27.8.09

Balada Ramadhan (3) - Si buta menolong si buta

6 Ramadhan 1430

"dari tnya anna mana dia kelayakan pasal ugama. nanti si buta menolong sibuta.."-
aku bayangkan si pencakap ayat di atas ialah seorang yang berpewatakan antagonis yang sangat arogan.

Sejak bulan Ramadhan ni, aku dapati, ramai blogger utarakan topik yang berkaitan agama. Banyak benda baru aku dapat tahu. Tentang hukum sebat syarie, tentang isu tudung dan tentang bagaimana Helmi jawab soalan tricky dari rakan Kristiannya. Ternyata blogger ini menulis tak semua benda yang dia tahu. Itulah gunanya komen dan testimonial yang disediakan. Sharing is caring. Aw!

Helmi; aku tak pasti samada aku boleh jawab soalan-soalan macam yang kamu debatkan dengan kawan kamu. Aku tak pernah berdepan dengan situasi sebegitu.

Tapi aku ada satu pengalaman di mana AKU RASA lah, agak berguna dalam hidup aku.

---------------------------------------------------

2 minggu bersama kelompok kristian. Umur aku 18 tahun semasa tu.

Dulu sebelum aku masuk rumah sewa kakak-kakak di sebuah kolej di negeri X, aku menumpang kejap di rumah sekumpulan orang kristian dari Sabah dan Sarawak. Walaupun mereka hanyalah budak muda remaja, tapi mereka, aku kira sangat religious untuk umur seperti mereka.

Atau,

Mungkin aku jakun tengok ritual asing yang berlaku di depan aku. Sebab aku dah berpengalaman menyewa dengan 6 buah rumah bersama rakan seagama, tapi belum satu rumah pun aku masuk ada gantung ayat ayat Quran - berbanding dengan rumah orang-orang kristian tadi, setiap penjuru, setiap pintu rumah sewa dia ada salib. Aku nak masuk jamban, ada salib di pintu, dapur ada, pintu rumah ada, nak naik tangga ada.

Aku menumpang tidur di bilik kak Jess. Bilik tu besar, boleh muat 5 orang. Diorang bentang tilam rapat-rapat dan meja belajar mereka pun dirapat-rapatkan menghadap tingkap. Dan di atas meja mereka, ada Kitab Bible. Tidak lupa juga sebotol kecil "Holy Water" di setiap meja mereka. Setiap Ahad mereka ke Gereja. Dan bila azan berkumandang di televisyen mereka cepat-cepat alih rancangan. Kalau alih sahaja tak apa. Siap mendengus "HISH!" lagi. Depan aku pulak tu.

Takut? Bohong lah aku tak takut. Semacam itu punya rumah, walau aku seorang Muslim yang terlalu miskin amal dan iman, aku masih lagi tidak mahu mati dalam kafir. Macam-macam ada dalam kepala otak aku masa tu.

Layanan mereka memang baik. Tapi kalau aku haus, aku keluar rumah, selang 2 buah rumah mereka, jiran melayunya ada paip air di luar. Aku tadah air paip. Aku minum. Aku paranoid. Takut terminum "Holy Water" dirumah mereka. Orang cakap, kalau terminum Holy Water, lidah jadi kelu nak mengucap. Nauzubillah. Aku terpaksa. Duit aku tinggal RM8 ringgit sahaja. Kalau aku lapar, aku tahan, aku tunggu kawan aku yang juga kawan Jess balik dari kerja partime dia kat McDonald bawa sisa-sisa makanan yang tak habis di jual. Oh, kawan aku tu lelaki Melayu. Dia janji nak carikan aku kerja kat McDonald jugak.

Bila mereka ke kelas, aku duduk diam diam sahaja di rumah mereka. Kadang kadang aku tonton TV. Kadang-kadang aku naik ke bilik. Aku belek meja belajar mereka. Aku ambil Bible. Untung Bible dalam bahasa melayu (atau indo?). Aku baca.

Aku tak pasti samada aku yang tak pandai menilai bahasa-bahasa kitab. Atau memang Bible itu ada something wrong.

