13.3.09

Polis pun Manusia Jugak

PJ = Perempuan Jomblo
PL = Polis Lelaki
PW = Polis Wanita

Lupa tarikh. Tapi yang aku ingat, insiden berlaku sekitar hujung tahun lepas. Kira-kira jam 4.30 pagi, aku memandu dari kejauhan Sri Hartamas ke Kuala Kubu. Baru pulang dari kerja. Biasa la advertising. Memang kerja macam lembu sikit.

Sampai di pekan Rawang, 2 orang polis traffik mengelip-ngelipkan lampu suluhnya ke arah aku - suruh berhenti.

Aku berhenti. Bukak tingkap.

Polis (1) - pendek, muka macam ala-ala jawa Batu Pahat sikit, menyuluh-nyuluh ke dalam kereta. Tali pinggang keledar semua pakai. Semua lengkap. Tiada salah apa-apa.

Polis (2) - abang misai, memeriksa lampu kereta dari belakang sampai ke depan;

──────────────────────────────────────────────

PL (1) : Mintak IC dengan lesen dik.

Aku bagi.

PL (1) : Lesen ni dah mati dah ni dik.

PJ : Alamak ye ke?

PL (1) : Ye la. Tamat tahun bulan Disember 2006 ni dik. Macam mana ni? Boleh kena tarik kereta ni. Macam mana ni?

PJ : Oh tunggu jap.

Aku kelebek dompet lagi. Bagi lesen terkini. Gelap lah. Lampu dalam kereta dah terbakar. Mana nak nampak.

Selepas menyerahkan semua dokumen penting,

PL (1) : Dari mana pagi-pagi buta ni? Disko ke?
PJ : Eh tak la bang, balik dari kerja.
PL (1) : Kerja?! Ada ke orang kerja pagi pagi buta ni?

Sambil mengerut-ngerutkan kening.

PJ : Habis, abang buat apa kat sini?

Dia senyap. Angguk-angguk dengan motif aku sendiri tak tau.

PL (1) : Kerja kat mana?
PJ: Hartamas.
PL (1) : Sebagai apa tu?
PJ : Designer
PL (1) : Designer tu buat apa?
PJ : Buat iklan
Pl (1) : Bidang dia macam mana?
PJ : Bidang iklan lah.
PL (1) : macam mana bidang iklan tu?

Time ni aku dah mencarut-carut dalam hati.

PJ : Bidang iklan tu bidang iklan lah. Penting ke bang?
PL (1) : Tak de lah. Saje tanya. Ada bisness kad?
PJ : Takde la bang.
PL (1) : Nombor telefon ke.... ada?
PJ : Takde.

Tiba-tiba polis lelaki (2) bersuara.

PL (2) : Wah banyaknya kereta ferrari kau! Kereta perempuan selalunya banyak bunga. Kau dalam kereta letak kereta pulak.

Aku buat-buat senyum. Tak ikhlas pun. Polis lelaki (1) menyerah kembali dokumen penting.

PL (1) : OK lah. Takde apa-apa lagi. Jalan elok-elok.
PJ : Abang tahan saya ni kenapa? Nak duit kopi eh?

Aku pandang muka dia. Tunggu jawapan. Dia hanya membalas dengan senyum ketat. Agak macam lama je tak berbunyi, aku blah. Aku rasa macam bodoh je. Maksud aku, insiden tadi, insiden bodoh. Dan yang pelik, dalam 3-4 buah kereta yang lalu di jalan yang sama, apsal nak tahan kereta aku je? Bukan ke obviously tak bermotif? Dengan tak ada board "BERHENTI Pemeriksaan Polis", dengan tak ada safety cone, dengan naik kapcai honda cup. Dah la berdua je pulak tu.
──────────────────────────────────────────────

