2.3.09

Pagi Pertama Sebagai Konsumer Komuter Yang Berjaya

sekadar gamba hiasan

Kira-kira sebulan tiga hari dari hari ini, baru boleh bercerita tentang malam pertama. Itupun kalau muka aku dah tak reti malu dan otak tak reti fikir musibah kena ban.

Hari ini, pertama kali dalam hidup aku, pergi kerja naik komuter. Benda tak ada lah isu sangat. Cuma aku anggap, pengalaman pertama aku ni, akan membawa ke pengalaman seterusnya. Yang mungkin sama. Mungkin lagi dahsyat.

Kalau kawasan pejabat baru aku tu mempunyai kualiti trafik yang lancar, mungkin aku tak bersusah-susah menggunakan pengangkutan awam. Kalau berangan nak memandu juga, bangun jam 4 pagi lah gamaknya.

Tapi naik pengangkutan awam ni...not bad lah juga. Aku dapat cuci mata. Tengok ramai orang berpusu-pusu. Tentang bau, pagi mungkin hari ini nasib aku baik, sebab pagi-pagi hidung dah tersumbat berhingus. Jadi aku tak bau apa-apa pun.

Itu satu. Keduanya, bila guna pengangkutan awam ni, orang takkan pandang kualiti imej kamu pun. Kalau muka hensem atau cun macam mana, orang takkan peduli. Kau akan tetap terhimpit di antara pengguna lain dan cermin atau tiang atau pintu komuter juga. Macam pagi tadi, ada mamat comel duduk tepi pintu. Pakai smart-smart. Alih-alih kena lenyet dengan mat bangla berkali-kali. Kena lenyet di setiap perhentian stesen pulak tu. Aku boleh tergelak tengok muka mamat tu melekat penuh aksi kat cermin komuter.

Ketiganya, aku lihat orang kita lebih suka habiskan masa dan peluang duduk di dalam komuter dengan - tidur. Pagi tadi jugak, akak cun bertudung kemas, pakai blazer, sekali tidur sampai tersengguk-sengguk. Belum lagi ahso yang tidur sampai ternganga. Macam-macam gaya tidur aku tengok tadi. Paling skill, berdiri sambil pegang tiang pun boleh tidur. Aku rasa nak kejut dia dan mintak ajarkan macam mana dia boleh ada skill tu.

Seterusnya, aku rasa, semenjak menjadi pengguna pengangkutan awam ni, aku rasa pergerakkan aku tak bebas. Aku kena kongsi pengangkutan ramai-ramai ke destinasi yang dituju. Aku tak boleh lagi nak touch-up eyeliner macam yang aku selalu buat semasa memandu dulu. Paling tak best dan tak bebas ialah, aku tak boleh nak kentut sesuka hati macam dulu. Boleh tu boleh. Tapi rasa macam tak sanggup pulak nak tahan malu bila tengok orang mengibas-ngibas hidung. Walau orang mungkin tak boleh kesan milik siapakah bau itu, tapi, ala, rasa cili, mana pernah manis. Kan? Kesimpulannya, terpaksa tahan la nak taknak.

Insiden semasa balik, jangan cakap lah. Terpaksa lepaskan 3 komuter sebab memang dah tak muat masuk. Dan, ya, hidung aku dah tak tersumbat lagi petang tu. Oh~

Lagi satu, aku rasa, kalau 2 tahun dahulu aku menjadi pengguna pengangkutan awam, mesti aku tak gemok macam sekarang.

Serius beb. Pakai smart-smart, alih-alih berhimpit jugak. Alih-alih menapak jauh jugak, sampai opis..peh..basah!






Basah peluh la!

Cair make-up mak, nyah.


20 comments :

nani allen said...

takpe. lepas kawin nanti buleh suruh fendi hantar g opis. kan kan hehehe wey ko dah nak kahwin bestnya!!!

Penchenta Dosa said...

ketibas..

