8.3.09

Jadi Kurus memang seronok.


Semalam punya semalam punya semalam, aku bukan tak ada kerja. Ada. Tapi bos tak ada. Deadline pun lambat lagi. Bos kecik tanya "bila boleh siap?" aku jawab "Jumaat", pun dah terkejut. Cepat sangat, katanya. Dia cakap, "Rabu depan" - Beb, bahgianya.

Jadi alang-alang lapang, aku habis kan masa browse kembali gambar-gambar lama sekitar 2007. Gambar posing dalam kereta paling banyak. Dan kebanyakkan baju yang aku pakai di dalam gambar-gambar tu semua dah tak muat untuk dipakai sekarang. Aku lihat gambar sendiri - satu demi satu. Zaman tak makan saman. Zaman emosi huru hara.

Persoalannya - emosi aku memang nak kena terganggu - baru boleh jadi kurus ke?

Persoalan kedua - macam mana nak diet bila hidup di kalangan orang yang foodie? Atau hidup di kalangan orang yang memang menjadikan makan sebagai aktiviti sampingan yang menggembirakan? Aku taknak jadi lone ranger macam dulu lagi. Orang pergi makan ramai-ramai, pergi berseronok hu ha hu ha, aku nak terperuk seorangan hanya kerana satu sebab - D I E T. Macam tu?

Time study boleh la. Time dah kerja. Time dah kesana sini merata-rata. Takkan orang pesan blackpaper steak aku nak pesan salad? Aku bukan kambing. OK la, makan salad sorang-sorang kat rumah tanpa pengaruh sekeliling, mungkin mampu berjaya. Ini makan benda merepek bersama orang sekeliling makan makanan kegemaran aku - tak ke macam bangang perasaan aku nanti? Nak nak, kekasih sendiri tak peduli aku nak diet atau tidak.

Tapi tu la hakikat. Jadi kurus memang seronok. Aku pernah rasa lah jugak walau tak se-slim supermodel. Pakai baju saiz M, cutting seluar pun senang nak cari. Pergi mana-mana orang suwit-suwit. Dan yang paling hebat, orang sanggup nak berskandal walau tahu kau sudah berpunya. Pernah kau dengar lelaki tergila-gila nak berskandal dengan perempuan gemok yang dah ada steady boyfriend? Pernah? Satu dalam seribu beb.

Aku bukan nak hina orang berbadan gemuk. Sebab aku rasa aku pun gemuk. Motivasi tu ada. Tapi tak lama. Bila jumpa kawan yang dulu gemuk, sekarang kurus, aku jadi sakit hati. Siap beli Herbalife, siap beli kotak sauna. Siap minum jamu sampai tercirit-cirit. Tapi bila letak nasik lauk ayam masak berlada depan mata pun aku boleh senang-senang surrender, apa cerita?

OK lah, jadi kurus memang seronok. Tapi, PROSES nak jadi kurus tu, memang siksa, nyah. Tapi, jadi kurus memang seronok. Bonus. Jangan nak optimis sangat menafikan. Aku bukan cakap tentang kurus sampai tahap aneroxia. Tapi maksud aku di sini, cukup untuk tahap orang tak panggil kau gemok dan nak beli baju paling besar pun saiz M. Bukan S, itu kedengking. Aku cakap M.

Aku bukan mengeluh. Tapi inilah hakikat yang memenangkan disiplin sebagai asas penting untuk nak berjaya dalam sesuatu hal.

Heh. =)



p/s: sekarang ni, pagi-pagi aku bangun jam 5.30 pagi. Tepat 5.30 pagi. Punch card tak boleh lebih 8.15 pagi. Disiplin betul aku sekarang. Patut dikagumi tau. Haha.



28 comments :

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

salam singgah...

jadi kurus memang seronok tp jd chubby lagi comel kan???

hihi....

zaidharis said...

wah,
sungguh berdisiplin,
sungguh berkomitmen,

hehe~

zaidharis said...

wah,
sungguh berdisiplin,
sungguh berkomitmen,

hehe~

NBMS said...

haha. saya pun tengah berusaha nak kurus macam dulu.. hari2 jd kambing, makan salad n buah.. exercise malas.. lambat la kesannya..

awak nak kahwin, mesti nak nampak lawa dalam gambar kan? sakit hati nanti kalau dalam gambar nampak double chin. :p

BeN`z said...

hehe.betul,badan size M mmg senang cari baju.tu aku 7 tahun lps,skrg dah up size L.kekadang XL *pasrah*

nak diet ni bukan sebab nak kurus keding,diet sbb jalan sikit pun dah rasa mengah.x sihat.tukar size badan, kena la jgk beli baju+seluar baru..cost dh kat situ.

cita-cita je aku ni nak kurus,tp entah bila la nak slim.huhuhu..pasrah aje la noe..hehehe

duneaku said...

hai..wah...sungguh berdisiplin ye...guddd....i like ur attitude!

hurmm...since u wanna lose ur weight ...i suggest u drop by my page..there's a good insight for u in my latest entry..

hope to keep in touch with u soon!

Take Care!

nik awin said...

Ala,gemuk sikit2 apa salahnya.jgn smpai obese je.

Ada lemak sikit,bru bes huby nk peluk2-ckp bdasarkn xperience nih

John Iverson said...

Nk kurus senang je... jom ikut saya hahaha

K.I.T.A said...