Kadang-kadang aku pun pelik bila sesetengah manusia ni ambil kesempatan guna kuasa untuk kepentingan diri sendiri. Baru lans kopral tu, belum lagi sarjan major atau officer. Aku bukan apa, arwah abah aku pun polis juga. Ketua Balai di Rasa suatu ketika dahulu. Aku menulis sebab pernah hidup dalam komuniti polis. Abah aku siap pernah kena ilmu hitam dengan orang bawahan sendiri. Aku pernah lihat abah aku tengking orang bawahan sendiri sebab si polan terlibat dengan rasuah. Dan pernah ada penduduk setempat cuba nak 'menghulur' abah aku agar abah aku lepaskan anak mereka yang mencuri lembu benggali sampai berekor-ekor. Ingat senang-senang je nak beli maruah abah aku? Akibatnya, kami adik beradik kena buli tiap kali semasa pulang dari mengaji. Kena ejek toksah cakap lah. Kena panggil anak anjing, pun dah lali.

Mengenal abah sebagai OCS polis, buat aku belajar satu benda yang aku akan pegang sampai bila-bila -

-jadi ketua ni, kalau kau tegas, jujur dan ikhlas, orang bawahan akan benci. Tapi bila kau menyeleweng, ajak orang bawahan kamu serang perkampungan pendatang tanpa izin dan minta duit dari hasil titik peluh mereka, confirm ramai anak buah kau sayang kau.

Jadi kamu boleh pilih. Tapi ingat, setakat anak buah je suka, tak guna. 'Kat atas' sana tu yang penting.

Bagi aku, secara teknikalnya, kita semua ketua. Terutamanya lelaki. Memang dah dilahirkan sebagai khalifah. Walau kau bukan ketua di pejabat kau, tapi lepas kau kawen, kau jadi ketua keluarga jugak. Jadi, masing-masing, aku rasa, patut fikir secara rasional tanggungjawab sebenar seorang ketua terhadap gawaian tertentu.

Kau ketua diri kau sendiri. Kau lead diri kau sendiri. Betul?

Dan ketua sesama ketua, mesti faham tangunggjawab masing-masing. Sebab, nanti kat sana, semua benda Dia akan soal. OK, manusia semua?

Aku faham ramai yang tak suka polis sebab banyak kali terkena dengan polis-polis tak boleh pakai sebelum ni. Tapi masalahnya aku tak boleh nak benci polis sebab sejak lahir aku dah jumpa polis yang terbaik di dunia.

=)



31 comments :

zeela lalala said...

kalau smpai nak guna ilmu hitam segala, baik suruh bomoh tu sndri yg jadi ketua.

aku benci betul dgn org yg suka kenakan org lain dgn cara kurang ajar.

ok noe, last skali ni mmg best. haha.
PJ : Abang tahan saya ni kenapa? Nak duit kopi eh?

mula dengan K. said...

polis kita famous sampai ke indon woo..haritu aku pegi sane, itu je diorang nak tanye...

ayu said...

ntah2 bukan polis pun. huh. aku pun pnah kena. tp sbb aku takut, aku perempuan, so aku bg duit dan terus cepat2 blah. blerghhh benci betul bila ingat

Bob Azrul said...

salam jenguk..
abah saya kata, kalau polis buat road block tanpa kon dan lampu kelip kelip kaler biru tu, LANGGAR JER.. x payah berenti.. itu prosedure buat sekatan.. sekadar berkongsi info sbg seorg anak polis yg bengang tgk polis muda baru2 ni buat taik..

ULTRAMAN said...

ilmu hitam...hate this sbb kena tempias gak n tkena family sendiri...

sgt agree psl konsep ketua ni...

Diloz said...

aku pernah buat report di balai polis ampang beberapa hari sebelum raya atas kes yang perlu dirahsiakan.
yang ambil keterangan aku tu polis wanita.sambil ambil keterangan dia bersembang dengan kawan dia pasal persiapan raya dalam telefon.
kadang-kadang aku tak tau dia sedang bercakap dengan aku atau kawan dia dalam telefon.

kat atas kepala dia ada sign dilarang menggunakan telefon bimbit mengadap aku.sepatutnya sign tu mengadap dia.nasib baik aku tengah sedih time tu.

aku tak respect langsung kat polis.