-bila aku baca satu ayat tu berbunyi - "Makanlah roti tubuh Bapa yang kudus. Nescaya kamu akan peroleh Roh kudus yang abadi"

Aku macam - "makan roti tubuh bapa?" wattafak? Makan tuhan sendiri?

(Mazmur 111-118). Yesus, mengambil roti, mengucap syukur kepada Allah. Sambil memecahkan roti itu dan memberikannya kepada mereka, Dia berkata, “Ambil, makanlah, inilah tubuhKu yang diserahkan bagi kamu.” Demikian pula Dia mengambil cawan sesudah makan dan memberikannya kepada mereka untuk diminum. Dia berkata, "Cawan ini adalah perjanjian baru yang dimeteraikan oleh darah-Ku; perbuatlah ini, setiap kali kamu meminumnya, menjadi peringatan akan Aku!"


“Jadi barangsiapa dengan cara yang tidak layak makan roti atau minum cawan Tuhan, ia berdosa terhadap tubuh dan darah Tuhan. Karena itu hendaklah tiap-tiap orang menguji dirinya sendiri dan baru sesudah itu ia makan roti dan minum dari cawan itu. Karena barangsiapa makan dan minum tanpa mengakui tubuh Tuhan, ia mendatangkan hukuman atas dirinya” (1 Korintus 11:27-29)
.
Terus aku tutup Bible tu.

Itu lah pertama kali aku baca Bible. Dan aku dah boleh notis benda pelik tak masuk akal. Dan sejak dari hari itu, setiap kali aku check in hotel di mana-mana, aku akan buka laci bedside table dan baca Bible untuk aku notis lagi fakta pelik tak masuk akal -yang aku rasa aku boleh counter balik orang Kristian yang mempersoalkan keIndahan Islam.

Jesus itu manusia. Dia nabi Isa A.S kita. Bayangkan macam sebuah MEJA. Seorang TUKANG KAYU mencipta sebuah MEJA. 100 tahun akan datang, MEJA itu tetap MEJA. 300 tahun akan datang pun, MEJA itu tetap MEJA.- dan MEJA itu takkan berubah jadi TUKANG KAYU pun. Jadi bagaimana Allah SWT mencipta manusia seperti nabi ISA, kemudian tiba tiba dia (nabi Isa) boleh menjadi Tuhan kamu (kristian) pula?

Helmi, maafkan aku kalau aku pun seperti si Buta menolong Si Buta. Aku lemah, aku miskin, aku daif, aku pendosa, tapi hakikatnya, aku juga nak jadi Muslim yang menolong saudaranya sendiri. Aku tak ada kawan ustaz. Dulu masa belajar adalah. Sekarang masing-masing dah berjauhan. Mungkin cerita pengalaman aku dapat membantu.

Sekian, balada Ramadhan hari ini.

Selamat berpuasa.


p/s: 2 minggu selepas menumpang di rumah mereka, akhirnya kawan aku dapatkan aku kerja di McDonald dan masukkan aku ke rumah sewa kakak-kakak kolej yang aku maksudkan. Aku menyewa rumah mereka tak bayar deposit pun. sebab aku takde duit. Jadi aku tunggu gaji, dan gaji ciput kerja McD tu lah aku buat bayar duit deposit dan sewa bulan-bulan selepas itu. 2 minggu bersama mereka, mereka tak 'sentuh' aku lansung pun. Dan sejak keluar dari rumah mereka, aku dah tak jumpa mereka lagi sampai hari ini. Sebenarnya banyak lagi yang berlaku sepanjang aku survive hidup kat sana. Tapi itu cerita lain lah. Lain kali baru bukak cerita.




30 comments :

QuTaQ said...

aku komen tadi. terhilang. biarlah.

aku ulang: terima kasih kerana bring up cerita ini. pernah hadap perkara yang sama.

durian! said...

Noe, gila ah! cerita kali ni mendebarkan! ada sambungan?

