13.5.09

Motorbot Canggih

Hidup kadang-kadang boleh jadi rumit. Macam-macam hal remeh yang kadang-kadang mesti diambil berat. Hal-hal rutin yang berlaku dalam hidup seharian, kalau diambil enteng, pun boleh mendatangkan musibah. Perkara yang tak dijangka selalu berlaku di luar akal fikiran yang logik.

Kun fa ya kun, kata Dia.

Makan nasik boleh tercekik lalu mati. Jatuh satu dua anak tangga boleh kena lumpuh. Tersilap kata sedikit pun boleh kena pulau. Macam-macam hal.

Aku selalu jatuh dalam situasi yang akan membuat aku rasa menyampah dengan mana-mana kenalan yang kadang-kadang tak semena-mena aku rasa - dia berkawan aku atas dasar sesuatu. Bukan ikhlas. Kau boleh rasa orang nak kawan dengan kau atas dasar sesuatu, atau memang betul betul ikhlas. Betul?

Time senang, susah betul nak nampak batang hidung. Time susah, tiba-tiba je kau jadi bestfriend dia. Padahal, sebelum ni kau tak penting lansung dalam hidup dia. Situasi normal dan klise. Sangat-sangat klise.

Aku selalu jatuh dalam situasi yang akan membuat aku mula dingin dengan mana-mana kenalan dan sekarang, aku terjatuh lagi dalam situasi yang sama. Kadang-kadang, kalau fikir kesian, memang selamanya aku kena pijak. Tapi kematangan dan peredaran zaman seharusnya selari. Zaman sekarang, kalau kau jadi lilin yang membakar diri, kau akan selamanya hidup macam lilin yang akhirnya memendek dan padam tak bercahaya lagi.

Aku kira - zaman sekarang ni, ada baiknya aku jadi macam motorbot canggih yang mampu memuatkan manusia untuk di bawa bersiar-siar merentas lautan biru. Agak agak macam taik je, humban je kat tengah tengah laut.

Mampuih la kau.





15 comments :

Budak Pemalas said...

betul tu. time susah, tetibe je jadi kawan baik. time senang, entah ingat entah tidak pada kawan baik tadi tu. haih. nasib badan.

mengalami situasi yang sama.

iYda Juhar said...

uiksss. tu lah kan.
kekadang aku fenin sendirian.

mulut jahat ada saka said...

biasa la tu. kawan aku sorg ni bila senang pegi mampus dia nak ingat kat aku. bila agak2 susah, macam cibai paksa aku tolong. paksa ok paksa. sebab dia tau aku takkan menolak kalau bab kawan. sabar je. haritu baru kena sound. langsung tak contact aku dah. terasa la tu. hahaha

NahWaL said...

wat tak tau sudah...haha.macam u kata, mampuih ko!

boleh jalan.haha

Prinzessin said...

yeah..sangat tepat entry anda. byk kali dah terkena.

Weed and Bandages said...

Macam Elastic Girl kembangkan badan, dan Dash lari laju2 dalam Mr.Incredible.

ala-ala bot!

:)

Sehat ka?

eiyra'z said...

memang mampuih la kwn cmtu..time ko tgh sakan senang,lupa kwn..tgh ko tempang susah sume pun jadi besfren..NOE,ko basuh jer org camtu...wachaaa...

Ladynoe™ said...

mss weed = baru baik demam. hoh.

suka ati aku said...

hahaha..mmg kawan mcm cibai mmg cam tu..aku pun tekena gak kawan cibai yg mmg cibai

Hanis said...

sangat suka ngan ayat last.

'mampuih la kau'

teringin nk ckp depan kwn yang hampeh.

adeh.

aci said...

puisi ciplak yg agk sesuai ngan entry awak pn.noe..

jika ku seorang robot
nombor-nombor darahku
jasadku import export
besi logam dagingku
sinar matahari solar
nyawaku tenaga letrik
otakku macam peluru
bernafas pun tak perlu
meneliti lebuhraya
mengawal si pasaraya
mata-mata dari angkasa
jika ku seorang robot
tak perlu ada komplot
kawan-kawan semua robot
25 jam sehari
8 hari seminggu

joegrimjow said...

kene sentiase mencuba
ada la yg sangkut dengan jiwe

perhaps...

ckrra said...

yap.sangat klise.

StingRay said...

masa ko lempar dia tengah laut tu...



kalau dia dah siap dengan bot keselamatan beserta stok makanan bagai.....siap pelayan....tukang masak...pari-pari....



camna eh?

punkrawk-o-holic said...

oi. demam berisi ke noe.. hahaha

tapi lagi hebat bila dia susah, baru die muncul tiba2 buat baik pastu kita plak buat bodoh sebab malas nak melayan, kesudahanya cerita yang memburukkan kita pulak yang dia canang-canangkan semata-mata sebab tak layan dia..

agak2 pernah ko alami pengalaman mcm tu? best wooo