6.7.09

Mood Blog Budak Sekolah

Selamat pagi. Jarang aku ber-blog pagi-pagi macam ni. Macam tak ada kerja. Sebenarnya ada melambak-lambak. Saja curi masa ber-blog sekejap.

Hari ni aku macam ber-mood nak tinjau blog budak-budak sekolah.

Sebenarnya aku suka jugak lah tengok budak-budak sekolah zaman sekarang ni ber-blog. Walau kadang-kadang gaya penceritaan mereka tidak lah semenarik mana seperti cerita tentang hadiah hari lahir yang baru dapat semalam, bergaduh di tandas sekolah, cinta dalam diam dekat Ketua Kelas, bekal makanan tengahari yang terlazat, cikgu yang dibenci dan sebagainya, ditambah lagi dengan ejaan yang funky-funky, tapi aku rasa, daripada melihat mereka berpeleseran di kaki kaki lima macam zaman-zaman aku sekolah dulu, ada baiknya mereka ber-blog begitu.

Ber-blog lah tentang apa pun. Ruang maya ini bebas di bawah pantauan sendiri.

Sebab aku ada anak saudara yang sedang mengharung usia remaja juga. Aku jaga dia sejak dia sebesar lengan tangan lagi (tapak tangan kecik sangat). Dan dengan adanya kewujudan dia, aku rasa aku boleh baca macam mana aku KALAU aku ada anak remaja satu hari nanti.

Jangan harap aku nak biar dia jadi macam apa yang aku pernah jadi masa aku sekolah dulu.

Time aku sekolah dulu aku tak ber-blog pun.

Jadi adik-adik, ber-blog lah. Persetankan semua kutukan dan kritikan yang penuh provokasi.

=D




8 comments :

Penchenta Dosa said...

lamo tak nampak??

Diloz said...

baiklah kak.
mulai hari ini saya akan lebih rajin berblog.
=P

K.I.T.A said...

Pada adik-adikku rajin-rajin tulis blog sebab nie akan kurang pencemaran kerusi bas,meja sekolah,pintu tandas dan macam-macam lagi.Blog juga 1 one of exercise untuk subjek BM/English.Good Luck bebeh.

iYda Juhar said...

baek lah.
saye akann ikot nasehat akak itu.

t a z i z z l e said...

mekasih kak mekasih.
saia akan giat ber-blog lgk pasnih.
hee ahahahahahah XD

NeEM™ of Suicide Park said...

Ya, suatu ketika dulu sebelum berblog, sy sering melakukan aktiviti tak senonoh. skrg baru risau camne klu anak sniri perangai camtu.

terus insaf.

Ayyman Rahim said...

Saya budak sekolah juga kak!

Shahrul (Nama Sebenar) said...

ladyNoe,
hahaha
memang kelakar bila baca belog budak sekolah ni kan
hahaha