Z said...
This comment has been removed by the author.
Z said...

Aku pernah ditahan betul-betul 4 saat lepas exit pintu gerbang kolej aku dulu, masa tu dalam kereta boyfren aku, kami dua-dua baru nak pasang seatbelt tapi dah kena 'highlight' dengan kereta polis kat belakang.

Dia tahan, first question dia,

"Ni dah kahwin ke belum?"

WTF gila.

NeEM™ of Suicide Park said...

Sweetnya ayat last tu!

*Bidang iklan pun tak tau ke? apa requirement nk jd polis zaman skang ni?

Penchenta Dosa said...

babe.. la.. lu anak pulis? baru gua tau.. hehehe..

Muhammad Edwan Shaharir said...

polis malaysia suka tanya "nak buat macam mana ni?" bila tahan orang.

dulu saya kena tahan, polis tanya macam tu. saya balas: "nak buat mcm mana? kalau sy ada salah, saman saja. kalau takde, bagi sy teruskan perjalanan saya."

kadang-kadang rasa nak tumbuk je. 'macam mana ni' wtf.

:-/

C a R t i N i said...

Saya benci polis yg perangai mcm bagus. Tapi otak kosong. Biasanya polis yg bagus & cool ni, iq mesti tinggi, family mesti bahagia.

Tapi setakat spm, jd polis berlagak dgn kuasa, rasa nak pijak je.

Lepas tu, nak mintk² no hp lak. Lepas tu nak jdkan adik angkat ntah hape hape. alahai.. mcm celaka btol la..

hii.. geram geram.

Zimi said...

mana watak polis wanita nya?

arsya said...

Hi. Tak pernah komen kat sini. Cuma pelik, polis kalau tahan, tengok lesen mati, mesti nak cakap, boleh kene tarik ni. Bukan ke kalau sita/tarik kereta jika road tax yang mati? Itu JPJ yang cakaplah. Kalau salah tu, maknanya kawan saya tipulah tu.

aMAZy EVE said...

waahh aku bru jer kene dgn polis trafik yg bengap...aku tak kata sumer polis bengap...tp ada antara diorg tu mmg bengap...bengap dier sampai ko rasa nk luku kepala dier laju2...siyes weih bengap yg tak boleh di maafkan sbb dia polis trafik~

Anonymous said...

aku pernah di tahan polis sbb memandu xpakai sitbelt..sbb aku pompuan agknye die kate nk setel mcmna?mtk aku bayr dorg wlwpun aku tgk dorg pakai tag "anti Rasuah" tu kt baju die..
WTF!!

l0ti f00l garden said...

wwwhhh....ladi noe..berani nyer ko sound pakcik p0lis dengan mengatakan hendak duit k0pi...kalo aku,konp0m bukan setakat terkincit jerk..pernah kena gak ngan p0lis yg nk tunjuk p0wer nih...taun 2007 excident.anak p0lis langgar.pastuh bila bapak p0lis datang,nk wat rep0rt.tp nk wat rep0rt dengan kesalahan pejalan kaki.konp0m2 aku yg salah.wtf!!!dengan x menghiraukan kesakitan yg melanda terus aku menyergah pakcik p0lis tuh..apa kes!!anak dia salah aku plak nk kn tanggung..huhuhu...bebel banyak plak

Weed and Bandages said...

students ms weed cakap, kereta bapa dia kena tahan, polis terus minta rm200 tanpa sebab, then driver turunkan tingkap sikit, baling duit rm50 saja. Polis tu pun kutip la sehelai duit itu.

Manusia tak malu memang macam itu. Rata-rata polis berbangsa sendiri. Amik paham lah.

Memang ada polis yang jujur, tapi amat sedikit.

Ayyman Rahim said...

Polis sekarang dah tak jujur. Ada yang semangat nak tangkap budak bawah umur hisap rokok, tapi dia pergi belakang bangunan hisap rokok jugak.