Weed and Bandages said...

hahaha.. ms weed pernah baca bible dalam versi malay juga masa tingkatan enam bawah. pinjam dari Esther, tak sampai dua hari, dia datang rumah, cakap bapa dia tak bagi ms weed baca. well tak kisah lah.

apapun Bible merupakan salah satu kitab2 dan ms weed percaya apa yang terkandung bukan lagi original masa zamannya. mungkin. entah. rasanyalah.

tapi ms weed mengajar sekarang di sekolah yang managernya seorang pastor, yang pagi-pagi mereka berdoa tanpa menyebut Amen bagi menghormati staff dan pelajar yang beragama lain.

setakat ms weed mengajar 3 tahun, pihak2 pengurusan semuanya sekelompok satu church. tapi depa sangat friendly dan sangat bersatu. maksudnya cakap pun polite, cuba bersikap rasional kalau ada apa2 masalah dan jarang ikut emosi. kurang juga politik.

jadi, ms weed kurang paranoid. satu perbualan dengan salah seorang pihak pengurusan, dia cakap kalau dengan azan subuh, dia mesti bangun cepat2 sebab dia tau dia akan terlambat untuk siap siap pergi kerja.

kesimpulannya, ada banyak jenis manusia yang berbeza mentafsirkan agama sendiri, berdasarkan pengalaman pembesarannya, kelompok sosialnya dan juga cara penglihatannya.

jadi, rasanya, selagi ilmu tu boleh digali, tak kira la tentang agama atau apapun pendapat, kita baca, kita dengar dan kita tafsir sendiri (mengikut rasional kita lah)

jadi, setakat mengajar di sekolah ini, everything is fine, was fine and happy saja. Oh ya, surau memang ada! hehe..

(primary) principal chinese christian, deputy malay muslim, assistant deputy academic is indian hinddu.

(secondary) principal chinese christian, deputy pun sama, and I am on of management team.

:)

Ladynoe™ said...

ms weed

baguih la ms weed tak paranoid sebab dah biasa bergaul. Pengalaman noe masa noe budak-budak sangat lagi. Memang paranoid.

Mereka ni memang baik. cuma kepercayaan berbeza. Tapi kadang2 ada yang suka provoke islam. Tapi noe tak pernah jumpa lagi lah.

=)

J u l i a 。.゜✿ said...

Noe,
ju dulu sekolah methodist, pastu ada lah sorang classmate ni, she's a chinese. nama dia Jelinda.

tiba tiba dia bagi soalan

"eh juliana, lembu dianggap suci by the hindus, so they don't eat beef"

"if muslims tak makan babi, then babi is consider suci lah to you ?"

jelinda tanya sambil tersenyum sinis. kawan dia disebelah nama lydia pun sengih like beruk makyeh only.

kami bergaduh lepas ju terangkan why Allah forbid us muslims to eat pork. dah terangkan baik baik pasal ulat/bakteria segala macam hal, tapi jelinda tetap membagi muka sinis.

rasa macam nak bagi penampar je.

anti Jelinda lepas tu.

Helmi Razali said...

LadyNoe:
terima kasih noe. :)
Aku pun dulu memang paranoid dengan benda2 macam ni, tapi sekarang dah matang sikit. Dah kurang sikit rasa paranoid (tapi still ada rasanya) hehe.

to Julia:
Kalau saya, mesti saya jawab balik. Jelinda, do you eat shits? I thought you eat everything that you don't worship, no?

*sambil buat muka penyek*

hehe, tapi entah la. Sekarang boleh la cakap, kalau time kecik2, mesti ternganga-nganga jugak.

AuRorA DiAnA said...

takutnya terbaca bible...takut pikir lebih2 dan terpesong...

adik saya pernah terbeli buku tulis kosong...tapi dibelakangnya ada 2 helai ayat2 dari kitab bible....trus buang buku tuh...huhuhu...

kristian skarang ni berbagai2 cara...holy water la,corak sejadah la n yang paling terbaru buku kosong ade helaian ayat2 bible

tumbler biru said...

salam,

sebenarnya, tak salah kalau kita nak baca bible. tapi perlu ingat, bible ini ada banyak jenis. bible asli adalah barnabas. ianya adalah berdasarkan ajaran yang Allah turunkan pada nabi Isa AS.

kau baca untuk kau memahami dan untuk kau membuat penilaian. insyaallah, kalau niat kita sekadar untuk menambah ilmu, tak akan terpesong akidah kita.

tapi itulah, mcm aku cakap, bacalah yang barnabas je. kalau kau lenjan yang lain, wala'hualam, aku tak tahulah.

