3.6.09

T-shirt berkolar ungu

Salah satu perkara yang kalau kamu tak buat, kamu tidak berdosa, tetapi kamu kamu boleh di anggap biadap ialah - Adat.

Aku tak segan nak mengaku yang aku masih hidup di dalam segelintir kelompok manusia yang kuat adat yang kadang-kadang aku sendiri rasa benda-benda merapu macam tu tak relevan lansung untuk di praktikkan. Keluarga aku memang ada yang high educated. Engineer lah, doktor lah, arkitek lah, akauntan lah, tapi bila suami asyik balik lambat hari hari, ke pawang ke bomoh jugak perginya.

Sangat takut menyanyi di dapur, seboleh boleh mengelak makan berpindah randah, sanggup selekeh sebab takut nak tengok cermin di malam hari dan macam macam lagi lah. Sejauh mana tepatnya adat dan kebetulan yang tuhan tentukan - Dia saja yang tahu.

Baru baru ini, sehari dua sebelum aku diijabkabul, Mak Usu aku panggil dan bertanya

"Kau dah campak baju tolak hujan?"

"Apa tu?"

"ehhhhh budak ni..tolak hujan lah! kau nak berarak dalam hujan ke?"

"Owh, nak cari kat mana?"

"Cari apa?"

"Tok Imam, suruh dia baca doa mohon cuaca cerah sepanjang majlis,"

"Tak payaaaahhhh...kau pergi belakang rumah, baju yang kau pakai ni, kau campak kan ke atas bumbung, sebelum tu niat dalam hati 'hujan tak boleh turun selagi kau tak ambik balik baju ni'"

"Baju lain tak boleh ke?" sebab aku tengah pakai T-shirt favourite aku. Tak mahal, tapi agak berjenama dan selesa.

"Ehhhh tak boleh, kena baju yang kau pakai sekarang ni, biar semangat hujan kenal siapa tuan punya baju sebab ada bau kau!" beriya Mak Usu aku sampai terjegil mata kecik dia.

Aku pandang Kak Long aku. Akak aku muncung kan mulut sambil buat isyarat kepala - maksud dia yang aku faham - "Ikut kan saja"

Macam bangang.

Kononnya takut majlis keraian di cacatkan dengan hujan, aku turutkan sahaja cakap Mak Usu aku. Kemeja T berkolar ungu kesayangan aku campakkan di atas bumbung rumah, sehari sebelum kenduri. Jadi, aku nekad nak ambik selepas kenduri.

Macam bangang lagi - hujan tetap turun di hari kenduri.

"Hah, hujan jugak! MenyessSal (with capital S) aku campak baju aku atas bumbung semalam!"

Mak Usu aku dah jeling-jeling.

"Ah benda tu kalau tuhan tak izinkan tak jadi jugak!" Mak usu aku sahut balik.

"Tau pun kau! Adat nombor satu izin tuhan kau letak nombor dua," aku menjawab dalam hati. Sebab dalam hati je aku berani.

Tshirt kesayangan aku tu aku kait dari bumbung pada keesokkan harinya. Nak kait masa hari pertama kenduri mana nak sempat. Habis kenduri pun dah petang. Kan.

Dan sebagai balasannya, warna Tshirt kesayangan aku tu luntur habis entah sebab apa pun aku tak tahu. Berbelak-belak macam kena clorox. Haih.

Ini la manusia, lebih pentingkan adat dari Adab. Bukan melayu je. Semua bangsa pun sama. Urbanisasi tak kenal bangsa, tak kenal asal usul pun. Asalkan kau nak majukan mentaliti, orang Asli pun lagi up to date dari kita-kita ni.



42 comments :

Eima Jer said...

adeh..
dh macam aku lak..
baju luntur kale..
hahahaha naseb family aku mmg xde ikotkan adat sgt..

peringatan kpd bakal pengantin:
pakai je baju beli kat pasar hari-hari esok b4 ijab kabul ea.
klu kene campak atas bumbung, xpayah kait balik pon xpe..
=.=

Weed and Bandages said...

Itu memang pantang. Sebab tak best langsung benda-benda adat ni. Kalau beria sangat rasa macam bodoh gila.

Macam-macam pengaruh dari dulu2.. Ms Weed bab2 adat, bomoh2 ni memang jenis pantang walau benda ni kuat dilaksanakan dari keluarga mak atau arwah bapa.

