7.5.09

Pondan yang kasihan

Azi dah tak tahan lagi. Dia sedar hakikat dia seorang pondan. Dia tak kisah orang menganjing pun. Umur dah lanjut, nyah. Budak-budak je reti nak fikir tentang sensetiviti hati, bagi dia.

Haziq semakin naik lemak. Semakin naik kepala. Kelentong sana sini. Bagi susu nak susu lain lagi. Bagi motorsikal nak kereta. Belikan Nokia nak i-phone. Bagi Azi dulu, mak boleh beri apa sahaja kecuali vagina, nyah. Mak memang tak mampu nak kasi yang tu. Mak tak ada lansung benda tu! Tapi jangan pijak mak macam ni.

Aku pendengar yang separa setia. Setiap kali bergaduh dengan Haziq, dia akan ceritakan dengan aku. Itu pun kebetulan bila aku masuk ke studio untuk pinjam guna internet.

Sebenarnya, aku sangat berminat untuk tahu tentang semua yang Azi pernah lalu. Dah nak dekat separuh abad dia hidup. Aku berminat betul nak tahu tentang proses proses transformasi. Tentang perubahan naluri. Tentang ketekadan dia untuk terus hidup macam tu. Hidup macam itu lah. Macam pondan. Bukan macam lagi. Memang pondan.

Dan sebenarnya aku memang agak homophoebist. Tapi siapalah aku untuk menyelar hak naluri orang sesuka hati. Kiranya, homophoebist aku terbatas setakat, jangan jadi pada keluarga aku sendiri, cukup. Orang lain, bukan darah daging, aku memang tak masuk campur lah.

Berbalik cerita tentang Azi, seorang pondan yang kasihan.

Atau memang semua pondan begitu?

Maksud aku, semua Pondan bercinta menabur duit dan kemewahan?

OK. Sebenarnya (lagi) aku menulis atas nama cinta.

Maksud aku, kalau betul-betullah kamu berminat untuk bercinta dengan pondan, kalau betul lah selera kau ialah dengan lelaki bersarungkan perempuan, kalau betul lah mahu kau ke arah tubuh yang bertetek palsu dan bervagina tanpa rahim (itu pun kalau ada vagina lah), kalau betul lah kau betul-betul ingin bercinta dengan mereka, mencintailah dengan apa yang hasutan naluri kau dorongkan.

Bukan hanya kerana nak kikis duit mereka sampai botak tak berambut lagi tapi sebenarnya kau jijik melihat dia.

Kan susah mak nak beli wig nanti, nyah!



13 comments :

iYda Juhar said...

tu lah kekadang aku memang pelik. kekuatan mereka memang tinggi untuk hidop disebalik topeng yang mereka cari sendirik.

haihhh.

eiyra'z said...

naluri nyah lagi sensitif dari wanita sebenar...dorg nk kan belaian dan perhatian dari jantan even terpaksa borgolok gadai...itula perangai nyah a.k.a pondan..

Gua Tak Peduli said...

transgresif.

zaidharis said...

ada satu story,
seorang lelaki yang frust menonggeng sebab awek dia reject dia, then terus menyampah terhadap perempuan dan bercinta dengan lelaki yang sememangnya menjaja tubuh untuk minum teh ais dan makan nasi lemak.

caner tu?

Aie said...

aauuu!!!

mulut jahat ada saka said...

pondan kat tempat kau kerja skang? umur 50tahun? gila tu lama gila dia bertahan. lagi lagi cerita lagi! lama gila kau x update blog. kemain gasak kau main ngan fendi ye skang kehkehkeh

Lensa Perusak said...

kesian. tuhan jadi dah elok dah tu.

cuma bimbingan kurang.

mohd J said...

sure tlinge nyah2 ni dah biase ngn nganjingan org ek..
ape la dorg carik.

miezi said...

susah bila cakap pasal nyah ni. mari kita cuba sama-sama paham, dari terus menghukum. :)

betul, jangan jadi kat keluarga kita sudah. Nauzubillah

eL said...

tak semua antara dorang mintak dilahirkan begitu.

kesian memang kesian.

durian said...

gila murni niat kau. tapi, tah la. susah jugak nak komen.

derqdnl said...

sama jugak dengan kes anak ikan. konon cinta perempuan tua. padahal nak kikis je.

Helmi Razali said...

bercinta dengan perempuan la best.
Boleh kahwin, boleh dapat anak.
Ada matlamat, ada hala tuju. nanti bila anak dah besar, boleh la dia Jawab kat buku biodata. "tokoh dihormati: Bapa Saya, Makanan feberet: Semua yang di masak ibu" hek hek

Bercinta dengan lelaki,
kompfhem sebab nafsu je.
susah lah. Tuhan pun laknat.
Harap-harap diorang terbuka hati.
Ameen.

p.s. tapi kalo jumpa orang yg suka sejenis, jangan pulak maki dan pulaukan. better tegur secara berhemah. kan lagi bagus.

Ciow.