Kalau tak nak makan ramai orang hisap rokok, dia la start dulu. Jangan harapkan budak tu tak smoke tapi kau smoke bukan main lagi.


Tak suka polis. Tapi bila susah call polis jugak.

Ara said...

"kerja? ade ke org keje pagi2 buta ni?"
"habis, abg buat ape kt cni?"

HAHA! Priceless.. XD kne sbijik kt muke die..

maja eltsina said...

pernah kena, pagi, kol 8 kot, kat perak. kene tahan takde sebab pun. polis tu asek nk kecek nk mintak duit je. last2 kene gak saman sebab tak pakai seat belt.

baik kene saman daripada bg duit free². :\

iYda Juhar said...

yer. aku tau ramai yang tak suke polis. tapi polis pon manusia juga. akibat ade polis yang ngokk, maka ramai yang salahkan semua polis. tapi bukan semua polis macam tuh. aku bukan nak menangkan si polis. aku tak pernah hidup dlm komuniti polis. tapi bagi aku manusia ni semua same saje. tak perlu nak boikot semua disebabkan satu insiden saje. kan?

tapi tu lah, dah memang naseb polis. kerana nila setitik,rosak susu sebaldi. haihhhhh !!!

cranberry said...

Polis trafik pernah tengking aku cakap macam ni waktu kena tahan time road block.

Polis: Aku tembak kau kang!!

Aku: (dalam hati) Polis trafik boleh tembak orang ke?? Diorang bawak pistol ke??

Wah, berani dia ugut aku camtu ek. Silap aku dulu aku muda dan naif. Kalau sekarang kena camtu aku amik nama dan no. polis dia buat report ke apa. Babi betul la dia!

Silverleaf said...

oleh itu...mari le kite mengambil no polis yang kite rase cume nak mengepau dan report....polis kan untuk jage kite semua...kalo dah menindas...xlayak jadi polis....

saya anak polis said...

bapak aku pun polis dlu.
pernah duduk kat berek polis..
mentaliti isteri2 & anak2 polis kebanyakkannya hampehhhh

hehehe

Rambo said...

muke macam jawa batu pahat tu macam Talib Joe ke?

Helmi Razali said...

kau pasti ke diorang tu betul2 polis? Silap silap penyamun. Yer lah, ko cakap tak ada kon, tak ada apa. Berdua je pulak tu. Selalunya, polis akan buat road block dalam 4-5 orang. In case ada orang tak nak berhenti.

Orrr....

mungkin diorang tu hantu.
jeng jeng jeng~

Syd Rahim said...

Serious kelakar. Tapi gaya dorg ni macam ambil kesempatan. Sabar sajalah PJ ye. :)

Anonymous said...

aku baru je balik dari bercuti di pulau.aku ni mmg penakut, so aku bawak senaskah buku yaasin kat dalam handbag aku.n then tak pasal2 kena tahan dgn polis time road block.biasalah malam kat KL.. pastu dia suh aku kuarkan a segala bende dlm handbag aku: konon nak check a kalau aku ni amik drugs ke apa.wtf, muka aku? tetiba bukan drugs yang aku kuarkan tp naskah yaasin.polis: apa nih bawak yaasin ..ko igt yaasin ni bende main2 ke..mak bapak tak ajar ko ke bende2 cam ni?bla bla bla bla...

dalam hati aku dah menyumpah2.. tak pe. ok. pastu lepas dia membebel2 dia kasi aku lepas..

thoyol said...

Tambahan :

Jikalau sekatan jalan raya itu kurang daripada 3 orang dan tidak berserta kon dan papan tanda, sila pecutkan kereta anda. Abaikan sekatan jalan raya itu. Itu bukan polis..

Haih, bapak aku pun polis jugak dan aku tak membenci polis sebab aku tahu kerjayanya berat dan ya, bapak aku jugak jujur seperti bapak kamu. Pernah hampir dilempang polis yang menjaga roadblock semata-mata meminta duit kopi.

Cantik..

Ilya Syafeena said...

kalau road block, sekurang-kurangnye kne ada sorang perempuan. kan?