Tak de la best mana jadi orang kurus.
Bile dekat aircon cepat sejuk,
Makan sikit jer dah kenyang,
Nanti,orang ejek kita macam lidi,
Paling penting..orang kurus selalu
kene buli buat keje lebih:
"Yelah,ko kan kurus mesti rajin.Lain lah kite yang gemuk"

p/s:kata-kata orang yang telah berusaha bekali-kali untuk slim tapi semakin fat jer.Hehehehe

peej said...

betul la tu..sama la..
bukan la nak salahkan orang sekeliling..mmg aku ni suka makan pun..
tapi niat nak kurus selalu x kesampaian..
kalau dah nekad..balik kelas je terus naik atas..xmo tau apa makanan kat dapur..
tp sampai depan pintu..mak aku dah bg tau, hari ni masak kurma ayam, sambal tumis telur, masak lemak sayur..abis mcm mana??

owh by the way..aku suka blog kau.. ;)

joegrimjow said...

saya dah turun 15kg dalam masa 3 bulan.
ada cara yang sesuai dengan diet yg btol
ramai assume diet=xmakan
salah 2
de tulis pasal perjalanan menjadi kurus kat blog
heee

Weed and Bandages said...

my dear noe, hows persiapan? rindu pulak dah lama tak kesini.

anyway, msweed tak suka kurus sangat2.. rasa nak melayang! pernah sekurus 44kg. (emosi terganggu waktu itu)

lately ini dah naik 2kg, yang mana berat sekarang 47kg. :) ok lah tu.. pp rasa kembung sikit..

kalau kuruih sangat kan,.jalan kat jalan raya..lori besaq lalu, rasa nak melayang!

fynn jamal said...

noe,

just for that day noe.
lepas setel je majlis,

SERANG!!!!!!!

tgk mak sekawang. kusyen, nokk. tak wela makk.

l0ti f00l garden said...

kurus tp muncit..lg seksa...huhuhuhuhu...kalo blh nk pkai karung guni je nk kaber kebuncitan.aniway,im ur silent reader n dh link kan kamu...singah2la ke teratak buruk saya ek...

HidupItuManis said...

aku Xnak la kurus sgt, cukup bile nampak kat cermin bdn tu slim & fit dan Xperlu termenung lelame nak pilih baju yg sesuai dan tidak memalukan, maksud aku baju yang tidak terlalu besar sampai nmpak mcm makcik dan tidak terlalu kecik sampai nampak spare part extra kat bdn. tapi mmg tak tercapai lagi impian aku nak kurus tu...mcm dah fedup jer.......huh..

Hally said...

before nak kawin on nov 2007, aku berusaha sedaya upaya utk menguruskan berat badan. dari 65 kg turun ke 58kg..

sekarang setelah hampir 4bulan aku mendirikan rumah tangga, berat aku kembali ker 65 kg..

kata suamiku, jgn kurus sgt.. tak syok nak peluk.. rasa tulang jer.. hee

renung-renungkan.. dan selamat beramal.

:)

- Isabella - said...

aihhhh..baju paling besar M??

aku pulak...paling kecil la M...

serius, gemuk sgt shit la:(

Babe said...

It s all about healthy lifestyle. been there done that.


heeh salam to the blog owner:) jauh saya bloghopping;)

durian said...

ah! inilah semua fakta2 yang aku sorokkan di sebalik nama blog aku selama ini! kau dah kantoikan!

kau kejam noe! kejam!!

tolong la cakap entry ni khas untuk perempuan sebab aku plan nak pegi beli tali skipping jap lagi.

bye..(baca dengan bunyi lemak bergegar di sekeliling peti suara)

Cik said...

best jd kurus. sgt2.

kury lagi said...

nota untuk rangkap pertama yang kau tulis tu..buat aku benci kau...

demmit ah!...

BudAk hijAu said...

awal sungguh bngun.tolong wakeup call skali...hehehehe..

Afzan said...

ye2.. setuju2. memang jeles tgk org kurus. lg jeles tgk org yg mkn byk gile tp x gemuk2 gak. benci.

pakcik said...

teringat bual2 dengan pak sedara..

pakcik: " pakcik boleh ka makan gulai kambing ni"

pak sedara: "boleh..awat tak boleh"

pakcik: "bukan ada darah tinggi ka"

pak sedara: "makan memang boleh, sakit nanti tanggung la"

pakcik dalam hati: "kena sebijik"


makan ja apa noe nak..tp sbb abad 21 nih pastikan mknn 2 "sihat".. n buat exercise bebanyak... insyallah tak gemuk la.. kalu vege pun..makan tido..makan tido..confirm masuk spital gak...

Ara said...

emmmm...nak kurusss...~ sbb saye ade mslh muncet...argh! x suke...mkn sket je muncet...mkn sket je perut naik..ini tidak adil! argh!! kdg tu, lg elok gemuk dr muncet kot.. ;(

huhu..hello..blogwalking.. ;)

iYda Juhar said...

tulah. kekadang aku pon pelik macam ne berat badan aku boleh nambah nihhh.

tapi aku tak kan diet.
maybe kurang makan sket ngan tambah eksesais jer.

(;

Anonymous said...

nmpk u kat hotdog1901 tadi..mknn kurus ekk??hehehe=p

Ladynoe™ said...

gulp.