salam ramadhan noe :)

alya said...

kalau tak salah saya ayat yang noe baca tu berkenaan dengan last supper sebelum jesus disalibkan.. dan benada terakhir yang dijamukan ialah roti and wine, macam lukisan Leonardo Da vincci tu lah..
kalau nak tahu lebih lanjut sila lah google..
semua orang ada kepercyaan seniri, saya tengok orang melayu ni sangat takut and paranoid pada agama kristian, tak tahu sebab apa,
sebab "khabarnya" gerakan missionary memang selama ini nak mengkristiankan orang islam?
ada bukti ke?
bila kita tanya macamtu kan kawan - kawan melayu kita mesti jawapan diorang standard cam ni..
"adalah, kawan bapak aku cerita"
"ustaz aku time sekolah dulu cerita"
tak konkrit, masa tempat,kejadian, bukti?
inilah kelemahan orang melayu( saya bercakap dengan konteks melayu islam kerana islam negara lain tak sama macam kita ya)
kalu tengok ayat bible sikit dah takut..
agama islam sendiri pun bila orang tanya sikit dah kita tergagap - gagap nak jawab,
lepas tu bila orang sindir sikit melenting..
saya rasa masalah kita ni cepat marah, kita tak dapat jawab soalan orang dan bila orang rasa jengkel dengan kedaifan ilmu kita, kita rasa marah,
sepatutnya sebagai orang Islam kita pergi la tanya orang yang lebih arif, tanya mufti, cari dalam internet, buku lepas tu bagi kat orang tu suruh dia baca,
nak berhujah kena la ada bukti, bukannya marah atau menyindir2 bila tak tahu..
contohnya komen - komen kat page ana tu, some of them tak betulkan pun pendapat azharudin tu, tapi mencarit - carut dengan perkataan bodoh, bangang n marah - marah..
kalau pasal aurat tu memang dah jelas dalam surah an - nisa apa itu aurat dan bagaimana caranya dah lengkap. dari kitab AlQuran sendiri bukannya hadis, kerana kalau hadis tu, intrepetasinya berbeza - beza dan banyak hadis daif..

kesimpulannya ialah jangan cepat melatah boleh? aku suka dengan tulisan shahnon shah dalam buku new malaysia essays 2, karangan pertama, apa kata anda semua baca..
mesti terfikir panjang lepas baca karangan tu..

a.y.i.e.n said...

Kadangkala aku juga disituasi itu.. Alhamdulillah tak goyah imanku walau seinci pun~

a.y.i.e.n said...
This comment has been removed by the author.
Ladynoe™ said...

Alya

Gerakkan missionary untuk mengkristiankan orang Islam tu bukan mitos. Tapi dah pernah tertangkap pun. kalau saya tak silap tahun ini lah. Keluar berita.

Jangan terpengaruh dengan cerita saya sgt. Saya memang paranoid ketika itu sebab saya budak yg sgt mentah lagi time tu. Sekarang memang kalau ada peluang, saya akan baca bible.

saya tak rasa manusia dewasa seperti saya paranoid lagi dengan orang kristian. Tapi apa yang saya nampak ialah, mereka masih lagi hebat melontarkan tohmahan terhadap agama kita. Di dalam gereja mereka di ajar untuk membenci Islam.

Itu pun kefahaman yang saya peroleh melalui youtube sebelum ini.

Tak tahulah kalau ceramah gereja di youtube itu hanya lakonan semata-mata. Wallahualam.

Miss Shareeda said...

Salam, Ladynoe..
Tatau lak ko penah dok sabah..
Aku ada ramai kawan kristian. Ramaiiii sangat..
Ya, kami selalu bertukar pandangan tentang AGAMA..
Satu fakta - dorang dah lebih dulu faham apa itu ISLAM sebelum berbicara...

Natasha said...

salam,

bible mmg byk fakta yg saya rasa pelik pun. saya dulu baca mcm2 version bible. kawan2 ramai yg kristian. then pegi abroad, lagi lah keliling dgn diorang.

satu benda yg paling obvious skali, diorang suka sgt berdebat and pertikaikan agama kita.

Anonymous said...

hormatilah kepercayaan agama lain...

atieza said...