The Adlin said...

huhu..satu je komen aku pasal komuter ni..

it really SUCKS!!!

aku sumpah kalau aku dah ada kereta sendiri,aku xkan naik komuter lagi kecuali betul2 darurat!!!huhu...

sleepyhead said...

salam,one thing for sure,i hate public transport. eventho kena naik hari2. dan kadang2 pernah kena lepaskan 5 tren.tsskk tssk....

A.k.i.r.a ~ c.h.a.n said...

i had bad memories with komuter ni..

bukannye ter'kantoi' or ter.. tau!

pena tunggu satu komuter sampai 2 jam..!

pastu tobat dah tamau naik komuter sesaje ni..

.AzFaRuL. said...

rindu nya ku pada zaman itu.

;)

*pil.tahan.sakit* said...

hehe..
naik public transport ni thrill gak. nak kene berebut2.

make sure hati2. handphone i pernah hilang dlm komuter gak! masa tu pack gilaaa.. haih~

Silverleaf said...

hmmmm I heard that there are a lot of pickpockets in the komuter....be careful....

Helmi Razali said...

Noe, setuju dgn silverleaf. Tahun lepas, time summer break, pergi KL naik pengangkutan awam. keluar2, handset kena seluk. Cilanat betul sapa yg seluk. Aku rasa nk sepak telur dia sampai berderai, then gergaji muka dia biar jadik macam mona fendi. haish.

masa naik komuter, pastikan handbag dizip (ko bawak handbag kan??) sebab time sempit2 tu, kekadang ada tangan yg cuba masuk dalam handbag ko. Pernah jadi kat kawan kakak aku.

p.s. silap pulak, komuter x de la teruk sangat. yg teruk selalunya LRT. so kalau boleh, elakkan naik LRT yg sesak2. ambik yg kurang orang sikit. ha ha

Weed and Bandages said...

merasalahhhhhhh.. hahahahaha.. (poyo buat ayat macam nyah sambil point jari telunjuk)

ms weed dari kecil semua dengan public transport. tadak kereta.

sekarang ada kereta itu pun 2nd hand. bab2 pengangkutan memang kurang memilih sebab dah biasa yang sederhana.

dulu selalu sketch orang dalam bas. :D

W. Hidney said...

kat bintulu x der komuter or lrt... tapi bas ada. mo oles de sem la tu... i have nothing against public transport. but i have everything against dumb people who thinks the public transports are theirs. wadafak!

l0ti f00l garden said...

komoter suck!!!pernah tunggu komuter selama sejam..walhal nk g dekat jek...berbulu je rasa...anouncement dh xlarat nk dengo dh...pastuh dh pobia dah nk naik komuter.kalo terpaksa,how to do...hadap je la

orangorang said...

tension beb naik komuter. xlarat nak tunggu berjam2 tp last2 xdpt masuk sbb penuh.Sudahnya, pindah rumah yg ada lrt kat depan rumah. selesai 1 masalah hidup.

K.I.T.A said...

Noe,nanti letak gambar ko posing maut dalam KTM pulak..hehehehe

RIDZWAN AHMAD said...

hurmmm..pengangkutan awam kt malaysia ni..biler la nak berubah ke arah yang berkualiti skit..haha..

teringat masa praktikal dan time2 blaja dlu..pengangkutan awam yang sering digunakan lrt komuter dan rapidkl..

biasa laa tu,pg2 smua wangi.tunggu jek smp ptg.time tu dah x pikir aper dah..

Ladynoe™ said...

bab pickpocket la yang paling aku seram. aku tak bawak handbag. aku bawak backpack. mcm gedik je nak bawak handbag kat tengah tengah crowd. mcm cari nahas je.

Ahmad Azrin Aziz said...

:)

iYda Juhar said...

komuter??? memang penat.
aku paling suke dan biase aku naek lrt putra. antara banyak2 ketapi letrik ade kat malaya nih, tu la yang paling ok bagi aku.

haihhhhh.

tapi best gak,boel cuci mate.
kekek

Faisal Zakaria said...

wahahaha!
dah 5 hari tak update.
penat sungguh naik komuter.

jojie-elle said...

huhu.. x mengapa beb.. ko sbr je lah.. ahaha..
len kali ko tangkap lah pic budak laki comel td.. ahaha

leh cuci mate ;p