29.3.09

Manusia normal memang melakukan benda bangang walau dia tau benda tu bangang.

Kurang enam hari dari hari ini, maksud aku, dari saat ini, aku akan bergelar - isteri. Diulangi, ISTERI - satu kata nama yang macam kelakar untuk seorang 'Aku' sandang. Tapi faktanya di sini ialah - kehidupan dan taraf stimulasi tidak lagi akan menjadi normal seperti dulu.

Kawan satu pejabat aku cakap, lepas ni tak boleh lagi guna nama Perempuan Jomblo. Aku disarankan untuk menukar nama ke Perempuan BlowJom. 'BlowJom' - sesuai dengan jawatan yang aku sandang sebagai seorang isteri di waktu malam, kononnya. (wak lu)

Sebenarnya, aku memang fobiakan perkahwinan sejak dulu. Nama pun anak bungsu. Jadi, sikit sebanyak hidup aku berlandaskan pratonton realiti berpasangan dan berumahtanga yang dilakonkan oleh adik beradik aku sendiri.

Itu satu hal. Keduanya, apa yang aku faham- menjadi seorang isteri ni, bagi aku, kamu akan terdedah dengan dosa berganda. Bila dah kawen, flirt dalam hati pun boleh berdosa.

Persoalan demi persoalan timbul dalam kepala aku - boleh ke jadi isteri yang baik? Baik di hati, baik di iman, baik di dapur, baik di bilik apatah lagi. Boleh ke jadi isteri yang tak mencarut-carut bila si suami membuat tindakan yang secara logiknya tidak rasional? Boleh ke aku patuh? Boleh ke aku akur? Boleh ke aku setia?

Bila aku dah masuk bekerja di tempat yang agak 'luas' sikit dari yang sebelum ni, baru aku faham macam mana fenomena bini orang skandal dengan suami orang, atau anak dara tua bercinta dengan suami orang atau apa-apa sahajalah yang berkaitan dengan skandal. Dulu aku rasa, benda-benda bangang tu, orang bangang je buat. Tapi bila di saat-saat akhir aku nak mengakhirkan zaman bujang ni, aku di tempatkan di tempat yang aku boleh belajar lebih banyak lagi perkara yang berkaitan dengan psikologi dan realiti.

Hakikatnya, nak berumah tangga aku memang dah bersedia lama dah. Tapi, dari segi praktikal dalamannya, aku macam ragu-ragu dengan kemampuan dan tuntutan nafsu sendiri.

Sebab satu fakta yang kamu patut tahu - 'Perempuan memang di jadikan tuhan untuk berkorban demi lelaki'

Aku tak mahu cakap banyak. Tak mahu selar lebih-lebih. Sebab, bila aku semakin terdedah dengan realiti, semakin aku rasa, manusia normal, memang akan melakukan benda bangang walau dia tahu benda tu bangang.

Walhal, dia tak bangang pun.


p/s: semuanya nafsu punya pasal. kot.




22 comments :

.AzFaRuL. said...

erk... terlupa nk tulis apa slps trgamam melihat iklan arak anglia dibwh..

Von said...

nafsu itu aneh.

Weed and Bandages said...

selamat berdebar ok? :)

QuTaQ said...

otomatik kau akan berusaha untuk jadi isteri yang baik..

pengalaman aku la kan...

selamat yep!

.::jarjar::. said...

will you write differently lepas menjadi seorang isteri?


hopefully not! love all your writings..good luck on your BIG day!! :)

Penchenta Dosa said...

Babe post kau kali ni betul-betul cun.. Aku respek abih.. Kau layak untuk kawin!!

iYda Juhar said...

selamat kawen!!!!
(;

aaayien(,") said...

walaupun cmne bangang pun..aku ttp syg ko beb.. cayolah ckp den..

Khairul said...

laki biasanya lagi banyak bekorban demi gadis tercintanya...isk...isk..

fynn jamal said...

boleh noe.
bolehhhhh

Z said...

YAYT (Ya Allah Ya Tuhanku)

aku pun berdebar untuk kau, Noe :)

kepakkepakkebungkebungggg

honey said...

selamat utk semuanye noe!

MyAishah said...

noe, semua akan berubah lepas ijab kabul...

trust me!!

Hanis Zalikha said...

pandai buat orang cuak sekali (ceh sebok je risau diri dah tableh skandal2 kalau dah kawen haha)

Anonymous said...

betul tue,sebab tue r ada yg tak kisah bercinta dgn budak2 atau tak kisah bercinta dgn duda hik3

Ladynoe™ said...

Anonymous = rasanya takde salah becinta dengan duda. Kalau one day aku ni janda pun, aku harap ada org sudi nak becinta dengan aku.

peej said...

kan..dan orang2 bangang itu lepas tu nak merayu2..dgn harapan org yg dirayu itu menjadi bangang dan menerima maafkan semuanya..

semua salah nafsu..kan menerima padah..

Fadeadsy said...

owh. aku kdg2 pk psl nak jd isteri ni mmg wat aku mcm xnak kawen. kdg2 mmg aku pk isteri dijadikan tuhan tuk berkorban demi suaminye. haih. bukan aku nak mempertikaikan hukum tuhan tp kdg2 nafsu perempuan aku yg mempersoalkan hak isteri tu sendiri. dilemma ngan mak mentua bagai. haih. tp org lain boleh nape aku xleh pulak. sume tuh fitrah. sminggu lagi ko nak kawen kn. all the best.

Chooyaya! said...

Dah kawen dah skarang kan? Tahniah. Aku pulak lagi 2 bulan nak kawen jugak. Terasa cam takot sama cam nko la... Boleh ker jadik isteri yang baik? Kadang2 terasa cam perangai cam budak2 n lepas diri sendirik jerk. Tengok kakak2 yang lain, kalau laki masing2 nak makan, sebok2 dok sama n siap hidang. Cam aku, pas makan terus lepak depan tv and secara tak sengaja tertinggal dia makan sorang2. Lupa yang dia tu bakal suami wpun bru jadik tunang! Arghhhh!!!!

フリヤブラズ said...

perempuan blowjom.
hahaha.
cube bayangkan.
hahaha.
congrats da kawen.(:

Muhd Rushdi - Didiz said...

walaupun ladynoe dah pun kawin, tidak terlambat utk mengatakan fakta ini "kelemahan lelaki adalah perempuan" walaupun faktanya perempuan diciptakan utk berkorban untuk lelaki"

pendek kata... ladynoe ada power jugalah lepas nie utk bermaharajalela, use it wisely. hahahahha

cik bulan said...

"Sebenarnya, aku memang fobiakan perkahwinan sejak dulu. Nama pun anak bungsu. Jadi, sikit sebanyak hidup aku berlandaskan pratonton realiti berpasangan dan berumahtanga yang dilakonkan oleh adik beradik aku sendiri."

itu yg aku alami skarang. tp berdasarkan umur aku skang x leh ckp bab kawin lg.hahahah