Kesimpulannya, adat merepek2 ni memang tak payah ikut. Buat buang masa dan hangin satu badan saja.

QuTaQ said...

heheheh..tahan la dia suh ko campak baju ko tengah pakai.. kawan aku disuruh campak baju nikah (dia nikah malam. majlis esoknye).. gile nyah! baju nikah ribu-ribu..

A.k.i.r.a ~ c.h.a.n said...

wau..ade lagi ye pantang larang macam tu? qila pun tak pena dengar lagi baju tolak hujan ni..nyway, bawak bersabar pn. faridah noor. pe kate ko beli baju purple lain untuk ganti baju ko tu..takdela ko hangin bile nampak mak usu ko lain kali

saya.L-A-N-N said...

aiyo. suh maksu ko campak diri sendiri kat bumbung supaya tahan hujan tuh.

kalau kehendakNya dah nak hujan, hujanla jgk.

pandai jgk maksu ko menjawab. seb bek da lepas, klu x, suh maksu ko campak baju sendiri kat bumbung.

peej said...

masa adik aku tunang campak jugak..sebab org suruh...
abg aku campak baju n seluar..Alhamdulillah x hujan..
sekali panas mencucuk2 sampai berapa hari..x hujan2..rupanya bapak aku pun campak baju adik aku..so ade 2 pasang kena campak..haha..

kita org pun x percaya..siap ckp..kalau hujan aku campak baju ni kat muka kau..

tp betullah..apa2 pun Allah tentukan..kalau nak hujan tu...hujan jugak..

ACITuvwxyz said...

otw dtg je dah rempuh 6x hujan. aku rs aku lupa nk campak bj aku atas bumbung kete kot. haha..

sarah al -idrus said...

abis kalo kenduri buat kat dewan?
letak kat bumbung dewan?
hee.
adat ni mmg.merapu sangat.
jgn dok ikutla.
lam ati kena 100% pada allah.

NahWaL said...

mak ai. memang ngarut. doa je la pada Tuhan kan, macam2 adat ni. kalao panas, ujan tu kan rahmat. tak hujan marah, hujan pon marah. ngok ngek.hahah

lama betol tunggu akak hapdet

iYda Juhar said...

tak pe la Noe. at least ko kan dah jadi budak yang dengar cakap.

so, t-shirt ko ade design baru la ek?

:)

Diloz said...

merepek gila.

kau pun satu,pergi ikut cakap dia siapa suruh.

temberang la apa pun kat dia bukan dia tau.

ainsamsudin said...

good one!!

asnie halim said...

ha ha ha kesian.... tapi dulu family aku rebus lesung batu ngan alu nya sekali satu hari satu malam sebagai pantang larang (bukan adat) tolak hujan.... hari aku sanding tu angin punyalah kuat, langit mendung semacam jak.... tamat jer majlis hujan pun turun.... alhamdulillah satu kebetulan rahmat dari NYA

se7en said...

heheheh...teringat masa wed's aku dulu...aku pun kena wat menda yang sama...alhamdulillah dgn izin allah...majlis aku berlangsung dgn cuaca yang baik...akak aku..b4 ni...camtu gak...so..aku da tau la tradisi org kg...so.aku mmg ready pakai baju aku paling buruk..hhahahahahaaaa....

durian! said...

noe, wei gila kau..jangan noe, kang anak mak su kau baca blog ni, abis di voodoonye kau.. padam entry ni, padam...

Helmi Razali said...

humang aih, ni memang tak tahan ni. ha ha. tak pernah la plak dengar kena campak-mencampak ni.

tapi kalo berarak dalam hujan best apa, sambil berlari-lari, berguling-guling, dan di iringi lagu kuch-kuch hota hai. ha ha.

Untuk ko dengan maksu ko:
Peace, no War! :)

Emila Yusof said...

