8.2.09

Amboi Amboi Amboi...

Aku rasa Piah Zadora pun mintak ampun bila baca blog Azwan Haji Ali. Gila lah memaki laju 240km/j. Tak lenguh ke? Haha.

Sebut pasal Azwan Haji Ali ni, aku teringat siaran televisi yang aku tonton siang tadi. Siaran Nona barangkali. Di mana pengacara khasnya ialah seorang perempuan yang dulunya kekasih kawan sekelas aku. Aku tak nak highlight tentang pengacara pun. Cuma tertarik nak memberi ulasan tentang Kumpulan Diva She-male yang menggelarkan diri mereka Candy Babe? ke Sugar Babe? atau apa-apa lah. Aku tak ingat.

Malas nak kritik tentang penukaran jantina yang dilakukan. Malas nak ulas tentang benda-benda negatif yang melibatkan seksual. Malas nak ulas tentang benda-benda tak cerdik yang dilakukan akibat dari nafsu, tetapi naluri dipersalahkan.

Cuma aku nak ulas tentang beberapa baris ayat yang dikeluarkan oleh Diva She-male tadi,

Ayat Pertama - "InsyaAllah, kami akan pergi lebih jauh dari ini,"
Demi tuhan, jangan permainkan nama Allah. Walau pada dasarnya, setiap harapan kita disertakan dengan usaha dan tawakal. Aku kurang senang bilamana aku pesan dengan sesetengah kawan aku, - "Sahabat, jangan berzina lagi. Mari jadi lebih baik," dan mereka jawab dengan "InsyaAllah, aku cuba kurangkan." - Alahai mak ngaaahhh. Serius ni, aku percaya Allah mengizinkan setiap kebaikan yang hamba-Nya ingin lakukan. Kalau kau tak berjaya jadi lebih baik, bukan sebab Allah halang, tapi kau yang ikut kata setan. C'mon la, Allah takkan halang kalau kau nak berhenti minum arak, misalnya. Samdol. (sila rujuk pakar agama. Kalau aku silap fakta, aku mohon maaf))

Ayat Kedua - "Beri kami peluang. Kami tak lakukan perkara tak bermoral,"
Bab beri peluang tu aku boleh terima. Masyarakat biasanya memberi peluang dan senyapkan sahaja. Tapi bab 'kami tak lakukan perkara tak bermoral' tu yang aku tak boleh tahan tu.

Ayat Ketiga - "Kami bukan buat apa-apa salah pun,"
Aku tolong diri aku sendiri mengawal daripada mengeluarkan carut-carutan semasa mendengar ayat ini keluar dari bibir bergincu pink kamu tadi. Tak tau nak cakap apa. Kan aku cakap aku dah kawal diri.

Aku ni, berkawan dengan semua jenis manusia. Tapi aku cukup tak suka dengan orang yang bangga-bangga dengan kesalahan yang dah terang dan nyata. Kalau malam semalam kamu baru menang perlumbaan minum beer paling laju pun, jangan cerita dengan aku. Luaran aku tak menggambarkan dalaman aku lansung pun. Kalau tau benda itu salah dan ingin terus hidup dengannya, jangan cakap apa-apa yang kamu banggakan mengenainya. Aku tak cakap aku ni maha perfect. Aku pun pernah buat salah jugak. Tapi kenyataannya, pekung ni kalau di buka, busuk macam bangkai baunya.

Panggil aku homophobic. Aku peduli apa.

Amboi Amboi Amboi...!




36 comments :

QuTaQ said...

salah ke kami mencari rezeki yang halal?

*letak tangan kat dahi, pengsan terus*

QuTaQ said...

jap..lagi satu, sebelum aku tido bejejeh air liur membasahi rambut, aku 'sakit' baca blog mak hayam diva tergebu.

mak tak faham la nyah. mak tak faham bahasa mereka ini.. mak rasa sangat shit.

