17.6.09

Hasrat


Seorang lelaki lazimnya, inginkan seorang isteri yang mampu menjaga makan pakai hidupnya sebaik yang pernah ibunya lakukan. Atau lebih baik, mungkin.

Begitu juga seorang perempuan yang bernama AKU. Selepas berkahwin, aku ingin dia menjadi perwira hidup sehebat yang Abah pernah lakukan. Perwira untuk anak-anak, perwira untuk emak. Perwira untuk seluruh isi di bawah bumbung yang sama. Bekerja tanpa keluh. Mencari rezeki walau penat. Sediakan semua sampai cukup. Walau hakikatnya tidaklah berpendapatan besar mana, tapi sekurang-kurangnya tiada satu pun di antara kami hidup melarat.

Dan yang sekurang-kurangnya, Abah berjaya didik aku menjadi seorang Isteri yang baik seperti yang Suami aku agung-agungkan, buat masa ini - walau dia tak sempat pun melihat keberadaan kita hari ini.

Haih..

Selamat Hari Bapa. Hargai mereka, selagi ada.

p/s: Rindu..

17 comments :

Eima Jer said...

yepp..
betui! bila dah xde jd mcm aku la..
rasa family tu mcm kosong sgt

Nani Allen said...

harini ke hari bapa? alah noe, jangan sedih ok? at least skang kau dah boleh wish happy fathers day kat husband kau :)

Fandi Tamyes said...

saya akan cuba menjadi suami yg terbaik dan terpaling hebat di dalam dunia untuk isteri saya yg tercinta bernama Faridah Noor! Saya janji! Semua orang akan jadi saksi.

owh yeke..

saya akan jadi abah yg terbaik dah terpaling hebat utk anak-anak juge! hihi..

Yang Benar,

Affandi Tamyes

durian! said...

gile ah stylo kisah percintaan korang! ah, lambatnya nak kawin.

cik elyse said...

rindu jua ada arwah
al fatihah


jum link2

NahWaL said...

la pesal comel sangat korang ni?kua skang! hahaha.

congrats kerana berjaya menjadi isteri terbaik dan moga anak2 nanti sehat cergas bijak. amin

Jude Johan said...

daddy, daddy kool.

oh daddy, daddy kool.

sarah al -idrus said...

syukur sempat jugak merasa kasih syg smpai besar.cm aku umur 5 taun dah xde ayah.

*pd org lain,hormat ayah mak anda.jagalah mereka sebagaimana mereka jaga kita kecik2 dulu tika mereka di usia emas nnti..

ayie said...

moga ang jadi yg terbaik....

fararusdi said...

dah bagi hadiah hari bapa.. padahal lambat lagi..

Chooyaya! said...

Untung ada ayah... aku dah tadek... sedihnyer... nak nak plak tak lama lagik nak tawen... hargailah ayah sementara ada.. Syukur aku sempat mintak ampun dan cium kaki ayah sebelum dia meninggal. *sebak sebak

http://surayasulatin.blogspot.com/2009/03/ayah-part-i.html

http://surayasulatin.blogspot.com/2009/03/ayah-part-ii.html

sekarang ni br la terasa kuat nak tgk gambar dia... kalau tak dulu, gallery hp mmg tak pernah tgk. tak sanggup!

untuk sapa2 yang ada ayah... hargailah sementara dia ada...

mohd J said...

eh,bukan 21 ke hari bapa?

Diloz said...

sweetnya mereka berdua.

sejuk hati memandang.

semoga kau dan suami pun macam mereka ye.

Penchenta Dosa said...

salam perpaduan sepasang suami isteri

Cik Ketam said...

kite pun rindukan tokmok...
sedekahkan al-fatiha buat arwah...

Na said...

sebak pulak teringat abah kat kampung

Anonymous said...

doa aku yg baek utk u both.. 8)

sc,
missmass