6.1.09

Perbualan mak dan anak - versi sentimental

Semalam, lepas balik dari pejabat, aku terus ke bilik mak. Seperti biasa, mak mesti baru habis sembahyang. Belek-belek buku agama. Memang dah rutin dia.

Aku baring. Mengular atas katil mak.

"Mak, kalau dekno mati dulu mak sedih tak?"

Soalan bodoh. Aku tau tu. Tapi saje ja nak jadikan topik.

"Mak mana tak sedih kalau hilang anak?" mak tanya balik.

"Tapi mak dah tua. Mak dah kuat nak terima semua benda-benda sedih. Dah matang nak mengadap benda-benda yang hilang. Kalau dekno hilang mak ni, macam mana lah nanti. Hilang abah pun mak tau macam mana. Hilang tempat mengadu. Mak ada ramai anak lagi,"

"Seelok-eloknya, biar mak pergi dulu. Sebab nanti kalau kau mati, mak yang hidup ni susah hati. Bukan mak sedih sebab kau mati. Sebab mati tu benda yang pasti. Mak sedih bila kenangkan nasib kau kat 'sana'. Kalau kau mati dulu, kau tengok la diri kau, dah la tak pernah pakai tudung. Sembahyang pun tinggal-tinggal. Tu belum kira dosa-dosa lain..,"

Diam. Cover air mata.

28 comments :

fynn jamal said...

aduh noe...
sebak gila...

errk, kenyang said...

uhhh...dalam...

Pewaris Reformasi said...

ringkas dan padat.

ia sangat beza dengan kata begini:

"kau tak pakai tudung, neraka tempat kau!" kan?

drugbuddy said...

Tak boleh cakap macam ni dengan Mak. Baru nak cakap aku dah sebak.

Just Me said...

"Mama, mama sayang adik su tak?"
"sayang."
"Kenapa sayang?"
"Sebab awak tu anak mama."
"Anak lain mama sayang tak?"
"Sayang."
"Tapi kenapa mama tak pernah peluk adik su."
"Sebab awak tak pernah nak peluk mama."

....................................

"Mama, kalau adik su mati, mama macam mana?"
"Macam biasa."
"Kenapa?"
"Kurang sikit dosa awak yang mama perlu tanggung."
"Mama?"
"Maksudnya, awak tu banyak buat dosa dengan mama. awak nak mama masuk neraka sebab salah awak?"
"Tak nak."
"Jadi, jangan mati dulu. Biar mama mati dulu. Tapi sebelum tu, jangan banyak sangat buat dosa dengan mama..."

billy smoke said...

sungguh deep.

satu peringatan yg amat berguna

iyan said...

aiseh!
even mak ko ckp mende tuh pd ko, tp aku pun terase jugak...

nani allen said...

aku skarang x duduk ngan mak aku. so bila aku balik rumah, aku cakap aku lapar, mak aku terus pergi masak. letih macam mana pun dia. kalo dia nampak aku makan sorang-sorang, mak aku mesti datang teman. padahal mak aku bukan jenis macam tu, aku terharu.

qeira said...

bagusnya pemikiran Mak kau.

ili syazwani mk said...

Perghh... Tak tahan..

Matematis Muda said...

benarlah kata mereka
lidah itu boleh menjadi lebih tajam dari mata pedang
uhuk uhuk

crack creaker@shamsul said...

pehhhhhhh!!!!!!!!!!!!
makan dalam bai ayat dia...cam mane boleh terlintas tanya soalan cam tu la...

Diloz said...

aah.

betul la cakap kau.

makan dalam dush2x.

Schafyzcha El Yahiya said...

Salam.

Ustaz saya dulu pernah cakap, setiap titis air mata yang jatuh kerana Allah disebabkan rasa kesal mengenangkan dosa-dosa sendiri akan menghapuskan sedikit demi sedikit dosa-dosa kecil.. dan bila wujudnya rasa kesal, itu tandanya iman masih di dada..


