31.3.09

Kadang-kadang, kalau terdesak, memang kena keji sikit.

Hari ni aku pakai seluar yang agak londeh. Aku tak pasti londeh sebab seluar tu memang kualiti cap ayam, atau memang perut aku dah mengempis 1 milimiter. Jadi aku ke SOGO beli tali pinggang cokia. Memang cokia sebab buckle dia besar macam saiz buah ciku. Mula-mula test, rasa macam OK. Bila sampai pejabat selepas habis waktu rehat, semua cakap buckle tali pinggang aku terjojol.

Nampak buncit dari pandangan sisi.

Petang tadi, dalam perjalanan balik di dalam komuter, aku dapat kerusi untuk duduk. Bila kamu dalam keletihan yang amat sangat, lepas tu mata berpinau macam nak pitam, bila dapat duduk dalam komuter tu, diibaratkan macam anugerah yang sama hebat macam Anugerah Bintang Popular lah.

Tiba-tiba 3 orang akak-akak baju kurung berdiri di sebelah aku.

Mula-mula aku rasa semua macam berjalan lancar.

Tiba-tiba,

"Dik bangun dik, akak ni mengandung," akak baju kurung putih kuis-kusi bahu aku sambil menunjuk kawan dia, akak baju kurung ungu di sebelahnya.

Aku toleh ke arah perempuan baju kurung ungu yang mengandung kononnya. Dalam tangan dia ada plastik snek Mamie yang belum di buka. Dan sebungkus nenas potong yang di suapkan satu persatu. Aku pandang perut dia. Macam kempis. Awal lagi usia kandungan nya.

"Owh. Tapi saya pun mengandung jugak," - aku jawab spontan.

"Owh yea ke," - ketiga-tiga akak baju kurung tu toleh ke perut aku.

Memang nampak buncit.

"Ok sorry-sorry," - Kata akak baju kurung putih.

Aku penat tau tak? Dah la sakit kaki. Memang kena keji sikit dalam hal ni.

Terima kasih tali pinggang buckle besar buah ciku ku.

Sorry la kak, akak kena buat-buat pucat tanpa make up dan jangan makan nenas untuk orang macam aku bertimbang rasa. Kan aku dah cakap, kadang-kadang kalau terdesak, memang kena keji sikit.

Sikit je lah.




31 comments :

Penchenta Dosa said...

cepat belajar eh??

.AzFaRuL. said...

itu bukan keji, itu nak hidup. ;)

durian said...

kalau aku la, aku ckp mcm ni :
nak duduk boleh, tukar ngan buah nenas. lama la aku tak makan nenas..

Von said...

selalu kalau aku naik lrt bleh duduk, aku buat2 lena, khusyuk.

yanasaja said...

hahaha.bengong glerh...tapi taktik mengandung neh memamg hebat lah....

kalau da dalam komuter lagilah afta working hours mmg berebutlah nak seat jer.

peej said...

haha ok lawak..
bagus jugak idea kau tu..
aku mmg nampak mengandung..tp perut aku agak lapis2..x bulat mcm selalu..rasa2 org akan percaya ke??

W. Hidney said...

hahaha... untung ada buckle tu. boleh buat alasan. but looking back... memang u keji. sikit jer la wakakaka

Ayyman Rahim said...

Mmg patut pun, makcik skrg mmg suka buat macamtu. Haritu naik ktm, ada makcik tu saja buat2 dududk depan and buat2 muka penat, akhirnya bg dia tmpt duduk jgk. Suka la tu!

Weed and Bandages said...

bab2 macam ni ms weed stuju.

shakira said...

haha mmg patut pun buat macam tu. sy tak rasa keji, tp mcm the right thing to do. sbb diorg pon ngelat wut? haha

NIMI♥ Co. said...

busuk giler!!
ahahhaha..
ade hikmah rupenyer pakai buckle terjojol tue..
aahhahha..
lawak!!

Fynn Jamal said...

noe.
kelaka noe.

siyes.

LadY ShiE said...

mengandung, tapi mkn nenas? apekahhh..?

tak yah bg duduk pun takpe, noe..

saya.L-A-N-N said...

akak tu lg keji. mcm tipu je. org mengandung jadah makan nanas? kan tajam tu. ntah. aku hentam je. =D

ainahfufufu said...

ahaha..xkejam la..ok je :DD

neeta said...

i rase u lagi mulia dr akak-yg-konon-mengandnung itu...

sah2 dia yg cube menipu...

tell her in her face, "hai,kak!Sdap mkn NENAS nampak...! Dah bape bulan ngandung neh?" . (ckp sambil senyum2 nak baling slipper jepun pade dia bile u ckp camtu.

:)

Bleeding Heart said...

mmg keji r
tp kdg2 tu r care kte nk idup kan

tp akak tu lg keji r
maybe die nk idup gak tp bkn kandungan die

huahuahua

F A R Y N said...

pompuan tu mkn nenas tapi mengandung?
mungkin mengandungkan anak taik...
huhuhuh

y@ni3 said...

akak tuh yang keji. serius...

cik indie said...

ladynoe,

aku bukan nak backing makcik or akak tu.. tapi, kwn aku yg tgh pregnant skang ni pun mmg selamba makan nenas. dia kata mak dia ckp boleh. tapi aku xseberani tu la.

teringat zmn aku sekolah rendah, every time aku naik kenderaan awam dan dapat sit, if ada org lebih memerlukan, aku sure mengalah. tapi, sekarang tak sure boleh buat ke tak.

huhu

Tijah said...

kedai mana ko beli talipinggang tu? aku pun nak beli gak la...

Diloz said...

sama macam iklan kat tv tu!

mentallyaddicted said...

rahim ibu adalah paling kuat. arituh aku makan nenas dengan garam sebab terliur sangat ehehe, alhamdulillah takde ape pun. sebenarnya bergantung pada rahim dan hormon masing² kot.

mananya kad kawin? aku mengidam nak makan nasi kenduri nih.

akiss said...

mmg BODOHs lah kakak bernenas tu. arrrhhh!

jojie-elle said...

ahahahahahahaah!! sengal la ko! buckle tu vesar banget ker?

hikhik

messithara said...

aku pnh guna alasan yg sama bl kena tahan ngan polis trafic sbb x pki seat belt..lepas beb..
hehehee..

nani allen said...

takpe. sebab dlam tren tu ada org lain lagi. mesti ada org kasi dia tempat duduk so x perlu rasa bersalah wahahaha

Ara said...

long live the buckle belt!(hehe...tetibe) ;p

atieza said...

oowwh! kalo perut die kempes then makan nenas sure itu bukan mengandung. dulu mak ckp awal kndungan xleh mkn nenas. tp da boyot bleh la kot. huhu..

anyway, congrats x lama lg nk pegang title ISTERI.. dup dap! dup dap!

A Retired Playette said...

uh, bagus taktik itu..patutu dicoba lepas ni..heh

zaria said...

nice one!funny.adeh la