Aku pun penah dok sebilik ngan bdak2 Kristian n Hindu mase kat kolej dulu. Mase tu ko nak solat pun rase ragu2 sebab mengadap locker n atas locker tu ade patung n salib bersepah-sepah. At least diorg paham lepas aku bgtau pasal menda alah tu dan diorg alihkan. Masuk Maghrib bila tgh azan diorg bunyikan loceng. Aku x penah la merungut pasal tu coz itu dah agama diorg.

Pasal Bible pulak mmg byk verse yg sangat meragukan. Islam agama kita n AlQuran pegangan kita. Tp camne pulak mereka yg mmg tau pasal tu still nk convert jugak? Oppss.. Aku pun x bape terer utk debat isu2 berat camni. Just kongsi pengalaman n pendapat.

sufi ariff said...

itulah beza al quran dan bible...
alquran same sampai kiamat dan bible berubah2 sampai kiamat...

Gerakkan missionary ade berlaku di upm baru2 ini...ditangkap...
tp xtau ape kesudahannya...

respek gile kat helmi razali sbb still boleh tangani condition ini...

seseungguhnya islam iti adalah asing pada mulanya dan kembali asing pada akhirnya...

berdoalah kita menjadi y 'asing' itu pada akhir2 zaman ini...

Atiq said...

Salam.

Pendapat aku la, kita orang Islam di Malaysia semacam agak selesa dalam zon sendiri sampai kadang bila non-muslims bertanya macam2 pasal islam, kita tak tau macammana nak jawab pertanyaan mereka.
Dah tiba masa kita mula bertindak fikir critically tentang Islam daripada sekadar buat kerana aku ialah Islam sejak kecil.

Pendapat aku kalau pemahaman ada, penghayatan ada, benda2 ni mesti mudah untuk diterangkan bila ada pertanyaan dari non-muslims. Wallahualam.

Maaf, kalau komen aku tersimpang jauh.

izzat said...

http://untuk-sesama-insan.blogspot.com/2009/07/islam-in-1000-words.html

basics info lah. cerita tentang islam kurang dr 1000 perkataan. dr definition. 5pillars.smpi hukum pegang anjing.


ingat.


anjing bukan haram dipegang.cuma najis. tapi laki dan perempuan tiada hubungan darah. bukan najis dipegang. cuma haram.

soalan y psl.org murtad hukum bunuh tu mmg susah.pernah kawan kristian tnya soalan tu.dan bermacam2 jenis soalan. y boleh buat kita menyirap.

haa. mula2. xtau la nk jwb apa. mula2 jwb it depends. aku ckp kt dia nnt aku tnya org y lebih pndai.

then. kwn aku ada bg pendapat. benda ni sama je mcm. konsep kewarganegaraan.

kau berpaling drpd negara kau. kau akan dihukum bunuh. most of the countries kt dunia guna undang2 tu. lepas tu org y convert Islam. mesti tau. knp dia msk islam. xkn ko nk apply for P.R ko taktau selok belok psl negara tu. kn?

then. kwn aku tnya pulak. mcm mana dgn org y lahir2 Islam? itu berbalik kpd konsep warganegara td lah. dia fikir2 pn betul juga.

tp ada ust pernah ckp.hukum bunuh tu untuk org y publicly announced y dia dah convert. khuatir memudaratkn n kemungkinan menimbulkan fitnah kpd agama Islam.

wallahualam. y salah dr aku. y betul hanya dr Allah s.w.t.

igt.jgn sesekali marah bila mereka provokasi. dorang tnya sbb dorang minat. mungkin hidayah tu dah nk smpi kott. n lg satu soalan favourite.dr non muslim. kenapa kita panggil dorang 'kafir'. dah kafir tu mksud dia org y tolak islam. kalau taknak dipanggil kafir.msk islam.sng cerit. heh

Anonymous said...

