13.2.09

Ada apa dengan Empat Belas Februari?


Kita memang selalu keliru dengan niat dan nahu.

Ada pendapat yang pernah cakap bahawa Islam ni agama mudah. Asalkan niat kamu baik, asalkan niat kamu hanya untuk berseronok-seronok, semuanya dibolehkan. Asalkan tidak menyalahi hukum, katanya.

Sebelum ini, di pejabat aku, semua sibuk, semua excited nak main Secret Santa sempena sambutan Hari Natal. Secret Santa ni macam - satu permainan di mana semua akan diberi cabutan undi nama bagi setiap ahli pejabat. Kemudian, katalah aku dapat nama Faizal, jadi, aku lah Secret Santa si Faizal yang kena beli hadiah untuk dia, bungkus elok-elok, then letak kat pokok krismas yang sudah sedia ada di board room. Sampai masa, (selalunya selepas krismas) kami semua akan berkumpul lah. Buka hadiah masing-masing. Nasib kau lah hadiah tu best atau tidak.

Nama pun SECRET SANTA. Jadi, kita takkan tau siapa pemberi hadiah yang kita terima.

Mula-mula game ni dicadangkan sempena Hari Natal, aku ragu-ragu lah. Aku ada juga bertanya;

"Boleh ke kita sebagai Islam ni main benda-benda macam ni?"


Ada yang kata - Boleh asalkan niat nak suka-suka je.
Itu pun aku bertanya dengan orang-orang yang setaraf ilmu agamanya dengan aku. Bukan si bijak pandai pun.

Jadi aku pun henjutkan sahajalah. Kalau taknak main nanti apa pulak cakap orang. Macam lah aku ni sempurna sangat. Kan?

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Tapi aku pernah dengar bahawa JAKIM mengeluarkan fatwa haram bagi kita menyambut Hari Kekasih yang jatuh pada 14 Februari setiap tahun.

Katanya; sambutan itu berunsur maksiat dan menyesatkan.

Katanya lagi; sambutan itu berasal dari kematian seorang paderi yang bernama Valentine yang kerja dia semasa hidup adalah mengkahwinkan pasangan terlarang yang sedang bercinta. Mungkin mak abah pasangan tu tak kasi berkahwin sebab lelaki tu askar, atau perempuan itu hamba, mungkin sebab mereka itu homosekesual, atau apa-apa sahajalah. Oleh kerana perbuatan Sir Valentine itu dianggap mulia, maka kematian dia yang disebabkan hukuman yang dijatuhkan, dianggap mati syahid di dalam agama mereka lah. Aku rasa semua tahu tentang ini.

Ada juga sesetengah lagenda mengatakan bahawa ianya adalah perayaan dewa Kesuburan Rom di mana pada 14 Februari dahulu, dewa Rom akan turun ke bumi dan perempuan-perempuan Rom akan men-sedekah-kan diri mereka untuk di-ehem-ehem oleh dewa itu agar mereka juga akan memperolehi kesuburan.

Entah hape kebenda la diorang ni.

Walaubagaimanapun, sambutan 14 Februari ini telah mengalami revolusi mengikut perkembangan zaman dan semasa. Sambutan ini tidak lagi disambut demi memperingat Sir Valentine itu semata-mata. Sambutan 14 Februari tidak lagi disambut mengikut ritual dan adat kristianiti seperti zaman tok nenek moyang kita dan mereka dulu.

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Persoalannya,

Benarkah kita akan benar-benar berdosa kalau kita menyambut Hari kekasih ini, walaupun tiada maksiat dan zina yang berlaku antara pasangan yang meraikannya?

Kalau lah pasangan suami isteri yang nak sambut, adakah ia dikira menyalahi akidah seorang muslim juga?

Paling kelakar bila ada orang cakap "Allah itu kekasih kita, jadi kita sambut Valentines Day dengan memuji-muji Allah semasa hari itu,"

Kalau benarlah sambutan Hari Kekasih ini benar-benar menyalahi akidah kita, kenapa kita masih meraikan Hari Ibu?

Hari ibu adalah sambutan yang di asaskan daripada hari memperingati Dewi Rhea isteri kepada Dewa Kronus mengikut Lagenda Eropah dan Timur Tengah. Hari ibu pun ada banyak variasi sejarah.

Ada yang kata - sempena kematian ibu kepada seorang biarawati gereja. Ada yang cakap hari sempena memperingati Marry mother of Jesus Christ. Dan apa-apa sahaja lah.

Tapi kalau pada hari itu aku nak beli hadiah best-best untuk mak aku dan bunga carnation sebagai tanda aku memang sayang mak aku, di kira menyalahi akidah tak?

Nama pun Hari IBU - pusing balik, Islam ni, ikut niat dan nahu.
Hari Kekasih? Boleh ikut niat dan nahu?
Secret Santa - Boleh ikut niat dan nahu?

Dan ada juga statement berbunyi ;

Hari Kekasih - Hari hari pun hari kekasih. Hari hari pun aku sayang
Hari ibu - Hari-hari pun aku sayang mak aku.

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Secara peribadi, aku memang tidak mahu masuk campur kalau orang nak raikan Hari Kekasih.

Tipulah kalau aku cakap aku tak suka kalau orang bagi coklatlah, teddy bear lah, bunga lah dan macam-macam lagi.

