5.2.09

Muhasabah seorang penulis blog

Dah nak dekat empat tahun aku berblogging di sini. Maksud aku, dah 4 tahun aku berbloggong atas nama Perempuan Jomblo. Berblogging ah.

Baca-baca balik penulisan lama aku, rasa cam nak terkincit pun ada.

Kena kutuk kena maki, kena puji kena bodek, kena tuduh kena sumpah kena keji. Kena jadi bahan nak ludah. Setakat kutuk belakang tu apalah sangat. Kalau aku dah memang sedar diri banyak cacat cela dari segi zahir dan batin, apa nak kisah sangat kalau orang kutuk sana -sini. Mana ada idup perfect semua orang suka je, ye dak?

Motivasi yang aku dapat sepanjang aku hidup setakat ni, tanpa orang yang kritik dan membenci, aku takkan pernah sedar kat mana salah dan silap. SO henjutkan saja. Tuduh-tuduh dan salah sangka tu stended ah. Hidup tak fun kalau takde konflik.

Jadi, mari bersama-sama muhasabah diri. Orang mungkin lupa percakapan kita yang menyakitkan orang lain. Tapi orang takkan lupa macam mana rasa 'sakit' akibat percakapan dia. So, again, mari muhasabah diri.

Pesan aku, kalau kau suka baca blog seseorang, kau limitkan setakat menjadi seorang pembaca je. Sebab bila kau terlampau kenal dengan penulis tu, kau akan rasa dia tidak lah se'best' penulisan dia. Kadang-kadang apa yang penulis itu tulis, tak sama pun apa yang dia jalani seharian. Kadang-kadang, dalam blog nampak sweet je, kat luar gila pahit. Aku cakap kadang-kadang je. OK?

Lagi satu, kalau ada anonymous nganjing kau dalam blog, elakkan daripada menjawab;

"eiii...sukati aku la..blog aku..sukati aku la nak tulis apa,"

Sebab tu jawapan yang mengkantoikan bahawa kau tak se-cool apa yang kau tulis. Aku selalu pesan kepada sesetengah kawan bahawa - Diam adalah pintar. Di mana quote 'Diam Adalah Pintar' ni aku petik dari salah satu lagu KRU yang berjudul Fanatik, kalau aku tak silap.

Aku cakap ni untuk semua termasuk untuk aku. Nama pun muhasabah.

Lagi 2 bulan aku dah nak kawen. Sedang menghitung hari ni.

heh.

Nah ambik kau KRU seketul. Annoy tak annoy jugak la. Hahaha.





p/s: tak payah la cover yang kau tak tau KRU tu apa. cuba cek dalam music folder machine kat opis kau. Mesti ada punya.


32 comments :

Von said...

sangat setuju dengan, limitkan sekadar pembaca sahaja. :)

BOOTE said...

hihi. blog tak blog, kita tau siapa kita kan. orang lain juga patut begitu. jangan pening2. udah mahu hari bahagianya! :)

K.I.T.A said...

Semua tu gula dan garam
dalam hidup kite.Kalau semua
manis,nanti dapat kencing manis.
Kalau masin,darah tinggi.
Biar balance.de yang kutuk,de
yang puji.Baru namanya kehidupan.

Tak best jadi skema
Tak best jugak jadi syaitan
Biar lah,kite biase-biase jer

lis said...

woohooo!!
aku still hafal lagu nih!!
hahahha..

faveret time skola..
time dorang layan baggy..

tapi bile dorang dah tua..
dah xbest dah..

BuNnY said...

aku rasa sebab ada orang terlampau amik serius pasal perihal blog-memblog ni membuatkan wujudnya blog2 yang suka kutuk blog lain.padahal blogging tu bagi aku cuma untuk suka2, nak meluah, nak berjenaka. setuju?

dan aku separa setuju, diam adalah pintar. Sebab not applicable untuk semua situasi kot?

Jannah said...

Khabar2nya bukan calang wanita, aku terpesona dengan lirikan mata Ladynoe..

Masa darjah 6 tak dengar KRU kira tak cool dowh. Haha.

Oh by the way saya suka bloggers gathering. Seeing people in person merapatkan silaturahim what.

nani allen said...

tak payah check dalam folder. masa aku darjah 5 aku ada video tape ORIGINAL ok. tak boleh blah. video tape cerita awas. bawak kehulu hilir. balik kampung bawak dalam beg, keluar main bawak. takut org curi la konon. huhuh. cool kan aku. masa kecik pakai key kat kepala nak jadi kru. wattafak betul.

Z said...

KRU cool lah! Suka lagu Sayang, Apa Saja, AWAS..haha. They're a talented bunch.

Mengenai blogging, aku sentiasa ingatkan diri aku not to take things too personally. Ini sekadar alam maya. Why so serious? Tanya si Joker.

anas afrohead said...

masa sekolah rendah dulu aku amat fanatik dengan lagu fanatik ni.
sampai sekarang hafal lagi.
:)

jojie-elle said...

huhu.. tu lah..
aku akan praktik kan bahawa diam adalah pintar :)

C a R t i N i said...

dah lama tak dgr perkataan `nganjing' tu.. woff woff woff..

fanatik.. fanatik.. fanatik...