Pertama kali saya dengar tentang 'campak baju' ini.

nafis said...

owh agak bernasib baik la ko pakai bj t-shirt ungu..
andaikata klu ko test2 pkai bj kawen ko time tu..
susah gak nk terima akal ape nk jd..hmm..

sarah al -idrus said...

se7en: loh wei.ko gayanya mcm pcaya sangat wei.jgn wei.syirik lak aih nnti.mengarut ja tu

AzyanSyh said...

tu bukan termasuk dalam perkara khurafat ke?

jojie-elle said...

nasib baju bukan spen... hehehe

aku dgr org tua2 citer kene letak spen... kat ats bumbung tuh.. hahah

tp aku kawen nnt x mau lah letak :p

Nani Allen said...

aku tak nampak pun baju ungu tu masa aku datang makan makan rambo dengan pjoe dila anna sepet suma? (suka suka je panggil awek pjoe sepet) lol maksud aku amy. berapa hari pulak kau biar kat atas bumbung tu. cun apa pakai baju belak belak.

errk, kenyang said...

hahaha...

apa lah...

time aku punya majlis...
makcik aku baca doa alih hujan, dia kata buka halang tapi mintak angin kuat supa awan hitam pergi tempat lain, oh dia ustazah. dia ada bagi rujukan, tapi aku tak port. hahaha.
esoknya aku kena kait baju aku atas bumbung. sapa baling aku tak tau, tapi bukan saing makcik aku nih.

jadi ada dua iktiar untuk satu acara...

Ayyman Rahim said...

A'ah benda ni mcm masih lagi kuat. LAgi2 yang menakutkan bila letak tangkal depan atas pintu depan rumah. Nak masuk rumah tu pun rasa macam "Ee, menakutkann punya rumah!"

R e b e l said...

boleh terpesong akidah tau. bodoh punya adat.

Lensa Perusak said...

aduh. tak percaya la benda2 camni.

karut. kuasa tuhan buat apa kita nak lawan?

sebab itulah kena percaya kepada qada' & qadar.

Rara Joe said...

ade plak adat yang macam ni.

setakat panggil ustaz tolak hujan pernahlah dengar..

karut..karut..

syahza said...

apa lagi..

"mak usu, sila ganti blk baju ungu aku"

ada bran?

kawan kau said...

kaklong kau buat x upacara ni time dia kahwin?

Anonymous said...

apsal ko tak pakai baju hujan je hari tu?

boleh la buat campak atas bumbung.

sapa la yang mengasaskan idea bebal campak baju atas bumbung ni.

Aku tak pernah jumpa dlm Quran atau hadis.

-minda-mind-

Si Bosanova said...

mmg ada adat mcm nih. tapi kazen aku dia bukan baling baju dia pakai.. dia baling spender yang dia pakai mlm sebelum tu. Aku pun baru tau.. mcm tu ke?

Sabar Je La said...

Hish. Cakap dgn Mak Usu ko boleh syirik buat camtu. Allah je ada kuasa ke atas kejadian alam. Bahaya ni beb. Aku pun tumpang kesian+geram.

Tijah said...

aku pun penah kena paksa buat dulu. sayang woo...baju quicksilver tu. seb baik diorang x suh baling spenda...

Aishah Rahim said...

makcik-makcik aisha pon sibuk suruh campak baju... tapi mak tak kasik sebab macam dah mengarut sket... benda ni Tuhan yang tentukan... kita boleh dengar, percaya jangan..

Anonymous said...

Kafir Quraisy zaman jahiliah dulu pun tak baling baju atas bumbung sebelum kawin

njat tun said...

ish sumpah pelik seyh.
campak baju dah pelik.
campak spender apatah lagi.

kalau kawin kt kondo atau flat 18 tgkt camne lak.
ishishish.adat2.

W. Hidney said...

"Tau pun kau! Adat nombor satu izin tuhan kau letak nombor dua,"... (paling tak tahan)

LOL... diulangi LOL

naDDy said...

kena print out entry ni, pastu bagi kat makcik-makcik yang masih mengamalkan adat tah ape-ape tu...

Anonymous said...

btol2 karut...
ish2

farah sr said...

owhh...sama mcm majlis saya dulu. makcik yg suruh campak baju atas bumbung rumah. tapi mak tak bagi. mak suruh tipu cakap dah campak. macam2 kan

apaiyapalot! said...

seb bek kne campak baju je. siap aku penah bace pengalaman orang bapak die suh campak baju dalam. tak ke haru

Byha said...

sib baik tak jadik peritiwa neh kat aku... cuaca besh jek hr tu...

tp bende2 lain lak maikcik pakcik sepupu aku yg sebok, dr inai ke langsir, ke cadar, ke telur pindang... aku yg habis ribu2 dorang pulak yg pandai2 nak atur majlis aku... piiirah... majlis aku selesai jugak...

ps: huh, marah x abis2 lagik neh ;p