8.5.09

Waris Superwoman

"Laparlah.."

..dan aku persis robot yang dipogram daripada cip cip dan perisian terus bangun, masak nasik, potong bawang, memasak apa yang ada sebab suami aku baru sahaja mengadu kelaparan.

Aku tak pernah jadi macam sekarang, sebelum ini. Sejak aku lahir, celik mata semua mak aku dah sediakan. Sapu sampah, basuh baju, memasak, mengemas dan macam macam lagi. Aku tak pernah tolong mak aku pun selagi mak aku gagah buat benda tu semua. Walau kadang kadang dia tak sihat pun, aku tak pernah nak kedapur untuk memasak isi perut sendiri.

Secara tipikalnya, seorang kakak akan menyampah tengok adik yang macam aku. Adik bungsu perempuan macam aku.

"Aku tak tau kalau kau dah kawen nanti, macam mana lah rumah kau, macam manalah makan minum pakai suami kau. Masak nasik entah pas entah tidak," kakak aku. Biasala dengki.

"Sorry sket aaaa...tak buat bukan sebab tak tauuuu..kat rumah sendiri rajen tauuuu" aku menjawab taknak kalah.

"Habis sebab apa kat rumah mak kau tak buat?"

"Sebab malas,"

Akak aku mencebik.

"Ah, nanti lepas kawen nanti..tau lah dia buat semua tu..mak dulu mula buat kerja rumah dengan memasak pun selepas kawen dengan abah.." mak menyampuk.

Aku kembangkan hidung sendiri berkali-kali selaju-laju yang mungkin sambil mengejek kakak aku.

Aku habiskan separuh waktu remaja hidup berlenggang macam anak jantan duduk rumah mak abah tanpa buat apa apa kerja rumah selagi ada orang buat. Semua mak buat sorang. Kalau kak Long aku balik, barulah mak aku rehat sikit sebab Along aku suka memasak. Mak aku Superwoman. 24 tahun aku kenal dia, sarapan, lunch, minum petang, makan malam - tak pernah fail. Tak pernah miss. Mesti ada!

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Dan sekejap tadi, sewaktu memotong bawang, aku ingat balik kata-kata mak aku. Betullah kata itu doa dan doa ibu memang makbul. - kan aku cakap, aku sekarang macam robot yang dipogram daripada perisian dan cip istimewa.

What u give u get back - Scorpion

Hidup memang berkitar. Hari ini aku buat kerja yang mak aku pernah buat - melayan suami yang juga berlenggang senang macam Abah aku dulu. Layankan sahaja Stairway to Heaven (Led Zappelin) ni.

Walaupun aku tak mungkin nak bejaya balas jasa mak, tapi sekurang-kurangnya, aku harap aku dapat warisi semangat Superwoman mak dalam naluri aku. Aku nak jadi perempuan yang tak kisah berbakti untuk suami dan berkorban untuk anak anak kelak. Tak kisah lah kalau mereka tak pernah tolong aku buat kerja rumah - sebab aku pun jarang-jarang sangat tolong mak buat kerja rumah dulu - well sebab abah aku dah kerah anak bungsu dia ni buat kerja kebun.

Cuma...Mak, doakan anak-anak aku nanti, jangan nakal macam aku.

Selamat Hari Emak, Mak.

p/s: Hari ibu kali ni, hadiah Handbag je, ok mak?



17 comments :

Ayyman Rahim said...

Mak nak iphone, boleh?

nadiah norzemi said...

pergh.seyes aku nak paksa mak aku baca post nie

Olive said...

hehehe
pas kawen tau buat sume ye
ok.sy x risau dah skarang :p

Lensa Perusak said...

entri ni best!
keep it up!

W. Hidney said...

setuju kata nadiah... lepas ni i nak suruh mak baca entry ni sebab pagi tadi dia miss bekfas huhuhu

staepler said...

takperrr...berbakti untuk suami dapat pahala yang besar...next time kalau ada rezeki lebih boleh ambil maid...

Cik Suami said...

saya nak makan ciken chop tau nanti!

*fandi

Mrs Zamzuri said...

a gud one!

Kitaa serupaaaa!!!

Weed and Bandages said...

bila merancang nak ada anak nih?

fndrocka said...

aku bg mak aku sms...sebagai tanda ingatan di perantauan..uhuuu teruknye

eiyra'z said...

mak2 mmg power..sebab tu anak pmpuan mewarisi ke'power'an mereka...

Qaseh Qasturi said...

erm..akk sampai sekarang pon seme MIL jugak yg buat..cam no?... :)

Nana said...

cam lebih kurang jer citer kiter. keep in up, but there will come a time when u feel too exhausted to become a superman.

pakcik said...

akum....

wahuhu..istri solehah...tp rata2 gal gini, ikut amatan pakcik, gal akan berubah drastik pas kawin..yet, laki cam blur..betul ka aku dah kawin..still bwk perangai mengong etc. hahaha.. sbb tuh disuruh cari laki yg tua skit dr gal..laki lmbat matang la..

pakcik doakan hang dapat terus berbakti pada suami n sentiasa diberi hidayah... amin

Anonymous said...

huh!jelesnye!

MuMMy slurppp said...

hehehe... teringat kak masa mula2 kawin dulu... camni gak... anak bongsu...

tapi bila penat2 masak, tengok si suami, plus skang dgn 3 orang anak, makan berselera jer, hilang rasa penat... betul tak???

bulan darling said...

Aku habiskan separuh waktu remaja hidup berlenggang macam anak jantan duduk rumah mak abah tanpa buat apa apa kerja rumah selagi ada orang buat.
sgt best seperti sy jugak berlenggang mcm anak jantan ahahahh..
tapi sy blom kawen huhuhu