17.7.09

Rindu (II)

"Noe, dalam banyak-banyak perasaan, perasaan apa yang paling kau benci sekali?"

Aku benci Rindu.

"Sebab?"

Rindu buat aku hilang macho.

Rindu buat aku hilang ego. Rindu buat api marah aku jadi sejuk macam ABC. Rindu buat sumpah jadi sampah. Rindu buat aku rasa aku keseorangan. Rindu buat aku susah tidur dan susah bangun pagi, dan lambat pergi kerja.

Nak-nak kalau aku rindu kan sesuatu yang aku takkan dapat jumpa sampai mati, walau sekuat mana aku mencuba.


p/s: Rindu abah. rindu Net.