Zeela LaLaLa said...

amboi amboi amboi noe! hihi

zAkiAh_AbDuL said...

another typical words:
"kami tak kacau hidup orang lain pun"
"kami harap masyarakat dapat terima kami seadanya".
tah pe pe

Von said...

homophobic.

Ladynoe™ said...

noted. thank you.

BudAk hijAu said...

hah! amboi..amboi..amboi..

*sambil laga2 jri kelingkig...

nani allen said...

gila juling mata aku bukak page azwan ali tu. apa tulisan besar kecik macam tu tak tahan aku tengok. sakit mata baru baca 3 baris aku dah lost kat mana berhenti pun aku tak tau. kata la kau baca sampai habis? hahahaha

Pewaris Reformasi said...

deknon!

sungguh, aku pun bukan baik mana, tapi bila bangga dok buat jahat ni mmg ada masalah.

sepak dia laju2 boleh?

Ladynoe™ said...

Nani Allen, aku baca takde la sampai habis. tapi setengah blog jugak lah. Kugagahkan juga walau tak berapa nak faham. Bwahahah! dem yu!

ayie said...

salam noe....
jumpa ang kat sini lak....
apa yg ang tulis tu....
mmg patut pon ang tulis camtu...

ili syazwani mk said...

Aku sempat jeling tv waktu pegi koop kat tempat aku tadi. Lawa kalah pompuan betol. Tapi suara pelis la, meremang aku dgr.

iYda Juhar said...

deknon,
seb baek tak juling mate aku nengokkan web si azwan tuh.yer la dah semuanye huruf besar.huhuhuhuhhu.

yer la.betoi la tuh.kekadang diari idup jugak harus ade lock.tak pe diceritakan semua.aku setuju.

(;

adamLUBA said...

noe noe! erk..usah di ungkit kisah kawan sekelas ko tu. dia tu sebodo bodo manusia yang ku kenal. T__T

pasal isu ko kali ni, yup! apa yang ko cakap adalah betul! itu semua perkara tak bermoral, dan berlandaskan nafsu semata-mata!

sekian,
A.L

NIMI♥ Co. said...

sokong!sokong!
tak ske org yg bangge biler wat bende terkutuk..
sucks sangat..

amboi!amboi!amboi!

nani allen said...

eniwei, btul ke tu blog azwan? ke org lain menyamar je? o_O wah kemain sibuk btul aku

Schafyzcha El Yahiya said...

mmg tak reti baca blog azwan ali.. tp paling terkesima bila dia kata dia bangga ada lebih dari ratus juta pembaca dalam masa sebulan.. padehal ratus ribu jer.. mmglah still ok. but tak yahlah exxagerate sampai jadi juta.. Tun Mahathir pun kalah kalau cam tu...


yang pasti, saya fikir selama ni Azwan Ali tak se shallow cam tu.. rupanya.. Oh Tuhan...

Schafyzcha El Yahiya said...

mmg tak reti baca blog azwan ali.. tp paling terkesima bila dia kata dia bangga ada lebih dari ratus juta pembaca dalam masa sebulan.. padehal ratus ribu jer.. mmglah still ok. but tak yahlah exxagerate sampai jadi juta.. Tun Mahathir pun kalah kalau cam tu...


yang pasti, saya fikir selama ni Azwan Ali tak se shallow cam tu.. rupanya.. Oh Tuhan...

Milkberry said...

HAHAHAHAHAHHAHA camne dia boleh blog in CAPS all the time?! Fuh rasa cam dia tengah menjerit-jerit. I didn't read it. Okay rephrase. I COULDN'T read it. Rasa serabut otak je. Haha~

fynn jamal said...

http://www.skycrewz.net/blog/cuba-teka-siapa-awek-yang-terlalu-ayu-ini/

cuba teka

sickchild said...

haha aku geli ngan azwan. yucks gila kot. *muntah*

Z said...

sama la macam blog Azwan Ali tu, duk sumpah seranah orang lain, tiba2 ada InsyaAllah and Moga Allah balas dosa-dosa kamu semua (referring to the 'anjing-anjing jalanan' yang dia dah maki hamun)...tolong jangan main-main la dengan nama Allah...bodoh betul.

