15.2.09

Selamat datang Disiplin.

Aku jadi pengawas sejak darjah 4. Budak tak kenal dunia lagi, memang aku rasa, suruh berlari bukak baju pun aku buat, asalkan cikgu sayang.

Bila aku masuk sekolah menengah, aku bersekolah di sekolah yang mempunya rekod disiplin terburuk di Kuala Kubu Bahru. Puan Gurdeev Singh terperanjat bila aku tolak masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan sebab sekolah tu sekolah bistari. Alasan aku, aku tak suka sekolah tu sebab kat situ ramai beruk Rasa yang akan selama-lamanya mengejek aku dengan nama bapak. Aku tau. Aku cepat down dan naik hantu kalau orang sebut nama mak bapak aku. Daripada orang nampak ke-hantu-an aku, baik aku menjauh. Faham?

Di Sekolah Menengah Dato Haji Kamaruddin, aku jadi salah seorang pengawas juga. Tapi masa tu aku malas nak jadi pengawas yang garang kaki ampu lagi. Sebab kawan-kawan pengawas kat sana tak best. Setiap kali waktu rehat kena jaga kantin, sedangkan aku tengok kawan-kawan aku yang lain boleh duduk tepi kolam ikan sambil makan burger malaysia. Ini tak boleh jadi.

Walaubagaimana pun, aku dapat menamatkan tingkatan 3 aku di sekolah itu, kekal sebagai seorang pengawas. Bawa ke sekolah Menengah Teknik Gombak, aku dilantik jadi pengawas jugak. Tapi aku tolak sebab masa tu ramai orang cakap bontot aku besar, jadi aku malu nak pakai skirt baju kemeja tuck in. Nanti jadi bahan. Lagi pun masa tu aku dah ada kroni-kroni yang lahir dari dorm sendiri yang tak mengizikan untuk aku, si kaki fly asrama ni, jadi pengawas. Maksud aku, keadaan yang tak mengizinkan. Bukan mereka.

Terus terang, aku tak sedar, sejak bila aku tak suka akan disiplin.

Hidup penuh protokol dan tatatertib. Bangun kena tepat jam 6, sampai bilik prep tepat jam 2. OH, sungguh benci kan disiplin - walau aku tahu, 60% faktor kejayaan individu ialah, disiplin. Walau aku tau, sejak kecil, aku ditekankan tentang disiplin oleh abah aku sendiri - seorang OCS Polis.

Bila aku bekerja, di tempat swasta, paling awal aku sampai pejabat, ialah jam 9.30 pagi walau waktu masuk yang sebenar 9.00 pagi. Itu paling awal. Bila tengok kawan aku yang kerja di tempat-tempat korporat berseluar pejabat, kemeja dan berkasut litup, aku jadi malu dan segan dengan hakikat berpakaian aku yang bertshirt selekeh, seluar jeans koyak, dan kadang-kadang seluar pendek tanpa menghiraukan parut di betis.

Aku rasa, aku senang kerja di syarikat swasta. Peduli apa disiplin. Janji kerja bagus. Kata aku.

Tapi, orang cakap, yang kita tak suka tu lah yang akan mendampingi hidup kita.

2nd March 2009, aku akan menjawat jawatan tetap di sebuah syarikat korporat yang mengalu-alukan disipilin di dalam hidup aku. Di sebuah syarikat yang mungkin akan kekal dengan aku sehingga aku benar benar sudah letih bekerja. Kena bangun jam 6.00 pagi dan mesti punch card TEPAT atau AWAL dari 8.15 pagi. Kena pakai seluar pejabat yang licin tu. Kena pakai kemeja tuck in atau baju pejabat yang licin bersarungkan blazer di luar. Kena pakai kasut litup, bukan lagi selipar jepun. Seluar koyak, jangan harap lah. Kena disiplin pakaian. Kena disiplin masa. Kena disiplin kerja.

Kena hipokrit sikit.

Kena cakap lebat time mesyuarat.

Tuhan, bantu aku.

p/s: disiplin takde kena mengena dengan kekemasan rumah. Walau aku tak berdisiplin orangnya, tapi bilik aku cantik tau.




20 comments :

Milkberry said...

Why change jobs? Disiplin sucks tapi I like being organized/planned. Sama ke ah? Or is it same shit different levels?