"makan roti tubuh bapa?" wattafak? Makan tuhan sendiri?..

noe, its sad to read ur latest entri..im one of ur blog readers..mmg bab2 agama ini sgt2 la sensitif..tp arap noe faham sy bkn komen sbb marah tp terkilan..yup i'm a christian n for ur info bukannya tau sgt bab2 agama ni n sy bukan org yg sesuai nk komen lebih2..cuma ayat diatas tu buat sy rs cam terkilan jugak.."wattafak"??..emm kalau pn x setuju at least hormt agama org lain sm..xyahlah smp nak bela agama sendiri tp sanggup nak menghina orang lain..its ok sbb bukan islam shj yg pertikai agama org lain..even sume agama pertikai cara masing..christian.hindu. even buddhist..so nx time careful la..ur entri ni suma org bc ok..

kalau nak ikut kan hati sy pn bole je ckp bengang kat those muslim tp pk2 balik x sume sama..few days ago saya joined my muslim frens bebuka kat satu restran kat damansara..ms tu mmg ramai..meja sume fully booked..then ade couple chinese ni agknye nk jg mkn kat situ smp berdiri kt tepi meja kitaorg tunggu turn..suddnly one of my fren pn ckp "apalah kafir ni,sebok je nak makan time2 ni"..adeh..dgr cm tu terus rs terkilan..itu bukan skali..kdg2 ade gak yng cakap org bukan islam ni sebok je g bazaar walhal bukan posa pn..emm..nila mentaliti rakyat kita..sume x boleh..masing2 nak menang..

izzat said...

xtau nk ckp apa. maaf dr kami semua. cik anonymous.

bila lah mentaliti org kita berubah. n mcm mana nk ubah mentaliti org kita? tentang.

kebersihan.

permuafakatan.

kebersamaan.

keagamaan.


hmm...

"kalau nak ikut kan hati sy pn bole je ckp bengang kat those muslim tp pk2 balik x sume sama.."

terima kasih ya. kami tahu anda pn x sama.

Anonymous said...

i pun SANGAT terkilan membaca entry ini...

Anonymous 2

penyelamat dunia said...

dah lah baca translation then amik literal, pastuh nak buat judgement and persoal tak pepasal. lek ler dowh, tak tau pape lek je, pahamkan sendiri nye scriptures syudeh.

apis said...

ramai sangat yang bijak menceritakan kisah agama.. pandangan tentang agama..

aku nasihatkan diri aku, untuk mengetahui makna2 ayat suci dalam solat, sebelum aku mengetahui makna2 suci kata2 Tuhanku..

aku nasihatkan diri aku juga, untuk membaca apa saja kitab, bible or etc.. syarat menentang musuh, ialah belajar mengenal musuh..

Ustzz Online said...

Duh..kat sini pun Ustzz Online di perlukan..?

Beta arogan? Muahaha.. jauh sekali.. Beta seorang hamba yang hambel sekali.

Kepada anonymous2 yang terkilan dengan reaksi Pompuan Jombol terhadap bible ianya hanya menekankan betapa asingnya sebenarnya ugama2 yang dibawa dari negeri Timur Tengah.

Upacara Kristian itu telah berlaku sejak 2009 tahun dahulu..di Jerusalem di Arab Palestin. Di bawa oleh Paderi Jerman, Perncis etc dari eropah bersama Porutgis dan Belanda yang beperang dengan Melaka. Missionari ini telah mentargetkan orang Asli, Natif Sabah dan Sarawak. Misionari Kristian berjaya mempengaruhi suku Kadazan, Bajau dan lain2. Itulah di Sabah dan Sarawak kita boleh lihat rumpun Melayu yang berugama Kristian yang mengamalkan tradisi Timur Tengah. Siapa kata takde Melayu Kristian?

Filipina juga adalah rumpun Melayu yang diKristiankan oleh USA. Mereka membawa ramai paderi Spanish untuk mempengaruhi Melayu Filipina. Yang tinggal Islam adalah bangsa Melayu Moros.

Sebab itu kita lihat muka macam Melayu tapi Kristian..haha.

Orang Arab pula telah lama berdagang dengan Melaka dan berjaya mempengaruhi orang Melayu memeluk Islam.

Tetapi di Eropah orang Kristian dan orang Arab Islam masih berperang untuk menyebarkan ideologi/influence mereka.

Dengan itu orang Portugis datang ke
Melaka untuk membeli terus spice dari Melaka yang selama ini dikuasai oleh saudagar Arab.

