7.8.09

Adakah ini mainan perasaan?

Tajuk tak boleh bla.

Tapi hakikatnya memang itu yang terjadi ke atas diri aku di pagi Jumaat yang mulia ni.

Apa yang aku fikirkan, aku RASA, aku rasa lah, kalau lah satu hari nanti terbit satu naskah majalah atau buku yang bertajuk "Budu dan Belacan" tanpa Sue Anna Joe terlibat lansung dalam penerbitan buku itu, mesti, Anna akan agak terfikir apa yang aku fikir. Atau sedikit bengang, bingung atau apa-apa saja lah.

Dan kalau terbit buku berjudul "Kisah Profaniti Karut", tanpa Dilla Raden tau asal-usulnya, pun mampu membuat perempuan itu rasa yang kehidupan di Wangsamaju tidak lagi seronok walau pun di temani oleh geng-geng bas sekolahnya. (haha) Dan kalau tiba tiba keluar buku berjudul "Aku Tak Peduli" karya Rahim Manaf (bukan nama sebenar) di mana Melayu Minimalis pun tak ada kena mengena di dalam salur galur penerbitannya, pun mungkin membuatkan dia rasa apa yang aku rasa. Kot.

Ini lah perasaan yang sedang bermain dalam kepala dan hati aku. Agaknya. Aku tak pasti orang lain akan rasa benda yang sama.

Sebab aku tak pernah meletakkan status nama "Perempuan Jomblo" ini di atas baris-baris blog yang gah, di mana, kalau sebut sahaja Perempuan Jomblo - Ladynoe lah miliknya.

Tapi apa yang aku jumpa sekejap tadi, buat hati aku meruntun ingin tahu, tentang wujudnya "Jurnal Perempuan Jomblo" dari sumber yang aku tak kenal lansung.

Dan aku sendiri tak tau perasaan apa yang sedang bermain-main dengan diri aku sekarang ni? Dan aku tak tau, apa yang aku nak tau? Dan, adakah relevan apa yang aku rasa sekarang ni?

UPDATE : untuk kebaikkan bersama, aku dah ubah nukilan ini selepas konversasi bersama pemilik Jurnal tersebut. Sekian.



17 comments :

jas imran said...

waaaa... ada twin... hahahahha

tahniah noe!!

eiyra'z said...

konfius tgk blog dia...nama faridahnoor pun ada...

ayie said...

...duplicate.........????????

ayie said...

...duplicate.........????????

izzat said...

mungkin dia masih jomblo. xpe lah..

bekam said...

layan kan aje,nnti ada la kuar ayat "ingat jomblo tu dia sorang je ke blh pakai ha??"

ash_dziner said...

sesuatu yg tdk disengajakan barang kali...

Zeela LaLaLa said...

i prefer perempuan jomblo yang ada di sini. yg tu mmg benar tunggang langgang. huhu.

apa2pun, anggap je kebetulan.

Ladynoe™ said...

to Bekam = itu lah. Nanti bajet aku perasan lak. Tapi kalau guna jomblo je aku tak rasa apa sangat. Adik jomblo ke..ibu jomblo ke. NI..perempuan jomblo.

erm..ye ah kot. Kebetulan je kot.

miss bobby said...
This comment has been removed by the author.
miss bobby said...
This comment has been removed by the author.
Ladynoe™ said...

to Msbobby = aku tak marah kot. cuma terfikir-fikir kerelevenannya.

joegrimjow said...

best jugak ada sama dengan kite ni
xjumpe lagi

tersama or tak sengaja sama

miss bobby said...

lady noe : alamak. tak sengaje tersame. tapi no worries ladynoe. akan ditukarkan tajoknya.

relevannya, rakan saya dari jakarta yang mengusulkan tajuk perempuan jomblo. katanya, jomblo maksud ditinggalkan.

memandangkan cerita ceriti dalam buku tu semua berbaur sedih kene tinggal. jadi dia suggest itu. saya pun, okay kan aje. rupa2nya ada orang tersama nama pulak.

walaupun noe tidak marah, adalah menjadi tanggungjawab untuk meminta maaf kerana ke-ter-kebetulan ini.

maafkan saya dan pihak saya. akan di ubah namanya untuk memelihara originaliti anda.

terima kaseh daun keladi.

notakaki : mungkin noe boleh baca email yang saya hantarkan ke gmail anda?

take care.

Ladynoe™ said...

to Ms Bobby = tak maksud aku, kerelevanan perasaan aku sekarang ni.

OK, email dah dibaca.

stfuami|e.z said...

we're very sorry ladynoe & to all for the confusion
mmg tidak ada niat utk dicopycatkan

miss bobby said...

lady noe :
haha. mungkin relevan lah, kalau aku pun, aku hangen dan geram sikit jugak lah kan.

dah kate orang kenali kite with that name.

anyways. chill okay.//

;)