10.8.09

Nak minat lagu tanpa minat penyanyi memang senang. Tapi nak suka lagu bila dah benci penyanyi susah, dik.

Masuk kandang kambing, kau mesti kena mengembek. Tak salah kalau nak menguak. Kalau kau rasa kau kuat nak dengar orang kata itu ini tentang kau. Kalau kau kuat nak kena pulau oleh semua orang lain. Kalau kau rasa kau cukup konkrit untuk dicerca di mana-mana medan akhbar. Memang tak salah kalau nak menguak dan ikut kepala sendiri.

Indie macam mana pun, orang akan pandang disiplin sebagai faktor utama untuk kau terus hidup yang betul-betul hidup. Baru lah peminat kanak-kanak kau, bila mereka semakin dewasa, mereka tetap minatkan kau. Percaya lah cakap aku. Komitmen itu penting. Mana-mana lubang yang kau pilih untuk terjun pun, orang akan tetap pandang kesungguhan kau untuk kekal di dalamnya.

Jangan lah segan-segan untuk jadi mainstream hanya sebab perli dan sindiran dari kawan-kawan, kot.

Walau kau pernah cakap,

"Saya nak peminat, minat saya kerana muzik saya. Bukan kerana saya,"

I tell you, bebeh, I tak suka Anuar Zain. Lagu dia tip top macam mana pun, I benci nak dengar tau.

Nak minat lagu tanpa minat penyanyi memang senang. Tapi nak suka lagu bila dah benci penyanyi susah, dik.

Awak ni umur berapa tahun?


p/s: janganlah kita cepat lupa diri. Bukan nak bodek, tapi tengok Hanis Zalikha. Lek lek je..Semua orang pun suka. Kan fariszul izwany?



24 comments :

cujen said...

saya tak suka fasha sandha....so, sume citer kalau ade dia berlakon mmg sy tak tengok walaupun citer box office..

hanis zalikha mmg cool!!

lolita lempicka said...

mmg ssh nak suke balik pd org yg dah benci, walau penah syg org 2

emma songall said...

cujen same r kita. xsuka jugak fasha sandha. bila dea blakon watak konon suci dan baek ttap xleyh terima walau camner skali pon.

janggout said...

aku xsuka anuar zain jgk.. tp org ckp muka aku mcm dia. watapak!! arghhhhh

LensoSamurai said...

Aku cuba utk tidak membenci sesiapa, tp penyudahnye aku membenci juga..sbb aku risau orang lain akan benci aku.....

ainee si ketua pari2 said...

agaknya k.noe tujukan kat sapa erk??

ha a hanis memang sangat rileks..

pjoe said...

hah?

Anonymous said...

mcm yuna je.hihhi

Weed and Bandages said...

hah gak macam pjoe! hhahahah

pjoe mesti baru bangun tidoq!

anisizatyA.J said...

hanis zalikha rocks hehe

Zeelicious MeowMeow said...

Pun rasa macam Yuna sebab baru2 ni ada cerita dia kuar dekat paper but just my guess la, huhu..Jangan piak2 kite.. :D

Owh2, kite tak suka Memey jadi cerita best macamna pun kite takkan tengok macam cerita aurora dekat slot lagenda tu..tak padan la! :D

antibiotic said...

aku sokong entri ni...
tp aku lum benci mne2 artis la...huhu
sume citer aku tgk, sume lagu dengar....huhu

Melody said...

wuhuu..agreeeee sangat. me too, lagu best mcm mana pun, kalau tak suka orgnya, tetap tak suka. kenapa ye? ego kah namanya itu...

n nak setuju jgk pasal hanis. hehe.

h0uRi hEaVeN said...

aku tak suke memey.....
eyarksss

Pelangi And Promise said...

sememangnya payah kalau nak minat lagu tapi dah benci penyanyi yer.

aku bersetuju dengan kamu..

pErEmpUan said...

sy xsuke MEMEY jugak..belakon nmpak sgt suci..padahal xtaula..

about YUNA tu, dia de explain kat fesbuk die so nk pecaya ke x up to you..

zaman skarag xtau nk pecaye sape..bak kta org, dengar bole pecaye jangan..

Anonymous said...

tak faham abondo.???

Anonymous said...

apa yg ko merepek ni pompuan?

Kedai Online Saiful said...

bila agaknya pelakon Malaysia nak jadi setaraf ngan pelakon Hollywood. Baru best tgk kalau pelakon Malaysia berlakon macam pelakon filem Hollywood.

Ayyman Rahim said...

Faham-faham. Patutnya Malaysia ada kategori artis gred A, B or C ke kan? Haha

Anonymous said...

isi tersirat
~jgn hipokrit mungkin?

jengae said...

saya setuju. saya tak suka Siti..camne bes lagu dia pon saya tetap tak suka.
dan saya juga suka ckp: saya suka lagu tu bkn org yg nyanyi.
Tp hal ini taleh dikaitkan ngan Siti dan kalau ada beberapa lg penyanyi lain spt..Marsha contohnye.
Rare cases juga terjadi seperti: "Aku mmg tak suka penyanyi tu tp lagu ni mmg bes korang kene denga!!!! "
Ye pernah terjadi..kerana kadang2 point #1 mendominasi keadaan.

PARAOK said...

dgr saja lagu2 jazz isntrumental ;)

annadaim said...

yeah, hanis zalikha mmg best! ;)