Weed and Bandages said...

TEntang anak :

antara kajian,

1. keluarga dia kecik, dua orang adik beradik

2. mereka tidak praktikal tunjuk kasih sayang secara fizikal, kurang peluk2 kot, atau kurang express feeling. kalau anak bongsu, mesti sampai ke tua boleh manja dengan mak atau usap2 mak kan? dia tak.

3. rasa takut. mungkin bapa dia garang dan dia pun garang, mungkin dia takut perangai dia takleh kontrol.

4. ego. ego agak tinggi.

5. tak berani nak sahut cabaran.

6. mungkin dia rasa tak perlu dan tetap dengan pendirian ingin tua dan travel berdua.

7. mungkin amik masa untuk berubah. entah.

(anyway, hows persiapan?)

NIMI♥ Co. said...

stuju bani!HEHE..blog ni just sesuke je..ade org tu siap cakap blog i da mcm kedai keling then i cakap thanks kat die..take it as a compliment!

Hidney said...

apa2 pun... teruskan berkarya

Ladynoe™ said...

to BUNNY = diam adalah pintar tu bila blog kena nganjing elok dipraktikkan. Kalau melampau sangat, rasanya kena menjawab jugak kot. Kan?

to JANNAH = best eh blogger gathering. Aku segan lah. Anyway, nanti kenduri kawen nanti datang tau. Tak dtg rumah aku, dtg rumah fandi. Ajak anna dengan naim skali.

to NANI = sumpah aku tergelak baca komen kau. wahahahah!

to Z = ya aku pun setuju. Nak serius jadi ahli politik je ah.

to ANAZ = sama lah. Aku siap beli keset. wahahahah!

to MS WEED = statement ke-6 sangat romantik. =)

to NIMI = kedai keling? shhhh..my Indian friends read my blog.

to HIDNEY = wah gambar avatar macam model.

Wolfis Black said...

baru pagi tadi dengar lagu KRU; janji tinggal janji,..dalam keter.

Erina Asmawani said...

Mari sama2 muhasabah diri..

P/s: Noe, pas kawen jgn stop blogging tau..

ketiak said...

insaf dah ke? hik3.tapi masih ada lagi yg masih tak insaf.

Ladynoe™ said...

KETIAK = eh, ada lagi Ketiak ni. Insaf tu macam berat sgt bunyi nya. Macam besar sgt dosanya. Aku suka perkataan muhasabah.

=)

ketiak said...

ok i lap u ladynoe! hik3.
selamat kawin.
aku ada lagi,tak mati lagi nanti jumpe dlm mimpimu yek =)

C.E.@ said...

sendiri mau ingat sudeii..

Sue Anna Joe said...

Diam adalah pintar.

Sangat sangat sangat setuju! Silap tak praktikan dari awal. Huhuhu.

iYda Juhar said...

less is more
(;

adamLUBA said...

kru..group idola malaya! tak di nafikan aku juga fanatik akan kru..
yeah! yeah!

hurmm! diam itu pintar. Betul! jika kena dengan situasinya.

Tapi kalau di fikirkan balik, kenapa wujud golongan-golongan anonymous yang lantang bersuara tapi tak mahu menunjukkan muka? nak rahsia kan identiti. hurm, kenapa tak di bagitau saja "weh, aku si A. Aku tak puas hari kt ko sebab bla bla bla bla!", dan rasanya tak perlu kita simpan dalam hati, mybe ada di antara point-nya betul.

kan?

ili syazwani mk said...

Macam si Bimbo Natasha Hudson. Dah plagiat, orang lain tegur sepatah, dia jawab berjela-jela.

Kesian dia.

Anonymous said...

ladynoe:"bila aku tgok kawan aku semua nak study abroad, aku rasa menyesal gila tak pergi UK sebelum ni. Menyesal sangat-sangat"

POYO NYE.:OP..SS

Ladynoe™ said...

ANONYMOUS = aik, itu pun consider poyo? haha. macam-macam.

Ladynoe™ said...

KETIAK = tayah tunggu mimpi, hari hari aku jumpa kau. nama pun ketiak. huhuh.

ANNA = yang berlalu biar berlalu.

ADAM LUBA = sebab tu aku benci anonymous. paling benci orang tuduh aku anonymous. memang aku takkan maafkan tuduhan mcm tu sampai bila-bila. igt aku bacul sgt ke. Adam, ko pun kenal aku kan?
ahaha.

ILI = dia mmg tak cool. dah kalah, dia kutuk-kutuk jane hodoh pulak. lawa pun tak guna kalau tak cool.

gSarina said...

=) Diam itu pintar

memang betul...

:) untuk perkahwinan yang bakal langsung,semoga semuanya sukses,majlis lancar mengikut semahumu``` lanjut hingga ke akhir hayat alamnya...

Ayyman Rahim said...

Okay, kita faham pasal diam adalah pintar. Kalau orang kutuk, diam je eh? Btw, semakin hampir hari perkahwinan, haaaaa

De'AdorableHeart said...

yer sy setuju dgn "diam itu pintar". agar ada yg fhm...

Penchenta Dosa said...

4 taun?? aku baru join tak sampai 4 bulan.. damn tul kau..