ULTRAMAN said...

tak faham betul la blog azwan tu..pening tol baca...

Mitsuo said...

tu betul ke blog azwan. entah apa-apa je. btw, entry kali ni aku sokong 100%! bravo Ladynoe!

akubisikdisini said...

aku bace azwan ali nye blog mase dy baru ade 2-3 entri je..lpas2 tu aku da tak larat..aku sgt annoyed dgn blog dy..SANGGGAT ANNOYED..
panjang lebar sgt..yang point pon takde..maki hamun je lebih..tp dok ulang kate dy educated..dok bangge student dr UM lagi...tp ayat tak mcm org educated!chehhh!!!

kalbu said...

azwan ali tu memang, keje dier makan kote jer, jage2 sket, dah la fandy tu taste dorang...

pjoe said...

jadi artis boleh jadi noble kot
sebab tu depa suka ckp mcm tu

Z said...

oh my...

i think 3/4 of the readers hate his blog.

but still..... portion yg besar yg hate...still "readers"

tk faham org mcm tu

fynn jamal said...
This comment has been removed by the author.
~syaQuost~ said...

mereka nie kurang didikan agama..
sbb tu tak tahu halal haram..

liberal sgt..
*haish*

Weed and Bandages said...

Dalam drama melayu ada kot skrip-skrip lagu ni.

Helmi Razali said...

alamak?? Ni grup mana ni cik noe. Kasi la nama, nak google sikit. Kasi can orang jauh nak mengetahui perkembangan malaysia laah

Syamim A Manaff said...

aku pn tak berapa pandai sgt, selagi dia tak kcu or menyusahkan hidup orang, mungkin kita pandang dan tutup mata. benci dlm hati.

mcm kita pn, kdang kita boleh kata "apa lah kau ni, tak pernah aku tgk kau sembahyang". tp, bila sampai kat batang hidung sendiri "ishh, malas nya aku nk sembahyang. tak pe lah. peduli apa". itu satu contoh yang literal la kot. kau ada contoh yang lebih bagus barangkali?

senang kata, kita jagalah tingkah dan amalan kita sebelum tgk org. kan kan?

aku disini bukan membuat onar, aku suka tulisan kau. dan, tangan ni pn menggigil nk menaip. tp, apa salah kita berkongsi kn?

Ladynoe™ said...

Shamim,
Tak perlu mengigil bila tulis komen di blog aku. Sama macam kamu, aku pun malas nak peduli dengan salah orang. Salah diri sendiri pun banyak jugak (dari segi agama terutamanya), tapi itulah, kalau dah tau salah, jangan bangga-bangga.

itu je point aku.
=)

Syamim A Manaff said...

mungkin, kita nampak dia bangga dgn kejahilan dia. tp percayalah, tak akan ada org yg bangga dgn kesalahan diri sendiri. mesti akan di selubungi rasa bersalah and penyesalan. tak hari ini, mungkin esok lusa. bahagia tu bukan milik diorang, selagi tak berbalik pada jalan yg betul.

pesan pada diri aku juga, aku ni sapa nk meludah sana sini caci orang, sedangkn dlm diri, serba serbi tak kena.

Ayyman Rahim said...

Menympah gila dekat si amboi-amboi-amboi ni, tak habis memaki. Cuba baca Aznil punya, sejuk sikit baca. Eceh

Agak la, kalau guna nama Allah tu untuk benda-benda yg mmg dh terang lg bersuluh mmg salah, mcm siot je. Yang Nona TV3 tu pandai-pandai nak cerita pasal diorang buat apa? Buat orang makin carut carut je.

Yeah, so right tak buat salah apa-apa. Dia beljar dekat ustaz mana? Mak ayam mana? Sudah. Nanti terlebih emo pulok