Ladynoe™ said...

discipline memang sux all the time. Nak buat cemana. rezeki dah kat situ.

K.I.T.A said...

Mula-mula memang jem nak kene ikut rules diaorang.Lama-lama nanti, biase le tu.Noe,nasib baik ko x jadi pengawas masa dekat teknik dulu.
Kalo tak abis kiteorang kene merit.
Hehehehe.Congrate,deq noe dapat keje baru..

Atira. said...

wohh good luck

Helmi Razali said...

hurm, tapi kalau aku ni berdisiplin, bilik aku buruk. camne yek?

Zeela LaLaLa said...

congrats & good luck di tmpt baru awak noe:)
hiks.

Anonymous said...

aku tahan 2 bulan je kat sekolah asrama...pastu jd outsider...x tahan disiplin
kol 8 malam wajib study
11 tido
gile ape

pjoe said...

dulu aku pernah tulis mcm mana aku berhajat nak jadi pengawas
but
hampa sebab fizikal aku kecik

good luck in your new environment noe.
hidup itu adalah satu protokol
betul tak?

dila raden said...

masa sekolah dulu aku pernah jadi pengawas tapi asyik kena gantung punca dari bergaduh dengan student lain dan juga tak buat kerja sekolah

aku dah memang selalu perangai macam ni dari dulu, jadi cikgu aku kata dia jadikan aku pengawas supaya aku lebih bedisiplin dan bertanggungjawab

penyakit tak ada disiplin ni mungkin tak ada ubat lagi untuk aku, mungkin ikut individu

tapi noe, aku percaya kau boleh noe, good luck!

MyAishah said...

tahniah noe!! good luck dengan kerja baru itu..

Ladynoe™ said...

KITA = aku rasa kalau aku jadi pengawas masa sekolah teknik dulu, mesti korang dah palang aku sebab geng ngan Tengak. wakakakakak!

ATIRA = terima kasih!

HELMI = ha tu spesis lain tu. ha.

ZEELA = terima kasih jugak!

ANONYMOUS = ha tu la. macam taik je idup kat asrama kan? Aku dah rasa.

PJOE = hidup satu protokol? mula-mula aku nak cakap tak betul bila aku pikir kan hidup aku. Tapi bila aku pikir balik, BETUL.

DILA RADEN = itu lah dilla. aku pun bukan disiplin orangnya. sbb tu sampai mintak tolong kat tuhan ni. macam mana lah nanti. haih. thanx dilla.

AISYA = terima kasih lagi!

rara said...

wah wah deknoe. mesti ko smart ke tempat kerja. oklah kena berpakaian gitu. dr aku sang trainee ni kena pkai kemeja puteh dah seluar atas pusat. mcm hampeh je rasa. tp dosebabkan kerja, kena jugala pkai. 3 bulan je. huhu tym nampak passenger hensem, cpt sorok or duduk sbb suar buruk. haha

rara said...

btw, tahniah noe.

nani allen said...

1st time aku masuk kerja kt advertising company, aku pakai baju kerja kemeja tuck in dalam seluar slack. boss aku gelakkan aku. esoknya aku pegi kerja pakai jeans koyak dengan tshirt. terus dia kasi pinjam dvd iron maiden punya konsert dekat aku. best kan bos aku dulu? umur dah 60. jiwa masih rock.

Penchenta Dosa said...

Dlu kau penah kene lantik jadi pengawas?? Damn.. naseb baik kau tolak.. Kalau tak, aku tak de kawan name noe kot..

K.I.T.A said...

Bukan takat geng Tengak jer tapi
paling penting,ko akan jadi kroni Zarina..

Ladynoe™ said...

LOKMAN = wahahah! sampai macam tu sekali!

KITA = zarina? mak penyu tu? dem..

u l t r a b a e said...

SMD? batch form 1 tahun ape?

Anonymous said...

Hidup mestilah berdisiplin untuk berjaya. Pengemis tepi jalan pun berdisplin dan constant mengemis. Kalau tidak miss soru. Penagih dadah dalam pusat serenti pun berdisplin takut kena balun kecuali dia lari dari pusat pemulihan. That is not hipocrate but that is the way of life my dear. Nak hidup gitu gitu aje tak akan kemana. Any way life is about choices, happiness and keredhaan Allah. Boleh pilih mana suka.

Awang Senior

Ladynoe™ said...

Baik lah.