Dan aku tak pernah peduli pun tentang hari Kekasih sebab aku ada cerita peribadi yang buat aku benci hari Kekasih dan tidak anggap pemberian hadiah kepada aku pada 14 Februari itu sebagai tanda meraikan Hari Kekasih dengan aku.

Tapi yang pastinya, aku tak akan ketinggalan untuk menghargai 14 Februari, sebagai hari di mana umur aku akan bertambah setiap tahun.

=)

Tahun ini, 14 Februari aku meriah sedikit. Dapat hadiah BEST dari Encik Cinta. Dan-dan family nak sambut siap nak belanja kek dan makanan itu ini padahal sebelum ini tak pernah pun dan aku tak harap pun. Al-Maklumlah, ada berita gembira sikit. Sikit je lah.

p/s: Siapa lagi umur meningkat setahun hari ni? Selamat hari lahir, OK.



24 comments :

A.k.i.r.a ~ c.h.a.n said...

Happy 24th birthday darling!!!

semoga hidup anda semakin ceria dan bahagia serta diberkati Allah selalu..

(mode gembira jadi orang pertama naip kat sini)

muahhx!!

enjoy ur BIG day ya!

Elsa Soraya Othman said...

ur birthday is todaay ? huaaa ;) beshnye! happy birthday to u & may u be blessed for always!

havraise said...

happy birthday!

tepat jam 12.01 malam waktu malaysia. sini baru pukul 5.01 ptg.

=) =).

♥.misz luna.™ said...

24thn da eh?


hepi bday kakak...
moga hepi slalu..
:p

K.I.T.A said...

14.2 bday ko.Happy Birthday,noe.
Hari nie adalah kali terakhir
ko celebrate dgn status single mingle.Moga Panjang Umur dan lebih comel..

shakira said...

selamat hari lahir!

acituvwxyz said...

HEPI BESDAY DUD!
kamon resign resign weh. haha

.AzFaRuL. said...

wah hepi ulangtahun!

there u go, x yh nk ckp 'hepi valentine' kn?

;)

Helmi Razali said...

haha, cik noe. Selamat hari lahir untuk kau. bila la ko nak kawin ni.

walau pun aku tak kenal ko, tapi aku nak buat muka pathetic tak malu.

bila kahwin sila jemput aku okeh. ha ha. memang tak malu.

p.s. agak tercucuk la gak bila ko tulis pasal valentine's tu. Baru je aku tulis entry valentine's kat blog aku. ternganga-nganga terkena sental otak dengan kamu.

A t i Q a h said...

Selamat ulang tahun. :)

*pil.tahan.sakit* said...

semoga dimurahkan rezeki..selamat hari lahir :)

Lee said...

oh, macam tu kah Hari Ibu? Hari Ibu aku ikut suka hati aku je nak bagi hadiah kat mak aku bila. Vary ikut tahun. Sebab aku tak pernah tahu date dia bila sebenarnya.

Hari jadi kau sama dengan hari jadi bapak aku.

Selamat ulang tahun, ya!

Zeela LaLaLa said...

happy birthday noe :)

Firdauz takes five said...

oh, i like this entry!

happy bday!

Z said...

Happy Birthday Ladynoe!

Next birthday dah jadi isteri orang dah :)

crack cracker said...

ladynoe happy birthday!!! :)

alprazolam said...

secara simplenya;

tak yah la sambut2 event2 yg pelik2 dan yang menimbulkan ragu2 kat dalam hati.regardless of watever niat yg kite ade.

;)

sebab the biggest Q is
-why must on 14thFeb?
*sebab org barat(bace:nasrani,yahudi etc) yang start sambut2 ke?atau sebab mentaliti kite dah memang set "aku tak cool+moden+up2date kalo tak ikut dorg"

huh?!

ps: haram sambut valentine

hey!
HAPPY BIRTHDAY~

(^^)/

ULTRAMAN said...

SELAMAT HARI LAHIR!

MyAishah said...

noe... ada yang kata... orang yang lahir pada 14 februari ni romantik orangnya...

noe macam mana eh??

Khairul said...

happy birthday :)

aida said...

vday,mothers day ape sume tu,cara org kafir (especially yahudi la) nak sesatkan kita je.kita pulak terikut2.
kalau nak tunggu hari kekasih baru nak bagi bunga,coklat baik takpayah.hari-hari pn boleh bagi.
nak sayang,hari2 pn boleh sayang.
aku sedih tgk ank melayu taksub sangat dgn sume ni.
ISlam kan menggalakkan kita sayang menyayagi manusia hari2..
Pokok pangkalnya jangan ikt budaya luar ni.
aku lebih rela dipanggil outdated dari dapat dosa.

anyways,
aku doakan kau murah rezeki,sihat ape semua.aku suka kau.kau banyak buka minda orang.lg2 bdk2 umur belasan tahun mcm aku ni.ahaha
tahniah NOE.:D

Milkberry said...

happy belated birthday!

Ladynoe™ said...

AISYA = noe tak romantik. noe bengis orangnya. worf!

AIDA = aku selalu fikir ikut logik. haram atau tidak, kalau ikut nahu, dah lain dah jadinya. wallahu Alam.

ala, takde bijak pandai agama boleh komen dengan dalil ke?

TO ALL = thank you very much!

saya.L-A-N-N said...

anda seorang pemikir logik yg sgt kreatif. klu dpt otak yg ade dlm pala tuh, bole la digunakan utk pengiraan maths dlm comp sc!

:)