20.3.09

Aku rasa, aku pernah rasa cinta sejati. Mungkin.

Jujur, sampai sekarang aku masih menangis kerana rindu kan Net.

Aku simpan semua video dan gambar Net. Sebelum tidur, aku lihat semula, dan aku menangis lagi. Kononnya ada cinta baru - Acit dan Memey.

Bila aku rasa Net adalah kucing terbaik yang pernah teman hidup aku - tak pernah berak merata-rata, baik, manja, baik, bangun pagi kejutkan, baik, suka bergurau, baik, gemok, baik - dan bila aku rasa Acit dan Memey punya ciri-ciri berlawanan, jujur - aku frust.

Dulu, sewaktu hubungan aku dan Encik Tunang berantakan, putus sekejap di tengah jalan, aku sedih - aku cuba untuk move on demi kebaikan sendiri, aku cari pengganti. Lepas seorang demi seorang aku kenal, aku rasa, semuanya tak serasi. Maksud aku, semuanya tak mampu menjadi lebih baik dari Encik Tunang.

Walau sikap ambil berat Encik Pengganti Wanabe sangat ketara, tapi aku nak lelaki tinggi dari aku, aku nak yang kelaka, aku nak yang sederhana - bukan metroseksual, aku nak yang sekepala dengan aku, aku nak yang boleh lepak kedai game dengan aku sampai 2-3 jam, aku nak yang mempunyai minat variety macam aku, boring game, pergi photohunt, boring photohunt, pergi jalan-jalan cari makan, boring jadi gemok, sama-sama diet, boring layan Rock Legend, pergi Sunburst malam Sabtu ni. Bukan yang asyik makan tidur berak capmelan pun dengan muzik je macam tak ada benda lain. Macam tak ada kebolehan untuk berhibur yang lain. Aku nak yang bersih dari dadah. Alkohol apatah lagi. Aku nak yang boleh ngam dengan aku. Aku nak yang boleh sayang aku yang penuh emosi ni.

Bunyi macam demanding. Cerewet macam aku ni perfect sangat. Tapi lelaki idaman aku, bukan kategori lelaki perfect pun. Kaya, handsome, kereta, kelulusan, sekufu, tiada dalam senarai pun.

Dan semua bunyi-bunyi demanding tu hanya ada pada Encik Tunang. Walau hakikatnya kalau kami bergaduh, memang sakit hati macam kena siat, tapi aku tak berani lagi nak fikir tentang pengganti. Macam itu lah aku beza-bezakan Net dan Acit&Memey. Sampai aku perlu mohon dari tuhan beri aku kesabaran, beri aku cinta yang sama terhadap Acit&Memey - nampaknya tak makbul lagi.

Soalnya, bila aku rasa Fandi cinta sejati aku, aku boleh pilih dia untuk terus bersama aku semula. Tapi bila aku rasa Net cinta sejati aku jugak, aku tak tau kuasa apa yang aku boleh guna agar aku boleh bersama Net kembali.

Hakikatnya, memang tak ada.

Cinta sejati ke namanya ni?


p/s: sorry sebab letak nama Memey. Aku tak ikut perkembangan artis sangat pun. Tapi aku janji aku takkan pernah letak nama kucing aku Sandha. Atau Fasha apatah lagi.




17 comments :

nani allen said...

jangan. nanti kucing kau jadi bitch kalo letak nama sandha. hahaha. cinta sejati la tu. tapi pada net. bukan kucing2 lain. jangan la sedih. dah nak jadi bini org babe!

Weed and Bandages said...

uihh..jiwa parah nih.. sabaq..

apapun nota paling bwah tu potong stim nak ajak bersedih sebab kelakar ok.

:)

Penchenta Dosa said...

kalau aku letak name kucing aku Teyngak??

fararusdi said...

hmm susah kan nak cari pengganti.... hmmmmm......

shy_wani said...

mmg ssh nk cari pengganti...
ape yg bole kiter lakukan sbg manusia, terima seadanya mereka yg hadir dalam diri kiter...
pd aku, jgn sekali-kali wat perbandingan sbb kalo camtuh, smpi ke sudah xde sape2 yg perfect utk diri kiter...

haha..nasib baik ko xletak nama kucing sandha atau fasha...eeeiii, gedik aa pompuan tuh!

acituvwxyz said...

aku ngan memey mmg sejati pon. tp norman hakim plk buat taik. pastu aku lafaz RUBISH kt memey. argh..


:P

fynn jamal said...

noe,
saya siap tak layan je Debot. sebab hati masih nampak Damien.

dianna :) said...

ye jgn bagi nama sandha. fasha pun gn sama sekali.

NIMI♥ Co. said...

sengal je cik nani..ahhahaha!!bitch..lawak seyhh..

wahh u ni setie r ni orgnyer

Ayyman Rahim said...

Jangan bagi nama Fasha atau Sandha. Nanti suara dia jadi suara itik dan dia akan cari kucing-kucing yang berdarjat je. Hahaha

Sue Anna Joe said...

Bagus Noe nieh. Nanti dah ada baby sendiri, mesti jumpa kembali cinta sejati. :)

NeEM™ of Suicide Park said...

Muahaha...tak akan letak kucing nama2 artis!

erm.

ok, not local celeb.

1001 pOmpuaN said...

aku xsuke kucing erkk phobia beb..

staepler said...

dapatkan cinta sejati dari Allah...
yang lain-lain akan datang sendiri..

iYda Juhar said...

owhhhhh. tidak. jangan diberi name tersebut.ekkekek

adamLUBA said...

mati-mati aku ingat hang cita pasal zai (net) T___T

Silverleaf said...

nak tanye sket bleh?...maaf le xde kaitan ngan entri pun....camane nak ajar kucing gune litter box?.....merata rata dier melepaskan hajat......