Cerita pendek ini sungguh touching.. :)

*i.am.me.for.myself* said...

Uhh so touching...
syurga di bawah tapak kaki ibu..

hanya doa ibu sahaja yang mampu membawa kebahagiaan buat anak2 nya..

Fariz Bakar said...

mmm..

Helmi said...

oh, mak kamu bagus. Saund direct. terbukti dia sayang kat ko.

zAkiAh_AbDuL said...

terus teringat mak dan segala dosa yang penah aku buat. sobsss..

girlfriday said...

Hi Noe,

Sayang gile mak ko, siap pk-kan soal akhirat untuk ko, bukan pk sal sedey dia je nanti kalo ko mati.. Tsk tsk idop mesti ayat pawe, bak kate arwah Loloq. Tazkirah camni lagi buat hati terbuka nak berubah daripada yg kasar2 camtu. Series tere mak ko...

staepler said...

So jangan tunggu lagi..mari kita memenuhi syariat Islam seperti mana yang di ajar oleh rasulullah.

mati akan datang pada bila-bila masa dan secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda. Dan kematian itu adalah satu permulaan sebuah kehidupan yang sejati yang amat dasyat, yang tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga, dan terlintas di fikiran...

kalau ada perkara paling ngeri,menyakitkan dan menakutkan yang pernah kita lihat,dengar atau alami maka neraka itu jauh lebih dasyat..

kalau ada perkara indah dan menyeronokkan dan penuh kenikmatan yang pernah kita lihat,dengar atau alami maka syurga adalah lebih indah dari itu...

come on my brother and sister...bermula dari detik ini, kita bertaubat nasuha dari semua dosa yang lampau..jangan lepaskan setiap detik yang berlalu...kerana pada setiap detik itu lapan orang akan mati secara puratanya...dan yang pasti detik kematian kita juga pasti akan tiba..pasti dan pasti..

Sue Anna Joe said...

You can do it bebeh.

stencil said...

staepler tu kelakar "kalau ada perkara paling ngeri,menyakitkan dan menakutkan yang pernah kita lihat,dengar atau alami maka neraka itu jauh lebih dasyat.." bunyi boleh buat lagu..sepi yang lebih dari sepi..haha

Loser...

Emak ko tu cold betul..sebab dia sendrii belum tentu masuk syurga..haha
hidup untuk yang hidup.. bukan loser mcm stapler gf pun takde..hehe

Tuhan maha pemurah dan penyayang lah bagi tahu emak ko..

selagi ko bebuat baik sesama insan gua gerenti syurga untuk ko. Tapi..ko nak buat apa dgn 72 bidadari..?

Ladynoe™ said...

haish..terima kasih lah stencil. Tapi aku ambik ayat mak aku tu sbagai nasihat untuk diri sendiri je.

Jangan lah marah sangat.

staepler said...

to stencil..gf pun tak ada..haha..i'm married a long time ago before u know the real world..

cerita pasal akhirat pun boleh dianggap loser..maka kalau macam tu tak ada winner lagilah kat dalam dunia ni..

tak apa lah kau nak pakai iktikad apa pun..kita sama2 akan menempuh alam akhirat dan sama2 akan melihat kebenaran..

lady Noe..humble applogise cos used ur area to make the explanation to stencil..

Ladynoe™ said...

to staepler, nevermind.
=)

stencil said...

ok stapler.. akhirat mcm mana yang you impikan terpulanglah..

tapi gua rase tak patut lu cuba sebarkan your personal fears kepada gadis2 di internet ni..haha

fokus pada isteri dan anak you lagi bagus muahaha...tak yah lah ganggu gadis2 melayu di internet ni dengan alasan nak beri nasihat..ini nasihat kalau u nak selamat di akhirat nanti...haha

jangan abaikan wife sebab nak tlg sister2 di internet...k

azila said...

sedihnye statement mak kamu tu :(

LoveyAshLiecious said...

simple tapi berkesan kat hati saya.
apalah agaknya jawapan mak saya jika saya tanya macam tu pula...