Wings - Biarkan Berlalu, pun best dgr.

syd said...

takziah...

garpu karat / encik jimmy said...

nak buat macam mana. takdir semua ditangan Tuhan

*i.am.me.for.myself* said...

so sorry for ur lovely net..
don't be sad.. at least net tu dah jd kucing paling bahagia sebab dapat jumpa tuan macam kamu..u gave net the most precious kasih sayang before dia pergi.. :)

Diloz said...

mesti menjurai2 air mata kau buat video ni en?

3:30!

Z said...

Sedih kan kucing mati. Uwaaa..
Takziah from me to you Noe.

Marissa said...

Terbayang Meg Ryan yang mati kena langgar lori, dan Nicholas Cage menghadapi hari-hari sebagai seorang manusia tanpa Meg Ryan.

Lagu ni berhantu Noe. Tak bagus untuk kesihatan hati kamu.

Cheer Up. Mati bertemu dengan Pencipta. Net menunggu di dunia yang lebih luas. Pasti bertemu balik. Yakin janji Allah. :)

reny rino said...
This comment has been removed by the author.
rein said...

4.02
muka dah serupa.
='(

reny rino said...

sumpah bergenang air mata aku.
hurmm...

BeN`z said...

speechless...aku x sudah2 lap airmata. :((

apis said...

Noe..

mati itu pasti noe.. terseksa Net tgk ko macam ni..

kenapa nak sedih dia jumpa Pencipta Dia??

Be Strong.. Be Strong.. Be Strong..

PKP don't give a damn said...

ladynoe..
dari dulu singgah blog nie, jarang tinggal komen, tapi bila baca kisah net nie..it's really touch..

my sister menangis bagai nak rak sampai terpaksa print bagi my mum baca apa yang u tulis (dia tak nampak baca kat screen)...dia nak baca sebab heran tengok my sis teriak tak mau2...

same story..but u put it in the most touching words...

PKP

Che Sue said...

so sad....
me nagis gak masa my cats died/ilang..skg tak sanggup dah nk bela kucen..tak sanggup nk lalu lagi sekali if dia ilang or mati..tak sanggup dah nk sayang another cat n then lost it again n again...

b strong..

ckrra said...

aku teringat movie p/s i love you.

fynn jamal said...

tergoncang tangkai jantung fynn, noe...

n a d e a said...

takziah.
saya rase ape yg kamu rasa. sbb sy pon br kehilangan kiki.
saya pun nagis tgk video ni
haih ;(
lepas ni mmg xnak sayang kucing lebih2. sakit rasenye bila kehilangan. masa kiki pergi 2weeks ago, 2hari saya menangis.
uwaaaa!

iYda Juhar said...

owhhh.sebegitu sayu..??

ngehhhhh.

iYda Juhar said...

takziah.
sabar yer.

tiap yang terjadi ade baik dan buruknye.

:-

D said...

back to the past 2 years.

ciko kucing jantan yg bangang lg bodo lg pemalas lg penakut lg nakal, lg kacak, lg manja, lg mengada lg gatal. ada awek lg haaa.

long story short, esok pg bawah kereta, mulut dah berbuih. kotor2. food poisoning maybe. menggeletar aku tgk dia mcm tu.

sampai sekarang, aku kalo blk rumah parent aku je, turun kereta terus panggil 'ciko, aku dah blk'

and yes, it's been 2 years i lost him. aku dah xpernah bela dah kucing lepas tu.

coz mana ada kucing lain dah yg bangang lg bodo lg pemalas lg penakut lg nakal, lg kacak, lg manja, lg mengada lg gatal. ada awek lg haaa.

sabar noe.

D said...

oh lg 1, satu ayat je kawan aku ckp kat aku yg aku rasa mampu tenangkankan aku,

'ciko tgh berehat kat dunia lain tunggu kau tu. nanti jumpak balik'

cliche kan? tp tu la. lega jugak aku dgr.

noe,
net tgh berehat kat dunia lain tunggu kau tu. nanti jumpak balik.
:)

fandi tamyes said...

yayang yang selalu jeles ngan net pon sedih bila tgk video klip ni..

sabar eh baby.. yayang tau baby kuat bak harimau!

Tunang mu,

fandi tamyes

HidupItuManis said...

sabar noe..net yang kau bela dgn kasih sayang pasti doakan kan kau yang terbaik walaupon net dah Xde..

ainfazrin said...

aku dah komen kat entri bawah. aku tak sanggup nangis dah tgk klip ni.

takziah noe.

ainfazrin said...

aku baru post entri pendek pasal ni. sebelum ko tinggal komen tadi.

tuty jaded said...

Banyakkan sabar Ladynoe.

I know how it feels like losing the other person you love.

See. Bukan cat saya kata.Orang...

Saya tau awak akan nangis macam ni untuk 2-3 minggu pun.

Nanges je. Hilangkan duka.

Saya pun baru lepas kematian kesayangan saya, Sonti last 2 months.

Be strong dear. Dia tau awak sayang dia..=)

ainfazrin said...

noe, aku nak jugak cakap ni.

pada aku, untuk ko buat n upload klip ni pun kira ko dh ckup kuat jugak lah.

kalo aku, aku tak boleh noe. tak seme org boleh. pegang tu.

Ladynoe™ said...

ainfazrin = kuat ke?

kiraan aku, kalau nak kira dari start aku buat video ni sampai siap, kalau tadah sebaldi air mata aku, penuh kot.

kalau tuala mandi dewasa tu, lencun kot.

ainfazrin said...

nangis tu doesnt mean ur weak. tu yang aku percaya.

i cant even bring myself to think about Reo with what had happened(as mentioned kat entri aku). aku mmg lembik, if compared to what u did ni. nangis je, k. kuarkan je semua.

take care,noe.

Mell_f said...

Hopefully you're ok by now ;)

the adlin said...

aku pun nangis gak masa kucing aku mati...sebelum ni bila kucing orang mati, and tuannya nangis, kita selalu anggap

'alah,kucing mati pun nak nangis...poyo je..'

tapi,bila kucing sendiri mati,baru tau rasanya macam mana...sampai aku tanya,'comel masuk syurga x?'...

sembilu said...

bodoh tul aa.

tapi benar,

bodoh tapi benar,

nani allen said...

aku nak komen dekat entry lepas. tapi masa tu ada sapa tah panggil aku, aku lupa. so aku komen kat sini je ye.

noe, kau jangan lah sedih lagi. kau nangis pun, dia tak boleh hidup balik. asalkan kau jangan lupa dia. memang la dia kawan paling rapat kau. tapi, jangan buang air mata dah. dah berapa lama kucing tu takda? seminggu kan? ke 2 minggu? dah jangan nangis lagi. tak elok. depan rezeki pun kau nangis jugak. tak elok tu. kesian kat mak kau. dalam hati dia mesti dia sedih tengok kau nangis-nangis macam tu.

cheer up ok?

anne jay said...

xpo la noe.. lenkali jgn kasi nama net laa... cam x tahan umor je..

aku pun penah pungut kucing, kasi nama ITAM sbb kaler dia itam putih, tapi lagi banyak itam laa... dekat 23 tahun dok ngan aku... mati pun sbb dah tua... tapi aku pun still sedih kalau igt kat ITAM sbb dah la tua masa tu, dia lak kena bisul sampai x leh makan.. x leh tgk masa dia nak makan...

apa2 pun tabahkan hati.. cari yg lain lak k.. mesti net yang akan datang pun (kalau kasi nama net gak laa..)comel gak k...

amir fififudin said...

innalillahiwainnailaihiraji'un