24.8.09

Balada Ramadhan (1) - Apa yang aku faham serba sedikit tentang poligami

3 Ramadhan 1430

Walau aku tak pernah terlalu hidup dengan fenomena poligami, tapi drama yang berlaku depan mata aku serba sedikit buat aku berfikir tentang ragam manusia yang hidup di dalamnya.

Aku mungkin tidak arif dalam selok belok perkahwinan. Aku pun baru berkahwin tak sampai setahun jagung. Tapi aku mungkin faham tentang rasa yang ditanggung oleh hati bila pasangan kita, berbagi kasih dengan orang yang lain. Tak kisah lah lelaki ke perempuan. Dan aku tak berapa minat nak campur tangan dalam konflik rumahtangga atau perhubungan luar rumah tangga orang. Walau aku selalu jadi tempat meluah cerita, tapi kemampuan aku hanya sekadar mendengar sahaja. Kau settle lah sendiri - sebab aku bukan jenis suka cerita problem aku dan pasangan sangat pun. Nak nak dah jadi suami. Rahsia semakin konkrit. Kot.

Poligami - satu konteks kejadian yang jarang meletakkan 'yang pertama' itu sebagai juara.

Yang selalu menang dan senang, ialah yang kedua atau ketiga atau keempat. Bergantung kepada bagaimana kredibiliti dan integriti 'si Pengadil' itu. Dan bergantung juga bagaimana yang pertama itu ingin meletakkan dirinya sebagai juara.

Aku tak cakap kehidupan bermadu ini sebagai persaingan. Tapi, bagi aku, kalau yang pertama itu cukup tabah, cukup cekal dan tidak diabai suami sebab si suami mengenangkan kecekalan dan keihklasan cinta dia, bagi aku itu dah juara, dah. Tapi kalau yang pertama itu selalu mengentan-ngentan, mengamok, main bomoh, keras hati sampai suami pun malas nak layan, itu yang membuat yang pertama itu menjadi individu yang kalah dalam segala benda.

Benda-benda macam ni, orang terdekat je boleh nampak dan nilai sendiri.

Poligami - satu kehidupan yang jarang dipandang sebagai indah untuk golongan yang miskin iman macam aku contohnya. Aku pandang tinggi dengan satu kehidupan poligami yang boleh menghimpun semua isteri dalam satu masa tanpa ilmu-ilmu jampi serapah sampah.

Poligami - macam satu fenomena yang menguji tahap ketahanan dan cemburu seorang perempuan.

Poligami - macam satu alasan di mana kau boleh judge kredibiliti seorang lelaki dalam segala macam hal.

Walau kita selalu marah orang judge kita. Tapi hakikatnya, dalam hidup dari umur kamu sehari sampai ke mati, kamu takkan terlepas dari di-judge orang. Kalau kau marah orang judge kau, orang akan judge kau "tak boleh di judge" - Memang takkan berhenti.

Poligami - kalau lelaki/suami mencari yang kedua yang lebih cantik, bergaya, seksi dari kamu, mungkin kamu boleh kata dia mata keranjang, gatal, atau apa-apa lah yang sesuai. Tapi kalau kamu sudah cukup cantik dan bergaya tetapi 'yang kedua' itu tak berapa cantik sangat, sederhana serba serbi, kamu mungkin boleh bermula fikir akan kekurangan diri sendiri dengan lebih serius.

Poligami - satu kejadian di mana kita boleh melihat golongan intelek bergaji besar, berjawatan tinggi, bekerja hebat, cakap nak besar dan ego yang menundukkan martabat diri dengan menyembah bomoh dan pawang.

Poligami - jangan 'padan kan muka' orang. Nasib kita tak tau lagi.

Dan aku rasa, pasangan 'api dan minyak' jangan berkahwin lansung lah selagi tak berubah-ubah jadi air dan api. Kot. Tapi kalau dah jodoh, berubahlah demi kebaikan.

Sekian, balada ramadhan untuk hari ini; tentang apa yang aku faham serba sedikit tentang poligami selain dari apa yang aku pernah belajar di sekolah dulu.

Selamat berpuasa.



15 comments :

Weed and Bandages said...

gila ah balada lagu nih! haha

Ladynoe™ said...

tak jadik lagu lagi. Baru cerita je.

aishah_conteng_je said...

poligami-sepatutnya indah

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

poligami-banyak pahitnya dari manisnya bermadu

Ayyman Rahim said...

Entah, poligami bagi aku tidak berapa perlu. Walaupun sunnah nabi. Tapi payah jika cinta lelaki itu dibagi-bagikan kepada orang lain. Berkongsi barang dengan adik-beradik pun susah, ini lagi orang luar.

aishah_conteng_je said...

poligami ada sebab
poligami tak perlu jadi isu
perempuan tak perlu takut
kalau gentar..atau cemburu..sudah perlu menilai diri sendiri~

aishah_conteng_je said...

kot~

ainee si ketua pari2 said...

tapi salute cik salleh yaacob

solleh said...