Akhirnya di Asia Tenggara pula Belanda dan Inggeris membuat perjanjian untuk menguasai Indonesia sementara British menguasai bahagian utara Singapura ke atas.

Jika kita menyedari hakikat ini, Islam dan Kristianity datang dari sumber yang sama, Jerusalem, maka kita tidak akan rasa hairan dengan kehairanan masing-masing.

Sebab kedua2 ugama itu bukan home product Malaysia tapi kita dipelajari dari orang lain...zzzzz

Ladynoe™ said...

terima kasih ust online. terima kasih kalau kamu benar tak arogan lah.

=)

encik/cik anonymous

you had my apology.

mmg itu yang aku terfikir masa mula-mula baca bible.

macam mana aku nak olah lagi nukilan ni. memang jujur itu yang aku reaksikan semasa mula rasa pelik dengan perbezaan ritual.

lain kali aku ubah cerita sikit lah untuk nak jaga hati semua orang.

wattafak - alamak. kot.

dan aku pun tak pernah dgn marahnya cakap orang lain kafir seperti yang kamu dengar tu. its just an expression masa mula2 aku baca bible. dan kamu juga harus titiberatkan reaksi all those akak masa dengar azan and cakap "HISH" depan aku tu.

kita mungkin akan ada same reaction bila notice benda pelik. kalau tak sekarang pun, dulu.

anyway maaf ya.

Anonymous Islam said...

Bagi ak, noe tak lebih daripada nak berkongsi cerita. ak rs semua tau yg gaya penceritaan noe ni jujur. jadi dia tulis je apa yang jadi. cth mcm reaksi wattafak tu.

ak pun setuju yg itu reaksi spontan. sama gak macam reaksi "hish" bila diorg denga azan. anon yg terkilan jgn terkilan sgt. coz klau awk tgok muvie skrg ni, asal terrorist je org islam. kat utube pun banyak video org kristian malaysia kutuk islam teruk2. lagi teruk kitorang kena. kat dlm gereja pun boleh kutuk islam. cuba awak pergi khutbah jumaat, tak pernah pun imam kutuk kristian.

baru noe cakap wattafak nk terkilan. eleh.

Anonymous said...

to anon islam:

kalo cakap "hish" pun nak marah, kenapa bila org cakap "wattafak" x bole marah???

Ustzz Online said...

My point sebenarnya..kita orang Malaysia patut ikut Rukun Negara, menjadi masyarakat yang berlandaskan Sains dan Teknologi sambil percaya kepada Tuhan.

Bayangkan di zaman atom dan nuklear orang India masih percaya kepada lembu? Nak saman K Toyol kerana mengatakan Kerajaan Selangor bodoh mcm lembu. Apparently he is insulting the cow..muahaha. Lembu lebih pandai dari Kerajaan Sel...haha

Ya soal kepercayaan ini memang soal yang pelik.Tapi menjadi lebih pelik jika anda bergaduh mengenai agama atau lembu yang di bawa orang lain.

Tak ubah macam hari tu di Bangsar penyokong Chelsea di tikam oleh penyokong Man U? Waatafaq?

Apa kena mengena Man U atau Chelsea dgn orang melayu. They dont even know kita exist.
Ini merupakan penjajahan mental orang Malaysia sanggup berjuang tanpa sebab?

So kenapa gaduh pasal ugama dari Timur Tengah zaman kuno?

To Anon Kristian, Kristianity bukan agama kamu yang buat, agama orang Arab/Jew Timur Tengah. Tiada kaitan dgn anda. Anda tak boleh halang pemikiran orang kenapa Kristianity ni pelik. Majority remaja England/US tidak lagi percaya kepada bible. Too much restriction. Sebab itu dia orang cari penganut baru di negara yg belum membangun.

Begitu juga soalan pelik2 pasal Islam, orang Melayu tak boleh jawap sebab bukan Melayu yang buat. Kenapa orang Arab sebat orang Arab yang mabuk? Kenapa perempuan Arab perlu bawa 4 saksi lelaki bila di rogol? Memang pelik, tapi itulah budaya/agama mereka.

Kita perlu membina masyarakat yang berlandaskan sains dan teknologi.
Peace..zzzzzz

Ladynoe™ said...

USTAZ,

err...maksud kamu, Scientology?