Poligami dilihat dari konteks lelaki memang manis. Terutama untuk kote dia.
Perempuan tak kan faham ego lelaki yang mahu menguasai perempuan. Keseronokan yang dirasai menggilir-gilirkan perempuan memastikan the ultimate sexual experience ala orang arab.
Di sana menanti, di sini menunggu selang setiap malam.

Kalau yang pertama merajuk, dia balek rumah yang kedua. Kalau dua2 merajuk dia kahwin tiga!

You all perempuan kenalah submit..submissive..menyerahla katakan.

Lelaki yang tak handsome pun mcm Salleh Yakob pun ada perempuan2 berebut nak rasa jadi bini dia. Tapi macam biasalah, orang kalau tgk yg poligami perempuannya tak cun, tu cuma rasa kesian dan simpati bukan teruja...haha.

Poligami dgn perempuan2 yang kureng nampak mcm beban dari nikmat..if u know what i meanlah..

xora said...

bukan skrang tgh kecoh kat malaysia tentang satu kelab poligami yg baru ditubuhkan?

Ladynoe™ said...

to XORA = haah. bekas pertubuhan al arqam yang tubuhkan kelab tu. Ada relevannya dari aspek tertentu. Memberi persediaan kepada suami isteri dari segi iman dan mentaliti sebelum berpoligami.

tapi aku tak pasti sejauh mana keinginan si isteri nak ikut suami join kelab tu. hehehe.

aishah_conteng_je said...

solleh
laki2 macam kamu la yang mencemarkan nama poligami
memandang poligami hanya dari sudut variasi sexual experience.
macam orang pendek akal dan cetek iman
bukanlah iman saya dalam laut antartik tu.
dan bukan jugak perempuan macam saya yang akan marah dan kata laki2 mahu kawen sebab nafsu dan meletakkan harga perempuan hanya di organ sistem pembiakan kamu~

murahan~

nenek™ said...

sye setuju dgn aishah conteng je

solleh said...

aishyah conteng arang dimuka sendiri je ..muahaha.

Habis apala u ingat kenapa lelaki kahwin dua. Kenapa datuk k kahwin dua, kenapa datuk affendi kahwin dua..muahaha..kennapa ajai tinggalkan nurul yang berjuang masa dia susah, awie kahwin tiga kali, jamal abdillah kahwin tiga kali..salleh yakub kahwin dua..tapi ugama dah benarkan, kalau ada perempuan yang sanggup kenapa tidak

Kalau perempuan dari mata turun ke hati tapi konteks berlainan untuk lelaki, dari konek naik ke hati..

Anda suka digilir-gilirkan dgn wanita mana kalau lah dimadukan..hehe.

Nenek pula dah tua..kalau ada lelaki yang nak gilirkan taktahulah..kamu berdua kongsila satu je tu senang..hehe

Tapi pastikan madu anda buat pemeriksaan STD, nanti husband u celup sana lepas tu celup sini..mmm tak sihat H1N1 ni senang merebakkan penyakit.

Ladynoe™ said...

bagi aku, golongan isteri pertama yang paling takut dengan poligami. Sebab tu aku cakap, dalam konteks poligami, yang pertama itu jarang menjadi Juara.

Hakikatnya, lelaki sekarang bukan lah Nabi seperti dahulu yang mengahwini lebih dari satu untuk menyelamatkan balu atau hamba.

Lelaki sekarang kalau kawen dua ni, aku rasa lebih kepada rasa tak cukup satu dan nafsu semata.

Aku perempuan bersuami yang aku kira, suami aku tu 100% hak milik aku sebagai seorang isteri. Aku jaga dia elok-elok, dia sayangkan aku, semestinya aku tak mahu berkongsi milikan. Jadi perasaan takut tu memang ada, dan aku rasa perasaan takut berpoligami ada relevannya.

Itu pendapat aku lah.

No offense, Aisyah. Macam yang aku cakap, kalau kamu rela berpoligami, aku tabik lah. Tapi aku tabik isteri pertama yang rela brbagi suami sahaja.

Isteri kedua, ketiga, tak berapa nak tabik lah. sebab dah sah-sah ambil hak orang. Kata mereka - "bermadu pun bermadulah, asalkan i dapat u"

Macam beg tangan lah contoh. Kalau saya jadi pemilik, lepas tu orang pinjam-pinjam nak pakai gilir-gilir, aku sure marah. Tapi orang yang dok pinjam tu peduli apa kot. Asal dapat guna beg yang sama yang best.

Itu bagi aku lah.
Aku memang takut poligami.
Series.